Yang selalu jengok

Tuesday, January 31, 2012

Kuasa Ke 3

Muhyiddin Yasin bercerita tentang kuasa ke 3 yang menentukan pola kemenangan dalam PRU ke 13 nanti.  Adnan Yaakob mengiakan kerana ikut cakap ketua dia.  Kuasa ke 3 ini akan datang dari Zaid Ibrahim dari Parti Kita (macam tak wujud je sekarang), Ibrahim Ali (Perkasa), Hasan Ali yang dibuang oleh PAS, Kuli (Amanah), Kader Sheikh Fadzil dan mungkin Pekida atau apa2 sahaja yang NGO yang berpaksi pada Kerajaan sekarang.  Cubaan untuk menidakkan suasana politik kepada konsep 2 parti sahaja yang bertanding terpaksa diceritakan berkali2 untuk memastikan bahawa orang terlupa bahawa sistem 2 parti akan berlaku bila2 masa sebelum PRU 13 nanti.  BN akan berlawan dengan PR.  Kenapa politik ini penting untuk semua orang tahu?  Banyak sebab - harga barang naik, rasuah meningkat, kuasa membeli menurun, harta dipegang oleh orang2 tertentu sahaja, tol naik, minyak mahal dan elektrik macam nak naik.  Berceritalah tentang kuasa ke 3, apabila PRU 13 datang nanti, adalah beberapa orang akan bertanding bebas untuk menunjukkan kuasa ke 3 wujud.

Lawat Terengganu Jom


Ehsan dari Berita Harian

Siapa yang tahu jawapan apa yang berlaku pada Stadium ini? Banyak orang kata Ultraman atau Dinasour.

MCA last Call

Chua Soi Lek berkempen berbeza. Dia berkali2 berkata tentang jika Pakatan Rakyat menang, maka PAS akan membuat undang2 Islam.  Tapi di belah UMNO pula berbeza, jika Pakatan Rakyat menang, maka PM mungkin datang dari orang Cina.  Chua Soi Lek kempen berbeza ini mungkin untuk menarik perhatian orang Cina.  MCA adalah parti yang sudah gagal mendengar keluh kesah orang Cina berbanding DAP.  Pelik tapi orang tak perasan.

Monday, January 30, 2012

Bagi Paket Putih

Rumah terbuka sekarang seperti satu benda kemestian untuk menunjukkan sokongan dan ini adalah satu retorik yang paling murahan.  Kalau kita mengajak orang datang mendengar kita berceramah dan selitkan RM10 dan makanan pasti orang berkata2.  Tetapi kalau membuat satu majlis keramaian dan mengajak orang makan dan beri ang pow maka kita tidak dikata2 orang.  Perkasa pun sudah membuat majlis tahun baru Cina dan memberi paket duit berwarna putih.  Kecoh MCA dengan paket putih ini kerana ia adalah simbolik pemberian bila ada yang meninggal.  Ukuran kedatangan ke majlis tahun baru Cina ini bukan ukuran bahawa Perkasa sudah diterima oleh orang Cina.  Yang menerima duit tersenyum walaupun paket tidak berwarna merah lagi.

Sunday, January 29, 2012

PIBG

Pagi2 aku sudah bersiap.  Sudah lama rasanya aku tidak bermesyuarat sepagi ini.  Pukul 8 nanti, mesyuarat PIBG akan berlansung di sekolah anak aku. Aku sudah menyusulkan satu isu dan kedatangan mesyuarat hanya untuk memastikan isu2 yang dibangkitkan dibincang dan cuba diselesaikan.  Harga barang di kantin sekolah mahal.  Keselamatan pelajar waktu balik sekolah.  Penjualan barang makanan tidak berkhasiat. Pelajar bertukar kelas tidak diberitahu kepada ibubapa.  Berapa sumbangan ibubapa untuk PIBG? Bagaimana duit PIBG digunakan dan macam2 isu.  PIBG adalah satu badan sukarela yang ditubuhkan disetiap sekolah untuk memantau kegiatan anak2 disekolah dengan bantuan ibubapa.  Mesyuarat pun bermula setelah menunggu lama ibubapa datang pukul 9.10 am.  Jangan salahkan guru mulakan lambat tetapi ibubapa.

Ada yang datang seperti baru lepas sarapan dengan suratkhabar di tangan.  Ada yang berlari kerana lambat tetapi ditangan sebatang rokok.   Ada yang hadir dengan Galaxy Tab ditangan sedang melayari FB. Aku hadir tepat pada masanya mungkin pertama kali dijemput.

Berbagai perangai ibubapa yang hadir pada hari itu.  Ada yang menyusulkan ketidakpuasan hati kerana kehadiran Ahli JawatanKuasa dahulu tidak penuh.  Ada yang mempersoalkan tentang kegunaan duit.  Suasana tegang semacam.  Pelik kerana semua ibubapa ini mempunyai anak2 yang bersekolah yang sama dan guru2 yang mengajar anak2 mereka.  Sikap bertolak ansur dan terus beringat bahawa keaktifan ibubapa dalam PIBG adalah secara sukarela.


ehsan dari Web site Sek Keb Taman Bukit Subang

Aku menjadi pendengar sahaja pada hari ini kerana aku adalah ahli baru PIBG.  Bangga kerana anak sudah bersekolah dan aku ahli PIBG. Chewah.

