Yang selalu jengok

Wednesday, June 29, 2011

Lagu Best Sih 2

Yellow = Kuning

Semua radio FM sudah bercerita tentang perhimpunan yang akan dibuat di KL pada 09/07/2011.  Pagi tadi Abon dan OS di RTM juga sudah berpantun minta jangan berhimpun.  Setiap hari bila masuk dalam kereta mendengar radio iklan menyuruh jangan berhimpun juga diberitahu.  Hatta Fauziah Ghous pelakon pun suruh menjaga kemerdekaan.  Pelakon ini menceritakan takut beliau hilang kemerdekaan memang memelikkan. Pelik dengan promosi yang sebegini hebat.  Utusan dan Berita Harian hampir setiap hari menolong mengirakan masa hari perhimpunan.  Utusan bercerita tentang bantuan kewangan dari CIA dan kemasukan unsur komunis dalam perhimpunan ini.  Sibuk polis memanggil Datuk Ambiga pengerusi perhimpunan dan Sasterawan Negara A Samad Said kerana baca sajak tentang perhimpunan.  Sudah lama tak dengar cerita tentang sajak yang menaikkan semangat. Anwar Ibrahim juga sudah dipanggil semalam bercerita tentang perhimpunan. Pemuda UMNO sudah menyeluk pekasam mahu pasti berada di KL pada hari itu.  Perkasa dengan Ibrahim Ali juga tidak putus2 berkempen menyatakan mereka akan turun pada hari itu.  Tangkapan juga sudah dilakukan secara berperingkat pada hari Sabtu lepas 25/06/2011 dan 26/06/2011 iaitu sesiapa yang memakai warna kuning berkumpul dan boleh ditangkap.  Ia seolah2 akan jadi dan pasti berhimpun. Rasa2 seperti satu perhimpunan keseronokan dan sesiapa tak datang pasti tidak termasuk dalam sejarah.  Mungkin kempen besar-besaran secara percuma ini boleh menambah naikkan peserta perhimpunan. 


Lagu Best Sih

Pesta Sokhran Kuala Lumpur 09/07/2011

Mari melawat Malaysia, Pesta Air Sokhran yang berlaku dulu pada tahun 2007 menjadi saksi.  Dan dijawab oleh menteri Penerangan pada masa itu secara semulajadi. Datang KL 9 Julai 2011 nanti dan saksikan lagi pesta yang sama.

Tuesday, June 28, 2011

Thailand - TUKAR Lampin

Chuvit Kamolvisit adalah salah satu calon dalam pilihanraya di Thailand.  Beliau pernah bertanding untuk menjadi Datuk Bandar Bangkok.  Beliau mempunyai perniagaan Urut yang terbesar di Bangkok.  mengikut rekod beliau mempunyai lebih dari 600 orang perempuan mengurut di seluruh Bangkok.  Kempen sebagai ahli parlimen yang dibuat sekarang pasti diingati oleh orang ramai kerana kempen orang marah.  Beliau meletakkan gambar di banner2 seperti orang yang sedang marah.  Beliau memberitahu bahawa jika kamu memilih Abhisit (PM Thailand sekarang) maka yang berbaju merah berdemo sepanjang masa dan jika pilih adik Thaksin, Yingluck (perempuan cantik) maka yang berbaju kuning pula akan penuhi jalan.  Dia dengan marah minta penduduk Bangkok memilih beliau kerana bagi dia, "menukar pemimpin adalah seperti menukar lampin bayi, selalu tukar lebih baik". Jom kita tukar lampin lama yang sudah terpakai lebih 50 tahun kepada yang baru.  Baju kuning akan turun ke jalan pada 9 Julai 2011 nanti dan ini adalah meminta proses pilihanraya lebih adil.  Ke arah LAMPIN baru.

Monday, June 27, 2011

The Adjustment Bureau

Kalau mengharapkan cerita seperti Bourne Trilogy maka pasti hampa.  Cerita tentang seorang senator yang tidak boleh mengubah perjalanan hidupnya kerana pasukan Adjustment Bureau akan pastikan perjalanan itu mengikut apa yang telah dirancangkan.  Digambarkan beberapa orang yang memakai topi sekitar tahun 1950an memastikan hero akan berjalan tempat yang sama, naik bas yang sama, waktu sampai yang sama dan jika tidak maka mereka akan datang memastikan perjalanan itu mengikut buku mereka.  Ia bukan seperti CIA atau FBI di Amerika tetapi apabila salah seorang bersembang dengan hero (Matt Damon) maka diberitahu bahawa mereka adalah 'angel'.  Tidak perlu memikirkan terlalu tinggi.  The Adjustment Bureau adalah satu biro yang memastikan semua terjadi dan menasihatkan seseorang sepaya berada di landas yang mereka lakarkan.  Semua 'angel' ini ada buku seperti papago iaitu GPS untuk melihat perjalanan kehidupan seseorang.  Dan yang paling kelakar adalah Matt Damon itu boleh menjadi seperti mereka apabila memakai topi yang sama.  Pelik punya cerita tetapi tak memandai untuk mencabar minda.

Source Code

Cerita seperti 'back to the Future' ini tidak lansung mencabar minda untuk ditonton.  Kalau dibandingkan dengan Inception maka filem ini berada di tangga 3 dari 10 sahaja.  Jake Gylenhall adalah pelakon generasi baru yang selalu dinantikan.  Tahun lepas beliau berlakun cerita Prince of Persia dan pernah berlawan Academy untuk pelakon terbaik dalam filem 'The Brokeback Mountain'.  Cerita Souce Code bermula didalam keretapi iaitu 8 minit sebelum keretapi yang masuk ke Chicago akan meletop.  Ulangan cerita lebih dari 8 kali diperlukan untuk mencari pengebom yang melancarkan bom itu.  Setiap kali ulangan cerita maka Jake terpaksa melapurkan kepada pihak yang sehingga hujung cerita tidak diketahui dari mana - bukan FBI atau CIA tetapi pihak tentera.  Jake telah mati dalam pertempuran di Iraq dan mindanya telah digunakan untuk mencari 'Source Code' dan membantu Amerika mencari di mana lagi bom2 di pasang oleh pengganas.  Dan akhirnya dan sepatutnya keretapi itu pasti juga meletop tidak jadi dan semua orang selamat.  Ini adalah kejatuhan atau permainan minda paling lemah dan tidak sesuai untuk orang yang berfikir.  Cerita terlalu hayal dari kenyataan.

Sunday, June 26, 2011

5 DAYS OF WAR

Menonton cerita perang memang santai.  Tetapi cerita perang yang satu ini memerlukan konsentrasi yang lebih.  Cerita tidak tahu benar atau dari mana idea ia datang tetapi peperang berlaku berdasarkan peperangan yang benar antara Rusia dan Georgia.  Berlaku pada bulan Ogos 2008.  Cerita dari wartawan2 ini dan bagaimana mereka mendapat maklumat memang mengkagumkan.  Apa yang bagus tentang cerita ini adalah ia membawa kita begitu hampir dengan peperangan saudara ini dan terasa2 seperti kita terlibat sama dengan peperangan itu.  Beberapa pemimpin dunia keluar didalam filem ini menambahkan kebenaran cerita.  Ia hanya berlaku 5 hari tetapi selama 5 hari itu wartawan2 memberi nyawa pada cerita.  Mereka bersungguh mahu mendapat berita dan pasti yang mereka cari adalah nama. Tidak hairan kalau kita mendengar tentang kematian wartawan pada sesebuah peperangan kerana mereka berada terlalu hampir dengan mesingan, bom atau mortar. Cerita yang boleh melekatkan kita di kerusi sehingga habis. Menyeronokkan dan mendebarkan setiap masa.  Aksi2 pengeboman dan kekejaman digambarkan begitu baik untuk dinilai.  Cerita tanpa kasihan dan belas apabila peperangan digambarkan berlaku. Cerita ini akan keluar bulan August 2011 nanti.

Saturday, June 25, 2011

Video Terbaru Anwar Ibrahim

Video terbaru Anwar Ibrahim (AI) dalam Demi rakyat menunjukkan AI berada dalam LRT dan bercerita tentang berbagai masalah rakyat termasuk cerita masalah kenderaan awam.  Aku teringat kisah dalam buku yang pernah aku baca tentang Ahmadinejad President Iran sekarang sebelum menjadi president.  Kempen beliau yang pertama ditunjukkan kepada rakyat adalah apabila beliau menaiki bas bersama2 orang kebanyakan dan bercerita tentang masalah kenderaan awam.  Ini adalah video yang ada kesamaan untuk mengetahui tentang pemimpin yang mengetahui masalah rakyat.  Dalam video itu juga ditunjukkan AI memberikan tazkirah selepas solat kerana jemaah yang baru selesai solat.  Video yang begini memang menarik perhatian untuk dinilaikan.  Ahmadinejad walaupun popular tetapi masih mendapat tekanan dari orang Iran sendiri.  Beliau sudah memerintah Iran selama 2 penggal dan terus menjadi kuat.  Apa kekuatan yang ada pada Ahmadinejad adalah kesederhanaan yang ditonjolkan untuk menyelesaikan masalah rakyat Iran. 

