Yang selalu jengok

Tuesday, May 31, 2011

Phenomenon



Aku sudah mula tukar cara hidup. Gunting rambut sendiri di rumah. Isteri yang potong. Memang menyeronokkan. kalau di kedai gunting India, bau sahaja boleh menyebabkan kita rasa seperti lalu di Little India. Sekarang gunting rambut sahaja sudah RM10. Setiap sebulan isteri akan mengunting aku dengan mesin. Kepala aku menjadi bahan untuk dia belajar berkreatif. Kalau masa dia penat aku suruh gunting, maka lahirlah rambut yang ala2 tentera. Tiada cermin untuk mengukur betul atau tidak. Kalau dia tengah seronok, boleh berhenti2 bermanja sebentar untuk tengok di cermin dan boleh mengarah ke arah mana rambut akan di buat. Program mengunting rambut dengan isteri adalah masa paling intim selain di kamar. Kalau sesiapa pernah menonton cerita Phenomenon adegan gunting rambut antara John Travolta dan Kyra Sedgwick. Ia menjadi adegan paling erotik dalam filem itu walaupun hanya mengunting rambut. Aku rasa melayang2 dan kadang2 boleh tertidur di buatnya. Walaupun selepas itu yang membersihkan halaman setelah memotong aku tetapi aku rasa berbaloi kerana orang tersayang yang gunting bukan lagi India yang kadang2 meludah warna merah dan mulut penuh sirih.

GAYA hidup



Apa yang kita boleh ingat barang yang berlaku kenaikan harga. Bulan ini sahaja Gula naik RM0.20, RON 97 naik RM0.20, OPR naik 25 basis point dan tarif elektrik yang terbaru akan naik 1 Jun ini. Dan yang pasti cerita ini akan beredar secara tidak kita sedari dan mungkin tanpa perancangan kerana kita sibuk memikirkan lansungan hidup kita dengan bekerja mencari duit di masa ekonomi kapitalis ini. Duit mesti dicari dan penanggungan ke atas barang2 yang naik terpaksa kita telan tanpa sedari. Dan pada masa kita memerlukan duit yang banyak seperti hujung tahun, buka sekolah, beli barangan dapur dan makan di luar baru terasa bahawa duit yang kita ada berkurangan. Gaya hidup akan berubah walaupun kita tidak mahu. Bayaran bulan pinjaman yang berasaskan kadar pinjaman asas (BLR) pasti rasa tertekan dengan bayaran yang tidak menurunkan pinjaman kerana kadar faedah lebih tinggi dari bayaran. Gaya hidup kena tukar bermula dari sekarang. Bergerak hanya ketika perlu sahaja. Gunakan ekonomi sendiri menyelesaikan masalah. Basuh kereta sendiri. Tidak lagi menghantar pakaian untuk didobikan. Kurangkan bercuti. Kalau perlu bercuti sahaja di taman2 seperti KLCC yang menyediakan kolam renang percuma. Bawa anak2 ke Taman permainan yang berbeza setiap minggu sambil berjogging. Badan sihat dan kos rendah. Bawa air sendiri. Tidak menonton wayang lagi. Kurangkan pergi ke Supermarket, buat senarai perbelanjaan sebelum pergi. Cuba pergi berseorangan untuk memastikan harga yang paling murah. Dan pastikan semua dilakukan dengan berjalan kaki kerana minyak juga perlu diisi.

Tariff




Dan setelah dibincangkan, maka tarif eletrik dinaikkan kepada 7.12%. Impak yang diberitahu adalah hanya minimal dan Kerajaan memberi amaran jika menaikkan harga barangan. Di dalam berita yang sama, kos penghantaran 'freight' akan dinaikkan kepada 20% di Sabah. Dan mengikut rekod hanya 25.5% pengguna yang akan menghadapi kenaikan tariff iaitu yang mengguna lebih dari RM77. Beberapa persatuan yang melihat kenaikan ini membuat tuntutan yang pelik iaitu seperti Persatuan Restauran India Muslim (MAMAK) tidak akan menaikkan harga tetapi minta dibenarkan pekerja asing menanggung kos levi sendiri bukan mereka. Dan mengikut Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, inflasi hanya akan naik sekitar 0.27% disebabkan kenaikan tarif ini. Bagaimana rakyat biasa melihat rasionalisasi harga tarif ini. Amaran demi amaran yang dibuat oleh pemimpin kepada Pengusaha atau kepada pemimpin pembangkang iaitu jangan politikkan harga. Mereka boleh bercerita panjang dalam media tetapi dimana hak rakyat untuk memberi pendapat kalau bukan jalan politik. Khairi Jamaluddin ada cerita tentang tidak perlu kenaikan RON 95 baru2 ini juga bersetuju dengan kenaikan tarif ini kerana bagi beliau yang terkena dengan kenaikan ini hanya 25.5% pengguna bukan yang 75% itu. Tetapi kena ingat bahawa Pengusaha seperti pengilang dan pembuat makanan akan memasukkan kos yang tinggi ke dalam produk mereka maka 100% akan menghadapi kenaikan harga barang walaupun tarif elektrik mereka tidak naik.

Sunday, May 29, 2011

Anugerah Taekwondo




Hari Sabtu yang agak sibuk terus sehingga menutup mata tidur sampai malam. Aku bekerja setiap sabtu kerana kehendak majikan. Dan petang Sabtu 28/05/2011 adalah hari graduasi anak lelaki aku untuk menukar tali pinggang putih kepada kuning - Taekwondo. Hari yang penting ini bermula pada pukul 5 petang dan ahli keluarga diminta datang awal sejam dari masa mula kerana mungkin terlalu ramai yang graduate dan memerlukan tempat pangkir yang betul untuk memastikan semua ibubapa dapat hadir dengan baik. Pukul 4.20 pm aku sudah sampai ke Dewan U8, Bukit Jelutong dan sudah ramai yang hadir dengan kamera dan video ditangan. Pasti aksi yang ditunggu akan lebih meriah dengan kehadiran Sifu yang akan mengadili graduasi. Semua yang memakai tali pinggang putih akan menunjukkan aksi permulaan. Mereka beratus berdua2 dan diasingkan dengan jarak lebih kurang 1.5 meter. Guru mengajar akan menyebut apa aksi yang akan dibuat dan lebih kurang 16 orang yang memakai tali pinggang putih itu akan meniru apa sahaja yang disuruh oleh guru itu. Sifu akan memerhati pergerakan dan mengadili cara mengelak memukul menendang si tali pinggang putih sebelum dinaikkan ke tali pinggang kuning. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku lihat graduasi untuk taekwondo dan anugerah ini adalah lebih kurang proses ingat segala bentuk yang diajar dan melakukan kembali. Aku agak terkesima dengan aksi seorang budak lebih kurang 5 tahun yang sudah memegang tali pinggang hijau dan budak perempuan lagi. Walaupun tendangan yang dilakukan boleh aku tahan dengan dada tetapi aksi yang diberikan seolah2 melihat Jet Li secara dekat.

Saturday, May 28, 2011

TIRU





Siapa tiru siapa? Apa yang artis pakai menjadi ikutan semua maka semangat itu diambil untuk membuat tudung saji ini.

Sangka Buruk



Hari Jumaat macam biasa, kotak duit bergerak dan memohon hulur derma. Singgah pada seorang pemuda lalu pemuda itu menyeluk poket seluar di belakang. Duit RM2 dimasukkan. Sebelum dia menolak kotak itu, bahunya ditepuk dari belakang. Seorang pemuda menghulurkan beberapa keping RM50 sambil tersenyum. Waktu khutbah tidak boleh bercakap. Mengeleng2 pemuda 1 dan berkata di hati, tunggulah kotak sampai tak payah nak suruh orang masukkan duit. Menunjuk2 tidak berkat. Bukan sikit pula diderma. Duit dari mana dia bagi. Dan bermacam2 telahan di buat. Duit yang beberapa keping sudah dimasukkan ke dalam kotak dan kotak terus berjalan. Khutbah sudah habis dan bilal sudah mahu iqamah, pemuda 2 terus mencuit bahu pemuda 1. 'Bang, duit tadi tu jatuh masa abang keluarkan duit dari poket belakang." Pemuda 1 teringat dia baru keluarkan dari ATM sebanyak RM200 dan RM200 itu sudah masuk ke tabung masjid. Sembahyang Jumaat hari itu tidak khusuk seperti selalu.