Wednesday, January 25, 2012

Memang Semua Dengki

Dah banyak kali cerita macam ini keluar.  Memang tak patut.  Awal2 dulu cerita tentang 15 kereta untuk bawa 74 beg keluar. Ini fitnah dan tidak dapat dibuktikan.  Apa lagi yang pembangkang hendak hebahkan.  Cerita tentang cincin berlian 24 juta juga sudah terjawab.  Harga cuma RM10 juta dan tak akan mereka tak bandingkan harga sebanyak itu untuk benda yang sekecil ibu jari.  Memang orang kampung tak akan percaya.  Cerita tidur di Dubai semalam RM100,000 juga digebang2kan.  Dorang semua tak tahu, cuma klik dalam mudah.com untuk cari homestay kat Dubai.  Tak akan nak tunjuk apartment setiap kali pergi ke luar negara. 

Beg2 mahal yang dorang bisingkan.  Tak akan dorang tak ingat suami aku hari pertama naik pangkat, Petaling Street adalah tempat pertama untuk melawat.  Kat situlah banyak jenama yang aku beli.  Birkin biasa harga RM360,000 atau USD110,000, mahal tu. Dorang memang dengki tak tentu tempat. Cuba tengok klip video dengan Mawi - bagaimana perihatin dengan masalah kebajikan.


Sekarang kecoh cerita tentang buat baju USD100,000 (RM325,000) 61 pasang, blouse dan skirt buat kat Sydney.  Tak akan orang kampung percaya - tiap kali aku melawat dorang - baju kurung je la aku pakai.  Mat Salleh mana tahu buat baju kurung. Memang aku tempah kat Mak Cik sebelah rumah kat kampung - sehelai RM40 je.  Orang kampung tak akan percaya punya. 

AKU JIMAT game

Ada permainan komputer baru diperkenalkan.  Ini adalah permainan untuk kanak2 belajar menyimpan dan berjimat untuk membeli 12 barangan yang mahal seperti beg2, cincin berlian 24 juta, rumah 5 juta dan kereta 300,000.  Ia akan melatih anak2 untuk berjimat sehingga berumur 99 tahun untuk membeli semua barangan ini.  Dan jangan terkejut kerana permainan ini seperti Angry Bird dan pelakon utama permainan ini adalah Mama Ros.  Permainan ini berharga USD0.99 dan boleh didapati didalam iPhone.  Hebat Mama Ros.
hebat rambut Mama Ros


umur 34, EPF?



Barang idaman beg, cincin, rumah dan kereta.


1Malaysia Kencing

Dah tak malu.  Habis dipancut di mana sahaja.  Mula2 aku nampak orang Cina sahaja yang berani buat kerja2 tepi jalan macam tu.  Lepas itu India dan Singh.  Perjalanan yang tersekat2 memang tak memberi peluang untuk bertahan.  Ketika di atas Lebuh raya yang sesak penuh dengan kereta, perasaan hendak kencing tidak boleh ditipu2.  Akhirnya aku melihat satu keluarga Melayu (aku pasti kerana anaknya membawa air dan seorang perempuan mungkin ibu memakai tudung) juga berhenti untuk kencing.  Bukan boleh ditahan2.  Perjalanan dari Shah Alam melalui Gutrie Highway sesak bermula Rawang hingga ke Tanjung Malim.  Perjalanan biasa sekitar 40 minit menjadi 3 jam pada hari Sabtu 21/1/12 baru2 ini.  Aku sekeluarga menyaksikan aksi kencing sekitar lebuhraya dan mengambil langkah berjaga2 seperti anak dipakaikan lampin sebelum bergerak dan pastikan mereka tidur dengan selamat.  Tidur mereka ini juga dapat mengelak dari menjawab soalan2 mereka seperti "kenapa dorang kencing tak masuk toilet" atau "Banyaknya orang kencing" atau "Dorang tak malu pun".  

Lost World of Tambun

Sekarang bercuti hanya mengikut jadual sepatutnya.  Bukan sebab tidak boleh bercuti sewenang2nya tetapi kerana anak sudah bersekolah dan mematuhi jadual anak lebih berhemah dari memenuhi nafsu sendiri.  Kali ini aku memilih untuk ke Tambun Lost World di Ipoh, Perak.  Aku memilih ke sana sebab pernah ke sana lebih kurang 15 minit berada didalam Lost World itu sekitar tahun 2008 dahulu.  Tidur 2 malam di sana dan berada di Lost World pada 22/1/2012

Sekarang ada penambahan baru di sana itu acara mendulang bijih timah.  Ini adalah satu kerja ekonomi yang menguntungkan Perak sekitar tahun 1940 an  dahulu.  Ia terletak bersebelahan dengan kawasan harimau.  menjengok2 harimau rasa2 hanya ada 2 ekor harimau yang menayang badan di sana.