Friday, June 24, 2011

Tayang Lucah

Penayangan cerita lucah secara terbuka telah dikenakan tindakan dengan denda sebanyak RM1,500 sehingga RM2,000.  Denda sebanyak itu pasti tidak menimbulkan masalah kepada ketiga2 orang yang bergelar Datuk hingga Tan Sri itu.  Mereka disambut sebagai pahlawan kerana berjaya mengaku salah kerana menayangkan filem lucah secara terbuka.  Kes penggulungan oleh peguam cara mereka juga agak bagus dan dapat memberikan satu cerita yang penting untuk dikeluarkan di akhbar2 utama hari esok.  Rahim Tamby Chik membuat ulasan sebagai kami sanggup berkorban untuk mencari kebenaran.  Hebat pahlawan Melayu ini.  Secara ironinya menayangkan cerita lucah walaupun kartun yang pasti lucah maka tidak memerlukan polis menyiasat sehingga hendak mengetahui pelakunya.  Beberapa ketika setiap kali ditanya wartawan pihak polis pasti akan menyebut bahawa video itu dihantar ke Hong Kong dan Amerika untuk dipastikan ketulenan video.  Video lucah walaupun kartun tak perlu mendapat pengesahan kerana lucah adalah lucah.  Pelaku manusia hatta kartun kalau menampakkan alatan wanita dan lelaki dan gaya ke arah lucah maka ia adalah lucah.  Kes video semalam adalah politik yang akan digunakan secara baik untuk menimbulkan cerita.  Polis memberitahu juga semalam bahawa pelaku tidak akan didakwa kerana tiada dalam peruntukan.  Seperti bahan2 lucah yang keluar didalam internet tentang budak2 sekolah, tepi tangga dan dalam hutan.  Mereka tidak didakwa kerana bukan pengedar tetapi pelaku yang dirakam curi.  Cara ini adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia menonton dan ini amat memalukan.  Dulu kanak2 pada tahun 1998 bertanya ibubapa mereka tentang 'apa itu liwat dan beza dengan lewat' kerana dikeluarkan di muka hadapan akhbar tetapi sekarang makin hebat kerana 99.99% sahih dan kanak2 yang berada tahun 1998 sudah mula mahu mengundi. 

Thursday, June 23, 2011

Tipu 2

Pada tahun lepas, aku telah disapina untuk ke mahkamah.  Terkejut mak aku kerana kereta patrol Polis datang ke rumahnya waktu malam.  Aku telah diminta ke balai polis yang berdekatan untuk melapurkan diri.  Berdebar2 rasa hati kerana setahu aku kerja di Bank tidak melibatkan kerja2 luaran yang pelik2 begini.  Sesampai aku di balai polis, aku telah dirujukkan dengan satu kes penipuan cek untuk membuat baju sebanyak RM1 juta.  Pening kepala memikirkan, kerja bank dan kes tipu yang bagaimana aku terlibat.  Aku memberanikan diri meminta untuk membaca perihal kes panel kod 104 itu.

Sebenarnya kes itu adalah tentang penipuan untuk mendapatkan kain yang murah dari butik yang mahal.  Mengikut cerita, seorang wanita telah berjumpa dengan Menteri dan mahu menderma baju2 batik untuk Kementerian yang suka pakai baju batik.  Sebelum derma mahu dilakukan, perempuan ini meminta kementerian mencari syarikat yang boleh membekal kain batik terbaik dan termahal.  Setelah berbincang dan mendapat kata putus untuk membekal/derma kain batik maka perbincangan mula berlaku diantara penderma dengan pembekal kain pula. Setelah berbincang harga ditetapkan kemungkinan sehingga jutaan ringgit maka si penderma memohon duit sedikit sekitar RM100,000 atau RM200,000 untuk diberikan kepada kementerian yang lain pula.  Setelah cek bertukar tangan dan pembekal terasa mendapat pulangan yang lebih tinggi tetapi akhirnya tertipu dimana batik dibuat untuk didermakan tapi duit tidak nampak dari penderma.  Yang mereka hilang adalah duit sogokan sekitar RM100,000 atau RM200,000.  Duit2 ini dicairkan dibank aku yang menyebabkan aku menjadi saksi.  Pembekal baju butik diberikan cek2 akan datang berharga sehingga RM1.0 juta untuk derma ini dan akhirnya cek2 ini adalah cek kosong dan ditendang oleh bank aku.

Cerita yang lebih kurang sama dengan penipuan tentang derma Al Quran (rujuk posting Tipu 1).  Aku adalah saksi kes untuk cek2 yang tendang itu dan dijadikan saksi pakar untuk menentukan tranksaksi yang dibuat.  Mahkamah telah memanggil saksi terdahulu tetapi disebabkan Pengurus Bank yang lama telah berpindah maka aku telah menjadi saksi utama.  Kereta Patrol Polis terpaksa bergegas ke rumah mak aku walaupun malam kerana kes akan dibincangkan di Mahkamah Shah Alam pagi2 esok.  Aku marah dengan ketua balai kerana buat mak aku terkejut dan aku terpaksa datang malam2 ke balai dan menimbulkan kesangsian jiran2 sebelah rumah.

Di Mahkamah, aku melihat geng penipu itu hanyalah seorang mak cik tua yang bergaya seperti mak2 Datin yang kaya.  Dan dihujung bilik mahkamah seorang perempuan tua sedang mengumat-gamit mulutnya.  Aku duduk sebelah pegawai polis yang bertugas di luar dan bertanya tentang kes ini, pegawai polis itu memberitahu kes sudah masuh hari ke 2 dan perempuan mengumat-gamit itu mungkin bomoh untuk menukarkan pendirian saksi.  Aku naik ke tempat saksi dan bersumpah  untuk memberi keterangan tanpa tipu.  Dan tanpa berlaku apa2 perempuan yang mengumat gamit mulut itu menenong aku macam nak makan. Aku hanya senyum dan senyum.  Tak perlu bayar apa2. Aku mungkin dibayar untuk menjadi saksi pakar pada hari itu dan nasihat aku kepada peniaga2 yang dengan mudah mendapat kontrak berjaga2 dengan penipuan.

TIPU 1

Pada tahun 2007 dulu seorang lelaki telah datang kepada Menteri dan memberitahu dia mahu menderma RM2 juta harga Al Quran kepada penduduk di Kemboja.  Dia telah memberikan keputusan tentang  pencetak yang mahu dipilih kepada Menteri tersebut.  Setelah berbincang, Menteri pun memanggil sebuah syarikat pencetak yang rapat dengan beliau.  Aku kenal pencetak itu dan ini adalah kontrak tanpa runding dan pasti boleh membuat duit.  Syarikat itu telah diberikan 4 cek yang amaunnya RM500,000 setiap satu.  Syarikat yang pengalaman mencetak bahan2 untuk pejabat seperti buku tahunan tentu tidak ada pengalaman mencetak AL Quran.  Menteri terus mengenalkan syarikat pencetakan itu dengan orang yang mahu menderma.  Setelah berjumpa berlakulah penipuan yang tidak terfikir oleh Menteri dan syarikat pencetakan itu.  Lelaki itu juga memberitahu bahawa dia memerlukan sekarang RM100,000 pendahuluan untuk memberikan hadiah kepada kelab sukan kementerian tersebut.  Dia telah meminta kepada syarikat pencetakan untuk dahulukan kerana 4 cek sudah diberikan.  Setelah diberikan tunai kepada lelaki penderma, dia telah hilang dengan RM100,000 dan semua cek2 yang diberikan tiada wang didalam bank.  Aku telah menjadi saksi untuk kes ini dan mengikut kata Pegawai Penyiasat kes ini, penipuan begini bergerak keseluruh negara dan terus menipu orang dan telah mengumpulkan lebih RM4 juta ringgit dalam masa 6 bulan.  Yang pedihnya kepada kontraktor2 yang telah mengeluarkan duit pendahuluan untuk masuk ke kelab sukan Kementerian.

