Yang selalu jengok

Monday, October 29, 2012

Hafalan Shalat Delisa

Tsunami 25/12/2004 Acheh sentiasa kekal dalam ingatan.  Rapatnya cerita tsunami kerana sekitar masa yang sama keluarga aku juga kehilangan beberapa orang yang dikasihi.  Cerita Hafalan Shalat Delisa yang dititip dari karya tulisan Tere Liye seorang pemuda yang berbakat.  Cerita tentang Delisa, seorang kanak yang sangat indah hidupnya disamping keluarga yang tersayang.  Bersama Ummi Salamah, kakaknya Fatimah dan 2 kembar iaitu Az Zahra dan Aisyah.  Ayahnya yang bekerja di luar negara - Abi.  Bermula pada 24 Disember 2004 sehari sebelum kejadian Tsunami yang menunjukkan satu keluarga bahagia dan aman di Lok Nga (salah satu perkampungan kecil di Acheh).  Cerita tentang bagaimana anak2 kecil di sana diajar menghafal bacaan solat dan diperiksa secara praktikal dan diselitkan dengan maksud supaya kanak2 tidak menjadi seperti burung kakak tua.  Cantiknya cerita ini kerana walaupun seluruh keluarganya mati dan kakinya dipotong tetapi kanak2 kecil ini, Delisa meneruskan hidup dengan gembira.  Tanpa kita perasan nama2 keluarga Delisa ini adalah berkaitan Rasullullah SAW.  Dan yang paling meningatkan aku adalah lagu Ibu yang sentiasa berlagu di dalam filem ini - sedih dan mengingatkan.
 
 

Aku Bukan Haji

Eid Mubarak dan hari terakhir melontar jamrah di Mina.  Aku membantu melapah lembu 2 hari berturut2.  Jumaat dan Sabtu.  Mungkin diperiksa tahap darah dibadan ini sekarang naik tinggi kerana hari2 makan daging.  Semalam 28/10/2012 hari ke 2 Thasrik, sudah tidak ada yang membuat korban lembu dan yang peliknya mengikut ramalan Aidil Adha kali ini akan terus sejuk kerana hujan tetapi hari terus memanas semalam 2 hari untuk membantai lembu.  Aku menonton cerita "Aku bukan Haji" lakonan Ashraff Muslim, Fauziah Nawi dan Wan Hanafi Su.  Cerita tentang seorang lelaki yang mencuri duit bakal haji untuk membeli ubat buat ayah yang sakit kuat. Bakal haji itu pula meninggal dunia kerana sakit jantung disebabkan kecurian itu.  Setelah itu bapanya meninggal dan duit itu dipulangkan secara senyap dan dia setiap kali memohon ampun pada keluarga yang meninggal walaupun tiada yang memahami kerana dirahsiakan perbuatannya.  Panggilan haji oleh Wan Hanafi Su untuk menaikkan semangat tetapi buat si pencuri, Ashraff lain pula kerana ia membuatkan jalan cerita menarik kepada aku.  Duit dicuri dan bakal haji meninggal.  Aku juga cuba dekatkan tentang kes pekerja Tabung Haji yang mengambil duit dari bakal2 haji untuk menaikkan nama orang lain menggantikan nama yang didalam barisan.  Tiba2 orang yang dialihkan itu meninggal dunia!  Tidakkah ini sama dengan mencuri hak orang?