'Petting Zoo' adalah kemestian untuk dilawati di sana.  Kebanyakan binatang boleh dipegang dan bermain bersama2.  Arnab, ular, ikan, kambing dan iguana.  Tupai dan ada binatang2 yang aku tak berapa kenal.

Dan yang tidak boleh ditinggal semasa di dalam Lost World adalah main air.  Ada macam2 kolam di sana.  Ada yang berombak, ada yang untuk kanak2 dan ada yang panas (spa) dan dibuat seperti jakuzi.  Aku menghabiskan masa lebih kurang 5 jam hanya di kolam bersama anak2.

Masuk ke sana untuk dewasa RM45 dan kanak2 RM38.  Semua yang masuk akan diberi gelang getah dan ini dikenakan deposit sebanyak RM10.  Untuk berbelanja di dalam sana, gelang getah itu boleh ditambah duit untuk membeli belah.  Makanan luar tidak dibenarkan kerana dipintu masuk makanan akan ditahan.

Tuesday, January 24, 2012

Margin Call

Cerita tentang masalah kewangan, saham dan kapitalis memang menjadi imput pada aku.  Melihat seperti berada dekat di hati.  Masalah menjadi igauan kepada pedagang2 kapitalis iaitu memastikan harta yang dipegang mempunyai nilai sepanjang masa yang kekal.  Apabila membeli sesuatu aset itu, kapitalis memastikan pengekal nilai yang tidak kekal dan kejatuhan harga pasti memeningkan kepala pemegang aset.  Cerita bermula apabila satu syarikat yang biasa membuat pelepasan pekerja pada beberapa ketika atau bahasa paling mudah membuang pekerja dan proses biasa ini menjadi lumrah biasa.  Cerita tentang cara membuang pekerja pernah aku tonton seperti filem 'Up in the Air'.  Salah seorang pekerja iaitu Stanley Tucci dibuang ketika menjumpai satu maklumat tentang kejatuhan harga saham bermula lebih dari 2 minggu sebelum dia dibuang.  Kerja yang separuh siap ini dihabiskan oleh seorang pekerja dan mendapat tahu bahawa kejatuhan yang besar akan berlaku bila2 masa. 

Dalam satu hari 24 jam mereka bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah ini.  Ketua atas ketua datang dan tiada siapa menidakkan carta yang dibuat.  Beberapa mesyuarat berlaku sepanjang pagi sehingga pekerja2 bawahan masuk. Kevin Spicey berlakun sebagai seorang pekerja yang lama dan taikun kapitalis Jeremy Iron memang pelakon2 yang berbakat.  Beberapa pelakon yang hebat juga ada dalam filem ini seperti Paul Bettany dan Demi Moore.  Adegan Jeremy Iron bertanya kepada Zachary Quinto tentang carta dan meminta penerangan untuk kanak2 adalah adegan paling klasik pada aku.  Ini kerana tiada orang yang boleh memberikan pemahaman paling dasar untuk orang faham tentang nilai2 kapitalis dan Jeremy Iron memberitahu 'musik itu berhenti atau tidak, tidak memberi kesan kerana dia adalah pemain musik itu'.

DRIVE

Rasa2 ini adalah filem ke 2 Ryan Gosling yang aku tonton selepas The Idea of March.  Memang seorang pelakon yang berkarektor dan menjadi impian pengarah2 filem.  Kedua2 filem memberikan impak kepada banyak anegerah filem untuk pencalonan pelakon lelaki terbaik.  Filem yang bergerak perlahan walaupun Ryan Gosling sebagai pemandu selalu membawa kereta laju.  Berlakon sebagai seorang pelakon lagak ngeri 'stuntman' dan pemandu untuk merompak dalam melarikan diri dari polis.  Berjiran dengan seorang perempuan yang mempunyai anak dan seperti ada ikatan yang tidak tertulis.  Suami perempuan itu dipenjara dan setelah keluar terpaksa membayar hutang2 lama.  Ryan Gosling sebagai 'driver' membantu walaupun tidak mengetahui bahawa semua perancangan diatur untuk membunuh semua.  Cerita yang boleh ditonton tetapi perlu berfikir sepanjang masa.