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia memang aku sokong.  Ia mesti dibuka di banyak tempat untuk memberi kesenangan kepada semua orang.  Mengikut laporan akhbar2 utama, kedai ini memberi diskaun dari 30-50%.  Ini boleh menjadi pemangkin untuk stimulus yang dijanjikan.  Kedai yang dibawa kepada rakyat ini adalah dari kedai mydin dan memang Mydin Store memang boleh memberikan diskaun sebanyak itu.  Kedai itu hendaklah dibuka dikampung2 kerana ia mestilah lebih dekat dengan pengguna bukan di stesyen LRT kerana orang kampung dan kurang kaya tidak duduk berdekatan dengan LRT.  Konsep kedai kerajaan adalah satu cara untuk memberikan kesenangan kepada rakyat.  Aku teringat konsep stimulus di Korea semasa krisis ekonomi pada tahun 2008/2009.  Setiap rakyat diberikan kupon untuk berbelanja sehingga seorang RM3,000 tetapi hanya dikedai kerajaan.  Ini adalah stimulus tulen.  Orang berbelanja dan peniaga gembira.  Semalam baru rasmi dan aku tak pergi lagi kedai Rakyat 1Malaysia ini.  Apa yang dijual atau betulkah kegunaan rakyat terbawah masih belum dapat diukur sehingga ia sudah berjalan.  Atau ia seperti konsep kiosk yang menjual surat khabar, air dan gula2 untuk budak2 sahaja.

Wednesday, June 22, 2011

Cara menjadi KAYA RAYA

Bila difikir2kan aku mendapat satu idea yang boleh meningkatkan ekonomi seseorang.  Ini adalah lebih baik dari Dasar Ekonomi Baru yang meletakkan target 30 Melayu menjadi jutawan.  Aku rasa dengan menggunakan cara ini atau telah dibiru-cetakan (blue print) maka plan ini adalah yang terbaik untuk mencipta jutawan atau billionier yang kita hajati.  Mula2 kita buat kajian tentang beberapa orang ahli Politik yang berjaya mengumpul duit yang berjuta dan boleh membeli macam2 kereta dan rumah.  Mungkin mengikut rekod isteri2 mereka juga menjadi jutawan segera.  Khir Toyo sebelum menjadi MB tidak mempunyai rumah seperti sekarang dan pinjaman yang HSBC bagi sudah sampai RM3 juta.  Isteri beliau juga pasti tidak pandai mencuci kuku dikedai.  Tetapi berdasarkan rekod mereka sudah boleh bercuti di Los Angeles beranak pinak. Tengok PM, TPM dan menteri2 dibawah mereka bagaimana kehidupan mereka dan kalau pergi ke Kelana Jaya ada rumah bekas menteri yang sebesar istana pun.  Hatta, keluar diakhbar2 Khairi Jamaludin yang cuma Ketua Pemuda UMNO sahaja pernah memiliki saham yang melebihi RM10 juta pada umur 30 an sahaja. Ini boleh melelehkan air liur budak2 pelajar yang tidak tahu kemana arah mereka.  Dan kekayaan ini bukan datang dengan berniaga berbuntang mata bekerja tetapi dengan menumpukan kerja2 politik semasa.  Ini adalah jalan termudah dan dapat membuatkan 'Ketuanan Melayu' ditegakkan.  Banyak orang berkata dan menjadi rahsia orang ramai pun, menjadi Adun sekali sudah boleh mengumpul harta yang banyak.  Kalau ini dibiru-cetakkan untuk pendidikan anak2, kehidupan berpolitik boleh dijadikan cita2 yang murni dan luhur untuk menambah Jutawan Segera atau Billionair yang kita impikan selama ini.  Kajian harus dibuat ke atas seluruh ahli2 politik - baik UMNO, MCA dan MIC.  Kalau dikira mungkin ribuan Jutawan tercipta dan terus menjadi rahsia orang ramai.  Rebutlah peluang menjadi ahli politik walau sekejap kerana habuan yang diterima boleh sehingga ke anak cucu. 

Cubaan GAGAL

Memang dia patut marah.  Dia mengumumkan akan memberitahu cerita baru kepada pembangkang yang bising tak sudah2.  Cerita tentang rasuah pembalakan  dan cerita harta disita oleh badan pencegah Rasuah Swiss.  Pembangkang suka mempolitikkan cerita dan mensensasikan cerita ini untuk membuat orang hendak tahu.  Dia marah sangat dan hari ini akan terbongkar semua.  Pembangkang memang tak sedar diuntung mengulas cerita harta dia disita oleh BPR Swiss.  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) sudah ada kes tetapi kenapa pembangkang yang bising2.  Dia rasa dia patut marah.  Pembangkang cuba mempolitikkan cerita2 bertaraf majalah Mangga dan diheboh2kan kepada rakyat.  Mencari kekayaan bukan kesalahan kerana memang ada hadis mengatakan kemiskinan boleh membawa kekufuran.  Pembangkang memang tak sedar diri tentang ini.  Biar MACC dan BPR Swiss sahaja yang buat kerja.  Pembangkang jangan cuba bising kerana ini adalah HAK peribadi saya. Sukahati saya lah nak kawin dengan perempuan Lebnon.   Anak aku bercerai pun dikecohkan.  Sudah diceraikan minta 50% harta pencarian sehingga RM400 juta.  Itu duit anak bukan duit BAPAK dia.  Tak sedar2.

Tuesday, June 21, 2011

Pelancaran Alumni YS oleh MB Selangor

Gambar oleh Zatie Atie (ATPN)
Banyak yang hadir. Ramai yang bercerita dan banyak gambar diambil. Yang pasti riak kenangan remaja ditimbulkan di Asrama Yayasan Selangor dilebong kembali. Asrama Tun Dr Ismail (ATDI), Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN), Asrama Doktor Latif (ADL) dan Asrama di Kelang disatukan pada hari itu untuk melancarkan Persatuan Alumni Yayasan Selangor.  Aku tak hadir pada pelancaran ini kerana meraikan isteri dalam pantang.  Resah, rugi, terkilan dan terkesima dengan melihat gambar2 yang diambil.  Walaupun tidak yang berkata2 tetapi riak muka seorang2 nampak riang gembira.  Kelas2 yang hadir bermula dari zaman tahun 70an lagi dan pasti mereka2 sudah ada yang menimang cucu.  Kelas 1987 ATDI yang berwakilkan seorang, Zahri Samingon memang rasa kecilnya.  Yang pasti jiwa besar Zahri membuatkan dia hadir ke situ.  Dan mungkin mengambil sikap seperti Kelab Isteri Taat, dia hadir memeriahkan suasana.  Beberapa gambar yang aku lihat menimbulkan banyak cerita untuk dilebongkan.  Pastinya banyak perubahan yang berlaku dan ini memang biasa bila perjumpaan yang dirancang selepas 10, 20 atau 30 tahun selepas bersekolah.  Teringat aku perkara yang banyak dibuat bersama dengan asrama2 ini, Minggu Bahasa, Sukan, Frieshie, koir dan berperang mercun tahun 1987.  Semua sejarah lama ini bermacam2 versi kerana mengikut orang yang melakukan.  Aku berada dalam dunia aku sendiri pada masa itu - 1982 - 1987.  Seronok bila dikenang2 dan sedih bila teringat2.  Ada diantara kami tidak dapat bertemu lagi. Kalau aku simpulkan hari pelancaran yang nampak formal itu adalah KENANGAN mengusik jiwa. 

Monday, June 20, 2011

Lebih kurang Rumah Beckham


Ini rumah Khir Toyo

 
Krisis harga rumah berlaku semasa pemerintahan Bush dulu di Amerika.  Harga melambung2 naik sehingga berjuta2 ringgit dan mengikut rekod rumah yang baru dibeli oleh Beckham ketika itu lebih dari USD25 juta.  Harga yang diletakkan oleh Beckham memang tinggi kerana meraikan kekayaan yang dia ada.  Tidak semena2 di sekitar tempat tenmpat Beckham membeli rumah/mansion juga naik mendadak.  Ini dilakukan oleh spekulator2 yang bijak mengunakan kesempatan melihat Beckham membeli rumah semahal itu.  Rumah yang sebelum itu berharga bawah USD5 juta boleh naik 5 kali ganda hanya disebabkan oleh Beckham beli.  Di Malaysia baru2 ini diceritakan tentang rumah Khir Toyo yang tanahnya berharga RM6.5 dibeli oleh Khir Toyo dengan diskaun entah sebab apa cuma sebanyak RM3.5 juta sahaja.  Mengikut kontraktor yang membaik pulih rumah Khir Toyo, Nasir - dia dibayar sebanyak RM6 juta untuk mencantikkan rumah bangalow tersebut.  Kalau masih ingat dengan bekas Adun Pelabuhan Klang, arwah Datuk Zakaria Md Deros dulu juga kecoh kerana membuat rumah yang tidak ketahuan harganya.  Beberapa orang menganggarkan harga rumah yang dibuat sekitar RM25 juta.  Datuk Zakaria adalah salah seorang Adun semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor.  Krisis rumah berharga tinggi ini memang menjadi topik cerita bila kita berkahwin.  Mahukan rumah sendiri, berapa harga rumah, apartment atau rumah bawah, jauh dari bandar atau tidak, mampu bayar atau tidak dan perlukah membeli atau menyewa sahaja?  Spekulator suka menaikkan harga rumah untuk menaikkan harga rumah semasa tetapi bila kes2 rumah harga tinggi ini berlaku di Malaysia, kalau boleh tuan punya rumah mahu memberitahu bahawa ia berharga bawah RM50,000 sahaja. Saya beli, murah je ditengah2 Shah Alam - apa korang kesah.
Datuk Zack punya

