Yang selalu jengok

Wednesday, November 1, 2017

A Taxi Driver


Entah mengapa tajuk yang seperti ini ada impak di dalam filem.  Kalau di Amerika, Taxi Driver lakonan Robert De Niro pasti diingati dengan tajuk yang sama. Pemandu teksi adalah pembawa berita, pencetus berita atau menyebarkan berita untuk penumpang. 

A Taxi Driver adalah filem terbaru Song Kang-Ho - filem Korea yang masih belum ditayangkan di Malaysia. Aku menonton secara rally dan terpegun sebentar dengan filem yang satu ini. Dikhabarkan filem ini adalah filem yang masuk dalam Academy 90th nanti dalam Best Foreign Picture.

Filem yang berdasar cerita benar berpusat tentang tentang demontrasi di Gwangju, Korea Selatan. Song Kang-Ho adalah seorang pelakon yang sentiasa dinantikan setiap tahun. Cerita2 seperti "The Host", "The Good, The Bad and the Weird", "The Snowpiercer"  atau "The Age of Shadows" adalah filem2 yang membawa karisma lakonan Song Kang-Ho ke persada antarabangsa. 

Banyak filem2 Song Kang-Ho yang aku sudah tonton. Tidak satu pun yang menjemukan. "The Attorney",  "Memories of Murderer" atau "Sympathy for Mr Vengences" dan "The Hindsight".

Kali ini dia adalah pemandu teksi yang membawa seorang pemberita, Mr Peter dari ARD Germany ke Gwangju untuk mendapat berita pertama tentang kebangkitan pelajar2 universiti di Gwangju.  Peristiwa ini dinamakan "Gwangju Masaccre" yang berlaku di antara May 18 - 27, 1980. Song Kang-Ho berlakon sebagai Kim Mon Seob dan Thomas Kretschmann sebagai Peter.

Hubungan yang terjalin diantara kedua2 di dalam filem ini menjadi rapat sehingga peristiwa itu berakhir dan mereka berpisah di Airport Seoul. Peter cuba mencari Mr Kim setelah datang kembali ke Korea pada tahun 2003 tetapi tidak bertemu. Peter yang sebenar telah meninggal dunia pada tahun 2015 di German. Pada penghujung filem, Peter masih mencari Mr Kim, pemandu teksi yang membawa dia ke Gwangju dan menyaksikan cerita Gwangju yang sebenar disebarkan keseluruh dunia.

Walaupun cerita ini diubah untuk mendapat kesan dramatik tetapi dia menjadikan penonton rasa rapat dengan hubungan tersebut. Diberitakan setelah filem ini dipasarkan pada bulan Ogos 2017, anak Kim membuat pengakuan bahawa ayahnya ada mempunyai gambar dengan Peter dan telah meninggal dunia kerana kanser 4 tahun selepas peristiwa Gwangju.

Sunday, October 1, 2017

Cerita Orang - Belajar di Finland PERCUMA

Tiba2 aku menonton dokumentari dari Michael Moore pada hari Sabtu akhir September 2017- seorang provokator yang membuatkan pimpinan USA selalu marah. Cerita kali ini adalah "Where to Invade Next" dan salah satu negara yang dilawati atau mahu ditawan dan cerita tentang kebaikan negara itu yang perlu buat USA tiru.

Negara yang dilawati adalah Finland. Cerita Finland adalah tentang pendidikan. Finland diikhtiraf sebagai negara pendidikan paling baik di dunia. Pendidikan awal yang baik melahirkan pelajar2 yang bijak dan pandai mengharung dunia bila sudah bekerja nanti.

Pendidikan di Finland adalah PERCUMA. Betul dan aku terkejut sebentar.  Pendidikan awal anak2 di pra sekolah dimasukkan sistem pemakanan yang paling baik. Michael Moore duduk bersama anak2 yang kecil ini dan menunjukan mereka apa yang mereka minum di USA - setin Coka Cola. Anak2 kecil itu tidak mengenali Coca Cola dan tertawa melihat Michael Moore yang membawa air itu untuk mereka.

Seorang Chef disediakan untuk setiap sekolah dan perlu bermesuarat setiap 2 minggu untuk memastikan makanan yang disediakan paling sihat dan penuh vitamin.  Air kosong adalah minuman utama kanak2 ini. 

Pendidikan pra sekolah ini tidak boleh melebihi dari 20 jam seminggu. Kalau dibahagikan untuk 5 hari maka anak2 ini hanya perlu 4 jam sehari dari Isnin hingga Jumaat. Pendidikan yang diberikan adalah lebih mengembirakan dan tidak memberikan stress kepada anak2. TIADA KERJA RUMAH.

Pada satu ketika, Michael Moore bertanya pada budak2 remaja tentang "Homework".  Mereka menjawab "homework" adalah basuh pinggan selama 20 minit setiap hari. Seorang lagi menjawab tentang mempersiapkan makan malam dan jawapan2 tidak lansung berkaitan dengan "Homework" kalau di Malaysia.

Rata2 budak remaja di Finland menguasai 3 bahasa - Finland, English dan salah satu negara Eropah keliling mereka. Ini adalah kelebihan pada anak2 di Finland. 

Temuramah dibuat lagi dengan guru2 dan Menteri pendidikan Finlang tentang sistem peperiksaan. Diberitahu hanya ada satu peperiksaan Umum dijalankan pada peringkat sekolah kecuali di Universiti. Lalu Michael Moore bertanya tentang bagaimana klasifikasi sekolah2 terbaik. Maka di jawab Menteri Pendidikan, Krista Kiuru (seorang wanita) - tidak pengkelasan sekolah maka tidak ada jurang antara miskin dan kaya. Dan yang pasti setiap sekolah adalah terbaik.