Thursday, January 19, 2012

Cerita Kudin

Kudin bukan calang2 orang kampung.  Setiap kali kami balik ke kampung di Batu 8, Tanjung Tualang, Kudin pasti dicari.  Kudin akan bercerita tentang bermacam2 cerita.  Sekitar tahun 70an dulu, TV memang tidak ada dikampung Batu 8.  Mungkin ada tapi sebagai kanak2 cerita tentang TV tidak pernah didengar di kampung itu.  Apa cerita Kudin paling popular?  Dengan membuat sendiri keris dari pokok jambu, cerita Hang Tuah menjadi pilihan.  Kami adik beradik pasti ternganga dengar cerita yang satu ini.  Bagaimana Hang Tuah mendapat Taming Sari menjadi pilihan cerita yang eksotik.  Kudin akan melompat. Kudin akan menendang dan Kudin akan membaca serapah jampi.  Tiada tepuk tangan akan diberi tetapi cuma permintaan kami diajar silat seperti Kudin juga.  Kudin akan terus bercerita.  Dan menjadi pelik kami, Kudin yang tidak mendapat maklumat TV dimana2 boleh bercerita tentang Hang Tuah seolah2 Hang Tuah itu saudara mara dia.  Kudin akan bercerita sehingga Hang Tuah hilang di Gunung Ledang tanpa ditemui.  Kami adik beradik menarik lelah nafas ketika cerita itu sampai ke penghujung sambil meminta keris Kudin di tangan.  Keris itu akan bermain2 di sekitar adik beradik kami sambil bersilat menunjuk kuat.  Dan cerita Kudin akan bersambung lagi kesokan hari untuk kami ketika kami di kampung. 
Kudin yang memegang pisau kayu - itulah taming sari kami

Hari ini Kudin yang bercerita ini masih di kampung yang sama.  Dengar cerita Kudin ini menjadi penoreh getah yang berjaya.  Cerita2 Hang Tuah yang dikutip dari Kudin masih tergiang-giang di kepala.  Mitos atau mistik rekaan siapa hingga sampai ke telinga Kudin dan disampaikan pada kami adik beradik.  Bersilat dan bergaduh kami adik beradik sehingga balik ke bandar. 

Koo Kay Kim Vs Hang Tuah

Pekida dan Perkasa sepatutnya sudah melepaskan tumbukan kepada Professor seorang ini.  Adakah patut dia kata Hang Tuah lima bersaudara itu adalah mitos.  Ini bukan masalah cerita betul atau benar tetapi menjadi mitos itu menjadi masalahnya.  Professor Khoo Kay Kim bukan calang2 ahli sejarah.  Cuma berapa jauh sejarah yang perlu orang Malaysia ketahui itu menjadi isu utama.  Beberapa bulan dahulu, Mat Sabu mengangkat cerita tentang Mat Indera sebagai hero juga mendapat tempelak dari kumpulan yang sama.  Berapa jauh sejarah yang boleh diubah.  Berapa banyak orang tua yang boleh ditanya perihal cerita tahun 1900 atau 1950.  Cerita Mat Indera dan cerita Hang Tuah mempunyai perbezaan tahun yang amat jauh.  Dan apabila cerita Mat Indera ini dibuka, Zainal Kling pula mengatakan kita tidak pernah dijajah oleh Inggeris.  Cerita Portugis menawan Melaka itu mitos atau benar.  Tun Sri Lanang bercerita tentang zaman kemegahan Melaka dan bahasa Melayu menjadi lingua franca waktu itu.  Semua ini rekaan atau Tun Sri Lanang (yang pasti tiada siapa yang anugerah Tun pada seorang ini) juga adalah mitos.  Semangat Jebat dan kesetiaan Hang Tuah diperkatakan sehingga ayat paling popular disebut "Tak Melayu Hilang di Dunia" sepatutnya dicanai dicari dibuktikan ayat siapa.  Masalah ini timbul bila tiada yang pertikaikan sejarah sejak ia wujud dalam cerita2 pelipurlara (tukang gebang cerita sebelum tidur anak2).  Ketidakikhlasan menulis sejarah atau berpihak2 mungkin melahirkan cerita2 mitos untuk keseronokan dan kelansungan bangsa. Diberikan suatu forum berbincang tentang sejarah secara lansung dan diperbetulkan dengan kehadiran orang2 yang mengetahui tentang keadaan atau masa kejadian berlaku.  Contoh ketika krisis 13/5/1969 beberapa versi dihuraikan - pihak kerajaan menceritakan bahagian mereka, pihak pembangkang menulis cerita mereka, beberapa orang menulis juga cerita versi mereka.  Ini hanya berlaku 40 tahun dahulu dan cerita yang berbagai ini mengelirukan.  Ada pihak yang tidak mahu cerita sebenar diberitahu.  Ada pihak mereka2 cerita.  Pembaca macam aku membaham segalanya.  Dalam masa 20 atau 30 tahun lagi, segala versi ini adalah dipertikaikan kerana ketidakikhlasnya menulis cerita.  Macam cerita 'Combat' Vic Morrow asyik menang sahaja.