Sunday, June 19, 2011

Papadom

Cerita Melayu yang pertama aku tengok di wayang adalah Mat Tenggek dan yang terakhir adalah Sembilu ketika kecoh Yusuf Haslam mengutip kutipan lebih RM6 juta.  Aku menonton di Ipoh kerana dipaksa oleh anak2 buah aku yang pasti perempuan semua - 3 orang - ketika mengaudit Mayban Finance Cawangan Ipoh.  Filem2 Melayu aku selalu tengok hanya di TV dan selalunya aku dapat faham isi cerita dengan melihat awal, tengah sedikit dan tahu bagaimana penghujungnya.  Tadi aku dapat menghabiskan cerita Papadom arahan Afdlin Shauki dan lakonan bagus oleh Liyana Jasmay.  Hari Ahad ini bersama dengan hari Ayah maka cerita papadom ditayangkan.  Bagus cerita ini aku seingat aku cerita ini adalah Filem Terbaik FFM pada satu ketika.  Cerita tentang Saadom seorang penjual nasi kandar yang popular terlalu sibuk sehingga melupakan hubungan berkeluarga.  Tetapi realitinya semua orang terpaksa bekerja untuk hidupkan keluarga.  Satu ketika ketika isteri Saadom meninggal dan Saadom terpaksa menjaga anaknya sendiri barulah cerita sebenar terserlah.  Dai menuruti segala apa yang anak hendak dan dia turuti segala aktiviti anaknya sehingga masuk ke kolej.  Bagus kalau dapat buat kerana realiti hidup sekarang tidak begitu kerana kos hidup tinggi terpaksa bekerja keras.  Syabas Afdlin Shauki bagi orang berfikir bagaimana jadi Ayah tersayang.

Saturday, June 18, 2011

The Unknown

Liam Neeson sudah menjadi satu ikon untuk cerita yang memerlukan perangai maskulin lelaki.  Cerita2 sebelum ini yang menunjukan beliau seorang hero watak keras. Cerita Taken sebelum ini memberi Liam Neeson nafas baru sebagai watak adiwira yang ditunggu.  Kali ini beliau menjadi seorang doktor yang kemalangan dan selepas itu tidak dikenali hatta isterinya sendiri. Cerita bergerak ke arah pencarian mencari asal diri setelah sedar dari kemalangan dengan mengetahui isterinya sudah dimiliki oleh orang lain.  Dan klasiknya, isterinya tidak mengenali dirinya dan suami yang baru itu menggunakan nama beliau pula.  Watak yang dibawa oleh Liam Neeson tidak boleh dipertikaikan lagi tetapi watak2 seolah2 tidak membantu untuk memberikan filem itu kekuatan.  Kalau dibandingkan dengan Taken, cerita ini hanya boleh diberikan separuh jalan sahaja.  Cerita yang akhirnya memberikan jawapan dan keseluruhan adegan berlaku di German boleh memberikan cerita yang menarik seperti Bourne Identity tetapi seolah2 tidak kesampaian.

Friday, June 17, 2011

Symbiosis

Symbiosis mula2 dinyanyikan oleh Ella, Ratu Rock Malaysia menimbulkan perasaan ingin tahu orang.  Simbiosis juga adalah sebuah majalah yang pengedarannya tidak mencapai taraf Mangga kerana memang susah nak cari atau sudah bungkus.  Apabila rujuk kepada symbiosis, cerita tentang ikan dan burung mesti dikeluarkan untuk bagi orang faham tentang maksud simbiosis ini.  Di sebuah pantai banyak nelayan burung dan ikan.  Semua adalah spesis yang berlainan tetapi saling memerlukan satu sama lain.  Satu ketika nelayan menyuarakan pendapat bahawa kita halau semua burung yang banyak kerana mereka berebut ikan dengan kita.  Semua nelayan bersetuju dan menghalau burung dari pantai itu.  Ajaib, selepas itu ikan juga turut hilang dari pantai itu.  Orang bijak pandai lalu membuat kajian tentang perhubungan ini ikan adalah makanan kepada burung tetapi taik2 burung adalah makanan kepada ikan dan mereka saling memerlukan antara satu sama lain.  Dan aku pernah menonton discovery tentang satu kolam di Afrika yang berkongsi berbagai binatang seperti buaya, ikan, burung, lembu dan rusa.  Dan pusingan kehidupan saling memerlukan ini dapat ditunjukkan dan difahami.  Simbiosis ini juga adalah kaitan nelayan yang mogok dengan ikan dilaut dan kita yang tukang makan ini.  Beberapa negeri di pantai barat, KL, Selangor, Pulau Pinang sudah menunjukkan aras kenaikan harga.  Choy Soi Lek sudah minta Kementerian membuat kajian tentang subsidi diesel kepada C2 yang terkena bias harga naik kerana mereka memerlukan puluhan ribu diesel sebulan untuk mendapat hasil laut dalam.  Ismail Sabri pula menidakkan kerana ini adalah Noh Omar kena selesaikan.  Dan suara Timbalan kepada Ismail Sabri bertekad macam tuannya dengan menyatakan kelas C2 saja yang terlibat dan tidak kelas2 lain yang tidak pergi ke laut dalam.  Jawapan yang tiada simbiosisnya.   Tolong lah selesaikan masalah ini kerana tidak ada benda yang tidak naik sekarang.  Ayam sudah sampai RM8.60 sekilo, daging jangan cerita, telor pun naik, ikan sebenarnya dah naik lama tetapi bila cerita diesel naiknya tidak tertahan lagi.  Aku tulis ini pun DARAH dah nak naik.

Kembong AIR

Bomoh Siam memang popular di Malaysia.  Asal cerita di Kelantan perihal nombor ekor - bomoh siam akan muncul.  Cerita tentang masalah perempuan, bomoh siam mungkin dipanggil.  Ada kala bomoh siam sama popular dengan industri perempuan di sana.  Kena bomoh siam bermaksud sakit yang tak boleh diubati - kata orang.  Bomoh siam bagi nombor maka macam keyakinan tinggi nombor ekor akan kena.  Dan semalam cerita paling sedih bila seorang pemuda maut bila berubat dengan seorang bomoh siam.  Mula2 diberikan minum berjag2 air dan akhirnya nampak macam tak cukup diberikan pula paip air untuk diminum.  Kes bagi minum sampai kembong hanya berlaku dulu masa Jepun.  Dan sekarang masih berlaku pada waktu SMS, telefon di tangan, TV sekeping dan Mak CIk Google boleh jawap semua soalan cukup menyebabkan kita rasa terkilan.  Bomoh siam yang seorang ini adalah perempuan dan dikenali sebagai Kak Jah.  Sesiapa ada jumpa sila lapurkan pada balai polis yang berdekatan. UBAT pakai air je.

Thursday, June 16, 2011

Metroseksual

Lelaki sekarang kena pandai menyesuaikan diri bila menghadapi dunia sebenar selepas bersekolah.  Perwatakan kena jaga dan pastikan ketiak tidak berbau seperti waktu bersekolah dahulu.  Ciri2 metroseksual adalah sebulan sekali pergi ke SPA - pusat pengemasan diri - diurut untuk memberikan perjalanan darah sentiasa lancar kalau tidak darah akan naik.  Sebulan sekali juga pergi ke saloon penjagaan muka.  Cucian muka mestilah dimulakan dengan membasuh, mengosok2 dan melekatkan krim perlicinan untuk memastikan tiada tompok2 hitam di muka.  Sebulan sekali juga pergi ke saloon rambut.  Dapatkan potongan rambut yang terbaru dan paling sesuai dengan kita.  Pastikan rambut dishampoo selalu kerana ia boleh menimbulkan aroma segar di waktu malam dingin.  Minyak wangi mesti mempunyai jenama yang sesuai.  Pastikan jangan membeli di Chow Kit yang berharga RM10 kerana mengikut lapuran Karam Singh Walia boleh menyebabkan gatal2 seluruh badan.  Pastikan ia berbau segar dan ia boleh dibeli di Watsons dan Guardian (ini surat khabar popular di UK) jenama seperti Puma, Adidas dan Yonex. Deodoran mesti dipakai selalu jika peluh yang banyak dan mengikut kajian lelaki lebih banyak merembeskan peluh dan badan berbau.  Sebagai pemuda Kay Ell atau metroseksual, pemgeluaran duit untuk benda2 di atas agak tinggi dan selalunya kita akan terjebak dengan kredit kad.  Tapi kata orang Perak, bior pape asei bergaye.  Jika kita boleh berfikir, semua benda ini ada alat gantinya dan boleh ditukar kepada yang lebih murah.  Perhatikan beberapa pemimpin yang telah memimpin kita dan cara mereka membawa diri.  Dan mereka berbangga dengan pengakuan ini.  Jangan takut digelar metroseksual kerana takut dilambung ombak.  Kita bukan nelayan untuk takut ombak.  Metroseksual adalah pilihan kita. TEMPE sebungkus RM1.20 dan sekarang datang bersama original atau pedas seperti KFC. 