Finland menjadikan pendidikan sebagai kuasa. Diberitahu guru2 di Finland mendapat gaji paling tinggi di dunia berbanding mana2 negara. Guru2 seperti seorang Professor di Universiti. Layanan pada guru oleh kerajaan Finland terlalu bagus, 

Di kolej, Universiti atau membuat degree, post degree atau Master adalah PERCUMA di Finland. Selepas belajar, tiada yang berhutang untuk meneruskan hidup. Perhati sekeliling kita dan bertanya pada anak2 yang baharu habis belajar, berapa hutang mereka. Kalau buat diploma mungkin RM20,000 berhutang, kalau Sarjana Muda (degree) mungkin RM40,000 dan angka2 ini terus naik mengikut pendidikan yang mereka ceburi. 


Sunday, September 24, 2017

Ibubapa Jangan Putus Asa

Hari Pertama ke Asrama Tun Dr Ismail, Kg Pandan

Bagaimana peluang anak2 untuk duduk di asrama yang diyakini keselamatan, pergaulan atau tidak dibuli atau menjadi seorang yang berdikari?

MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) menyediakan 6 bentuk pendidikan didalam MRSM dan setiap cawangan memerlukan pelajar untuk dipenuhi. Konsep pendidikan yang berbeza dari biasa memungkinkan pelajar dapat pendidikan yang lebih dari yang lain. Ulul Albab, Premier, IGCSE, IB, Teknikal atau Usahawan dibuka untuk dipenuhi. MRSM ada lebih dari 30 asrama tersedia untuk pelajar2 tingkatan 1 (satu).

Sekolah Berasrama Penuh (lebih mirip dengan sekolah2 asrama penuh yang elite) seperti MCKK, STAR, Sekolah Sains, Tunku Kursiah dan lain2 juga memerlukan pelajar untuk mengekalkan prestasi dan sekolah mereka.

Selain dari itu ada juga banyak sekolah agama yang menyediakan asrama untuk pelajar2 mereka. 

Apabila pelajar sudah menghabiskan pendidikan pada peringkat sekolah rendah maka ibubapa adalah yang paling tepat untuk memandu kemana arah pelajar tersebut. Proses membiarkan arus membawa mereka sebenarnya tidak boleh dibuat seperti dahulu lagi. Guru2 dahulu berbincang dengan ibubapa dan membantu memilih kemana pelajar akan pergi selepas sekolah rendah. Sekarang guru2 sibuk seperti ibubapa lain maka tugas ini perlu diberi perhatian oleh ibubapa pelajar sendiri.

Kalau mahu anak berada dalam suasana pendidikan MRSM maka proses online seperti dalam https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp . 

Kalau mahu anak masuk ke sekolah berasrama penuh maka web yang perlu dibuka adalah Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan juga adalah secara dalam talian. 

Tetapi disebalik promosi masuk ke asrama ada ibubapa mengambil sikap tidak mahu berpisah dengan anak2 bukan disebabkan mereka jahil komputer atau tidak mengambil tahu. Anak2 bagi mereka perlu dekat untuk diawasi dan diberi kasih sayang. Mereka memilih untuk tidak menghantar anak2 ke sekolah berasrama.

Aku masuk asrama dari tingkatan 1 (satu) sehingga tingkatan 5 (lima). Berada di tengah bandar selama 5 tahun memang mengajar aku untuk menjadi berbeza dari orang kampung (tempat asal aku). Betul berdikari sendiri menyebabkan aku berbeza dari orang yang tidak ke asrama. Ruang berkawan juga luas berbeza dari yang nakal dan baik bercampur aduk untuk dipilih. Jika ruang ini dibuka seluas2nya kemungkinan untuk lari dari tujuan asal mungkin boleh berlaku.

Disebalik ini juga berasrama memberikan satu ilmu berbeza dari orang yang duduk di rumah. Kawan2 menjadi rujukan dan keputusan yang tidak dicampuri dengan pandangan ibubapa. Buat dan hadapi semua dengan diri sendiri. Ketika itu semua adalah peristiwa pertama bagi aku. Tidak ada yang lama buat aku. Semua baru dan perlu dilayan.

Adakah proses ini terdapat di rumah kalau tidak berasrama. Jawapannya Ya. Tetapi cara mungkin berbeza. Mereka mungkin lebih tahu kerana gadget yang dibenarkan dirumah mungkin tak sama dengan asrama. Bebas mereka berbeza dengan budak2 di asrama. 

Ibubapa berfikirlah untuk masa hadapan anak2. Zaman ini adalah zaman ibubapa mencorak anak hatta ketika mereka sudah mula berfikir lagi.  Jangan biar anak membuat keputusan kerana ibubapa lebih tahu dimana tahap anak2 mereka. Jangan putus asa dengan anak2. Hakimi mereka dengan terbuka. Biasa dengar dengan ungkapan "Tak boleh nak tukar dah, degil betul" pada anak yang baru berusia 12 tahun. Ibubapa teliti dahulu perkataan mereka kerana pada umur 12 tahun itu, siapa mereka untuk tahu itu degil atau itu dengar kata. Kita yang mencorak mereka dan kita perlu hadapi mereka. Jangan ringan tangan memukul atau tidak membuat endah kerana kedua2 tidak memberikan kersejahteraan kepada anak2. Belajar bersabar dan bertanya selalu pada anak2. Jangan Putus Asa.