Friday, May 27, 2011

Artis Wataniah




Wataniah akan menerima artis menjadi askar mereka. Orang pertama yang memohon masuk adalah Siti Nurhaliza dan dituruti oleh Jaclyn Victor. Beberapa artis lagi akan menuruti mereka selepas ini. Mengikut Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mereka akan menjadi idol untuk menimbulkan minat orang masuk menjadi askar wataniah. Menurut Menteri itu juga, mereka akan menghibur askar2 di perbatasan atau di sempadan kerana mereka tidak mendapat hiburan yang sepatutnya. Benda2 ini selalu sangat berlaku di negara Barat. Beberapa artis akan turun ke perbatasan untuk menghibur askar2 mereka. Maryln Monroe pernah menghibur askar2 mereka. Lady Gaga juga pernah turun Iraq. Dan kemungkinan artis2 kita juga akan membuat benda yang sama. Aku tidak rasa benda2 ini membantu menaikkan semangat tetapi mungkin boleh mendatangkan minat untuk masuk jadi tentera. Semangat yang diperlukan oelh tentera2 kita adalah semangat rohani / jiwa dan bukan bermimpi bersama artis. Ustaz2 yang selalu bagi ceramah waktu tenang di masjid patut buka minda turun ke perbatasan atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekarang iaitu Jamil Khir boleh memikirkan benda yang paling menghiburkan tentera kerana beliau juga bekas tentera. (tapi aku tak tahan tengok topi Siti ni, dah macam tudung saji kuih je - boleh je dia merayap / menembak / melompat)

Thursday, May 26, 2011

Air Liur Banyak




2 hari lepas ketika aku berseminar di FMM (Federal Malaysia of Manufacturer) di Sri Damansara, aku menerima satu panggilan jauh. +93100001 .








"Hello, I'm Dr Henry. Are you Fildas" Suara dengan air penuh di mulut memberi aku jawapan bahawa panggilan itu memang jauh dari Barat. "Yes, I'm in the middle of seminar" Dengan berbisik aku memberitahu kerana tidak mahu mengganggu orang sebelah. Terus aku dimarah oleh mat saleh cakap penuh air liur tu "You shouldn't answer this phone then. You don' t have courtesy to answer my call. In west, our practice in the meeting bla bla bla" tet tet tet. I terus padamkan telefon mat saleh air liur banyak tu. Dia ingat budaya barat sama dengan budaya Melayu. Sia2 je aku menjawab telefon.

Budaya yang tidak sama ini kadang2 boleh menyebabkan kita marah. Aku tunggu mat saleh air liur banyak tu telefon lagi. Pasti dia akan bertemu dengan ruas. Aku nak tarbiah dia pasal cara menalifon orang Timur pulak.

Tak ADA Keputusan BAGUS




Semalam di mahkamah tinggi, mahkamah tidak dapat memberikan keputusan atas permintaan seorang lelaki ingin menukar nama kepada perempuan. Arshraff 25 sudah menukar fizikal lelaki kepada perempuan di Thailand memohon mahkamah membenarkan dia menukar nama kepada Aleesha Farhana. Rasa2 keputusan begini lebih baik kerana ia akan memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk menukar nama - secara dasar. Aku juga pernah masuk ke mahkamah kerana mempertahankan Bank aku kerana pengeluaran ATM secara tidak benar. Keputusan mahkamah adalah tidak memberikan keputusan akan menyebabkan tiada lagi permintaan ke mahkamah dalam kes yang sama kerana kepentingan kes akan menjadi dasar utama untuk kes2 yang akan datang. Jika semua pengeluaran yang tidak dibenarkan dan diberi kemenangan maka sesiapa sahaja akan datang ke mahkamah meminta atau memberitahu bahawa duit mereka di dalam ATM bukan mereka yang keluarkan. Kes penukaran nama banyak berlaku di Jabatan Pendaftaran tetapi tidak diberitahu kerana sifat rahsia sesuatu benda. Cuma si Ashraff ni sudah membuat transformasi diri dulu dan minta disahkan. Aku rasa ramai dah tukar nama dari lelaki kepada perempuan dan pada mereka "apa ada dengan nama".

Wednesday, May 25, 2011

Overnight Policy Rate







Minggu lepas Kadar Harga Semalaman (Overnight Policy Rate - OPR) dinaikkan lagi sebanyak 25 kadar asas (basis point) menjadi 3%. Sehubungan dengan itu, bank2 di Malaysia telah menaikkan kadar asas pinjaman (BLR) sebanyak 0.3%. CIMB menaikkan kadar BLR mereka dari 6.3% kepada 6.6%. Maybank dan Public Bank juga menaikkan BLR mereka kepada 6.6%. Minggu lepas juga diumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 dan RON 97 juga naik pada kadar yang sama. Polisi kewangan ini akan melambatkan perubahan ekonomi kerana BLR yang tinggi akan membantutkan pertumbuhan kerana orang takut nak meminjam. Dan mengikut pandangan biasa, kadar simpanan akan dinaikkan dan akan menyeronokkan penyimpan tegar. Tetapi yang sebenarnya kadar inflasi yang tidak terkongkong itu lebih banyak menyusahkan kerana duit terpaksa dipakai lebih di luar bank dari disimpan. Kenaikan OPR sebenarnya tidak memberikan kebaikan kepada pengguna kerana kuasa meminjam diturunkan dengan rasa gementar dengan kadar pinjaman yang tinggi. Pengguna yang ada pinjaman berasaskan BLR pula akan mengadap bayaran bulanan yang lebih tinggi. Dimana asas baik untuk pengguna untuk menyimpan jika kadar bayaran ditinggikan. Aku meminjam dengan sebuah bank dengan kadar bayaran bulanan pada tahun 2005 dahulu sebanyak RM569 tetapi setelah beberapa kali (RM585, RM601 dan RM615) OPR dinaikkan maka pada minggu lepas ia telah dinaikkan kepada RM629 sebulan. Pinjaman yang aku ambil ini adalah secara Al Bai Bithaman Ajil atau bayaran tertunggak secara Islam. Dan kadar bayaran ini tidak akan berhenti disini kerana mengikut laporan 2 kenaikan OPR akan berlaku sekitar September dan Disember 2011. Dan kalau pernah baca dalam satu laporan bahawa kadar pengiraan untuk mendapat pinjaman akan diambil pakai menggunakan simulasi kenaikan sehingga 100/200 basis point atau dengan kenaikan 4% keatas BLR sekarang. Ini adalah jangkaan dan pernah berlaku sekitar 1997 dulu kadar BLR sekitar 10.5%. Ini adalah cara melemahkan pertumbuhan untuk mengelakkan inflasi tetapi yang tertekan adalah orang yang sedang meminjam.

GILA Gelaran




Semalam berlaku anugerah besar2an di Melaka di bawah Undang Luak Datuk Seri Raja Merah Dato Abdul Latif Hashim kepada 42 penerima bermacam gelaran. Marah Datuk Ali Rustam kerana ikut protokol hanya dia yang boleh bagi anugerah. Apa ada dengan masalah mereka ini, berebut nak bagi anugerah. Biarlah Undang Luak Raja Merah (ini gelaran macamana nak pendekkan) yang beria2 hendak beri. Dalam satu perhimpunan motivasi di hutan simpan Tronoh, aku dianugerahkan gelaran Raja Rimba sebab dapat mengatasi segala rintangan dan hidup dalam hutan semasa kursus 'Corporate War' pada tahun 1998 di Maybank. Aku telah diberi bermacam hadiah tanpa mengeluarkan sesen pun duit. Nasib baik masa tu tak heboh cerita bagi anugerah macam2 ni salah.