Wednesday, June 15, 2011

Not Much / March 2011 but March for Electoral Reform

PERKASA sudah memanggil 36 NGO untuk bersama2 mereka turun ke jalanraya pada 09 Julai 2011 nanti.  Kadang2 pening tengok PERKASA ini, sebenarnya ditubuhkan untuk menjadi juara Melayu atau berpolitik. 

First Teacher

"Gajah berkaki empat, Masyaallah,
Hidung tersangat panjang,
tapi gajah tak makan Orang.
Kalau adik ingin tahu,
Gajah makan apa? La la la la la....Gajah Makan Tebu.....yeah betul


Mereka akan menyanyi, bergaduh dan membuat kita marah.  Mereka meniru apa yang kita buat dan menjadi pandai tanpa kita sedari.  Anak aku yang perempuan akan menyanyi lagu selalunya iaitu perihal gajah seperti di atas dan selalu menyatakan ayah tak pandai nyanyi macam dia.  Bila aku marah dia pasti cakap tak nak kawan dengan aku dan aku akan buat2 sedih sambil berkata tak ada orang nak kawan dengan aku.  Dia akan datang sambil bercakap ok, salam balik. Dan selalunya lah begitu.  Yang anak lelaki akan mengugut tak mahu sekolah, kalau ayah tak beli mainan abang tak hendak ke sekolah.  Dan aku akan membalas dengan sebaliknya, kalau abang tak ke sekolah ayah tak hendak beli mainan.  Dan aku akan minta penjelasan yang mana satu datang dulu - contoh kalau ayah tak mandi ayah tak nak pergi kerja, kalau mama tak masak ayah tak nak makan atau  kalau abang tak nak mandi ayah tak hendak hantar ke sekolah.  Memang pening bercakap dengan aku sehinggakan anak aku yang berdua ini minta aku nyanyi lagu "Tanya sama pokok" dalam kereta.

"Tanya sama pokok, apa sebab goyang
Nanti jawab pokok, angin yang goncang
Tanya sama awan, apa sebab gelap
Nanti jawab awan, aku kandung air

Tanya sama mama, apa mama masak
Nanti mama jawab, beli kedai mamak je"

Dan sebagai guru pertama mereka, kita hendaklah menjadi sebahagian mereka tetapi yang lebih pandai.  menyelesaikan masalah mereka dan bermain dengan mereka seolah2 kawan yang boleh dibuli.  Walaupun permainan yang paling mereka suka adalah selerakkan barang2 itu boleh menimbulkan marah ibu tetapi aku akan mencari masa untuk bersama2 mereka mengemas.  Dan pada malam hari, mereka akan bertanya "Ayah, malam ni kita nak kemas kat mana?" 

Tuesday, June 14, 2011

Economics Transformation

Dan PM mengumumkan bahawa Transformasi Ekonomi sudah mencapai RM170.28 billion pelaburan sejak dilancarkan pada bulan Oktober dulu.  Diumumkan juga bahawa ia telah memberikan pekerjaan pada 362,396 orang sepanjang masa itu.  Bukan setakat pekerjaan diwujudkan tetapi ia memberikan kenaikan Keluaran Negara Kasar kepada RM220.15 billion. Memang aku yakin Mak aku tak tercapai dek akal nak tahu berapa banyak RM100 kena kumpul nak jadi RM220.15 billion ini. Bagaimana ia dibuat dan orang2 marhein macam kita yang tidak berapa faham tentang inisiatif ini pasti pening memikirkan.  Cuba lihat tendangan anak aku ini kepada pagar.  Nampak macam OK tapi pagar tak melawan bolehlah.
Anak lelaki aku menerajang pagar
Betulkah pekerjaan dicipta dengan pelaburan sebanyak itu.  BETUL dan BENAR. Memang SAHIH tanpa disangsikan lagi.  Jangan cuba melawan atau berdolak dalih kalau tak berapa faham.  Dan jangan terkejut, mengikut PM kita lagi ini adalah pelaburan paling tinggi dan paling cepat dalam sejarah.  Ekonomi sebutan yang aku pernah beritahu dulu sudah menjadi kristal betulnya.  Sekarang kita kena melihat ekonomi yang dirujuk dan berdekatan dengan kita atau tidak.  Kerana walaupun pelaburan itu nampak banyak dan tak terkira dengan jari tetapi kira sepatutnya bukan rasa hanya tempias tetapi hujan lebat kerana merasakan nikmat billion2 itu masuk ke ekonomi.  Makin tak faham mak aku kat Subang.

Anak aku tengah mencari2 mana bahagian hendak dipukul
Tempat2 yang menjadi NKEA (National Key Economic Area) - rasa2 isteri aku nampak macam IKEA je.  Kena faham bahawa NKEA adalah tentang kesihatan, komunikasi, infra, jualan dan runcit, minyak gas dan energy dan industri services.  Tempat2 ini dilaburkan dan pekerjaan dicipta di tempat2 ini.  Dan semalam  PM juga mengumumkan inisiatif baru sebanyak RM2.77 billion dan kerja dicipta sebanyak 36,595 untuk mencapai NKEA iaitu merangkumi 9 inisiatif - 160 ekar UCSI tempat belajar, 2 Sime Darby - hospital, tadika, penjual udang global, burung layang2 dan tele komnunikasi. Cuba pilih mana satu boleh menurunkan kos hidup kita di Malaysia.  Bila pelaburan yang dinyatakan tak sampai betul2 depan mata, kita akan rasa kos bebanan hidup mahal.  Kenaikan tarif elektrik, gula dan penyelarasan subsidi menyebabkan kita tertekan.  Rakyat mahu stimulus  yang diberitahu datang terus kepada mereka.  Kita ambil contoh infrastruktur yang termasuk dalam inisiatif RM2.77 billion yang diumukan semalam. Kita kecilkan skop kepada pembaikan untuk balai Polis.  Contoh RM2 juta untuk buat longkang di Balai Polis.  Projek ini akan diberikan kepada kontraktor kelas F dan kontraktor itu mengajikan pekerja dan membeli bahan binaan untuk membuat longkang.  Duit sudah bertukar tangan ke pihak marhaein dan masuk dalam ekonomi.  Adakah jumlah duit itu dapat mengurangkan harga kos hidup kita? Duit RM170 billon pasti masuk ke ekonomi tetapi di katung siapa ia singgah!!!!

Monday, June 13, 2011

MOGOK & Demo

Patutlah harga ikan naik.  Beberapa hari dulu, isteri yang sudah lama meninggalkan makan malam di kedai sudah mula meminta makan di kedai.  Dan seperti biasa, menu kami mesti ada ikan yang akan dibuat masak pedas, 3 rasa atau 'steam'.  Pelayan kedai itu memberitahu ikan siakap yang aku minta sudah tak larat mereka beli.  Bukan sebab tak mahu beli tetapi harga yang mahal tak sanggup mereka letak pada pelanggan.  Ikan yang ada adalah bawal dan isteri yang sudah lama rindu makan begitu bersetuju dan kami makan seperti biasa. 

Dan semalam diberitahu bahawa beberapa persatuan nelayan laut dalam sudah berdemonstrasi meminta kerajaan menurunkan harga diesel yang baru diselaraskan.  Nelayan di Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Perlis dengan serentak berdemo semalam dengan menyatakan mereka akan mogok selama 3 hari.  Menteri Ismail Sabri menyatakan mereka tidak akan tunduk kepada ancaman mogok tersebut.  Noh Omar juga mencadangkan ikan2 perlu untuk di import jika mogok itu betul2 berlaku.  Aku teringat cerita yang pernah aku tulis dulu tentang cukong iaitu ketua monyet yang berbakti kepada tuannya.  Beberapa ekor monyet adalah pekerja setia kepada tuan monyet.  Monyet2 itu akan ke hutan dan mengambil buah2 untuk tuannya menjual.  Mereka akan mendapat upah dan kembali mencari buah2 di hutan.  Satu ketika mereka berdemo kerana selama mereka bekerja upah tak pernah dinaikkan.  Lalu monyet1 yang muda minta semua berfikir sebentar tentang bagaimana kalau mereka mogok.  Beberapa monyet bersetuju tetapi yang tua marah kerana tidak berterimakasih dengan tuan monyet selama ini memberi mereka makan.  Setelah berbincang semua bersetuju untuk pergi ke hutan dan mencari buah2an untu sendiri makan dan tanpa memberikan kepada tuan monyet.  Akhirnya monyet tua terpaksa mengikut majoriti kerana hasil hutan sana memang boleh diambil sendiri tanpa diberikan kepada orang lain kerana ia adalah bahan makanan juga.  Mengikut cerita tuan monyet itu telah mati kelaparan. 