Tuesday, August 15, 2017

Bekalan untuk Para Dhuyufurrahman (Bakal Haji 1438 H)


"Jangan lupa bawa 2 pasang kain ihram" jerit Mak Teh. "Kalau boleh bawa sambal belacan. Kat sana mana nak cari belacan" pesan perlahan Pak Teh. "Tali ikat beg jangan lupa" Sahut Pak Tam dari depan. "Penyangkut baju susah nak cari kat sana tu" Perlahan2 dari jauh belakang, mungkin Opah Tijah. "Kalau nak basuh kain, bawa sabun buku dan sabun serbuk" Pak Tam menambah. "Pergi mana2 kat sana tu, jalan sama2 dengan isteri, jangan  ditinggalkan" tambah Mak Teh. "Jangan main ikut orang je, boleh sesat kat sana tu." Sahut lagi Pak Tam.  "Aku dulu, kalau menunggu mak Tam kau, kat satu tempat je.  Hari2 tiang yang sama" Tambah Pak Tam. "Ada yang bawa tumbuk sambal yang kayu tu. Senang kalau nak buat sambal" Pak Long menyelit. "Pemotong kuku jangan lupa" Pak Teh mengesot lebih dekat pada beg. Beg yang satu itu akan masuk ke kapal terbang terus ke Jeddah. Habis ditenung lama oleh Pak Teh pada beg yang satu itu. "Jangan lupa tulis nama pada beg ni" Dia seperti mencari2 salah pada beg. 

Bekalan apa yang perlu dibawa ke Mekah sebagai Dhuyufurrahman (tetamu Allah). Pilihan mengerjakan haji ini adalah pilihan Allah. Ada duit, ada masa bukan syarat mutlak untuk ke sana tetapi bekalan yang dibawa perlu cukup. Semua memberikan pandangan. Semua menyuruh yang berbagai tetapi bekalan yang paling perlu adalah ILMU. 

Ilmu mengerjakan haji seperti mengetahui rukun Haji adalah fardhu ain untuk diketahui. Tertinggal salah satu maka tiada Haji untuk bakal haji. Wajib Haji juga maha penting kerana tertinggal dengan sengaja adalah dosa tetapi boleh bayar dam dan Haji masih terjaga. Pantang larang berihram yang 13 juga penting sangat. 

Bekalan ilmu ini penting kerana sebelum kapal terbang bergerak, ilmu sudah perlu dipakai. Haji apakah pilihan kita. Ini adalah ilmu. Haji Ifrad, Haji Qiran atau Haji Tamattuk. Bukan semua yang pakai ihram sama di dalam perjalanan yang sama dan mempunyai niat yang sama. Ilmu membezakan mereka. 

Aku menulis tentang ini kerana pada hari minggu baru ini 11 - 12 Ogos 2017, aku sekeluarga pergi ke rumah abang aku yang menjadi tetamu Allah bermula pada 15 Ogos 2017. KT55 dari Alor Setar - kapal terbang bergerak pukul 7.35 am hari ini 15/8/2017.


Thursday, July 6, 2017

Soalan senang untuk Bakal Haji Dhuyufurrahman

Bermalam di Mudzdalifah

Semasa pemeriksaan kesihatan bakal haji dibuat di Klinik/Hospital Kerajaan, bakal2 haji perlu menjawab 10 soalan yang dikira senang. Senang bagi kita dan mungkin susah yang menghadapinya. Soalan2 ini ada di buku kesihatan bakal haji sebelum tandatangan doktor kerajaan membenarkan bakal haji untuk mendapat suntikan Meningococcal Quandrivalent (MQ) atau tambahan vaksin influenza. Suntikan MQ diwajibkan 2 minggu sebelum berlepas dan boleh dikira terpakai sehingga 2 tahun.

Soalan2 yang dikira senang ini seperti Hari ini hari apa? Sekarang ini siang atau malam ? Dimana anda berada sekarang? Siapakah saya - doktor atau jururawat? Dan jangan terkejut sekiranya satu soalan ini salah jawapannya maka dikirakan bakal haji itu otaknya tidak stabil dan perlu diteliti oleh doktor sebelum dibenarkan untuk mengerjakan haji. 

Aku meneliti soalan2 yang dipamerkan didalam buku kesihatan itu dan ada 2 soalan yang agak mengelirukan bakal haji. Salah jawab maka penaltinya sangatlah perit iaitu kemungkinan tidak dibenarkan mengerjakan haji. 

Abang aku adalah antara bakal hari untuk 1438 H atau 2017 ini nanti bercerita tentang soalan yang mengelirukan ini. Jawapan yang diberikan salah dan memerlukan doktor itu mengesahkan dengan menjawab soalan lain pula. Betulkah jawapan yang diberikan salah? Bagaimana soalan yang nampak senang tapi mengelirukan? Kenapa tidak boleh menjawab begitu? Aku terus teringat waktu aku disoal 3 tahun dahulu sebelum ke Mekah. Yang pasti soalan ini tidak ditanya pada aku kerana beberapa soalan yang diberikan sudah betul jawapannya. Apakah soalan yang mengelirukan?

Abang aku bercerita. Doktor bertanya "Kalau tuan duduk sesorang2, pernah tak tersenyum sendiri atau ketawa sendiri" Maka abang aku menjawab "Ya, ada" Doktor itu mengerutkan dahi dan memanjangkan soalan yang sama (soalan ini tiada dalam buku kesihatan) "Encik biasa ke begitu" dengan suara yang lebih meninggi dari tadi. Doktor sudah mula gelisah melihat orang yang seperti normal menjawab pelik. Abang aku menjawab "Biasalah begitu - kadang tersenyum ketawa"

Doktor bertanya lagi "Kalau encik duduk sorang2, pernah tak rasa sedih atau hendak menangis" Abang aku terus menjawab dengan yakin "Ya, ada" Doktor yang sama mengerutkan dahi "Encik biasa ke macam tu" Abang aku yakin dan menjawab "Ya biasalah". Dan soalan ini memberikan reaksi negatif kepada doktor untuk memberikan kelulusan. Ini bukan cerita lawak.