SEDIH aku



Beberapa hari dulu, dalam akhbar menceritakan tentang kematian seorang budak di dalam kereta yang terkunci. Bapa yang kelam kabut mengunci kereta untuk ke kubur yang jarak hanya 500 meter dari kereta terlupa bahawa dia membawa anak dan anak itu tertidur sehingga lebih 1 jam. Setelah ditemui kanak2 itu telah meninggal dunia. Kalau ingat pada satu ketika dulu, bulan Ramadhan, seorang tukang kasut yang bekerja dan membiarkan isteri dan 2 orang anaknya tidur dalam kereta yang berhawa dingin. Setelah lebih 5 jam, ketiga2 mereka telah meninggal dunia. Di Miri, Sarawak pada Oktober 2010, seorang ibu dan anak telah ditemui mati dalam kereta yang dihidupkan enjin tetapi terkunci dari dalam. Masa ditemui, kedua2 dalam keadaan seolah2 tidur dengan aman. Kalau masih ingat, pemandu van menghantar budak2 ke sekolah yang terlupa bahawa seorang budak masih tertidur di dalam kereta. Budak itu telah ditinggalkan lebih dari 5 jam dan ditemui sudah meninggal dunia. Cerita sedih begini memang mengharukan dan terlalu azab untuk diterima oleh yang menghadapinya. Kita selalu menggunakan kunci kanak2 di belakang kerana takut anak2 buka pintu ketika bergerak. Apabila dalam keadaan bahaya, kanak2 cuba keluar tetapi kunci tidak membenarkan memang mengharukan. Bapa2 yang memandu pastikan memberi pengetahuan cukup untuk kanak tentang cara membuka pintu dan sebelum bergerak dari kereta pastikan kereta telah dikosongkan keran dalam keadaan tidur, anak2 kurang berbunyi seperti orang tua. Kalau memasang penghawa dingin pastikan tingkap kereta dibuka sedikit untuk penukaran udara.

CLOWN



Akhirnya Nazri dah tak tahan. Ibrahim Ali dah macam2 dia kata, dia olah, dia provokasi dan dia reka. Semua macam tak menjadi dan tidak menimbulkan apa2. Beberapa wartawan cuba mendapatkan response Nazri tentang Ibrahim Ali dan kenyataan tentang perang salib beliau. Dia tersenyum2 dan mengatakan bahawa Ibrahim Ali adalah pelawak politik. Ibrahim Ali kena serius dalam memperkatakan sesuatu. Dan mengikut rekod semua perkataan yang dihamburkan oleh Ibrahim Ali akan disambut meriah oleh media mainstream seperti TV3, RTM, Utusan Melayu, Berita Harian dan diletakkan di muka depan. Bagi aku yang lagi lawak adalah media2 yang meletakkan berita itu di muka hadapan tetapi tidak mendapat sambutan dari orang ramai. Sepatutnya berita lawak hendaklah diletak di tempat yang sesuai seperti di tempat kartun atau nombor ekor supaya tidak lagi dikategori sebagai lawak.

6 BULAN



Semalam bercerita dengan seorang Pengurus Akaun di satu seminar. Kami bercerita tentang sekumpulan 13 pekerja dari Bangladesh dan 2 dari Indonesia yang tersadai di Pelabuhan Utara Klang selama 6 bulan. Mereka tersadai kerana tidak dibayar gaji selama 8 bulan dan kapal yang berlabuh itu sudah tidak dibenarkan meninggalkan pelabuhan. Mereka hanya boleh berada di atas kapal itu dan menunggu gaji untuk balik ke kampung masing2. Salah seorang krew dalam kapal sudah mula mereng dan mahu membunuh diri tetapi dengan inisiatif kawan2 dia telah dikurung untuk mengelakkan dari terbang secara bebas ke air. Syarikat itu HRC Shipping mengikut rekod kawan saya yang bersembang mempunyai lebih dari 20 kapal kargo tetapi yang beroperasi hanya satu. Semalam juga diberitahu bahawa kesemua krew2 itu akan dibayar gaji dan dibenarkan pulang ke tempat asal mereka. Pengurus akaun yang bercerita itu memberitahu mereka selalu menggunakan perkhidmatan HRC ini tetapi kurang penyelenggaraan dan terlalu kotor menyebabkan mereka tidak lagi menggunakan perkhidmatan kargo itu.

Monday, May 23, 2011

10 - Ten - Shi - Sepuluh



Malaysia dapat nombor ke 10 untuk kegunaan paling tinggi air beralkohol. Kebanyakan Al adalah ikon kejahatan @ keganasan seperti Al Capone, Al Qaeda dan Al Maunah. Menjadi ke 10 tertinggi adalah tidak baik walau kita memang suka yang terbesar, terkecil, terpanjang dan terpendek. Cuba kita lihat secara jujur - negara2 pengeluar minuman arak seperti Australia, Italy, German, UK, Amerika Syarikat, Jepun, Sweden, dan jangan terkejut Malaysia juga adalah pengeluar arak yang amat berjaya seperti di Guiness Anchor Bhd di Sg Way dan Caslberg di Shah Alam. Hari2 kita lalu dan nampak asap chimney mereka memghambur asap memabukkan. Negara2 kafir lain seperti Finland, Singapora dan Thailand berada dikedudukan berapa? Mengikut perbandingan yang diberikan oleh WHO, orang Malaysia menghabiskan lebih dari RM1.5 billion untuk arak setahun atau RM125 juta sebulan atau RM4.2 juta sehari untuk mabuk2.

Saturday, May 21, 2011

IBU masa dulu2



Aku pernah tinggal dengan nenek aku di Bakap, Batu Gajah, Perak bersama nenek untuk beberapa lama. Tiada masalah besar menjadi ibu pada tahun2 1970an sehingga awal 1980an. Kebanyakan ibu tidak bekerja di luar. Mereka hanya memasak pagi, tengahari dan malam untuk santapan keluarga. Nenek aku nampak aktif dan selepas subuh dia telah keluar menoreh getah untuk mendapat duit tambahan untuk keluarga. Pukul 8 pagi torehan sudah siap dan mahu dibawa ke tempat memproses menjadi getah keping. Masalah menjaga anak pada waktu itu adalah kebuasan membantu mereka dengan berlari di tengah2 kebun getah dan selalu jatuh tersembam. Selepas sampai di tempat proses, anak2 akan diajak bersama memijak2 getah menjadi seperti sekeping permaidani yang lembut bergetah. Itu sahaja program waktu pagi dan selepas itu balik ke rumah untuk membasuh pakaian semalam (basuhan tangan) dan memasak tengahari (ini adalah kecekapan luar biasa ibu2 dulu kerana api bukan datang dari gas). Selesai makan, sepanjang petang boleh tidur dan hanya marah anak2 kalau terlalu bising kacau mereka tidur. Malam lagi pendek dari petang. memasak tidak lagi sibuk kerana makanan tengahari dipanaskan untuk makan awal. TV tiada dirumah sebagai hiburan. Cuma yang ada menghibur adalah radio yang setiap hari seperti ada drama untuk bercerita. Radio dan TV pada waktu itu kena berlesen kalau ditangkap tiada lesen akan dikenakan denda oleh Kerajaan. Dissebabkan malam tiada hiburan, cerita dari ibu seperti ditunggu2. Walau cerita itu diulang2 tapi anak2 masih meminta bercerita. Lampu yang ada hanya gasolin yang perlu dinyalakan sebelum Magrib. Jika rumah ada satu sahaja gasolin maka hanya satu bahagian rumah sahaja yang terang dan yang lain gelap gelita. Tugas ibu berakhir di situ dan waktu panjang malam berbeza benar dengan waktu sekarang.