Begitulah cerita tentang mogok nelayan ini.  Laut luas sana penuh dengan hasil laut yang tidak pernah surut2 hasilnya.  Nelayan2 yang mahu hidup pasti tahu apa yang perlu dibuat selepas ini.  Dan kita yang bukan nelayan JANGANLAH sombong kerana kuasa membeli yang kita ada mungkin tak bernilai seperti selalu.  Aku terlupa nak beritahu berapa harga makan malam keluarga kami pada hari itu adalah RM42 - ikan bawal goreng pedas, sup cendawan, 2 telur dadar, 4 nasi putih dan air teh panas, laici dan tembikai.  Harga biasa aku untuk semua ini sekitar RM28 - RM32 sahaja beberapa bulan dahulu.

FA dan AF


Cuti sekolah diakhiri dengan AF dan FA. Terengganu menjulang piala FA setelah menunggu 11 tahun untuk piala itu kembali ke negeri mereka.  Peluang berada di akhir melawan Kelantan menjadi satu cerita seperti orang hodoh dapat kawan puteri.  Seminggu sebelum itu mereka kalah dengan Kelantan 3 berbalas 0.  Perlawanan yang dikuasai 58% oleh pasukan Kelantan tidak digunakan betul2 untuk menang.  Beberapa orang kawan Kelantan bercerita tentang tak boleh tidur 2 malam disebabkan kekalahan ini.  Yang menarik pasukan Kelantan telah memeriahkan industri bolasepak di Malaysia.  Berbaju merah dengan pergaduhan yang berlaku di tempat sendiri hatta ditempat lawan memang seperti magnet memanggil orang menonton mereka bermain.  Terengganu boleh diberikan tepukan sambil berdiri kerana melawan sehingga mendapat tambahan masa dan menang secara total.  Di satu majlis lain pula, Hazama menjadi juara AF ke 9 dan menurut rekod, ini adalah AF yang terakhir.  Dan sebenarnya memang banyak orang dah tak larat nak sama2 menangis dengan budak2 realiti ini.  Memang aku tak ikutnpun dan pernah satu ketika pekerja aku berhabis setiap minggu RM600 untuk penyanyi di AF.  Mengundi sambil tak dapat apa2.  Inilah yang dinamakan keseronokan boleh dibeli.  Jangan terkejut kalau orang berbelanja tidak seperti kita.  Kononnya membuang duit dan rugi tetapi sebenarnya keseronokan yang dibeli itu melampaui kerugian.  Orang yang menonton FA di stadium dan tidak AF menyatakan betapa rugi mengundi tetapi orang yang mengundi AF dan tidak ke stadium berkata kenapa sampai bergaduh untuk menyokong. 

Saturday, June 11, 2011

Happy Feet

Filem yang memenangi Cerita Animasi terbaik tahun 2006 Academy Award ini menghiburkan sesiapa yang ikut cerita dari awal.  Banyak unsur2 moral diceritakan dan kita dihiburkan dengan lagu2 yang segar dan terasa sangat gembira.  Walaupun dia tidak diterima oleh kaum2 yang lain kerana kelincahan kakinya tetapi dia masih boleh bergembira dan cuba mencari jawapan kenapa kakinya terus bergembira.  Aku pun rasa gembira bila menonton bersama anak2.  Mereka gembira dan aku suka sangat.  Cerita tentang penguin yang tidak seperti penguin2 yang lain kerana yang lain boleh menyanyi dan dia hanya pandai menari.  Gambar kartun yang diberikan menyebabkan kita rasa sangat terhibur.  Happy. Gambaran didalam air ketika anak2 penguin ini digambarkan sudah dewasa sungguh mengembirakan aku.  Aku kira gembiralah tengok cerita begini.  Walaupun terpaksa melayan anak2 aku yang selalunya awal tidur semalam tetapi cerita gembira bagini kadang2 membuat aku gembira sangat.  Sesiapa yang belum tonton mungkin tak nampak kerana mungkin terlalu lama menonton PINGU.

WIEF bukan wife

Semua mempertahankan Najib dan Rosmah tentang lawatan bekerja mereka di Kazakhstan.  Wisma Putra menafikan, KJ juga menidakkan dan terbaru Sharizat Jalil menyatakan tiada perkahwinan.  Perasaan ingin tahu tentang penggunaan duit siapa untuk semua pergi ke World Islamic Economics Forum (WIEF) menjadi isu utama.  Tugas pembangkang adalah memprovok minta diberitahu.  Yang sebelah sini terus menidakkan.  WIEF yang diadakah di Kazakhstan adalah yang ke 7 kalinya.  Teringat aku pada forum Islamic yang Malaysia buat setiap tahun di Malaysia iaitu Kuala Lumpur Islamic Forum (KLIFF).  Semua sponsor untuk KLIFF dikategorikan kepada Daimond, Platinum, Gold dan sponsor biasa.  Biasanya bank aku akan menjadi sponsor platinum dan mengikut kebiasaan negeri yang membuat Forum sebegini akan menjadi sponsor2 terbesar.  Merujuk kepada WIEF pula kebanyakan sponsor adalah dari Malaysia iaitu yang boleh dikategorikan sebagai daimond sponsor adalah SIME Darby, UEM, Berita Harian dan beberapa syarikat2 Malaysia yang lain.  Walaupun tidak dinafikan bahawa ada sponsor dari luar dari Malaysia tetapi tidak boleh melawan syarikat2 dari Malaysia.  Rakyat terus nak tahu perihal cerita di Kazakhstan dan mengikut teks tweeter baru dari KJ, pertunangan anak Najib denga orang besar di Kazakhstan dibuat di Malaysia lama dulu.  Entahlah kalau boleh jawab macam tu. Tapi jangan pelik kerana WIEF beroperasi dari pejabat mereka juga di Malaysia.

Friday, June 10, 2011

WALL-E

Filem ini dinobatkan Filem Animasi Terbaik di Academy Award tahun 2008.  Memang tak boleh sangkal dengan cerita cinta robot, dunia dah tiada dan yang berperasaan hanyalah robot.  Jauh pemikiran penulis filem ini.  Orang2 pada masa itu hanya duduk menonton dan belayar dikapal sambil makanan sampai ke mulut.  Orang2 pada masa itu gemuk2 dan sudah tidak boleh bergerak cepat lagi.  Semuanya dikuasai oleh robot.  Percintaan Wall E dan Eve didalam filem ini adalah cinta pertama yang melahirkan kesedaran tentang perasaan.  Sudah 3 kali subuh anak aku menonton dan aku terpaksa melayan anak aku dengan soalan2 bebudak tetapi mencabar minda.  Diulang2 filem itu dan akhirnya berakhir pagi tadi.  Wall E memang boleh dipanggil 'Genius Filem' kerana elemen yang kesedaran yang pada masa akan datang hanya boleh disedari oleh robot.  Filem yang boleh kita tonton dan berseronok.  Adakah manusia akan datang gemuk2 kerana malas atau obesity tidak menjadi hal utama lagi.

KETUA MENTERI kita

Swiss Anti Corruption sudah membeku aset2 Taib Mahmud.  SPRM juga memberithau bahawa Taib Mahmud sedang disiasat tentang kes rasuah pembalakan.  Dan kalau sesiapa ingat, kes penceraian anak beliau pun melibatkan RM400 juta.  Taib Mahmud adalah Ketua Menteri Sarawak yang kalau mengikut kiraan jari dan tahun bekrja tak tentu boleh mengumpul duit sebanyak yang dia ada sekarang.  Apabila harta seseorang telah dibekukan di tempat lain bermakna sudah ada kesalahan yang dilakukan dan mengikut kes Anti Money Laundering Act (AMLA), duit2 seperti culik, dadah, rasuah, terrorist dan duit yang tidak ketahuan dari mana datang mesti dilapurkan kepada CHIEF AMLA iaitu BNM dan BNM akan membuat tindakan menyiasat mengunakan agensi2 kerajaan seperti Polis, SPRM dan BNM sendiri.  Apabila peringkat harta dibekukan bermaksud sudah ada kes dan perlu dibekukan harta sebelum dibawa ke mahkamah.  Swiss Anti Corruption telah menjumpai kes dan telah membekukan aset2 Taib Mahmud di Swiss. Sebulan lepas, Taib Mahmud ini masih menang kerusi politik beliau dan terus memegang jawatan Ketua Menteri.  Tidak perlu menyalahkan sesiapa kerana yang buat pilihan adalah kita sendiri. 