Kami bercerita dan abang aku sekarang ini tengah menunggu panggilan surat tarikh kapal terbang dan tahun ini pasti menunaikan haji untuk beliau. Penerbangan pertama tahun ini kemungkinan pada 24/7/2017 nanti. Aku melihat soalan ini dari sudut yang lain dan pasti kita tersenyum sendiri dan sedih sendiri berlaku pada kita.  Inikan pula pada bakal haji yang yang pada satu2 malam bermunajat kepada Allah memohon ampun dalam keadaan sedih. Selalunya kita bersendirian - bila kita bersyukur kita tersenyum dengan nikmat Allah dan ada masa kita sedih mengenangkan dosa2 lampau yang kita buat. Memohon keampunan selalunya diiringi oleh air mata.

Aku pula selalu senyum sendiri di dalam kereta bila mendengar celoteh DJ radio atau melihat cerita lawak dan selalunya berlaku bila aku sendirian untuk ke tempat kerja. Dan Abang aku berkata "Bila saya bersorangan teringat keletah anak2 - saya tersenyum dan bila anak berjaya - saya kadang2 sedih sebab terlalu gembira"

Selamat menunaikan haji untuk bakal2 haji 1438 H. Buatlah yang terbaik kerana tiada ulangan yang pasti sama dengan haji yang pertama. 



Monday, June 19, 2017

Puasa di Asrama


Berpuasa di asrama selama 5 tahun memberikan konsep berbuka yang berbeza dari di rumah. Di rumah mungkin lauk yang banyak dan kuih-muih yang berbeza tetapi di asrama berbeza. Makanan yang disediakan adalah sama untuk semua yang ada lebih kurang 300 orang pelajar. Makanan disediakan oleh pihak asrama dimasak di asrama sendiri oleh tukang2 masak yang kami tidak pernah ambil tahu. Yang kami tahu hanya untuk beratur dan mendapatkan makanan setiap waktu berbuka dan memastikan makanan tersedia atas meja untuk kami.

Kami pelajar Yayasan Selangor berasrama di Asrama Tun Dr Ismail, Jalan Nakhoda Yusuf 1, Kg Pandan terpilih dari segala cerok tempat di Selangor dan disatukan di sebuah asrama di pinggir Kuala Lumpur. Kampung Pandan. Dahulunya sekitar 1983 Kampung Pandan dikira jauh dari Kuala Lumpur tetapi sekarang tidak lagi. 

Setiap kali bersahur, loceng akan dibunyikan untuk pelajar turun mengambil makanan. Makanan itu perlu dimakan hanya di dalam dewan makan sahaja. Tetapi kami yang senior selalu melanggar pantang yang satu ini. Kadang2 makan di bilik dan menghantar bekas yang sudah di makan di dewan makan. Makanan sahur ini selalunya makanan yang digantikan dengan makan tengahari dan makanan yang sediakan adalah nasi seperti makan tengahari. Anak2 yang tengah naik macam kami tidak menghiraukan semua itu. Kalau lapar kami akan makan apa sahaja. Kalau kenyang kami akan berhenti makan. Makanan disediakan dalam masa sejam sebelum waktu Imsak dan memberi pilihan untuk makan atau tidak.

Bila berbuka lain pula cerita. Pelajar asrama pasti akan memenuhkan dewan makan kira2 30 minit sebelum waktu berbuka. Semua akan bersembang cerita seharian atau mendengar celoteh kawan2. Bingit pelajar2 bersembang kadang2 ditegur keras oleh warden asrama yang selalunya akan berbuka sama dengan kami. Yang menariknya berbuka ini selalunya disediakan pada pelajar bubur dan kuih-muih sebelum makanan utama. Pelajar2 akan bersolat Maghrib dahulu sebelum beratur untuk makan pula.

Yang paling diingati bila berbuka di asrama bila ada pegawai Tinggi dari pihak Yayasan Selangor yang hadir berbuka sama.  Maka makanan yang disediakan pasti istimewa. Yang tak berapa aku suka bila ada pegawai ini hadir maka pakaian yang perlu dipakai adalah seragam putih dan bersongkok. Kalau tak ada pandai2 yang menyorokkan diri kerana akan ditegur oleh Penguasa Asrama atau warden.


Thursday, June 15, 2017

Puasa dan Berlanggar


Bulan puasa tahun itu memang memenatkan. Aku baru sahaja mendaftar belajar di ITM untuk mengambil Advance Diploma in Accountancy atau ADIA. Tahun 1994 itu adalah semester kedua untuk aku. Bekerja sambil belajar memenatkan dan apabila bertembung dengan Ramadhan, penatnya menjadi 2 kali ganda.  Bekerja di Kuala Lumpur dan belajar malam di Shah Alam.  Kelas bermula 6 hingga 10 malam untuk 2 mata pelajaran.  

Aku mengambil pinjaman kenderaan pertama aku hanya untuk pergi belajar.  Dan kenderaan satu itu dipenuhkan dengan kawan2 sekelas aku. Setiap petang aku akan menunggu mereka di Medan Tuanku, Kuala Lumpur dan terus ke Shah Alam melalui Federal Highway.  Ada kawan aku, Abdul Fatah yang dari BSN Jalan Ampang akan berjalan kaki menuju ke Medan Tuanku untuk menumpang. Di dalam kereta, aku akan bersama seorang lelaki dan 2 orang perempuan (kawan Maybank iaitu Naizatul Khush dan Rohana)  

Bila puasa itu, semua penat dan aku selalunya memberi amaran jika sesiapa tidur dalam kereta aku, aku akan memberhentikan kereta dan sama2 tidur.  Dan amaran ini hanya tinggal amaran.  Mereka selalunya akan terus tidur bila kereta mula bergerak.  Dan pernah sekali itu aku betul2 berhenti di tepi jalan dan tidur hanya untuk membalas dendam.  Pengalaman memandu ketika bersesak2 balik memang memeritkan.