IBU zaman ini



Jadi ibu zaman sekarang memang memerlukan keaktifan yang berbeza dari dahulu. 4 K adalah satu formula senang cakap tapi susah nak ikut. Komitment terhadap keluarga mesti tinggi. Ibu bekerja dan bila balik pasti hendak rehat. Anak2 meminta yang macam2 dan kalau tak tahan, masuk bilik tidur dan pandai2 lah anak buat semua benda. Cuba dengar dahulu masalah mereka sebelum kita berehat. Sudah sehari kita bekerja, hendak mendengar satu cerita dari anak memang memenatkan. Konsistensi atau istiqamah membuat sesuatu. Kalau ajar solat pada anak2 atau membaca Al Quran mesti buat selalu kerana istiqamah lebih baik kerana memberi kekuatan walaupun sedikit setiap hari. Ibu kena kreatif zaman sekarang kerana rumah bersepah pening kepala, baju tak dilipat pun boleh pening kepala dan anak masih kecil. Mungkin dengan berkreatif kita dapat menyelesaikan masalah ini. Kumpul dalam bakul sebelum melipat pakaian boleh meyelesaikan masalah baju bersepah. Baju kotor ada tempat untuk diletakkan dan kawasan permainan diperkenalkan. Dan ibu kena mempertahankan ketaqwaan untuk memastikan tugas dijalankan dengan hikmah dan takut kepada Allah. Kita ibubapa sering meninggi suara pada anak2 dan mengeluarkan perkataan yang anak tak sanggup dengar. Kita memukul mereka kerana rasa dicabar dan menghalal perkara memukul kerana ingin mengajar. Dan paling ironi apabila kita mudah melupakan apa yang kita cakap, pukul, sindir kerana rasa kesibukan kita akan memudahkan kita melupakan semua itu. Kena ingat bahawa anak itu tidak lupa sampai bila2.

Friday, May 20, 2011

Yahoo dan Ds Anwar




75 minit semalam, pertama kali Yahoo memanggil seorang ahli parlimen pembangkang untuk menjawab soalan2 secara lansung melalui yahoo chat. Bermacam2 soalan ditanya dari masalah politik sehingga cerita tentang video sex. Trend baru atau media baru ini akan membuka mata melawan orde2 lama yang tidak berani menghadapi orang ramai. Orang ramai sekarang nampak lebih berani bertanya dari berdiam diri. Cuma satu sahaja yang perlu diingat bahawa sekarang orang ramai bukan sahaja 'citizen' tetapi 'netizen'

Domestic Violence




Keganasan dalam rumah atau Domestic Violence memang masalah kepada dunia ke 3 iaitu negara baru nak maju. Mengikut perangkaan pada tahun lepas sebanyak 3,173 kes keganasan dilaporkan di Malaysia iaitu kes memukul isteri dan isteri memukul suami. Jika dikembangkan kepada himpunan kaum - Melayu 1,660 kes, India 707 kes, Cina 405 dan 413 lain2 bangsa. Aku pernah berkawan dengan seorang perempuan yang belajar dengan aku yang pada suatu hari datang ke kelas bercermin mata hitam. Setelah diselidik dia memberitahu suami dia memukul dan menendang dia. Ketika itu aku mengikuti kelas perakaunan secara luar kampus. Kebanyakan yang hadir adalah isteri2 dan suami2 orang. Pernah juga aku bersembang dengan seorang lelaki yang bangga menceritakan tentang bagaimana di menendang isteri sehingga jatuh dari katil dengan sekali tendangan. Cakap yang tidak pernah rendah punya jantan. Kedua2 pasangan ini akhirnya bercerai dan bertemu pasangan masing2 dan lebih aman. Perangkaan itu tidak memberi cerita selepas dari keganasan seperti ada perceraian berlaku atau tidak. Kumpulan sokongan yang mereka jumpa selalunya boleh menasihatkan mereka dan yang peliknya keganasan dalam rumah ini tidak berakhir dengan cerai tetapi berakhir dengan kematian anak, luka dan lembam muka. Perempuan yang didera selalunya sangat sayang dengan keluarga dan lelaki yang didera selalunya sangat sayang dengan isteri.

Kg DBI bawa ular




Beberapa orang Kampung DBI di Buntong, Ipoh bawa seekor ular sawa ke pejabat Dato' Zambree, Menteri Besar Perak. mereka tidak puas hati kerana beberapa kali masalah mereka di utarakan tetapi tidak mendapat perhatian pihak berkuasa di Perak. Masalah yang mereka hadapi adalah banyak Ular. Masalah penempatan ini telah telah berlanjutan bermula 1997 dahulu, walaupun telah bertukar dari Menteri Besar BN kepada Menteri Besar Pas dan sekarang Menteri Besar UMNO, masalah tidak selesai dan disebabkan tak tahan maka mereka yang selalu berjiran dengan ular membawa jiran mereka berjumpa Menteri Besar, Dato' Zambree. Tidak diketahui berapa besar ular yang dibawa tetapi mereka hanya berjaya sampai ke muka pintu pagar sahaja kerana ditahan. mengikut laporan juga salah seorang yang duduk di kampung itu telah mati digigit ular.

DPM's Warning



TPM Tan Sri Muhyiddin sudah bagi amaran tentang kenaikan harga barangan yang tidak boleh ditahan2 lagi. Ini disebabkan oleh Penurunan Subsidi dan masalah 'climate' dunia. Sebagai negara pengguna memang kita tidak dapat menentukan harga mengikut acuan kita. Susu keluaran Dutch Lady juga mengumumkan akan menaikkan hara susu mereka diantara 1 - 5 % sehingga hujung tahun. TPM menyuruh kita bersedia dengan satu benda sahaja iaitu Mental. Rasa2 berapa benda yang kita boleh berfikir untuk bersedia dengan berMental ini. Rasa2 Mental tidak cukup tanpa praktikal sekali. Mula2 kurangkan makan gula, jalan kaki pergi kerja, kurangkan tukar baju baru, kurangkan penggunaan elektrik, jangan makan luar (ini sangsi sikit sebab pergi pasar sekarang makin mahal), tiada makan malam, kurang minum teh tarik, elakkan dari kesesakan jalan dan selalu pergi kenduri. Berapa Mental yang kita kena ingatkan dalam satu rumah - diri sendiri, isteri dan anak2. Boleh CUBA.

Thursday, May 19, 2011

PorNO



Semalam TKP Datuk Khalid mengumumkan sekali lagi bahawa identiti dalam video sex yang ditayang oleh Datuk Tm tidak akan didedahkan. Minggu lepas, dia juga mengumumkan bahawa keputusan video itu tulen setelah di hantar ke Amerika. 2 minggu sebelum dulu, Tan Sri Ismail Omar, KP juga memberitahu bahawa pelaku di dalam video tidak akan didedahkan. 3 minggu sebelum itu, dia juga mengumumkan satu syarikat di Hong Kong mengesahkan video itu tulen. 4 minggu sebelum itu, mereka mengesahkan bahawa video itu tulen. 5 minggu sebelum itu, pakar video di Malaysia mengesahkan bahawa video itu tulen. Tan Sri Ismail juga memberitahu bahawa pendakwaan ke atas penayang akan dilakukan. Kes penyebaran video lucah bukan ditentukan ketulenannya kerana lucah adalah lucah. Sudah banyak kali diumumkan bahawa video itu tulen dan ke arah mana tulen itu hendak dibawa?

