Yang selalu jengok

Sunday, March 12, 2017

Satu Langkah Seribu Kejayaan

Hari Sabtu 11/3/2017, aku menyaksikan anak saudara aku Haris bin Shahril berlari merentas desa di Taman Botani, Shah Alam.  Larian ini bukan biasa2 sahaja kerana ini adalah larian untuk negara dan anak saudara aku ini berlari untuk Kedah Darul Aman. Dia wakil dari Kedah di bawah 12 tahun. 

Larian ini bukan main2 kerana cabaran untuk menjadi wakil Daerah sahaja sudah menjadi cerita lagenda kami sekeluarga. Menjadi wakil negeri Kedah juga menjadi satu rekod dunia pada kami sekeluarga. Haris yang satu ini bukan calang2 pelari. 

Mengikut cerita ayahnya, Haris ini memberikan kemenangan percuma untuk kawan ketika di sekolah untuk mendapat nombor 2 kerana dia selalu sangat menang. Kawan yang meminta bersungguh memohon supaya diberikan kemenangan dalam larian itu, Dan kawannya menang. Mereka berdua terpilih untuk lawan peringkat daerah.

Itu semua sejarah tetapi sejarah ini perlu dipahat dan disimpan semat kerana bukan mudah satu nama Haris bin Shahril, masuk pertandingan peringkat negeri dan terpampang wakil negeri Kedah dibelakang bajunya. Dia mendapat nombor satu untuk daerah dan nombor 3 untuk peringkat negeri Kedah. 



Pagi Sabtu itu, aku sudah bersiap awal kerana menyokong anak saudara yang satu ini. Sesampai aku dan anak2 di Taman Botani sekitar 7.50 am, orang ramai sudah berkumpul dan menanti pertandingan larian merentas desa bermula. Aku diberitahu bahawa larian akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Pertanding kali ini ada 6 larian - Bawah 18, 15 dan 12 tahun Lelaki dan Perempuan.

Pertandingan bermula dengan bawah 18 dilepaskan selepas itu berturut2 sehingga akhirnya perempuan bawah 12 tahun. Pertandingan berlaku sekitar 20 minit sahaja dan diberitahu bahawa keputusan keseluruhan akan diberitahu pada pukul 10.30 pagi. Larian yang mendebarkan ini kepada peserta yang mencari kemenangan dan kepada penonton keseronokan menyorak menjadikan taman botani pada pagi itu meriah mengganggu kedamaian.

Satu2 peserta menghabiskan larian termasuk Haris dan akhirnya Haris mendapat tempat ke 25 dalam larian yang penuh cabaran. Cabaran tahun ini berbeza dengan cabaran tahun2 sebelum dan pertandingan mengikut negeri ini tidak mengirakan keadaan bukit atau gunung yang perlu direntasi. Bagi aku, Haris sudah temui keseronokan yang berbeza. Menangis dia hari itu kerana dia tahu nikmat kemenangan yang tidak sempat dia dapat. 

Aku menulisnya untuk rekod dan diingati buat Haris bin Shahril yang pernah buat rekod yang bukan calang2.

Tuesday, March 7, 2017

Orang Muda


Dunia sekarang adalah untuk orang muda.  Betul.  Aku tak sangkal.  Aku juga muda dulu, aku berfikir seperti tiada esok untuk aku.  Berjaga malam seolah esok tak datang. Orang muda mesti melampaui batas. Bila batasan dilanggar baru terasa dunia milik orang muda. Orang muda mencuba berbagai benda. Bahaya bukan lagi ukuran. Tetapi pengalaman mesti dicari. Semua laut mesti dikenali. Sudah berkhemah disana? Gunung mana yang perlu dipanjat?

Aku menghabiskan dua buku orang muda cerita realism sepanjang cuti dua hari Sabtu dan Ahad. Travelog Mr. Backpackers: Merentas Amerika oleh Badrul Hisham dan Catatan Mat Lutfi. Anak muda begini seolah2 seperti bergerak tanpa henti. Perasaan tiada henti ini memberikan tenaga yang luar biasa bagi anak muda. Anak muda jangan dilihat terlalu lemah atau letih. Bergerak dan pastikan tiada henti. Bila hendak berhenti, hati sendiri akan tahu.