Dan cerita bulan puasa ini sebenarnya berlaku pada tahun 1994 bila aku dapat berbuka puasa di rumah. Selepas berbuka maka aku bergegas untuk ke ITM belajar. Pada masa itu aku memilih untuk menaiki motor dari berkereta. Perjalanan dari Kg Melayu Subang pasti melalui Stadium Shah Alam yang pada masa itu masih dalam pembikinan. TESCO, GIANT atau apartment sekeliling masih tiada, tiada jalan berturap elok dan terlalu gelap, Aku akan melalui jalan seperti yang sama sekarang di stadium dan terus ke bulatan Shah Alam untuk ke ITM.

Entah apa malam itu, sebuah lori berada di hadapan aku yang dibawa tersangat laju, Lori itu membawa barangan yang aku tidak ketahui. Aku seperti mengejar masa dan lori yang berada dihadapan aku. Disebabkan jalan yang masih tidak berturap lori yang membawa muatan yang entah apa2, telah menjatuhkan sesuatu dari lori. Barangan itu telah melantun di jalan dan aku tidak sempat mengelak benda tersebut.

Benda itu mengenai aku dan aku tercampak betul2 di tengah jalan. Suasana yang sunyi dan gelap di Stadium yang masih dalam pembikinan menyebabkan lori itu terus berlalu tanpa menyedari aku sudah terbaring terdiam. Aku seperti bermimpi dan merenung masa depan dalam keadaan terlentang. Sesekali terdengar azan di telinga. Mata tertutup dan berbagai benda terlintas dalam fikiran.  

Aku seperti sudah mati dan bayangan berbagai terus melayang. Tiba2 satu cahaya menyuluh aku. Dalam dengar tak dengar, suluhan lampur itu bersuara "Budak mabuk kot?" Aku perasan mereka tidak turun dari kereta tetapi hanya menyuluh ke arah aku terlentang. Mata aku masih tertutup seperti mimpi. Selawat sekali sekala terdengar dan aku rasa nikmat berbaring terlentang itu. 

Tiba2, sebuah motor pula berhenti. Seorang India tua datang dan memegang kepala aku dan meletakkan jari di hidung aku. Mata yang tertutup aku berkelip. Dia bersama2 penumpang motor mengalihkan aku dari tengah jalan ke tepi. Dilapikkan aku dengan kertas supaya tidak kotor. Mereka mengejutkan aku dari tidur. "Abang, you ok tak?" Aku tidak menjawab dan hanya terkebil2. "Abang, saya tinggalkan awak sini nanti saya call Ambulan" Aku masih diam. Selepas itu aku mendengar mereka bercakap Tamil yang aku tidak faham. Aku terus diam tak mampu bercakap.

Entah lama disitu atau tidak, aku terus diam mendengar kedua lelaki India bersembang. Malam itu tidak banyak kenderaan yang lalu di tempat itu. Aku sudah mula sedar dan minta air. Aku melihat hanya seorang lelaki India bersama aku. Aku masih terbaring terlentang. "Kawan saya telefon rumah awak" Aku tak mampu bertukar cakap dengan lelaki itu kerana masih rasa terawang2. Entah berapa lama, kawan dia sampai dan beritahu sudah menalifon rumah aku. Aku dijaga mereka berdua entah berapa lama.

Hampir 2 jam terbaring sakit, lelaki India pohon untuk mengundurkan diri.  Mereka mahu pergi kerja. Dan mereka telah memastikan aku berada jauh sedikit dari jalan dan ditegakkan kembali motor aku dan meletakkan tanda untuk memastikan pengguna2 jalanraya tahu. Selepas itu aku terus bergelap dan baring terlentang lagi. Aku tertidur dan terjaga dan sesekali terdengar selawat. Selang beberapa minit, sebuah kereta berhenti di sisi jalan dan terus mendapatkan aku.  Jiran sebelah rumah aku datang mengambil aku untuk dibawa ke hospital.  

Bila lalu jalan yang sama di Stadium Shah Alam, aku pasti teringat kisah ini. Kisah India yang membantu dan aku tidak tahu siapa mereka. Terdengar selawat yang sebenarnya datang dari Masjid Negeri Shah Alam. Terdengar juga Azan dari tempat yang sama. Dan selepas itu aku hanya mendapat rawatan pesakit luar di hospital Sungai Buloh dan kaki berbalut. 2 minggu dari situ aku cuti dan terus beraya.

Sunday, May 14, 2017

Berkongsi Pelamin Hebat


Dalam post aku yang terdahulu, aku pernah bercerita tentang ekonomi yang tertiris dapat dimanafaatkan dengan lebih baik.  Apa ekonomi yang tertiris? Mungkin ada yang tidak melalui zaman belajar ekonomi dimana ekonomi dipelajari hanya bersumberkan TV dan percakapan orang dan bukan dari mulut pensyarah2 ekonomi.

Ekonomi tertiris adalah seperti jalan jam - minyak kering dan masa terbiar di atas jalan raya tanpa buat apa2.  Habis jam minyak perlu diisikan semula dan masa dan minyak semasa jalan sesak itu tidak boleh digantikan dengan wang.  Ini adalah ekonomi tiris dan tidak boleh diganti.  Ada ahli politik yang berbahas bahawa ekonomi tiris adalah rasuah.  Kalau dipandang dari sudut ekonomi tiris maka duit rasuah itu masuk dalam katung seseorang dan digunakan sendiri seperti buat rumah besar, kenderaan mewah tetapi berbeza dengan tiris tadi iaitu duit masih dipakai dan dimasukkan balik dalam pasaran walaupun dikira pembasuhan duit atau 'laundering' dari kotor ke bersih.  Ekonomi masih terima duit itu untuk dipusingkan.  