Wednesday, May 18, 2011

Fair Game



Cerita benar ini memang membuka mata aku tentang penipuan yang dibuat oleh White House, Amerika Syarikat. Penipuan ini untuk menghalalkan serangan keatas Negara Iraq sekitar tahun 2003 dahulu. Lakonan Sean Penn dan Naomi Watt memang terbaik. Cerita tentang bahagian perisikan mengetahui tentang penjualan uranium dari negara Niger kepada Iraq. Kertas siasatan oleh Naomi Watts menyebabkan suami beliau, Sean Penn terlibat untuk menyiasat kerana suaminya itu seorang pakar perhubungan dengan negara yang terlibat. Hasil siasatan lansung tidak menunjukkan sebarang bom nuklear akan dibuat oleh Iraq. Tetapi ia telah diubah oleh White House untuk menyerang Iraq. Mereka suami isteri telah melawan ketidakbenaran ini hingga memecahkan kehidupan harmoni mereka. Cerita benar ini diambil dari buku tulisan Valerie Plame Wilson iaitu watak utama lakonan Naomi Watts. Diselitkan juga cerita terrorist di Malaysia yang disiasat oleh pihak CIA Amerika. Lagu KRU ada diselitkan didalam awal cerita. Tidak banyak aksi tetapi kelancaran cerita sangat laju. Boleh tonton kalau suka tentang kebenaran.

No Mirror



Cermin dan wanita berkait rapat. Sebelum keluar rumah cermin mesti diintai. Cermin mesti ada di setiap bilik air. Ada cerita tentang mak tak nak singgah rumah kerana bilik yang disediakan untuk mereka tidak ada cermin. Cermin memantulkan cahaya dan pembalikan cahaya ini menyebabkan kita boleh melihat diri kita sendiri. Wanita melihat cermin untuk berhias. Dan cermin dijual berbagai bentuk. Kecil untuk disimpan di dalam beg dan besar untuk dirumah. Dan hari ini aku mendengar tentang sesuatu yang akan melawan masalah tabie ini iaitu satu gymnisium untuk perempuan sahaja - The Curves yang akan dilancarkan di Bukit Damansara bulan Jun ini dimana menggunakan motto "No Man, No Make-up and No Mirror". Perempuan dan cermin disana akan dipisahkan. Mungkin mereka comot, tidak bergincu dan berwajah asli. Apa yang akan berlaku bila tiada lelaki disekeliling, tidak boleh bermake-up dan tiada cermin maka jawapannya adalah Penjara wanita.

Tuesday, May 17, 2011

BABEL




Filem 2006 ini adalah salah satu calon filem Academy Award tahun itu. 4 cerita yang berlainan tetapi mempunyai kaitan antara satu sama lain. Cerita bermula di Morocco apabila seorang budak tertembak pelancong dari Amerika. Pelancong Amerika tersebut adalah Cate Blancet dan suaminya Brad Pitt. Senapang yang boleh menembak lebih 3 km itu dihadiahkan oleh seorang pemburu Jepun kepada seorang Morocco. Brad Pitt dan isteri yang tertembak sedang melancong untuk menilai balik perhubungan mereka yang renggang disebabkan kematian anak. Orang Jepun yang menghadiahkan senapang pula masih menilai perhubungan yang agak renggang dengan anaknya yang pekak dan bisu. Ini disebabkan oleh isteri beliau telah membunuh diri dan gangguan dari polis untuk bertanya. 2 orang anak2 Brad pula dibawa ke Mexico oleh penjaga kerana tidak orang yang menjaga mereka di rumah. Kekecohan tentang semua masalah menunjukkan tiada orang lari dari masalah. Dan selalunya masalah akan berakhir dengan tragedi atau kegembiraan. Semua cerita ini disatukan dengan masalah tersendiri. Adegan di dalam disko selama 20 saat antara si bisu dan musik memang menYAKITkan. Filem yang ada kelas tersendiri dan menghiburkan.

Cerita Lama Sangat Ni




Perkasa boleh turun Palestin



Presiden Perkasa mengistiharkan jihad atau perang salib jika ingin menubuhkan Negara Kristian. Ibrahim Ali memang seorang yang pandai mencari isu walaupun isu bodoh tapi apabila dicanai atau ditempik oleh Ibrahim Ali seolah2 cerita sensasi dan perlu dibuat serta merta. Dicadangkan kepada Ibrahim Ali untuk turun ke Palestin bersama2 rakyat disama melawan rejim Zionis. Tapi bagi aku Ibrahim Ali ini layak untuk mengetuai pasukan bola sepak di EPL. Suara beliau agak garang dan pandai mencari isu yang kurang penting tapi boleh dipentingkan. Kita boleh bagi dia tempat sebagai pengurus di New Castle (Kota Bharu) mengikut tempat dia berasal.

SHIT







Keputusan Mahkamah semalam adalah merujuk satu kes prima facie oleh pihak defenden DS Anwar untuk menolak kreditabiliti saksi utama iaitu Shaiful Bukhari. Shaiful telah naik jadi saksi utama untuk kes sebenar iaitu kena liwat. Perbicaraan atas perbicaraan pun berlaku selama 59 hari dan semalam keputusan perbicaraan hanya untuk menolak ketidakupayaan saksi Shaiful Bukhari tidak berjaya dan Ds Anwar yang tidak mengaku bersalah pada Ogos 2008 hendaklah membuat defend bermula pada 6 - 30 Jun 2011. Kali ini DS Anwar akan menjadi saksi utama pihak defenden dan mengikut peguam cara utama Karpal Singh antara saksi2 yang mungkin dipanggil adalah DS Najib dan isterinya, DS Rosmah. Jika sabit kesalahan liwat (rogol lelaki) ini, DS Anwar boleh dikenakan penjara selama 20 tahun dan sebat. Ketika perbicaraan 2 dibuat untuk menolak saksi utama, Shaiful - pihak defenden menimbulkan tentang konsep seorang Islam solat Jumaat, mandi wajib dan cara cuciannya. Mereka juga menimbulkan perangai Shaiful yang masih menghadap DS Anwar walaupun telah diliwat. Mereka juga cuba menimbulkan tentang perbawakan Shaiful dari keluarga yang berpecah. Semua ini ditolak oleh Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah kerana bagi beliau saksi utama kes liwat ini adalah benar dan berwibawa. Kadang2, kalau kita lama tak berak, rasa susah hati, ia mungkin keras dan susah nak keluar. Aku teringat cerita tulisan Datuk Shahnon Ahmad iaitu 'SHIT' - begitulah semuanya.

Monday, May 16, 2011

Saksi BENAR dan BERWIBAWA




Keputusan hari ini, DS Anwar diminta membela diri pada 6 -30 Jun nanti kerana saksi yang dibawa oleh pendakwa adalah cukup benar dan berwibawa. Keputusan ini diberitahu pada pagi hari ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Memang keputusan ini adalah liwat dan lewat.

RON 95 pun nak NAIK



Harga minyak RON 95 sudah tidak boleh ditahan lagi. Semalam Menteri, Datuk Ismail Sabri memberitahu penyelarasan atau rasionalisasi akan berlaku pada bulan hadapan. Penyelarasan dari perkataan "selaras" bermaksud 'sama' atau penjodoh bilangan kepada senapang. Rasionalisasi pula datang dari perkataan asas rasional iaitu agak tetap pendirian dan tidak gila. RON 95 pernah naik pada bulan Disember 2010 dengan kenaikan RM0.05 Mengikut rekod kenaikan harga minyak sekarang hanya diumum oleh pembekal2 minyak atau ketua persatuan kedai2 minyak se Malaysia. Datuk Ismail Sabri memberikan indikatif bahawa kenaikan ini untuk selaras atau rasionalisasi terhadap subsidi yang diberikan. Bila selaras atau rasionalisasi maka ada satu jangkaan dan tahap yang mungkin hendak disamakan. Teringat aku pada seorang tua yang berkata "Harga minyak naik berapa pun aku tak mengalami apa2. Setiap kali aku beli minyak RM10 dan sampai sekarang aku masih beli RM10, maka naik ke turun aku masih macam tu" Orang tua ini mungkin tak tahu mengira sehingga RM10 itu tidak boleh lagi membeli minyak.