Wednesday, January 18, 2012

CONVICTION

Cerita tentang ketidakadilan mahkamah di Hollowood memang banyak.  Aku sudah tengok cerita A few Good Mens, The Hurricane, The Jury dan bermacam2 lagi.  Dan semalam aku menonton cerita ini untuk menambah koleksi mahkamah di dalam otak aku.  Pelakon Haillary Swank memang salah satu pelakon wanita yang aku suka.  Dia pernah menang Oscar untuk filem 'Boys Don't Cry' dan 'Million Dollar Baby' dan aku pernah menonton berbagai cerita tentang Hillary Swank seperti 'Imsonia', 'P.S I Love You' dan Hillary Swank selalu tidak mengecewakan.  Cerita benar tentang seorang lelaki yang didakwa membunuh jiran ketika merompak dan di tahan dipenjara selama 18 tahun.  Adik perempuan lelaki itu sanggup belajar undang2 untuk memastikan abangnya keluar dari penjara.  Kehidupan yang kelam kabut pada awalnya dimana suami minta cerai kerana lebih mementingkan abang sendiri.  DNA yang tidak digunakan pada kes2 lama telah membantu untuk melepaskan abangnya.  Tetapi sekadar DNA tidak membantu juga tanpa afidivit dari saksi2 menyokong untuk membebaskan.  Hillary Swank sebagai adik kepada Sam Rockwell abang.  Mengikut cerita, setelah 6 bulan keluar penjara abangnya telah mati dalam kemalangan tetapi Betty Anne Waters memberitahu abangnya Kenny Water telah mati dalam keadaan tidak bersalah dan di luar penjara.  Cerita yang boleh memberikan inspirasi dan semangat baru.  Cerita tentang hubungan adik abang yang baik untuk ditonton.

Tuesday, January 17, 2012

Cara sepatutnya BR1M bergerak!!!

Maka penganugerahan duit BR1M pun bermula semalam.  Dan diberitahu juga borang masih boleh dihantar sehingga 10 Februari nanti.  Duit sebanyak RM2.6 billion semacam pasti sampai ke rakyat.  Bagaimana duit ini boleh membantu dalam pergerakan ekonomi.  Kerajaan mengeluarkan voucher yang diberikan untuk menunjukkan keperihatinan dan duit ini ditunaikan di bank2 terpilih.  Ini adalah pergerakan penciptaan credit seperti yang aku ceritakan dalam post2 terdahulu.  Duit tak ada tapi diberi voucher untuk ditukarkan.  Kalau di Korea semasa ekonomi meleset dulu, semua rakyat diberikan voucher sekitar RM3000 untuk berbelanja di kedai2 kerajaan maka ekonomi akan bergerak pantas bila voucher itu berubah tunai.  Syarikat yang membekal barangan pasti mendapat limpahan yang banyak dari ini.  Sepatutnya duit sebanyak RM500 ini tidak diberikan kepada orang yang bergaji dibawah RM3000 sahaja.  Ia hendaklah diluaskan kepada semua orang yang bekerja hatta yang bergaji RM1 juta sebulan.  Mungkin duit ini tidak nampak kepada mereka yang kaya tetapi penggunaan duit ini lebih meluas.  Cuba kita lihat orang yang miskin berbelanja di mana.  Yang pasti mereka tidak akan membuang duit untuk naik teksi pergi ke Sogo atau menonton cerita KL Gangster atau makan di KLCC di kedai satu2 Kelantan di KLCC itu.  Dengan memperluaskan penggunaan RM500 kepada semua orang maka penggunaan RM500 akan merebak ke seluruh ekonomi tanpa disuruh.  Mengharapkan orang yang miskin untuk berbelanja mewah mungkin pergerakan ekonomi bergerak perlahan.  Pengguna yang tegar membeli belah lebih tahu cara paling mudah untuk menghabiskan RM500 secepat mungkin.

Saturday, January 14, 2012

Cuti 3 minggu

Apa kita boleh buat kalau cuti 3 minggu.  Kalau tak ada duit cuti sehari pun rasa lama.  Tapi bila berduit, cuti adalah cuti sebenarnya.  Boleh ke mana sahaja luar dan dalam negeri.  Sharizat Jalil bercuti 3 minggu memberi peluang SPRM menyiasat penglibatan beliau dalam kes RM250 juta untuk project fidlot national dimana suami beliau sebagai Pengerusi.  Cerita tentang kondominium telah diketahui semua orang dan disahkan oleh pengerusi NFC tentang lebih untung membeli kondo jika ada duit lebih dari projek.  Sharizat yang tidak kurang beralah pun sudah menyinsing lengan dan diberikan sorakan semangat ketika perhimpunan UMNO tempoh hari.  Dia bukan sahaja menempelak Zuraidah (salah seorang ahli Parlimen PKR) tetapi memberitahu bahawa sekarang dia baru sinsing lengan belum lagi selak kain.  Siapa Zuraidah hendak suruh dia letak jawatan.  Tapi sekarang tekanan bukan sahaja dari luar tetapi sudah menular ke dalam BN dimana bung Mukhtar sudah memberi pendapat, Chua Sook Lek sudah memberitahu, Datuk Syed ketua UMNO cheras juga sudah beberapa kali menyuruh Sharizat letak jawatan. Tiada sorakan menyokong tetapi semua yang bersorak di perhimpunan kena ingat kembali kenapa mereka beramai2 perlu selak kain untuk membuktikan sesuatu.