KUDA - Horse

Aku selalu pergi pantai dan paling mengashikkan bila ada anak2 hendak main pasir.  Bukan selalu main pasir menyebabkan bila nak main pasir itu menandakan kita sekeluarga akan ke pantai.  Cerita pergi pantai ini bersangkutan pulak dengan cerita naik kuda tepi pantai.  Aku mengharapkan janganlah naik kuda tepi pantai.  Anak2 aku nak main pasir bukan nak korek tanah jumpa taik kuda.  Naik kuda pergi jauh sikit dari pantai.  Di Langkawi pun banyak kuda tepi pantai.  Di Port Dickson pun ada dan anak aku pernah naik.  Dan semalam persatuan kuda2 katek di Pulau Pinang membuat sidang media memohon membenarkan mereka bawa kuda tepi pantai. Kes kecederaan anak disebabkan ditendang kuda memang memilukan.  Dan jangan duduk / langgar / pegang belakang kuda kerana mereka sangat sensitif dengan duduk di belakang. Ajar anak pegang kuda di depan dan kuda dapat melihat.  Cuma satu nasihat aku, jangan bawa kuda ke pantai, ANAK AKU NAK MAIN PASIR PANTAI.

BESTnya Bangalow lu

Kes bekas MB Selangor baru hari 2 sudah mengeluarkan cerita lebih dari RM10 juta.  Mengikut rekod, Khir Toyo membeli tanah lot bangalow sebanyak RM3.5 juta walaupun harga yang dibeli oleh Ditamas Sdn Bhd sebanyak RM6.5 juta.  Pengarah Syarikat Shamsudin Hayroni sudah dibebaskan hari Isnin dahulu untuk kes rasuah itu dan hari ke 2 dijadikan saksi untuk kes Khir Toyo pula.  Pening Khir Toyo.  Semalam, seorang konsultan untuk merenovasi rumah memberitahu bahawa dia dibayar RM6 juta untuk buat renovasi bangalow si Khir Toyo.  Pecah rahsia si konsultan bahawa dia seorang yang bankrup dan tidak boleh membuka buku bank.  Lalu dia memberitahu semua bayaran dalah secara tunai.  Kita rakyat marhein ini, memang tak terkira dengan jari kat tangan tentang juta2 yang diceritakan.  Dan yang lebih sadis pembayaran secara tunai bermula dengan RM250,000 hingga ke RM500,000.  Dan mengikut konsultan itu, kerja2 belum siap lagi kerana SPRM sedang menyiasat.  Pernah dahulu diberitahu bahawa seorang ADUN Pakatan Rakyat memberitahu bahawa rumah bangalow itu berharga RM24 juta tetapi dinafikan oleh Khir Toyo.  Kita kena pandai matematik untuk hidup sekarang.  Tukar gaya hidup.

RAHSIA - Pecah Lubang

Semua benda yang dibuat terpaksa dijawab.  Buat email 1Malaysia bagi pada Tricubes yang rugi dan kemungkinan dikeluarkan dari Bursa Malaysia terpaksa dijawab.  Buat portal 1Malaysia Pengguna Bijak sebanyak RM1.4 juta juga ditanya rakyat.  Pergi bertandang ke Kazakhstan untuk World Islamic Economic Forum juga ditanya sebab.  Kenapa rakyat Malaysia menjadi tiba2 pandai.  Hari minggu dulu aku ke Baling berjumpa dengan abang.  Bercerita tentang masalah ketahuan ini.  Dia bercerita tentang maklumat yang dahulu tidak diketahui sekarang buka internet dan baca cerita tentang sesuatu, semua benda akan keluar.  Walaupun pembacaan media stream hanya Utusan, Berita dan TV3 tetapi cara berita itu diolah semacam menjawab dari persoalan yang banyak terkeluar.  Cerita tentang pergi ke Kazakhstan, dalam surat khabar hanya diceritakan tentang Forum, makan malam, tengok fesyen dan acara menandatangani perjanjian.  Memang tidak ada lansung cerita peribadi.  Tapi semalam, kementerian memberitahu bahawa lawatan yang dibuat adalah berbentuk kerja bukan bersuka ria.  Kenapa akhbar terpaksa menjawab sedangkan hari2 sebelum tidak diceritakan tentang perihal sebab pergi ke Kazakhstan.  Apa sahaja cerita di dalam akhbar media stream boleh di lihat di dalam internet dan kemampuan internet ini melampaui apa sahaja yang kita fikir kecuali tidak berfikir.  Dalam akhbar "seorang dato' ditangkap kerana hisap dadah".  Cuba masuk ke Google dan cari cerita tentang Dato' itu maka pak cik Google ini akan merujuk terus kes yang bersangkutan.  Zaman teknologi yang tidak boleh ditahan ini menyebabkan proses menidakkan berlaku dimana beberapa menteri marah dan menyatakan jangan percaya dengan internet.  Proses yang tidak berhenti ini melahirkan budaya mencari sesuatu yang baru dan pasti menidakkan yang lama, tua, tak nak berubah dan yang cuba cari duit cara mudah.

Thursday, June 9, 2011

TUNANG di Kazakhstan

KJ buka cerita tentang pergi ke Kazakhstan telah dirancang lama dan bersangkutan pula dengan majlis pertunangan anak PM.  Perancangan yang agak teliti.  Dalam The Star pula cerita tentang The World Islamic Economic Forum.  Dalam akhbar yang sama, cerita tentang Rosmah Mansor menghadiri Islamic Fashion Show dan kalau perasan dalam gambar itu terdapat juga anak2 PM sama2 menonton fesyen show itu.  Cerita tentang pertunangan anak PM lansung tiada dalam berita cuma di dalam twitter KJ menceritakan kerana mengikut KJ, lawatan ini juga adalah membalas lawatan Presiden Kazakhstan ke Malaysia zaman Pak Lah @ Pak mertua dia dulu.  Bagaimana rakyat Malaysia melihat perkara ini.  Ada yang melihat seperti rugi kerana satu keluarga bertandang untuk majlis pertunangan dan cuba mengambil kesempatan untuk berseronok di tempat lain.  Ada yang melihat bagus mengambil peluang ketika forum diadakan dan mungkin dapat mengurangkan kos kerana buat dua benda dalam satu masa.  Satu rombongan dibuat untuk ke Kazakhstan dan tujuan yang berbeza tetapi yang menjadi persoalan siapakah yang menanggung kos untuk melibatkan satu keluarga.  Contoh yang selalu dekat dengan kita adalah apabila kita dihantar ke satu tempat untuk menghadiri kursus. Dan disebabkan kursus itu di tepi pantai di Langkawi maka kita pun memasukkan nama isteri tersayang untuk bersama2 kita di sana.  Kos tambahan itu terpaksa ditanggung oleh kita kerana yang hendak berseronok adalah kita bukan syarikat kita yang seronok tengok kita seronok.

Wednesday, June 8, 2011

Walau bodoh bukan satu kesalahan



Berita paling sedih semalam dan mungkin si gadis itu tidak membaca tentang masalah yang pernah berlaku. Dia terus kehilangan kekasih hati dan duit yang dilaburkan hilang begitu sahaja. Gadis itu kena tahu bahawa lelaki yang sering bercerita tentang gadis hayalan kemungkinan tidak setia dengan kita adalah cerita dongeng yang perlu dipercayai. Dia berkawan dengan gadis itu dan selalu bercerita tentang kalau boleh isterinya mahu yang tinggi, kaki panjang, cantik, hidung terletak, putih, gebu, manja dan macam2 lagi bagi kita terasa. Ini adalah lelaki yang suka berhayal. Gadis kita pula hitam, pendek, kasar tak gebu, manja jugak tapi mengada2, hidung penyek macam ayam penyet. Dan sebagai gadis kita perlu bertanya kenapa kita masih kekal dengan lelaki yang macam ini. Persoalan itu kita jawab sendiri dan jangan selalu berbalah dengan lelaki nanti bergaduh. Dan ini adalah inti pati cerita gadis sedih semalam. Kekasih hati mahu gadis itu mempunyai payu dara yang besar dan kerana ingin memberi kejutan gadis itu telah menjalani pembedahan membesarkan menggunakan lemak di pinggang dan dihantar ke dada. Dengan kos RM13,000, payu dara itu berubah menjadi hitam dan kekasih hati melarikan diri. Apa nak buat, ikut rasa binasa, ikut hati MATI.