Wednesday, October 24, 2012

Seminar Percukaian Kebangsaan 2012

Semalam menghadiri Seminar Cukai Kebangsaan di Shah Alam Convention Center.  Dikelolakan oleh LHDN dan dihadiri lebih dari 400 peserta.  Nampak macam menumpukan perhatian peserta tetapi bila sembang2 waktu minum dan makan, baru perasan mereka ini kebanyakannya adalah agen percukaian yang perlu menghadiri seminar percukaian untuk mendapat lesen sebagai agen.  Seminar Percukaian itu terbahagi kepada 2 bahagian - pertama tentang usul bajet yang baru diperkatakan di Parlimen dan kedua tentang pengelakan cukai untuk didakwa atas kesalahan jenayah.  Pengetahuan tentang percukaian bukan semua tahu tetapi bermula dari tahun 2013 nanti sesiapa yang tidak menghantar borang cukai dikira sebagai penjenayah, sesiapa yang cuba mengurangkan cukai dikira jenayah juga.  Dan sesiapa yang mengarahkan, membuat dan merekacipta untuk mengurangkan cukai juga boleh didakwa atas kesalahan jenayah.  Boleh masuk penjara dan didenda.  Banyak yang dibincangkan dan ia terlalu rapat dengan kita dan kemungkinan benar akan datang, kerjaya agen percukaian menjadi lebih penting bukan hanya untuk syarikat tetapi individu juga. 
 
Apa yang berubah di dalam percukaian - 21 seksyen dalam Akta Percukaian 1967 berubah, 4 seksyen dalam Akta Petroleum 1976, 6 seksyen dalam Akta Percukaian dalam Keuntungan Jualan harta 1976 (RPGT) dan 4 seksyen dalam Akta Stamp 1957.  Bersedia untuk menerima pengetahuan percukaian kerana walau kita mengelak ia akan datang juga akhirnya.

Wednesday, October 17, 2012

WIRA-WIRA Negara

Aku membayar cukai pendapatan.  Dan selalu dipanggil sebagai Wira2 Negara kerana pendapatan aku diberi sedikit kepada Kerajaan untuk diuruskan membuat perkara2 yang dirancang untuk kebaikan semua penduduk Malaysia.  Dan menjadikan hak aku untuk mengetahui kegunaan dan kemana duit2 aku ini digunakan kerana sebagai Wira2 Negara aku mesti merujuk kepada lapuran yang disediakan untuk aku mengetahui kemana duit itu dilaburkan untuk kebaikan.
 
Salah satu projek adalah penambahbaik penternakan lembu yang dikelolakan oleh NFC sebanyak RM250 juta.  Mungkin banyak projek lain yang aku tidak tahu dan tiada siapa yang mahu membocorkan rahsia ini.  Hari ini dalam The Star - NFC adakn dikenakan tindakan sivil untuk mendapat balik duit pinjaman sebanyak RM250 juta yang telah digunakan sebahagiannya bukan untuk penternakan lembu. 
 
Yang asalnya cerita ini adalah gebang pembangkang yang tiada siapa mahu mendengar.  Rafizi, pakar strategi PKR bercerita tentang kegunaan duit NFC membeli kondominium di Bangsar dan berniaga di Singapura.  Setelah diteliti oleh pihak SPRM dan kerajaan, maka ada salahlaku dibuat dan boleh diambil tindakan. 
 
Kalau sebagai Wira2 Negara aku tidak boleh buat sesuatu tapi Rafizi sudah memalu gendang untuk berperang, aku kena sokong kerana duit cukai yang aku bayar digunakan untuk masuk poket sendiri memang tidak betul.

Kouta Haji 2012

Hari Wukuf di Arafah berlaku pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1433 nanti bersamaan Eid Mubarak 26/10/2012.  Wukuf adalah haji.  Tiada wukuf bermakna tiada haji.  Wukuf tidak boleh digantikan membayar dam seperti wajib haji.  Yang sakit, tenat tidak boleh berjalan atau pengsan sekali pun pasti dibawa ke Arafah untuk berwukuf kerana ia adalah rukun didalam haji. 
Kouta orang pergi haji di Singapora hanya kekal kepada 680 visa yang dikeluarkan tidak seperti tahun2 terdahulu sekitar 1,500 visa dikeluarkan.  Mengikut Menteri Agamanya, ini disebabkan dengan peningkatan pembaikan yang terlalu besar dilakukan disekitar Masjidil Haram di Mekah.  Benar ini adalah satu keputusan yang terpaksa diikut oleh semua negara kerana habuk yang banyak dan suasana yang tidak mesra alam akan bertambah teruk dengan orang yang lebih ramai.
Hujah mengatakan bahawa disebabkan demonstrasi Bersih menyebabkan kuota Malaysia tidak ditambah adalah tidak boleh diterima dan ini menakutkan orang yang masih menunggu masa untuk pergi.  Mengikut rekod lebih dari 975,000 orang sudah berdaftar dan jika mengikut kuota 28,000 sahaja yang boleh pergi maka lebih dari 35 tahun beratur di dalam susunan untuk pergi ke sana.  Berdoa supaya panjang umur.  Dan mengikut rekod juga 4,000 orang di dalam daftar itu berumur lebih 75 tahun dan perlu didahulukan.
Didoakan semoga haji2 dan hajah2 dari Malaysia mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan untuk menunaikan segala rukun2 haji.  Insyallah.