Ada orang dunia mudanya tanpa ada apa2. Tidak pernah berkhemah. Tidak pernah memanjat gunung. Tidak pernah tidur tanpa tilam.Tidak pernah berjaga malam tanpa tidur. Tidak pernah menyelam di lautan. Hampir sahaja ketahui setiap benda dengan membaca. Cerita dikutip dari Google dan filem yang ditonton. Perasan sangat berbeza bila kita sendiri melakukan pengalaman.  

Tenaga orang muda luar biasa. Boleh diletakkan beban yang berat untuk mereka kendong. Pergi cari kenduri orang kampung untuk orang muda tolong. Cari kawan di kampung yang ada kolam ikan, kebun atau sungai. Pagi2 pergi ke laut, bertanya dengan nelayan untuk dibantu seharian. Ini adalah pengalaman. Bantu mereka untuk hidup dan beritahu bahawa dunia adalah milik orang muda. Jangan berhenti bergerak wahai orang muda.

Monday, March 6, 2017

Kursus Keibubapaan 5/3/2017


Kursus keibubapaan aku hadiri pada hari Ahad baru2 ini 5/3/2017. Aku dan anak mendengar cerita2 dari motivator dengan begitu teliti. Aku meletakkan diri aku pada tahap kosong dan cuba menerima segala ilmu tanpa disekat2. Anak aku yang akan menghadapi UPSR juga memberikan tumpuan tanpa gangguan. Satu gangguan berlaku bila kerusi yang aku duduk patah. Tiada detik ketawa dari umum hanya seperti iklan lakunya. 

Mendengar bait2 kata motivator tentang hubungan ibu dan anak atau ayah dan anak menjadi aku teringat tentang ibu dan ayah aku sendiri. Pengharapan mereka pada aku pada satu masa dulu terlalu tinggi dan mungkin lebih tinggi dari Bukit Uhud. Aku melihat anak aku yang seorang ini.  Aku juga memberikan pengharapan yang sangat tinggi dan mungkin lebih tinggi dari KLCC. Aku bercerita tentang masa anak2 aku dahulu dan cerita2 begini sangat aku seronok bercerita kerana masa dulu hanya beberapa orang yang berjaya di sekolah rendah dan salah seorang yang berjaya adalah aku.

Anak aku ini tidak berbeza dengan orang lain.  Dia akan mencari bukti dan bertanya.  Maka ibu aku atau nenek dia akan bercerita. Namun aku tidak rasa merendah diri atau membangga diri. Bukti cerita dari nenek anak aku cukup memberikan kepercayaan anak pada aku. Dia melihat aku seperti mentor yang boleh dipercayai dan diikuti. Ini penting kerana jangan berbohong dengan anak2. Kalau masa sekolah dulu kaki rambu ramba maka ceritalah tentang itu bukan tentang hebatnya kita menjadi pelajar contoh.

Kursus pun berjalan dari pukul 9 sehingga 12.30 tengahari. Apa yang aku ingat adalah karipap dan mee yang dihidangkan pada pertengahan kursus sungguh sedap. Bila aku tanya anak apa yang paling diingati dalam kursus tadi.  Dia hanya berkata senikata lagu "gemuruh" oleh Faizal Tahir. Ikatan kami terus erat selepas kursus keibubapaan itu. Dia sudah mula bertanya soalan seperti "Baligh tu apa ayah?"

Sunday, March 5, 2017

Menjadi JURUNIKAH


Perbezaan pendapat terjadi lagi di surau aku.  Ada yang mahu ustaz itu teruskan kuliah dan ada yang mahu ustaz itu diberhentikan.  Pegawai tauliah JAIS sudah bersurah bahawa jika ada nama2 ustaz itu dalam senarai kuliah, maka surau itu akan dipantau atau tidak dibenarkan membuat sebarang kuliah lagi.  Aku juga memberikan pendapat.  Jika kuliah surau dibatalkan, maka menjadi tanggungjawab Pegawai Tauliah JAIS itu menggantikan kuliah yang ditiadakan.  Jemaah surau memerlukan santapan minda hampir setiap malam, walaupun sekadar mendengar dan bersandar di dinding.