Saturday, May 14, 2011

RM400 juta



Patutnya orang Sarawak dah ambil ikhtibar bila cerita tentang perceraian anak Ketua Menteri mereka yang melibatkan duit RM400 juta. Kalau anak sudah bercerita tentang ratusan juta, bapa dia cerita yang berapa pula? Dari mana duit ini datang? Ia bukan datang seperti disorong2 atau jatuh dari langit dan kita tersepak dan kita guna secara pandai sehingga menjadi ibu duit untuk segala duit. Duit RM400 juta ini cuma 50% yang diminta oleh adik Shiela Majid untuk urusan perceraian dan bermaksud harta yang dipunyai adalah RM800 juta. Berapa lama seorang yang bergaji RM1,500 boleh menyimpan untuk dapat duit RM1 juta. Kalau dia tak makan selama 57 tahun bekerja dan menyimpan RM1,500, RM1 juta dalam tangan. Dan macamana nak jadikan RM400 juta. Mungkin dia bekerja 100 tahun dan mati hidup balik selama 222 kali baru jumpa RM400 juta. Bagaimana cara makan orang yang ada RM400 juta dan orang yang ada RM1,500 sebulan. Mungkin tak terfikir dek akal bagaimana nak berbelanja sebanyak itu. Kalau anak ada RM800 juta, cuba teka berapa bapa dia ada?

Debat di DOHA



Memang menyakinkan dan mengembirakan UIA kerana pasukan debat Arabic mereka menang di Doha, Qatar baru2 ini. Aku mendengar dicorong2 radio dari Pensyarah UIA sendiri seorang perempuan yang sangat bangga dan memperkatakan sekian banyak tentang kemenangan UIA yang seolah2 setiap tahun menang - debat di Raja, debat antarabangsa dan kali ini debat Arab di Doha. Dia memperkatakan bagaimana bangga tentang bahasa yang bukan bahasa harian tetapi dimenangi oleh orang Malaysia. Keesokan harinya, Jumaat 13/05/2011, keluar cerita tentang kemenangan UIA yang disambut meriah di Universiti tersebut. Di gambar itu terdapat 4 orang yang dimana 3 dari mereka adalah pelajar2 UIA yang menang debat di Doha dan berita itu menyatakan bahawa ketiga2 mereka berasala dari Yaman. Apalah pensyarah sorang tu, infomasi yang terpenting tertinggal pulak.

Tuesday, May 10, 2011

WHY Insured?



Mengikut rekod majoriti orang Jepun di Jepun mempunyai insuran lebih dari 9. Ini adalah rekod paling tinggi jika dibandingkan di antara negara. 'Life' insuran dapat membantu ketika mereka susah dan ketika menghadapi sakit masuk ke dalam hospital yang rata2 mahal dan tidak boleh dibayar dengan tunai. Kegunaan insuran ini membantu penduduk Jepun ketika menghadapi kematian dan masalah kesihatan. Tetapi rekod yang bagus ini sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada mereka ketika Tsunami berlaku. Tidak ada syarikat insuran yang berani memberi 'life' insuran untuk menghadapi malapetaka gempa bumi, tsunami dan nuklear. Pasaran insuran sebenarnya baik kepada dunia mengamalkan kapitalis dimana sakit itu terlalu mahal dan diswastakan. Di Malaysia, hospital swasta mengenakan caj2 yang tinggi, bilik seperti hotel dan layanan 5 bintang. Tetapi ayat pertama yang ditanya adalah "Encik ada kad insuran tak?" atau "Encik bayar sendiri atau insuran". Dan sebenarnya kita pernah dengar tentang sepasang suami isteri tidak dapat mengeluarkan anak mereka selepas isteri melahirkan kerana tidak dapat membayar kos bersalin. Anak mereka ditahan sehingga pembayaran dibuat. Adakah persaingan dalam kapitalis menyebabkan perkara2 begini berlaku dalam ekonomi untuk bersaing antara negara. Bagaimana perasaan orang Jepun yang ada 9 life insuran tetapi tidak dapat sumbangan dari insuran kerana malapetaka tsunami? Berapa harga perlu kita letak untuk diri kita diinsurankan? Adakah mana2 negara memberikan kemudahan hospital secara percuma sehingga sekarang?

GULA



Harga gula pun naik RM0.20 dan harga semasa sekarang adalah RM2.30 per kg. Beberapa bulan dahulu gula susah nak beli. Keperluan yang tiba2 meningkat menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport gula dari negara luar - Australia dan Brazil. Dengan kenaikan ini, kerajaan dapat menurunkan subsidi dari RM400 juta setahun kepada RM116.6 juta setahun. Penurunan subsidi ini dapat merasionalisasi harga atau subsidi yang diberikan. Harga Ringgit terus kukuh berbanding Dollar Amerika bukan dollah. Kalau dulu kontrak yang bersain dengan harga USD1 kepada RM3.50, maka kita akan rugi lebih RM0.60 sekarang. Kekukuhan RM bagus untuk kontrak yang berlaku sekarang dan akan datang. Tetapi kuasa membeli tidak berubah kepada kita bila berbelanja di dalam Malaysia kerana harga barang tidak turun mengikut kekukuhan ini. Kalau nak rasa duit RM kuat, gagah dan besar maka cuba berbelanja bercuti ke Indonesia, Thailand, Vietnam atau sekitar Asia Tenggara. Tukaran duit yang lebih besar akan kita dapati untuk RM. Tetapi gula nak naik RM0.20 sebenarnya merisaukan pedagang. Pengguna kecil macam orang persorangan tidak terasa sangat kerana jumlah penggunaan adalah kecil. Tetapi pelik apabila Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengguna mengatakan pengguna paling banyak atau 60% adalah orang2 seperti kita. Memang pembeli paling banyak di pasaraya2 adalah orang2 seperti kita dan selalunya kita seperti semut bila tak dapat gula tetapi ini adalah sebahagian penggunaan yang tidak banyak dibandingkan dengan kapasiti penduduk setempat. Pebandingan lebih tinggi adalah di bahagian pedagang seperti A& W, pembuat air berkarbonat, pembuat kek dan mak cik Limah penjual tepung talam. Sepatutnya penggunaan yang tinggi dikenakan harga lebih tinggi seperti TNB - makin banyak guna makin mahal pengiraannya. Aku sebenarnya tengah pening tentang apa itu rasional dalam naik harga ini dan harga RM kukuh.

Monday, May 9, 2011

Bila semua Membantu

Kalau kereta rosak di rumah, jiran2 datang membantu. Bagi 'jumper', tolong tolakkan dan tolong tukarkan tayar kalu pancit. Kereta rosak tengah jalan pun ada yang membantu. Kalau kita sibuk, pasti ada yang datang bertanya dan boleh membantu. Kalau kita kesempitan tak payah minta, ada yang menghulurkan. Kalau kita lapar ada yang datang belanja. Kalau dahaga ada yang datang bawa air atau belanja air. Kalau tengah bulan belanja rumah tak cukup, ada yang datang bertanya dan menolong. Kalau hujung bulan gaji tak masuk lagi, ada yang tolong pinjamkan dulu. Duit tidak menjadi masalah sekarang tetapi masa. Kalau sibuk buat macam2, ada yang datang tolong. Tolong hantarkan anak, tolong ambilkan anak, tolong bermacam2 sampai tak tahu nak bayar balik. Senang hidup ini kalau datang banyak kalau sampai kita rasa senang kalau kita senang. Kalau susahpun pasti kalau ini tolong. Kalaulah.