Monday, October 15, 2012

Duit Dana Asing

Di dalam sistem ekonomi kapitalis, duit menjadi pelincir untuk semua bergerak.  Tidak ada ehsan dalam perniagaan, tiada budi dalam pertolongan atau semua benda perlu duit.  Keuntungan adalah terpenting.  Duit luar atau Foreign Direct Investment (FDI) adalah penting dalam meningkatkan atau membesarkan sesuatu ekonomi sesebuah negara.  Kalau negara hanya mengharapkan duit dalaman dan berniaga sesama sendiri maka peningkatan pembesaran tidak akan berlaku.  Contoh apabila satu kampung yang hanya duduk sendiri dan berniaga sesama sendiri dan tidak membenarkan apa2 elemen masuk ke dalam negara.  Sistem barter atau bertukar barang mungkin boleh tapi kalau duit sebagai perantara maka duit akan tersekat apabila seorang menyimpan duit diluar sistem.  Duit luar ini penting untuk mengembangkan ekonomi.

Baru2 ini semua kecoh tentang penyangak seorang ini iaitu George Soros yang pernah kita marah kerana mengodam sistem kewangan kita dan meruntuhkan nilai kewangan kita pula pada sekitar tahun 1997 - 1999.  Dan sekarang nama George Soros ini keluar balik kerana menjadi dana asing untuk menjatuhkan seseorang.  Di satu sudut biasa, penduduk Malaysia melihat ini adalah kesalahan yang boleh dipolitikkan kerana ia membantu satu NGO untuk menjatuhkan orang Malaysia.  Tetapi di satu sudut yang lain, dana asing masuk ke Malaysia. 

Bila kita melihat Mc Donald dibuka di Malaysia bermaksud FDI bergerak masuk ke dalam ekonomi.  Bila ada sesebuah syarikat yang besar berminat datang melabur ke Malaysia maka kita melompat gembira kerana pasti mereka membawa duit bersama dengan janjinya bahawa pekerjaan bertambah, pengangguran menurun atau nikmat dinikmati bersama.  Tetapi keuntungan perniagaan sebenarnya dibawa keluar oleh syarikat yang besar itu.  Konsep perniagaan terbuka ini membuka peluang dan juga menarik keluar duit dari dalam ke negara asing.  China tidak mengamalkan konsep terbuka ini.  Maka apa yang terjadi, ribuan jutawan tercipta di dalam negara sendiri tanpa menjemput orang luar masuk.  Peraturan yuang ketat ini boleh dilihat sehinggakan syarikat yang sebesar Google pun boleh diminta tutup di China.  China dengan penduduk yang ramai memang boleh membuat sekatan2 yang berbagai kerana pengguna2 yang ramai membolehkan mereka mencipta ekonomi mereka sendiri.

Malaysia agak berbeza kerana kita adalah negara pengguna sahaja.  Bermaksud kita tidak mencipta barang yang banyak dan kita memerlukan barang luar masuk ke negara untuk menikmati hidup lebih sempurna.  Dana asing masuk penting untuk menyemarakan sistem ekonomi.  Contoh apabila Kuala Lumpur yang dahulunya murah sekarang sudah mahal apabila banyak syarikat luar datang membuka hotel, pak2 Arab buka restoran Arab atau pasaraya2 mega seperti Tesco membuka perniagaan di Malaysia.  Jangan marah pada dana asing yang masuk kerana ia memastikan ekonomi kapitalis ini bergembira memastikan semua bersuka ria walau untung mereka dibawa keluar.