Aku pergi menyantuni satu perkahwinan di dewan yang gah dengan susunan perkahwinan yang hebat. Diberitahu bahwa bapa pengantin menghabiskan lebih kurang RM40,000 untuk makan dan pelamin di dewan tersebut. Pasti pulangan untuk bapa yang melabur itu bagus sehingga dia sanggup menghabiskan duit sebanyak itu. Disini ekonomi tiris yang berlaku adalah susunan pelamin yang diberitahu sekitar RM15,000 dan hanya digunakan untuk satu persandingan.  

Ekonomi tiris boleh menyelamatkan dengan memastikan pelamin yang mahal itu digunakan untuk sepenuhnya dalam masa 2 hari dengan 4 persandingan. Pihak yang berkahwin pasti menentukan tarikh untuk bersanding dan diberitahu pada satu Apps dan mengajak pasangan yang lain mahu kahwin untuk bersama menggunakan pelamin yang sama. Kos boleh dibahagikan untuk 4 pasangan itu dan mungkin ini  boleh mengurangkan penggunaan duit.

Dalam Apps itu diberikan peluang pada perancang perkahwinin untuk memberikan persandingan yang hebat. Kos yang boleh ditentukan dan pasangan yang mahu berkongsikan pelamin yang sama. Ini adalah cadangan aku untuk pasangan2 yang mahu berkahwin.  Berjanjilah dengan kawan2 dan berkongsilah pelamin untuk mengurangkan kos.


Friday, April 28, 2017

Pinjaman Rumah - Panjangnya masa

Kolam Renang di Gurney Hotel & Residence Hotel

Bank menaikkan masa pinjaman rumah dari 20 tahun kepada 30 tahun bila melihat peluang untuk membuat duit hanya berlaku bila orang mengambil pinjaman lebih lama.  Pinjaman lebih lama ini memberikan pandangan yang berbagai2.

Satu sudut yang selalu orang buat adalah menyelesaikan hutang apabila pencen dan duit dari KWSP digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang - rumah kereta atau persendirian. Kajian dibuat memberitahu bahawa dengan membuat penyelesaian hutang ini, duit KWSP yang beratus ribu akan selesai tidak sampai 2 tahun.  Selepas itu, sesorang itu mengalami masalah yang lain pula dimana masih perlu bekerja untuk menghabiskan sisa2 hidup.  Dan mengikut kajian kesihatan pula, tahap hidup orang Malaysia sudah meningkat dan kehidupan menjadi lebih susah dan keterpaksan untuk tidak berhenti bekerja.  Kesihatan mesti berada dalam tahap paling tinggi.

Sudut ke2 adalah pinjaman sehingga umur 65 atau 70 tahun yang diberikan bank.  Adakah kita pasti akan hidup sehingga masa itu.  Jangan bertanya lagi kerana bank membuka peluang ini untuk menambah keuntungan mereka dan mereka pasti pihak insurance akan menjaga mereka dengan memaksa pelanggan mengambil insuran seperti MRTA atau jika peminjam meninggal semasa pinjaman masih ada maka insurance akan tolong selesaikan.

Sudut ke 3 Ada orang boleh mengambil pinjaman kereta yang hanya paling maksima 9 tahun berbeza dengan hutang rumah yang boleh pergi sehingga 35 tahun. Kereta seperti Vellfire, Mercedes Benz atau Audi yang mewah boleh diselesaikan dengan kerangka masa yang singkat. Tetapi rumah yang kadang2 sekitar harga kenderaan memerlukan masa yang lebih panjang.

Aku bersembang semalam dengan seorang yang baru pencen dan dikelilingi oleh penasihat2 yang lebih banyak makan garam.  Macam2 yang disumbat ke kepala si pencen. Habiskan hutang  dan berehat. Jual rumah dan balik ke kampung. Jangan bantu anak2 yang masih belum bersedia dengan duit untuk kahwin. Bantu anak2 untuk kahwin. Dan perbincangan lebih kepada rumah yang masih dalam hutang.

Hutang rumah masih ada 10 tahun sekitar dan hutang sekitar RM100,000.  Duit KWSP ada di tangan RM300,000 Aku mencadangkan bahawa hutang ini boleh diselesaikan dengan bayaran bulanan seperti waktu kita bekerja dahulu.  Ada yang bagi pandangan supaya duit dari KWSP itu terus sampai ke bank keseluruhannya.  Ia akan memberikan ketenangan yang luar biasa.  Aku masih percaya bahawa kaedah membayar semua sekali gus hanya akan menambah peratus orang yang habis duit KWSP dalam masa 2 tahun.  Badan sudah tidak kuat untuk bekerja tapi duit sudah habis.  Tapi itu pandangan aku. 




Sunday, March 12, 2017

Satu Langkah Seribu Kejayaan

Hari Sabtu 11/3/2017, aku menyaksikan anak saudara aku Haris bin Shahril berlari merentas desa di Taman Botani, Shah Alam.  Larian ini bukan biasa2 sahaja kerana ini adalah larian untuk negara dan anak saudara aku ini berlari untuk Kedah Darul Aman. Dia wakil dari Kedah di bawah 12 tahun. 

Larian ini bukan main2 kerana cabaran untuk menjadi wakil Daerah sahaja sudah menjadi cerita lagenda kami sekeluarga. Menjadi wakil negeri Kedah juga menjadi satu rekod dunia pada kami sekeluarga. Haris yang satu ini bukan calang2 pelari. 

Mengikut cerita ayahnya, Haris ini memberikan kemenangan percuma untuk kawan ketika di sekolah untuk mendapat nombor 2 kerana dia selalu sangat menang. Kawan yang meminta bersungguh memohon supaya diberikan kemenangan dalam larian itu, Dan kawannya menang. Mereka berdua terpilih untuk lawan peringkat daerah.