RM10,000 dan Gaji Ibrahim Ali

Pasca 901 pun bergendang.  Satu letupan berlaku dan 5 orang cedera ketika perhimpunan hendak bersurai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.  Polis tanpa berlengah memberitahu semalam bahawa RM10,000 ditawarkan untuk mendapat maklumat tentang bom yang diberitahu dibuat oleh seorang yang pakar.  Tanpa berbelah bagi juga Ibrahim Ali menawarkan gaji ahli Parlimennya untuk mendapat maklumat tentang bom itu juga.  Ini adalah bukti Perkasa seperti Ibrahim Ali mahukan keamanan yang jitu.  Mungkin mendengar peluang mendapat duit gaji Ibrahim Ali memcairkan air liur orang ramai untuk memberikan maklumat.  Siapa yang mahu berlaku kejadian seperti itu.  Bahaya dan boleh menimbulkan prasangka yang bukan2.  Keamanan yang dicari oleh Perkasa boleh disamakan dengan Pekida dan memang tidak boleh disangkal dengan pada hari keputusan mahkamah, mereka juga membuat Qiamullail.  Teruskan bersolat.

Thursday, January 12, 2012

Hari Pertama

Baru aku tahu kenapa ibubapa kena risau bila anak kali pertama pergi ke sekolah. Pagi anak aku perlu ke Sekolah Agama, singgah atau transit di Taska dan petang bersekolah Kebangsaan.

Senario 1
Pagi2 aku hantar anak yang akan bersekolah Agama bermula pukul 7.30 am hingga 10.30 am.  Van Sekolah akan sampai pada pukul 10.30 am dan menunggu anak aku di sekolah Agama.  Van sekolah ini bukan ada satu malah ada 2 tiga warna.  Tertukar van maka anak kita akan tertukar tempat untuk ke sekolah petangnya.

Senario 2
Setelah mandi dan makan, dia akan bersiap untuk ke sekolah Kebangsaan pula.  Van akan datang.  Kena pastikan dia naik van yang betul dan sampai dengan selamatnya.

Senario 3
Pada waktu rehat sekitar jam 3 petang, murid2 akan turun dan berebut2 untuk membeli makanan.  Ibubapa perlu segera mengajar anak cara membeli, menggunakan duit, mendapat pulangan duit dan duduk makan dengan tertib.  Jika tidak melihat mungkin anak akan berdiri tegak tanpa membeli atau membeli entah apa2.

Senario 4
Bila habis sekolah, murid2 akan dipantau di luar sekolah untuk mengambil van sekolah.  Dan inilah trauma yang aku suami isteri hadapi kerana van yang hadir terlalu banyak dan kanak2 yang tidak dipantau akan naik mana2 van dan ini agak menakutkan.  Hari pertama sekolah anak aku menurut kata polis yang jaga lalu lintas untuk menyemberangi jalan dan ketika itu van berada di sebelah pintu sekolah sahaja.  Untuk melintas kembali memerlukan kemahiran yang amat cekap kerana melintas pertama dipantau, melintas kembali akan dimarahi.  Maka anak aku menangis tidak dapat seberang jalan.

Ibubapa kena hadir menonton perangai anak dan jangan menunjuk muka untuk memberi pelajaran kepada anak2 kerana jika tidak anak2 yang memerlukan kita sepanjang masa.

Kena Block

Meningkatkan ahli dalam politik sebenarnya tidak mencapai hasrat kegunaan ekonomi penuh.  Semua yang masuk politik menggunakan talian ini untuk mendapatkan sesuatu.  Ini boleh dibuktikan dengan kehidupan berekonomi manusia.  Semua orang yang hidup perlukan duit untuk bergerak.  Minyak untuk kereta, duit untuk makan, minum, sewa, bayar kereta, bayar rumah, hutang ah long, beli baju dan macam2.  Maka pekerja politik memerlukan ini semua - benda yang sama untuk memenuhi kehidupan.

Sesiapa yang masuk politik tetapi sudah cukup ekonomi dharuriahnya, selesanya, kemewahannya mungkin masuk politik kerana kesedaran untuk menukar sesuatu yang tidak elok kepada elok.  Ini juga boleh dibuktikan dengan tidak menerima apa2 dari kerajaan, tidak meminta2, asal ada program mungkin dia yang dermakan duit sendiri.  Suruh bagi duit buat jambatan, dia akan menghulur dulu untuk memastikan jambatan dibuat.

Mengikut rekod, Obama mempunyai pekerja tetap politik tidak lebih dari 100,000 orang.  Bagaimana orang marhein di Amerika melihat pekerja2 politik ini?  Mereka melihat orang yang akan menghabiskan duit rakyat, tidak buat apa2, hanya tahu berpolitik tetapi tidak meningkatkan ekonomi dan hanya cari pelobi untuk mendapat duit.