Saturday, October 6, 2012

Romantis orang Korea

Kalau suami layan K Pop - Gangnam Style atau gadis2 genit K Pop - jangan marah kalau kita juga layan drama2 Korea yang lelakinya kacak.  Beberapa tahun kebelakangan ini, cerita Korea digambarkan sebagai lelakinya sangat romastis dan kalau sesiapa tidak tahu lelaki Perancis ditabalkan sebagai lelaki yang paling romantis.  Konsep mencium tangan hanya dilakukan di Perancis dan suami Perancis berbangga kalau isterinya ditenung orang.  Ini ukuran romantis.  Orang Korea adalah kasar tetapi gambaran dalam filem boleh mengoncang naluri seorang isteri dan rasa2 romantis orang Korea ini terbaik sepanjang zaman.  Aku cuba beromantis dengan isteri, tetapi dilihat sebagai buang tabiat.  Mungkin rona rona romantis itu tidak ada di muka aku. 

Friday, October 5, 2012

Majlis Orang Arab

Semalam aku dijemput menghadiri majlis 'reception' pengantin orang Syria.  Sementelah bekerja dengan orang Syria, suasana majlis bersama2 orang belah sana ini tidak mahu aku ketinggalan.  Jamuan ini khas untuk lelaki sahaja.  Aku dengar kalau untuk majlis bersama lelaki dan perempuan dilakukan serentak maka ia akan berjalan di bilik yang berlainan.  Cuma kali ini diadakan di rumah dan pasti yang lelaki yang kita boleh jumpa di sana.

Majlis bermula selepas waktu Magrib.  Sekitar 8 aku sudah sampai menjengah rumah Syrian itu.  Sudah ada hampir 20 orang tetamu yang pasti bercakap arab dan aku yang Melayu ini hanya akan tersenyum sepanjang masa.  Aku perhatikan setiap yang hadir pasti akan dipeluk dan diberi ciuman oleh tuan rumah.  Kemesraan ini bukan dibuat2.  Mereka akan berpeluk lama kalau lama tidak berjumpa dan aku disambut 'Wah Lan Wah Sahlan'.  Dan yang pastinya setiap tetamu yang aku bersalam pasti memberi salam Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh" dan bertanya "Kaifa Haluka".

Sambil duduk menunggu, muka aku kembali cerah bila melihat ada lagi Melayu yang dijemput ke majlis ini yang aku rasa aku hanya akan tersenyum sepanjang masa tidak faham.  Jam sudah pukul 8.30 malam.  Salah seorang Syria sudah mula mengalunkan nasyid atau seperti berbunyi marhaban.  Sungguh mengashikkan kerana terdengar seperti membaca Al Quran kerana terdengar nama Rasullullah SAW disebut berkali2.  Majlis terus berjalan dan aku bersembang perlahan dengan Melayu yang seorang itu.  Cuma yang pasti Melayu seorang ini pandai berbahasa Arab.  Yang berlagu berkasidah itu terus mengalunkan lagu. Asyik sangat dan tetamu terus tiba dan mungkin lebih 70 orang sudah ada di ruang tamu rumah.

