Yang selalu jengok

Thursday, December 31, 2015

Tahun 2015

Di Stesyen Metro, Paveletskaya, Moscow
Apa yang berlaku pada tahun 2015 pasti berlalu tidak boleh berundur. Tiada yang boleh diulang kecuali perkara2 yang tidak habis dibincang atau memang sentiasa menjadi cerita hangat.

Aku sendiri

Aku 45 tahun. Tahun ini menjadi satu titik beza bagi aku kerana tahun ini aku dapat ke Moscow Russia pada bulan Ogos dahulu.  Musim panas yang pasti seronok dilawati.  Aku bekerja bukan berehat selama 8 malam di Moscow sambil melihat tempat orang. Dan cerita ke Russia ini mungkin akan bersambung fasa baharu jika aku pergi ke sana pada tahun 2016.

Cuti2

Tahun ini kami sekeluarga bercuti banyak di Malaysia Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Penang pada akhir tahun 2015.  Bulan March 2015, kami sekeluarga juga ke Jakarta cuti penggal pertama sekolah. Kami juga naik bas Hop Out Hop In Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk melihat tempat percutian di Kuala Lumpur dan di Penang.

Isteri

Masih seperti dahulu dan aku terus merindui bila berjauhan.  Masak makin sedap dan berat badan aku naik tak terjaga. Bijak berkeluarga dan berkorban untuk aku bila2 masa.  Makanan baru terus dicuba buat.  Kadang2 jadi dan kadang2 aku tengok je.


Anak2

Nabil sudah habis tahun 4 dan akan menjadi Pengawas Pusat Sumber 2016.  Aqila pula naik ke tahun 2 dan Aniq sudah mendaftar ke tadika.  Aalia masih seronok untuk tidur dengan aku dan isteri. Anak2 sudah pandai merajuk bila tidak dapat apa yang mereka hendak.  Masih mendengar kata dan Nabil cuba solat penuh dan selalu gagal.

Kerja

Aku masih bekerja dengan syarikat yang sama seperti tahun2 dahulu.  Ini adalah tahun ke 5.  Masih membuat benda2 sama. Agak senang tanpa gangguan. 

Politik

Tahun yang gagal bagi aku.  Ada cerita RM2.6 billion masuk dalam akaun orang yang paling berkuasa di Malaysia dan bantahan tidak dilayan atau diperkecilkan cerita.  Cerita mengganggu juga apabila beberapa orang penting PAS keluar dan menubuhkan Parti Amanah.  Dan paling mengganggu fikiran juga bila PAS diceritakan seperti akan bergabung dengan UMNO. 

Kesihatan

Full check up buat pada bulan November 2015, BP ok di 110/70, ECG normal, Kidney tak de masalah dan Liver ok.  Diberitahu juga bahawa urik asid dan kolesterol berada dalam keadaan tinggi. Dinasihatkan mengambil ubat secara tegar harian malam dan pagi.  Kadang2 aku ingat kadang2 aku lupa.

Ekonomi

Tahun yang tidak menunjukkan prestasi apa2.  Kita kena sendiri mencipta bonus.  Syarikat tidak membayar bonus dan kenaikan gaji yang agak minima.  Harga barang naik dan cerita GST yang menyemakkan. Untuk mendaftar anak pada hujung tahun, ibubapa mesti mengumpul duit atau akhirnya meminjam adik beradik.

Blogging

Sudah memasuki fasa baru dimana Dunia Firdaus sudah mencapai angka 100,000 pengunjung. Mereka membaca atau tidak, tidak diketahui tetapi beberapa maklumat penting seperti tulisan yang paling banyak dibaca adalah Gaji di Bank.  Dan post paling popular tahun ini adalah Surat Tawaran Haji.





Tuesday, December 15, 2015

Dillema Tudung


Kita biasa dengar tentang kemarahan orang tentang majikan menyuruh pekerja membuka tudung untuk bekerja dengan mereka.  Dan baru2 ini cerita tentang jururawat swasta yang diarahkan berhenti kerana tidak mahu memakai seragam hospital swasta yang berlengan pendek. Marah dan memang menimbulkan kemarahan pada Muslim.


Cerita ini juga membuatkan aku teringat ketika aku bersama dengan Bank Muamalat (M) Bhd sekitar tahun 2006 - 2010.  Ketika itu aku selalu dipanggil untuk menemuduga untuk panggilan pekerja2 baru.  Sekitar 8 - 12 orang akan aku temuduga dan bermacam2 perangai yang akan aku simpulkan.  Dan ini berkaitan dengan cara pemakaian untuk Bank Mualamat (M) Bhd.

Ada satu ketika, seorang pemohon gadis bertanya tentang status pemakaian yang perlu dipakai. Gadis ini berbaju kurung tetapi tidak bertudung. Dia bertanya "Bolehkan saya tidak bertudung nanti bila bekerja" .  Aku dengan tegas memberitahu bahawa bertudung untuk isntitusi Bank berimej Islam ini mestilah wajib.  Dia mengeluh kerana berdasarkan pengalaman bekerja di bank dahulu dia adalah pemohon paling layak untuk jawatan itu.  Aku memujuk dan gadis itu bersetuju tetapi dia bertanya lagi "Kalau diluar waktu pejabat bagaimana?" Aku diam tersenyum.  Mungkin Allah hanya ada di dalam bank ini sahaja.

Aku ingin marah seperti orang marah bila bertudung disuruh buka.  Dan majikan ini pula terbalik. Orang tak bertudung diminta bertudung tetapi minta diskaun untuk tudung.  Dan aku tidak pelik perkara ini berlaku.  Jangan marah terus.  Aku pernah melihat pekerja2 Bank aku ini juga buka tudung2 mereka bila habis waktu kerja.  Adakah ini baju seragam bentuknya?  

Adakah tudung ini hak persendirian.  Cuba kita lihat orang bekerja di Mc Donald atau KFC atau A&W dan majikan mengarahkan semua yang bekerja memakai topi.  Arahan ini diambil seperti tidak melihat kiri dan kanan.  Tiada isu agama di sini.  

Aku juga pernah bekerja di Maybank dan ada pekerja2 aku yang bertudung waktu siang dan di waktu malamnya tidak.  Bila ada hari keramaian kadang2 aku sendiri tidak kenal yang rambut berwarna jingga itu adalah salah seorang pekerja aku.