Menjawab dengan Jemaah surau juga memberikan tekanan yang luar biasa. Kutipan sedekah masa Jumaat yang banyak memberikan peluang untuk memanggil ustaz2 yang terkenal tetapi keadaan sensitif yang dikenakan oleh Pegawai JAIS membuat surau berfikir banyak kali.  Ustaz2 yang bersyarah tentang munakahat dan muamalat mendapat tempat dan rasa2 semua jemaah terasa ingin bernikah lagi selepas mendengar kuliah. Bercerita tentang masalah untuk kahwin dua lebih utama dari perkara2 sensitif lain. Tentang syiah, tentang wahabi atau Shariah dalam Islam susah mendapat tempat sekarang ini kerana isu sensitif.

Setelah mendengar kuliah munakahat yang banyak, aku terasa mahu menjadi juru nikah. Kemungkinan pekerjaan ini boleh menjadi komersial jika diperhalusi dengan sistem marketing yang betul. Penerapan nilai2 hipster dan iklan yang baik, memastikan permintaan tinggi untuk juru nikah. Peluang ini bukan seperti untuk memberi kuliah atau ceramah tentang masalah keluarga tetapi khutbah untuk mengeratkan hubungan suami isteri dan ceramah ini lebih kurang sama sahaja. Kemungkinan boleh dimasukkan elemen2 kasih sayang cinta agung maka jurunikah dilihat lebih hispter dari pengantin. Boleh difikirkan.

Korban kali ini

Semalam kami bermesyuarat.  Bercerita tentang korban pada tahun ini.  Kali ini kami membuat konsep menyimpan dan berkorban. Peserta2 korban boleh membuat pembayaran bulanan selama 6 bulan sebanyak RM100 dan bayaran terakhir akan mencukupkan. Bermula Mac sehingga Ogos 2017. Banyak orang yang mahu berkorban tetapi tidak diseru dengan betul. Ada yang berkorban dengan hanya menghantar duit melalui on-line dan mengharapkan pihak yang menerima duit itu membuatkan korban untuk mereka. 

Apa beza dengan valet doa yang dibuat oleh satu syarikat untuk dibaca di Mekah? Betul hanya yang ada duit pasti akan buat benda ini. Ustaz datang ke surau minta sumbangan korban untuk dibuat di Kemboja (luar negara) dan kita bagi duit untuk mereka buat di sana? Dan memohon supaya diberikan pahala korban. Dan ramai yang menyumbang untuk berkorban di Kemboja dan sebagainya.

Konsep valet doa itu dibuat oleh orang lain dengan tag pemasarannya "Berapa lama sudah berdoa tidak dimakbul2kan oleh Allah?".  Doa2 akan dibaca di Mekah ditempat2 yang mustajam doa. Doa yang berbayar ini sudah mendapat pelanggan yang mungkin tiada masa untuk berdoa. Doa adalah percuma dan Allah pasti makbulkan doa hambanya.  Yakinlah.

Cerita mesyuarat korban pun berakhir dan semua setuju untuk membuat banner dan menyampaikan maklumat kepada semua. 

Menukar Posisi Pekerjaan

Aku yang berlatar belakang Accounting dan pengurusan kewangan tidak membataskan pergerakkan didalam sistem pekerjaan.  Aku pada tahun baru ini 2017, telah bertukar ke Pengurusan Sumber Manusia. Pengetahuan yang berbeza dari apa yang kita ada, mungkin memberikan satu impak besar bila diberikan posisi lain dalam syarikat.

Bila melihat sumber manusia, maka pengurusan manusia menjadi utama pada aku.  Gaji, manafaat dalam kerja, kerjaya berterusan, keseimbangan kehidupan dengan kerja dan pengekalan dalam pekerjaan.  Kenapa ada pekerja yang bertahan lama dengan satu2 syarikat? Kenapa ada pekerja berhenti dan masih mencari pekerjaan?

Dengan latar belakang akaun, aku mencari jawapan menggunakan fakta dan bernombor.  Berapa orang yang perlu dikawal selia.  Berapa gaji mereka sekarang? Satu department berapa kos gaji mereka? Dan jawapan2 itu bernombor. Dengan nombor itu aku membuat kesimpulan.  Aku memberikan nama mereka dengan nombor. 

Walaupun aku meninggalkan akaun yang aku jaga tetapi aku masih diperlukan untuk memberikan pandangan dengan nombor2 yang diberikan oleh akaun sekarang.  Dalam akaun aku boleh mengubah nombor tetapi deidalam sumber manusia ini agak sukar untuk menukar nombor.  Aku terus belajar.