Serial Acid Splasher



Sudah lebih 20 kes dilapurkan. Tak jauh dari kita hanya di Kuala Lumpur. Menungang motor Honda Ex5 dan melontar asid kepada perempuan yang berjalan. Semalam, hari Ahad seorang wanita dan anak kecilnya juga disimbah asid di Kuala Lumpur. Mungkin perangai orang ini seperti peragut menggunakan motor. Aku rasa penyimbah asid ini seorang yang tidak kacak hatta mungkin tidak kaya. Seorang yang pendendam mungkin kerana ditinggalkan awek dan berumur lebih kurang 25 hingga 35 tahun. PDRM boleh mulakan siasatan dengan melihat jenis asid yang dilontar itu. Adakah ia boleh didapati di kedai2 pembekal cat atau 'hardware' sahaja. JPJ boleh membantu dengan melihat empunya Honda Ex5 di sekitar Kuala Lumpur. Mengikut laporan mereka bertindak tidak ikut masa dan di mana hatta di depan sekolah pun mereka bertindak. Sudah 8 orang budak sekolah kena simbahan asid ini. daripada 20 cuma seorang lelaki yang terkena simbahan asid ini. Perangai gila ini mesti diberhentikan. Apa yang perlu dibuat jika kita terkena simbahan asid ini - terus basuh dengan air.

MUHAMMAD ANIQ ZAHEEN




Hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan "Di antara hak2 anak yang mesti ditunaikan oleh bapa :tiga perkara iaitu mengelokkan nama bila dia lahir, mengajar Al Quran apabila dia matang dan mengahwinkan apabila ia baligh". Anak aku yang ketiga, lahir pada 06 May 2011 pada pukul 8.59 am Jumaat 02 Jamadil Akhir 1432. Bayi lelaki ini akan dinamakan Muhammad Aniq Zaheen yang bermaksud Yang terpuji, kacak (elegant) dan pandai (inteligent). Lahir pada hari yang sama dengan aku - Jumaat. Sigmund Freud juga lahir hari yang sama pada 1856 dulu.

Sunday, May 8, 2011

Selepas 3 Kali disebut


Bergelung di dalam perut. Menanti yang dikasih keluar ke dunia. Bergelung lagi perut dan kali ini seperti tidak boleh ditahan2. Sakit berkurangan tetapi menyerang sekejap2. Ombak di dalam perut sekejap bergelung sekejap berhenti. Putaran seperti air di tandas turun mahu membersihkan sekeliling. Sakit yang sekejap2 sudah seperti terlalu singkat untuk berhenti. Sekejap lagi gunung yang berapi ini akan membuahkan ledakan. Sakit kerap yang tidak terhenti2 cuma sendiri yang tahu. Tenang sebentar tadi seperti memanggil sakit kembali. Bukaan mengikut kata pakar masih menunggu sendiri. Peluh didahi seolah2 panas walaupun aircond di bilik pembedahan terlalu sejuk. Suami memberi nasihat seolah2 berkata2 sendiri. Apa yang disebut tidak sampai sama macam sakit ini. Sakit makin kerap dan terasa seperti bergulung2 di dalam. Tsunami yang akan berlaku. Memegang apa yang ada disekeliling. Bukaan terasa besar dan terasa seolah2 akan pecah sebentar lagi. Berputar2 sekeliling dan terasa nyawa seperti ditarik2. Sang suami masih berkata2 yang tidak didengar. Putaran air tandas akan berakhir sebentar lagi. Sakit berhenti2 dan sakit lagi. Macam sudah pasti. Orang sekeliling masih berkata2. Keadaan sekitar seolah2 macam kiamat kecil. Berputar2 isi dalam perut. Gunung berapi ini akan meletup. Peluh terasa di leher. Sakit lagi. Berputar lagi dan sakit berhenti. Tsunami ini akan meletus. Sakit dan sakit terus. Kenapa ia tidak berhenti disini. Sakit dan berputar lagi. Ini semua adalah igauan ibu2. SELAMAT HARI IBU

Friday, May 6, 2011

Cesarean Birth









Aku dipanggil masuk ke bilik pembedahan. Doktor Zul sudah mula meletakkan pisau ke perut isteri dalam keadaan isteri ditegakkan kain menutup prosedur dari di lihat. Doktor Ravi - pakar bius menyuruh aku berada di kepala isteri sambil tersenyum. Aku merapatkan mulut ke telinga isteri sambil bertanya "Rasa tak? Isteri tersenyum kelat kerana tidak mampu bersuara untuk memikir menjawab soalan aku. Aku menyuruh isteri mengucap kerana prosedur yang mungkin memakan masa kurang dari 20 minit akan selesai. Aku menjengok2 melihat pisau memotong membelah perut isteri aku. Prosedur Caesarian ini hanya memotong kurang sejengkal sahaja di atas perut. Bayi yang diberitahu kepada aku semalam selepas di scan kemungkinan berat 3 kilogram akan keluar bila2 masa. Nampak doktor menghadapi kesulitan kerana seorang perlu menolak bayi keluar dari atas. Doktor Ravi dipanggil untuk membantu. Dari kepala isteri aku, dia berdiri dan menolak dan aku saksikan sendiri dia menolak sambil kakinya berada di dinding. Seolah2 sukar untuk keluar bayi yang satu ini. Aku terus bercakap2 dengan isteri. Meminta dia mengucap Dua kalimah Syahadah dan beristigfar. Dan akhirnya bayi yang ditunggu sudah keluar. Masih berlumuran darah dan berwarna pudar, bayi itu ditunjukkan pada isteri aku dan terus dibawa untuk dicuci. Prosedur seterusnya adalah menjahit perut yang sudah terbuka. Jahitan diperut itu memerlukan masa lebih kurang 30 minit. Aku dibenarkan keluar dan aku terus berjumpa bayi yang dipaksa keluar dari tempat yang paling seronok bagi dia. Subhanallah.

Hari yang Penting








Jam 5.30 am sudah sibuk memulakan perjalanan hari. Hari ini lebih penting dari hari2 lain. Isteri kesayangan akan melahirkan anak ke 3. Kejutkan anak2 dan suruh mereka mandi. Bagi mereka tiada beza seperti hari2 lain. Hari ini Jumaat 06/05/2011. Ayah akan pergi kerja dan Mama akan ke hospital bagi mereka. Jam menunjukkan 6.45 am. Perjalanan mesti diteruskan kerana prosedur pembedahan 'caesarian' akan dilakukan sekitar jam 8.00 am. Perjalanan dari rumah lebih kurang 30 minit dari Taman Bukit Subang ke Hospital Pusrawi, Kota Damansara. Anak2 sudah awal sampai ke Taska masing2. Jam sudah pukul 7.15 minit seperti dijanjikan mesti sampai disana. Perjalanan diteruskan lagi. Pergerakan jalanraya agak perlahan kerena orang ramai berpusu2 untuk ke kerja. Berbeza niat masing2 dan perjalanan dilambatkan pula dengan sebuah kereta rosak ditengah2 jalan di Kg Melayu Subang. Sesampai di Hospital Pusrawi jam sudah menunjukkan pukul 7.35 am. Termengah2 isteri menyampaikan perjalanan ke tingkat atas hospital terus ke bilik pembedahan. Jururawat2 menyambut dengan tersenyum dan memberitahu bahawa tukang Bius masih belum tiba kemungkinan sampai pukul 8.15 am. Aku diberi pakaian khas untuk masuk ke dalam bilik pembedahan menunggu jam 8.15 am. Perut belum diisi dan berat kepala kerana tidur lewat malam sebelumnya. Penantian yang mendebarkan. Isteri telah masuk ke dewan pembedahan menjalani ujian2 sampingan dan aku menunggu debar untuk meneman. InsyaAllah.