Berapa banyak ahli UMNO? Diberitahu dimana2 sekitar 3 juta orang.  Kalau dalam satu bahagian itu, ketua bahagian, ketua pemuda, puteri, wanita dan secara ekonominya mereka memerlukan sesuatu untuk hidup.  Maka bagaimana mereka mendapat kewangan mereka.  Inilah yang dinamakan kebocoran ekonomi dimana mereka memerlukan konsentrasi dalam politik dan tidak bekerja.  Maka dilantik menjadi pengarah dimana2 untuk membantu mereka menghadapi kehidupan.  Salahkan mereka komited dan memerlukan duit untuk hidup.  Tetapi mana letaknya perasaan jika ketua bahagian dilantik sebagai ketua kampung sahaja tanpa projek disisi.  Maka ketamakan berlaku.

Kematangan berpolitik dan berekonomi perlu dibezakan dan Malaysia sepatutnya bergerak ke arah membina ekonomi diri sendiri.  Pekerja politik adalah seperti berpersatuan. Presiden kelab konda kondi dan hanya mahu jadi presiden kelab sahaja maka mana duit yang akan masuk kalau tidak meminta2. 


Saturday, January 7, 2012

901

  1. Apa yang patut berlaku pada 9/1/12 nanti.  Keputusan dibuat oleh Mahkamah perihal kes liwat.  Orang akan berkumpul seawal boleh di tempat pangkir mahkamah jalan Duta.  Sesiapa yang berkumpul sediakan makanan dan minuman yang cukup kerana mengikut lapuran ramalan kaji cuaca - panas terik.  Permaufakatan Ayahanda dan Pekida akan buat qiamulail di Masjid Wilayah.  Ini memang jarang2 dibuat di sana.  Kemeriahan  mengimarahkan masjid Wilayah memang dialu2kan kerana masjid yang sejuk dengan pendingin hawa kurang digunakan pada waktu malam.  Pergerakan pergi kerja hari Isnin mungkin terlalu sesak.  Pekerja2 di KL boleh datang lebih awal dari biasa sekitar 5 am dan bersolat subuh di pejabat masing2.  Mengikut cerita sudah lebih dari 450 laporan polis dibuat di banyak tempat hatta di Kelantan.  Mungkin mereka tidak memahami bahawa perasaan ingin mendengar keputusan dan tempat laporan yang dibuat terlalu jauh.

Friday, January 6, 2012

CACAT AKAL

Patutlah Dunia ini meriah.  Manusia menonton cerekarama, drama, filem dengan berbagai cerita - ibu tiri jahat, menantu jahat, mertua kejam, pekerja jahat, gangster, mat rempit, bela hantu, khurafat dan seksi sepanjang masa.  Memang dunia adil dan rupa2nya itu yang berlaku secara realistik di luar cerekarama, drama dan filem.  Kita baca orang buang anak, orang kurung anak, orang pukul anak, orang kaya tak sedar diri, rasuah, menyamun, menculik dan curi seluar dalam perempuan.  Kenapa tidak semua orang baik, sopan santun, menderma tak henti2, tolong angkat kain rumah orang sebelah bila hujan bukan tolong angkat terus simpan, siramkan pokok orang bila matahari terik sangat dan jiran2 selalu ajak makan bila nampak kita balik lewat tak sempat masak.  Kenapa bila kita sibuk hantar anak2 ke sekolah, syarikat tempat kita kerja dengki tak mahu bagi kita cuti?  Kenapa bila kita tidak ada duit, tidak ada bank talifon nak bagi pinjam? Kenapa bila kita tak cukup duit nak beli baju sekolah anak, tak ada orang yang membantu depan kedai bagi kita duit?  Kadang2 ada yang baik menghulur kad sahaja - Pinjaman Tanpa Penjamin.  Berapa kali kita tengah makan, lalu menjelma budak2 tak berapa gelap minta duit cakap tak makan.  Kalau kita tak beri mungkin mereka tak makan.  Tapi kalau kita beri, mereka juga tak makan.  Mereka akan pergi ke meja lain.  Cerita yang sama berulang.

Tak akan ada semua baik.  Ada yang bunuh orang, ada bawa kereta laju, ada yang curi tulang, ada yang dapat gaji tinggi tapi duduk sahaja, ada yang kerja keras tapi gaji hanya cukup bayar sewa rumah.  Ada yang sedih selalu.  Ada yang gembira selalu.  Ada yang tak ada apa2.  Ada yang apa2 ada tapi tak boleh buat apa2.  Aku selalu ajar diri bersangka baik tapi dalam keadaan yang negatif. Kalau orang potong kereta aku terburu2, aku akan kata mungkin dia hendak ke tandas, Kalau ada orang yang memotong ketika aku berbaris, mungkin bini dia hendak beranak sekarang.  