Pengguna Bijak tengok PORTAL



355 harga barang diberitahu di portal baru ini yang terdapat di Hypermarket (Tesco, CarreFour dan Giant). 100 barangan di 404 supermarket. 50 barang di 360 pasar basah dan 100 barang di kedai 24 jam. Ini adalah portal baru untuk pantauan harga kepada orang ramai dan dinamakan 1malaysia Pengguna Bijak. Harga makanan dan minuman kena masuk juga sebab sudah tidak terkawal seperti harga di kedai mamak terpilih, harga di kedai simpang dan harga di cafe2. Apa yang perlu dibuat apabila melihat harga di kedai Hypermarket lebih murah dari kedai seberang jalan. Kerajaan sepatutnya bagi peluang besar kepada rakyat untuk minta harga kurang selepas melihat portal tersebut. Kalau macam tu mungkin portal ini menjadikan rakyat bijak. Biasa berlaku pada kita ialah melihat iklan di suratkhabar dan membandingkan harga di setiap Hypermarket dan kita akan berdondon ramai datang membeli harga barang murah tersebut. Kuasa yang ada ditangan adalah memilih sendiri paling murah dan paling dekat rumah kita. Cubaan membandingkan harga boleh memeningkan apabila disekitar kita tidak ada hypermarket dan supermarket. Harga sekotak air Susu Dutch Lady perasa coklat RM1.60 di 7-11, RM1.50 di kedai Petronas, RM7.2 (untuk 6 =RM1.2 satu) di Giant RM6.99 (RM1.17 satu) dan RM1.80 di kedai runcit di tepi pantai Port Dickson. Portal ini adalah pemberitahu sahaja kot.

Kelab2




Tiba2 popular dan aku timbulkan balik kerana teringat sewaktu pergi ke Bandung sekitar tahun 2009 dulu. Diberitahu bahawa sebuah kelab kelolaan bekas Al Arqam iaitu Kelab Poligami dirasmikan di Bandung dan dengar cerita tidak mendapat sambutan. Sekarang terbaru baik dari orang yang sama 'Kelab Taat Suami'. Mereka akan memberi kaunseling tentang hubungan sex pelacur kelas A untuk mengelak suami makan luar. Idea di luar kotak. Dan mengikut rekod juga Dr Rohaya memberitahu 50% ahli mereka berpoligami dan kadar perceraian agak rendah.


Tuesday, June 7, 2011

GOOOOOOL



Kes rasuah bola sepak tiba2 popular dengan tertangkapnya Yusarman jurulatih bola sepak Negeri Sembilan. Dia telah dikenakan 21 tuduhan dengan memberi rasuah kepada 11 orang pemain bola sepak Negeri Sembilan untuk kalah dalam piala president. Mereka mesti melepaskan gol dan kalah secara bodoh untuk mendapat duit rasuah itu. Rasuah yang diberikan mungkin tinggi sehingga jurulatih itu mengambil peluang untuk jadi kaya sekejap. Bagaimana perasaan isteri beliau bila tahu bahawa duit yang selama ini mewah bukan datang dari hasil kerja yang gigih tetapi dari 'tumbuk rusuk'. Sesiapa tak tahu apa itu tumbuk rusuk sila rujuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Mereka yang mendapat rasuah itu bermula dengan sebelum perlawanan sebanyak RM300 kepada 9 orang pemain dan masa perlawanan RM200 pada seorang pemain dan selepas perlawanan RM1,500 kepada semua. Semua yang bermain pada masa itu dapat RM2,000 seorang. Jurulatih itu ditangkap atas lapuran yang dibuat oleh salah seorang pemain. Permintaan yang diminta oleh jurulatih itu adalah tolong lepaskan satu gol.

Monday, June 6, 2011

Bangang Jangan Ikut



Ditamas membeli tanah di Section 7, Shah Alam dengan harga RM6.5 juta pada tahun 2004. Dia jual RM3.5 juta pada Khir Toyo pada 2007. Kes dibawa ke mahkamah dan kedua2 mereka kena dakwa atas alasan rasuah dan mereka membayar ikat jamin RM750,000 pada Disember 2010. Tadi, pengarah syarikat yang di dakwa, Shamsudin Hayroni dilepaskan dari dakwaan kes. Kenapa kita nak marah, syarikat itu memang bangang berniaga dan terlalu suka dengan Khir Toyo. Maka pelepasan Shamsudin Hayroni tidak boleh dimarahi. Dia memang baik hati dengan Khir Toyo tak tentu hala. Syarikat dia sudah maju terlalu ke hadapan dan kehilangan duit RM3 juta dengan transaksi yang pelik macam itu tak perlu disangkal. Kata orang muda, suka hati mak bapak aku la. Yang bodoh bukan orang lain, syarikat Ditamas juga. Bila tak disabit kesalahan, perkara yang bangang begini tidak boleh diungkit kerana memang niat asal syarikat ditubuhkan untuk mendapat untung tapi kalau dengan secara bangang, syarikat itu merugikan diri mereka, orang ramai jangan ikut bangang syarikat macam ini.

ABANG MAT




Seminggu sebelum Muktamar Pas, berbagai andaian dibuat tentang pemilihan pucuk pimpinan Pas akan membuat pemilihan walaupun parti2 lain seperti UMNO dan MCA mengumumkan tiada pertandingan di dalam parti kerana untuk menghadapi pilihanraya UMUM ke 13. Utusan menghebohkan tentang kebangkitan ulama di dalam Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Nasharudin Isa untuk jawatan Timbalan Presiden. Nama Hj Muhamad Sabu lansung tidak diberitakan kerana cuba menyorok cerita tentang kebaikan susuk benik rakyat bawahan ini. Muhammad Sabu atau Mat Sabu atau lebih mesra dipanggil Abang Mat lansung tidak diberi ruang di dalam akhbar kecuali hari2 akhir di Star diberitahu bahawa Mat Sabu boleh memecah tradisi di dalam Pas. Cerita2 warna Mat Sabu di dalam politik Malaysia memang menghiburkan dan tiada sesiapa yang boleh meniru. Beliau pernah ditahan secara ISA selama 2 kali - pada tahun 1984 dan 1987. Beliau dibuang daerah ke Kuala Pilah 2 tahun selepas 60 hari ditahan dibawah ISA pada tahun 1984. ISA pada tahun 1987 berlarutan sehingga 1990. Beliau juga pernah dilokap pada tahun 1975 sebagai pelajar ITM menentang AUKU. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen untuk 3 parlimen yang berbeza - 1990 Nilam Puri, 1995 Kubang Kerian dan 1999 Kuala Kedah. Beliau pernah bertanding melawan Pak Lah pada tahun 1980 dan Anwar Ibrahim pada tahun 1986. Banyak kali mengepalai tunjuk perasaan dan yang terbesar menjadi teruju utama pada tunjuk perasaan 'Bersih 2007'. Banyak orang rapat dengan Abang Mat ini kerana sifatnya amat disenangi oleh orang biasa. Aku sendiri pernah ada pengalaman bersama Abang Mat ini ketika ingin meminang untuk sepupu aku di Permatang Pauh. Aku telah menjadi tukang buka cerita untuk Abang Mat ini meminang. Sepupu aku dulu adalah pembantu peribadi pada Abang Mat ini. Mat Sabu diterima oleh orang2 Cina dan India. Ceramah beliau senang diikuti dan penerangan mudah faham. Tajuk akhbar semalam sudah menunjukkan kebencian UMNO kepada Muhamad Sabu ini. Tajuk utama utusan,"Ulama ditolak oleh Pas" seolah2 memberitahu bahawa Muhamad Sabu ini tidak boleh berjaya di dalam Politik. Hj Muhammad Sabu ini pernah dan banyak kali didalam ceramah beliau berkata "Tunggulah bila aku jadi Menteri Dalam Negeri nanti.................."

Sunday, June 5, 2011

Kita adalah Salah seorang



Asia job Index 2011 oleh Robert Walters menunjukkan taraf pekerjaan di Malaysia mengalami kenaikan gaji sebanyak 33% pada suku pertama tahun 2011. Siapakah orang2 yang diberikan kenaikan gaji yang tertinggi ini. Mengikut lapuran itu, kekurangan pekerja di dalam bahagian kepakaran adalah menyebabkan kenaikan ini. Bila kita terlalu lama di dalam sesuatu tempat kadang2 kita telah mengurangkan kepakaran sesuatu benda yang ada di dalam diri kita. Kita tidak digalakkan untuk berkreatif di dalam pekerjaan menyebabkan kita hilang kepakaran. Cuba melompat tempat lain mungkin kepakaran kita akan terserlah. Kenaikan gaji yang tinggi juga disebabkan syarikat internasional masuk ke Malaysia. Mereka mesti membayar tinggi untuk mendapat pekerja yang bagus. Sebagai pekerja kita hendaklah sentiasa mencuba benda baru seperti belajar dan menambah ilmu di luar bidang kita atau sama. Contoh terbaru apabila Datuk Justin Leong salah seorang anak kepada Goh Chock Thong, Genting Bhd belajar Mandarin kerana ingin mengembangkan perniagaan ke China. Jangan rasa ketinggalan kerana umur sudah meningkat kerana kalau kita tidak bergerak, orang pula akan mengganti kita dan kita dilihat sudah tidak berguna lagi.