Sesampai aku tadi aku dijamu dengan manisan arab yang sangat manis.  Aku juga diberikan dengan 'Arabic Coffee' yang sebenarnya adalah air berempah dan aku seperti biasa tidak pernah menolak untuk mencuba dan setiap kali aku habis air berempah itu, anak tuan rumah pasti datang menuang air yang sama.  Kata orang Melayu sebelah aku, ini adalah keseimbangan dalam makanan orang Arab - manis dan berempah.
Nasyid sudah berhenti dan alunan bacaan Al Quran pula dialunkan oleh salah seorang tetamu.  Aku diberitahu kedua2 itu adalah Pensyarah di UIA.  Setelah Al Quran berhenti dibaca, seorang tetamu yang aku rasa paling dihormati - bukan tua tetapi yang paling berpengaruh berdiri seperti memberi khutbah.  Sepenuhnya dengan bahasa Arab dan dipenuhi dengan hadis dan bacaan Al Quran menasihati pengantin lelaki.  Ia disambut sekali sekala oleh tetamu dengan selawat kepada Rasullullah SAW.  Habis ucapan ini pengantin lelaki dijemput untuk berucap dan majlis pun berakhir.  Barulah tetamu dijemput makan.  Jam sudah menunjuk pukul 10 malam.  Ini adalah majlis pertama yang aku hadiri dimana terlalu banyak orang Arab dalam satu masa - orang Palestine, Mesir, Arab, Yaman yang paling ramai orang Syria.

Wednesday, October 3, 2012

Malaysia pun Boleh Debat

Dan hari ini 03/10/2012 pukul 6 pm di Amerika akan bermula perdebatan President Amerika di antara Barack Obama dan Mitt Romney.  Semua media berebut2 untuk menyiarkan secara langsung dan disaksikan oleh semua rakyat Amerika yang ingin tahu.  Perdebatan ini diperlukan sangat oleh Mitt Romney setelah beberapa minggu ini menyaksikan peratusan yang menyokong beliau menurun.  Pihak tertinggi Republikan memberi amaran kepada Romney jika tidak membuat sesuatu sekarang mungkin kerusi President akan terus kekal di tangan Barack Obama pada 06 November nanti.  Maka di Denver, Mitt Romney telah memohon debat antara beliau dan Barack Obama. Perdebatan ini akan digunakan untuk menarik balik sokongan dan di pihak Barack Obama tidak kecut untuk menerima ajakan ini.  Konsep debat ini boleh digunakan ketika ini di Malaysia semasa bajet dijadikan perbualan orang ramai, kenapa gula naik, bonus untuk penjawat awam, nak beli telefon pintar dapat rebat atau cerita rumah mampu milik.  Perbezaan cerita dengan pembangkang sekarang boleh dijadikan modal untuk berdebat kerana yang nampak pada rakyat adalah apa yang mereka dapat tetapi cerita secara mekanikalnya mungkin tidak faham.  Aku teringat peribahasa China yang simbolik "kalau kita bagi ikan, anak kita akan makan sehari tetapi kalau kita bagi joran, anak kita makan selamanya". 

Perkahwinan yang di tunggu2

Dan diberitahu bahawa perkahwinan terbesar di Malaysia dan disahkan oleh Malaysia Book of Record bahawa perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka adalah paling ramai menerima tetamu.  Mengikut rekod ia melebihi dari 120,000 orang yang hadir dengan 500 petugas yang diberitahu di dalam The Star 03/10/2012 tidak dibayar sesen pun.  Ini adalah kumpulan penanggah yang ikhlas.  Dan pada hari yang sama aku juga menjadi penanggah untuk adik ipar aku berkahwin di Kelana Jaya.  Bila melihat dengan kedatangan yang lebih dari 100,000 aku sendiri tidak boleh membayangkan bagaimana meriahnya majlis perkahwinan tersebut.  Aku ketika di Kelana Jaya mungkin menerima tetamu sekitar 1,000 orang dan masih boleh berjenaka dengan tetamu dan menunjukkan tempat makan sambil bersembang ketika tetamu makan.  Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam beberapa hari ini ditanya tentang berapa kos untuk membuat majlis sebesar itu.  Aku sendiri jamin tidak mungkin 100,000 orang itu bawa makanan sendiri untuk ke majlis perkahwinan.  Bagi aku, yang berkahwin mungkin selamat sudah berlayar tetapi yang menanggung kos perkahwinan sehingga sekarang terpaksa berfikir untuk melihat modal kembali atau bagi Ali Rustam kena menjawab dari mana duit itu datang?  Selamat Pengantin Baru.