Wednesday, May 4, 2011

SPREE



Belanja mengikut kemampuan kadang2 tidak boleh aku ikut sangat. Semalam pengarah Syarikat aku memberitahu bahawa aku kena pergi ke Pavilion, Kuala Lumpur melihat pelancaran produk baru KFH. Pakaian yang dibenarkan adalah suit dan berkot. Aku tidak ada benda2 ini kerana bagi aku berbelanja mesti mengikut kemampuan. 2 hari lepas aku naik Mercedes Benz S350L bersama pengarah aku dan bercerita tentang suit ini. Dia mengajak aku buat satu suit yang bagi dia murah dan boleh diterima. Harga seluar sekitar RM700 dan satu suit lebih kurang RM2,500 - RM3,500. Cara dia bersembang seolah2 aku bergaji seperti mereka. Letih aku memikirkan kerana selama aku bekerja seluar paling mahal aku buat adalah di Bandung iaitu RM150 sehelai dan ia adalah yang terbaik. RM700 untuk sehelai seluar adalah seperti gaji sebulan salah seorang pekerja kilang syarikat aku. Aku seolah mengiakan tetapi dalam hati menolak secara diam2. Belanja mengikut kemampuan seolah2 berada dalam pulau tidak dikacau orang.

Temuduga orang India




Hari ini aku menemuduga seorang lagi. Keturunan dari Hyderabad India dan seorang Islam. Sudah bekerja luar dari India lebih dari 20 tahun. Sekarang bekerja di Dubai selama 15 tahun dan bekerja di 3 syarikat yang berlainan. Seorang Pengurus Besar dan ada MBA dan Ijazah Business Marketing. Berumur 48 tahun dan sudah berkeluarga. Gaji sekarang USD6,800 dan meminta kenaikan sekitar 20%/30% kenaikan. Terlibat dalam perkilangan lebih dari 10 tahun dan majikan tertinggi lebih 10 tahun.

Berdasarkan pengalaman kerja di tempat2 luar dari negara sendiri memberi satu anjakan tinggi untuk mengambil dia sebagai pekerja. Cuma bagi aku agak pelik kerana dalam umur sekarang dia masih mencari2 kerja dan tidak nampak untuk berhenti dan duduk diam setempat. Perkara ini sepatutnya menjadi motivasi kepada semua orang bahawa peluang pekerjaan terdapat bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Jika sekarang sedang bekerja di Bank lebih dari 5 tahun, cuba2 jengok di dalam internet dan cari kerja di tempat lain. Kenaikan gaji yang mungkin kita tidak dapat nikmati hatta lebih 5 tahun akan dapat dengan sekali lompatan.

No Reservation




Melihat bagaimana kita dahulu, banyak perkara yang susah kita buat. Semalam aku menonton cerita tentang Anthony Bourdain. Dalam rancangan itu dia kembali ke restaurant mexico yang dia pernah kerja ketika berumur 18 tahun dan sebelum dia popular. Melihat kerja dahulu yang lebih senang memang memeningkan pakar masak itu. mengikut feeder (salah seorang yang paling penting di dapur), mereka memasak lebih dari 650 masakan setiap hari. Kerja feeder adalah kerja lama Anthony Bourdain ketika berumur 18 tahun dahulu. Semalam dia perlu mengingati semua menu dan membantu feeder untuk memesan makanan dengan tukang masak. Keadaan sempit di dapur mengengkang Anthony untuk memasak dan dia pelik dengan bagaimana dia boleh memasak ketika 18 tahun dahulu. Kadang2 kita perlu mengingati cara kita buat kerja dahulu. Ingat sesuatu benda yang susah kemungkinan boleh memberi kita semangat tentang menghadapi dunia semakin mencabar. Dahulu dengan RM500 mungkin kita boleh hidup senang dan kuat badan kita menghadapi hari2 yang susah.

Tuesday, May 3, 2011

The Tourist





Filem yang dibintangi oleh Johnny Deep dan Angelina Jolie adalah filem kitaran semula dalam tahun 2005 filem Perancis. Kalau dulu cerita twist begini memang nampak cantik dan mengelirukan. Tetapi setelah dikitar semula, cerita begini tidak menampakkan impak dan drama yang mengkagumkan. Cerita tentang Elise Ward seorang ejen Scotland Yard yang ditugaskan untuk bercinta dan menangkap seorang lelaki bernama Alexander Pierce yang tidak diketahui tentang raut mukanya. Alexander ini telah mencuri duit seorang gangster bernilai 744 juta Euro dan kedua2 Scotland Yard dan gangster ini mencari orang yang kemungkinan sudah menukar muka lebih dari setahun. Angelina Jolie telah berkenalan seorang pelancong didalam keretapi yang menuju ke Itali dan pelancong ini adalah johnny Deep. Berlansunglah cerita tentang kekecohan kerana menyangka Johnny Deep adalah Alexander. Sehingga akhir filem baharulah penonton mengetahui bahawa Johnny Deep adalah Alexander yang dicari. Kecantikan Angelina Jolie dan kekacakan Johnny Deep sahaja menjual filem ini.

OSAMA




Dan berakhirlah cerita tentang September 11, 2001. Rancangan yang kononnya dikelolakan oleh rangkaian Al Qaeda dan ketuanya Osama Ben Laden diberitahu telah terkorban di Pakistan tidak jauh dari kem tentera Pakistan. Berbagai benda telah berlaku semenjak dari September 11 yang kebanyakan orang tidak tahu. Tentang pandangan terhadap Islam dan kecantikan Islam yang terserlah apabila orang2 kafir belajar dari cerita September 11. Berlaku sahaja pengeboman dimana2 Al Qaeda akan disalahkan dahulu. Di Indonesia, di Tanzania, India, di Filipina dan hatta bunyi2 di Malaysia pun Al Qaeda pun dituduh. Filem2 yang dikeluarkan selepas isu tersebut menunjukkan keganasan Islam. Bank2 di dunia terpaksa terikat dengan Anti Money Laundering Act dimana setiap duit yang masuk atau keluar mesti diberitahu. Tetapi yang peliknya setelah 10 tahun baru Osama Ben Laden tertumpas. Canggihnya pihak bersekutu tidak dapat menangkap Osama menjadi bahan lawak seluruh dunia. Keganasan pihak bersekutu dikira halal dalam mencari Osama dan ini digunakan berkali2 untuk nampak mereka baik. Maka seorang anti hero terpaksa dicipta selepas ini untuk menunjukkan bahawa peperangan mesti diteruskan dan nampak halal.

DELETE



Satu rangkaian networking berjenama Friendster akan memadam semua data yang ada didalam rekod mereka. Dengan lebih dari 115 juta pengguna, gambar2 yang sudah lebih dari 10 tahun , blog yang tersimpan dan data2 cerita akan lenyap begitu sahaja. Benda2 ini akan berlaku kepada semua jenama networking apabila sampai satu masa dimana kemampuan menyimpan data tidak lagi dapat menampung kebanjiran data. Friendster telah memberitahu ahli2nya untuk menyimpan data sendiri sebelum 31/05/2011. Kalau difikirkan sudah berapa banyak kita menyimpan album dalam networking. Kita tidak lagi mencuci gambar seperti dahulu lagi. Mungkin gambar anak kita sendiri sudah tiada digantung di rumah. Gambar anak2 kita hanya boleh dilihat di networking. Salah satu cara untuk memastikan semua gambar dapat diselamatkan dengan menyimpan dibanyak networking yang percuma kalau masih malas nak mencuci. Masukkan dalam Picasa, load dalam geni.com, masukkan dalam blog dan banyak lagi web2 percuma untuk loading gambar. Ini adalah salahsatu cara sahaja dan kemungkinan tidak bertahan lama.