Itu semua sejarah tetapi sejarah ini perlu dipahat dan disimpan semat kerana bukan mudah satu nama Haris bin Shahril, masuk pertandingan peringkat negeri dan terpampang wakil negeri Kedah dibelakang bajunya. Dia mendapat nombor satu untuk daerah dan nombor 3 untuk peringkat negeri Kedah. 



Pagi Sabtu itu, aku sudah bersiap awal kerana menyokong anak saudara yang satu ini. Sesampai aku dan anak2 di Taman Botani sekitar 7.50 am, orang ramai sudah berkumpul dan menanti pertandingan larian merentas desa bermula. Aku diberitahu bahawa larian akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Pertanding kali ini ada 6 larian - Bawah 18, 15 dan 12 tahun Lelaki dan Perempuan.

Pertandingan bermula dengan bawah 18 dilepaskan selepas itu berturut2 sehingga akhirnya perempuan bawah 12 tahun. Pertandingan berlaku sekitar 20 minit sahaja dan diberitahu bahawa keputusan keseluruhan akan diberitahu pada pukul 10.30 pagi. Larian yang mendebarkan ini kepada peserta yang mencari kemenangan dan kepada penonton keseronokan menyorak menjadikan taman botani pada pagi itu meriah mengganggu kedamaian.

Satu2 peserta menghabiskan larian termasuk Haris dan akhirnya Haris mendapat tempat ke 25 dalam larian yang penuh cabaran. Cabaran tahun ini berbeza dengan cabaran tahun2 sebelum dan pertandingan mengikut negeri ini tidak mengirakan keadaan bukit atau gunung yang perlu direntasi. Bagi aku, Haris sudah temui keseronokan yang berbeza. Menangis dia hari itu kerana dia tahu nikmat kemenangan yang tidak sempat dia dapat. 

Aku menulisnya untuk rekod dan diingati buat Haris bin Shahril yang pernah buat rekod yang bukan calang2.

Tuesday, March 7, 2017

Orang Muda


Dunia sekarang adalah untuk orang muda.  Betul.  Aku tak sangkal.  Aku juga muda dulu, aku berfikir seperti tiada esok untuk aku.  Berjaga malam seolah esok tak datang. Orang muda mesti melampaui batas. Bila batasan dilanggar baru terasa dunia milik orang muda. Orang muda mencuba berbagai benda. Bahaya bukan lagi ukuran. Tetapi pengalaman mesti dicari. Semua laut mesti dikenali. Sudah berkhemah disana? Gunung mana yang perlu dipanjat?

Aku menghabiskan dua buku orang muda cerita realism sepanjang cuti dua hari Sabtu dan Ahad. Travelog Mr. Backpackers: Merentas Amerika oleh Badrul Hisham dan Catatan Mat Lutfi. Anak muda begini seolah2 seperti bergerak tanpa henti. Perasaan tiada henti ini memberikan tenaga yang luar biasa bagi anak muda. Anak muda jangan dilihat terlalu lemah atau letih. Bergerak dan pastikan tiada henti. Bila hendak berhenti, hati sendiri akan tahu.

Ada orang dunia mudanya tanpa ada apa2. Tidak pernah berkhemah. Tidak pernah memanjat gunung. Tidak pernah tidur tanpa tilam.Tidak pernah berjaga malam tanpa tidur. Tidak pernah menyelam di lautan. Hampir sahaja ketahui setiap benda dengan membaca. Cerita dikutip dari Google dan filem yang ditonton. Perasan sangat berbeza bila kita sendiri melakukan pengalaman.  

Tenaga orang muda luar biasa. Boleh diletakkan beban yang berat untuk mereka kendong. Pergi cari kenduri orang kampung untuk orang muda tolong. Cari kawan di kampung yang ada kolam ikan, kebun atau sungai. Pagi2 pergi ke laut, bertanya dengan nelayan untuk dibantu seharian. Ini adalah pengalaman. Bantu mereka untuk hidup dan beritahu bahawa dunia adalah milik orang muda. Jangan berhenti bergerak wahai orang muda.

Monday, March 6, 2017

Kursus Keibubapaan 5/3/2017


Kursus keibubapaan aku hadiri pada hari Ahad baru2 ini 5/3/2017. Aku dan anak mendengar cerita2 dari motivator dengan begitu teliti. Aku meletakkan diri aku pada tahap kosong dan cuba menerima segala ilmu tanpa disekat2. Anak aku yang akan menghadapi UPSR juga memberikan tumpuan tanpa gangguan. Satu gangguan berlaku bila kerusi yang aku duduk patah. Tiada detik ketawa dari umum hanya seperti iklan lakunya. 

Mendengar bait2 kata motivator tentang hubungan ibu dan anak atau ayah dan anak menjadi aku teringat tentang ibu dan ayah aku sendiri. Pengharapan mereka pada aku pada satu masa dulu terlalu tinggi dan mungkin lebih tinggi dari Bukit Uhud. Aku melihat anak aku yang seorang ini.  Aku juga memberikan pengharapan yang sangat tinggi dan mungkin lebih tinggi dari KLCC. Aku bercerita tentang masa anak2 aku dahulu dan cerita2 begini sangat aku seronok bercerita kerana masa dulu hanya beberapa orang yang berjaya di sekolah rendah dan salah seorang yang berjaya adalah aku.

Anak aku ini tidak berbeza dengan orang lain.  Dia akan mencari bukti dan bertanya.  Maka ibu aku atau nenek dia akan bercerita. Namun aku tidak rasa merendah diri atau membangga diri. Bukti cerita dari nenek anak aku cukup memberikan kepercayaan anak pada aku. Dia melihat aku seperti mentor yang boleh dipercayai dan diikuti. Ini penting kerana jangan berbohong dengan anak2. Kalau masa sekolah dulu kaki rambu ramba maka ceritalah tentang itu bukan tentang hebatnya kita menjadi pelajar contoh.