Adil tak dunia ini? Yang kaya akan dapat apa sahaja.  Pernah seorang kaya beritahu aku, dia beli kereta mesti dapat diskaun sampai 30% walaupun harga dah tetap.  Kalau Bank pula akan beri kadar faedah pinjaman paling rendah pada orang kaya.  Bercuti bila2 sahaja dan kemana2.  Tapi bila membeli belah sudah tak rasa nikmat.  Rasa2 semua dah ada, rasa2 tak perlu beli baju lagi, rasa2 beg sudah cukup banyak, rasa2 kasut sudah penuh sealmari, rasa2 cuti hanya cuti sahaja, tidak timbul nikmat.  Adil tak? Cuba bagi Mak Cik Melah bercuti ke Indonesia, Bandung ke, pasti membeli belah menjadi lelehan air liur setiap malam 2 minggu sebelum pergi.  Ini adil namanya.  Duit dikumpul, kurangkan makan, tak membeli belah 3 bulan sebelum untuk pergi ke Indonesia.  Nikmat membeli belah lain sangat pada Kak Melah tu.

Adil ke dunia ini? Menantu macam hantu dan mertua kejam tak kena tempat. Ada sahaja yang tidak puas hati, tengok menantu tidur dikatakan tidur sepanjang masa.  Tenung semacam menantu tukar kereta besar, dikatakan pula menipu orang.  Lepas kawin mertua lansung tak dijengok pun ada.  Kahwin hanya ingin bersama kekasih, lansung tak kisah tentang keluarga mertua.  Cukup masa mertua pun tua, anak cucu tak mahu datang.  Cukup masa menantu sedar diri, mertua dah tak suka.  Adilkan!

Tapi bila ada orang yang tak berhenti2 menukar baju, pakai sekali sudah tak mahu pakai.  Beli kasut macam beli sarapan, kasut dah penuh satu bilik masih tak berhenti membeli.  Beli beg macam2 jenis.  Beli apa sahaja terlebih2.  Jadi jahat tak berhenti2.  Merompak lepas tu merogol dan mencuri tidak berhenti2. Bagi aku, ini adalah GILA dan sebenarnya orang gila kira orang istimewa (CACAT AKAL). 


Wednesday, January 4, 2012

Telur Mata Kerbau je

Semalam menonton Master Chef Malaysia 3/1/12.  Memang penuh drama dan air mata.  Tugasan mereka adalah membantu sebuah restauran dalam menghidangkan makanan pada pelanggan elit mereka dan dibantu dengan chef restaurant seorang Inggeris.  Ada yang kena marah, ada yang makanan terbakar dan tidak tersusun pekerjaan.  Cuma aku agak tak berapa marah kerana yang ada dalam master chef malaysia ini bukan tukang masak terlatih.  Ada yang peguam, pelajar, doktor gigi hatta pekebun pun ada.  Cuma terkilan bila bab penyingkiran dilakukan dengan tugasan yang diberikan kepada kumpulan merah yang kalah adalah masak 3 jenis telur - ayam, ostrich dan puyuh.  Jenis masakan punyalah tak glamour - telur mata kerbau, scramble dan rebus.  Rasa2 ini bukan Junior Chef tapi Master Chef punya program.  Lansung tak glamour - telur mata kerbau. 

Tuesday, January 3, 2012

Nasi Lemak 2.0

Cuti panjang 2 hari dan tahun baru hanya melayan kerenah anak2.  Seorang sudah hendak bersekolah dan adik yang ashik bertanya tak sudah. "Abang, hendak sekolah kat mana? Kenapa abang ada baju banyak? Kenapa abang sekolah agama? Kenapa abang banyak sekolah? Kenapa abang banyak buku? Kenapa abang banyak beg?  Melayan lah aku dengan soalan2 yang abangnya sendiri tak tahu nak jawab. 

Aku melayan cerita satu ini kerana penat melayan soalan anak2.  Semua tidur penat dan aku menonton cerita sambil berfikir tentang cerita ini.  Cerita tentang sebuah restauran yang akan diambil secara tidak baik kerana pergaduhan adik beradik tetapi diselamatkan oleh emak mereka (yang dari mula sampai habis kena urut dengan orang Negro je).  Mereka diminta berlawan memasak sesuatu yang paling sedap dalam satu pertandingan memasak dan Namawee sebagai Hero Huang adalah seorang yang boleh dijangka perbuatannya.

Cerita yang sekadar ok tetapi beberapa ketika cerita ini adalah merujuk sesuatu yang berlaku benar di luar seperti ketika menunjukkan lelaki dan wanita masuk ke bilik dengan komputer di atas katil (sama macam cerita seorang ahli politik paling kanan dan masih berkuasa sekarang).  Cerita tentang tingkap kereta nasional yang tidak boleh dibuka (sekarang Proton bagi jaminan 10 tahun).

Cerita yang sangat penuh dengan rasis keturunan Cina, India dan Melayu.  Boleh tonton dan rasa2 hanya orang Malaysia yang tersangat faham cerita dan memerlukan orang Malaysia yang agak terbuka untuk menonton.

Monday, January 2, 2012

Datuk Salleh Majid, 62

1950 - 2012

Datuk Salleh Majid adalah salah satu guru ekonomi aku secara tak formal meninggal dunia pagi tadi 10.20 am.  Beliau akan bercerita tentang apa sahaja dalam bentuk yang paling senang hendak faham.