Kursus pun berjalan dari pukul 9 sehingga 12.30 tengahari. Apa yang aku ingat adalah karipap dan mee yang dihidangkan pada pertengahan kursus sungguh sedap. Bila aku tanya anak apa yang paling diingati dalam kursus tadi.  Dia hanya berkata senikata lagu "gemuruh" oleh Faizal Tahir. Ikatan kami terus erat selepas kursus keibubapaan itu. Dia sudah mula bertanya soalan seperti "Baligh tu apa ayah?"

Sunday, March 5, 2017

Menjadi JURUNIKAH


Perbezaan pendapat terjadi lagi di surau aku.  Ada yang mahu ustaz itu teruskan kuliah dan ada yang mahu ustaz itu diberhentikan.  Pegawai tauliah JAIS sudah bersurah bahawa jika ada nama2 ustaz itu dalam senarai kuliah, maka surau itu akan dipantau atau tidak dibenarkan membuat sebarang kuliah lagi.  Aku juga memberikan pendapat.  Jika kuliah surau dibatalkan, maka menjadi tanggungjawab Pegawai Tauliah JAIS itu menggantikan kuliah yang ditiadakan.  Jemaah surau memerlukan santapan minda hampir setiap malam, walaupun sekadar mendengar dan bersandar di dinding.

Menjawab dengan Jemaah surau juga memberikan tekanan yang luar biasa. Kutipan sedekah masa Jumaat yang banyak memberikan peluang untuk memanggil ustaz2 yang terkenal tetapi keadaan sensitif yang dikenakan oleh Pegawai JAIS membuat surau berfikir banyak kali.  Ustaz2 yang bersyarah tentang munakahat dan muamalat mendapat tempat dan rasa2 semua jemaah terasa ingin bernikah lagi selepas mendengar kuliah. Bercerita tentang masalah untuk kahwin dua lebih utama dari perkara2 sensitif lain. Tentang syiah, tentang wahabi atau Shariah dalam Islam susah mendapat tempat sekarang ini kerana isu sensitif.

Setelah mendengar kuliah munakahat yang banyak, aku terasa mahu menjadi juru nikah. Kemungkinan pekerjaan ini boleh menjadi komersial jika diperhalusi dengan sistem marketing yang betul. Penerapan nilai2 hipster dan iklan yang baik, memastikan permintaan tinggi untuk juru nikah. Peluang ini bukan seperti untuk memberi kuliah atau ceramah tentang masalah keluarga tetapi khutbah untuk mengeratkan hubungan suami isteri dan ceramah ini lebih kurang sama sahaja. Kemungkinan boleh dimasukkan elemen2 kasih sayang cinta agung maka jurunikah dilihat lebih hispter dari pengantin. Boleh difikirkan.

Korban kali ini

Semalam kami bermesyuarat.  Bercerita tentang korban pada tahun ini.  Kali ini kami membuat konsep menyimpan dan berkorban. Peserta2 korban boleh membuat pembayaran bulanan selama 6 bulan sebanyak RM100 dan bayaran terakhir akan mencukupkan. Bermula Mac sehingga Ogos 2017. Banyak orang yang mahu berkorban tetapi tidak diseru dengan betul. Ada yang berkorban dengan hanya menghantar duit melalui on-line dan mengharapkan pihak yang menerima duit itu membuatkan korban untuk mereka. 

Apa beza dengan valet doa yang dibuat oleh satu syarikat untuk dibaca di Mekah? Betul hanya yang ada duit pasti akan buat benda ini. Ustaz datang ke surau minta sumbangan korban untuk dibuat di Kemboja (luar negara) dan kita bagi duit untuk mereka buat di sana? Dan memohon supaya diberikan pahala korban. Dan ramai yang menyumbang untuk berkorban di Kemboja dan sebagainya.

Konsep valet doa itu dibuat oleh orang lain dengan tag pemasarannya "Berapa lama sudah berdoa tidak dimakbul2kan oleh Allah?".  Doa2 akan dibaca di Mekah ditempat2 yang mustajam doa. Doa yang berbayar ini sudah mendapat pelanggan yang mungkin tiada masa untuk berdoa. Doa adalah percuma dan Allah pasti makbulkan doa hambanya.  Yakinlah.

Cerita mesyuarat korban pun berakhir dan semua setuju untuk membuat banner dan menyampaikan maklumat kepada semua. 

Menukar Posisi Pekerjaan

Aku yang berlatar belakang Accounting dan pengurusan kewangan tidak membataskan pergerakkan didalam sistem pekerjaan.  Aku pada tahun baru ini 2017, telah bertukar ke Pengurusan Sumber Manusia. Pengetahuan yang berbeza dari apa yang kita ada, mungkin memberikan satu impak besar bila diberikan posisi lain dalam syarikat.

Bila melihat sumber manusia, maka pengurusan manusia menjadi utama pada aku.  Gaji, manafaat dalam kerja, kerjaya berterusan, keseimbangan kehidupan dengan kerja dan pengekalan dalam pekerjaan.  Kenapa ada pekerja yang bertahan lama dengan satu2 syarikat? Kenapa ada pekerja berhenti dan masih mencari pekerjaan?

Dengan latar belakang akaun, aku mencari jawapan menggunakan fakta dan bernombor.  Berapa orang yang perlu dikawal selia.  Berapa gaji mereka sekarang? Satu department berapa kos gaji mereka? Dan jawapan2 itu bernombor. Dengan nombor itu aku membuat kesimpulan.  Aku memberikan nama mereka dengan nombor. 

Walaupun aku meninggalkan akaun yang aku jaga tetapi aku masih diperlukan untuk memberikan pandangan dengan nombor2 yang diberikan oleh akaun sekarang.  Dalam akaun aku boleh mengubah nombor tetapi deidalam sumber manusia ini agak sukar untuk menukar nombor.  Aku terus belajar.