Yang selalu jengok

Saturday, July 31, 2010

Perjalanan pulang selepas Bercuti


Apa yang perlu diperiksa, jumlah beg, berat beg, seluruh bilik, baju jemuran, passport dan 'boarding pass'. Dan yang paling penting adalah DUIT. Cukup tak nak sampai hujung bulan. Cuti yang tidak dirancang boleh melibatkan duit dari kad plastik yang tidak dijempuit datang tapi setia pada tuannya. Hendak bercuti tanpa dirancang memerlukan simpanan yang dirancang. Duit atau wang berkaitan cuti amat rapat sekali. Ada orang berhabis duit untuk kereta tapi bercuti paling jauh Genting Highland. Itu pun balik hari. Ada orang berhabis untuk berhias rumah tapi paling jauh bercuti kat Kuala Kubu. Ada orang berbelanja hebat untuk facial tapi cuti paling jauh Ulu Yam. Tapi yang paling sedih bercuti selalu keluar dan dalam negara tapi pergi menunaikan Umrah @ Haji jauh sekali. (Sempena bercuti ke Langkawi pada 29 July hingga 31 July 2010)

Friday, July 30, 2010

Cara Makan berbeza


Makan di kedai Arab berbeza dengan makan di kedai tomyam. Kurang berkuah dan kering. Nasi beraini kambing memang sedap tetapi kering dan dilayan dengan bawang hidup. Tetapi kita masih boleh makan dan membezakan yang mana satu boleh telan atau asingkan. Tetapi pagi tadi semasa sarapan, sepasang pasangan Arab makan makanan Malaysia tanpa dapat bezakan yang mana boleh makan dan yang mana boleh diasingkan. Lepat pisang dihidangkan bersama2 kuih2 lain menjadi pilihan. Sambil berdiri si lelaki Arab meletak makanan didalam pinggan dan tangan terus mengambil lepat pisang dan terus mengunyah keseluruhan dengan daun2 pisang sekali. Hebat, terus kunyah dan telan tanpa sangsi. Cerita harian di Langkawi.

Thursday, July 29, 2010

Langkawi Tak Macam dulu


3 hari 2 malam di Langkawi bermula hari ini. Berehat dan melapangkan minda. Langkawi tak seperti dulu. Ada restaurant Arab, Mexico, Jepun dan lain2. Suasana di Langkawi sudah macam Patayya. Pusat urut Thai sama banyak dengan restauran. Sepanjang jalan Pantai Cenang, kedai tersusun kemas berselang seli dengan pusat urut macam di Bukit Bintang, Hadyai, Patayya dan Bangkok. Pekerja kebanyakan rakyat tempatan tapi disebabkan pakaian seragam kadang2 terkeliru ingatkan orang Thailand. Suasana cuti 2 minggu sebelum Ramadhan memang menyeronokkan kerana orang tak ramai dan kita boleh tawar menawar. Rancang cuti untuk berehat penting untuk keseronokan maksimum.

Wednesday, July 28, 2010

Main Tarik2


Permainan ini kadang2 meletihkan. Kalau sebelah pihak bertahan kuat, yang cuba menarik pasti penat. Kalau sama2 bertahan memegang, pegang jangan sampai putus. Perkara sama didalam pekerjaan, bermain tarik tali meletihkan. Hendak suruh berhenti syarikat kena bayar. Kalau pekerja itu bertahan dan syarikat tidak dapat berbuat apa2. Bertembung segan, bercakap mengelak, bertemu lari. Macam suami isteri bergaduh. Yang mengalah selalu nampak kalah. Keputusan tarik tali bersambung terus untuk pastikan siapa mengalah dulu. Berhenti sekarang kerja tak ada, cuma bertahan seronok main tarik tali.....mungkin.

Tuesday, July 27, 2010

Sejarah FACEBOOK


Bermula di Harvard Universiti untuk pelajar berkenal-kenal sesama sendiri. Setelah mendapat kepercayaan pelajar, ia telah dilanjutkan ke Stanford, Colombia dan Yale universiti. Pada September 2005, FACEBOOK telah dipanjangkan ke sekolah2 di Amerika. Facebook meningkat kepada 100 juta pengguna setelah 3 tahun beroperasi. Ia memerlukan 225 hari untuk mendapat lanjutan 100 juta pengguna. Dan selepas itu hanya sejarah boleh melakarkan. 160 hari untuk menjadi 300 juta, 143 hari untuk ke 100 juta seterusnya dan pada masa itu setiap hari 700,000 mendaftar di dalamnya. Dan baru-baru ini July 2010, FB melakarkan 100 juta seterusnya setelah 170 hari. Bagaimana sejarah dicipta? Mark Zuckerberg telah didakwa oleh Harvard sebagai 'hacker' yang mengeksplotasi data universiti dan privasi pelajar dan kemungkinan dibuang. Akhirnya dakwaan itu digugurkan. Ciptaan ini hanya bermula apabila budak nakal berfikir. Berapa umur Mark Zuckerberg ketika berfikir nakal ini? 20 tahun.

Sedap Berendam


Semalam seorang kawan bercerita tentang perangai seorang tua. Ini berlaku lama dahulu ketika "funfair" terkenal di Malaysia. Hiburan semasa paling canggih. Budak2 menjaga pakir funfair setiap hari melihat orang tua yang sama datang sekitar Magrib dan akan balik selepas funfair nak tutup sekitar tengah malam. Dan setiap kali itulah budak2 jaga pakir akan menyaksikan orang tua tersebut dalam keadaan basah kecuali kepala (kepalanya berbalut dengan topi baretta). Zaman itu topi begini menjadi alat utama untuk ditayangkan. Setelah bersetuju budak2 ini bertekad untuk mengikuti orang tua itu pada malam hari lainnya. Setelah diteliti rupa2nya orang tua itu akan ke tasik yang berada didepan funfair itu untuk mengintai pasangan2 kekasih sedang bercengkerama di tepi tasik itu. Lelaki tua itu akan masuk ke kolam berendam hanya kepala timbul di atas air sehingga tengah malam. Dan budak2 jaga pakir yang sedar bahawa ini berlaku sepanjang funfair di situ. Funfair di masa itu berlanjut selama sebulan. Hebat berendam dan semua kecut.

Monday, July 26, 2010

New Approach of Marketing


Perlukah kita mencari orang perseorangan menjual barang2 kita. Perlukah kita beramai2 tolong menjual. Setiap penjual menjadi maha penting jika mereka pandai memegang kuat pelanggan mereka. Tetapi penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa pemasaran sekarang tidak memerlukan pegawai pemasaran yang banyak. Jika dahulu City Bank memerlukan lebih dari 1,500 orang pegawai pemasaran, sekarang mungkin tidak. Ibupejabat buat rangka dan terus ke pasaran melalui iklan.  Iklan memainkan peranan besar sekarang untuk menarik minat pelanggan untuk menggunakan barangan bank.  Bank2 terpaksa mengiklankan produk mereka secara komersial seperti di radio, TV, internet atau di media2 sosial.

Tidur dalam LRT

Ada yang berbunyi nyaring. Ada yang senget lentok. Ada yang terkejut2. Ada yang tutup mata melayan kenangan. Ada yang cuba mengorat. Ada tangan yang menjalar mencari mangsa. Ada yang asyik melihat telefon. Itu AKU.

Pasang Telinga


Bijak Melayu meningkah kata. Memasang lukah di hulu. Mencuri dengar permasalah orang. Cerita duit menjadi perbualan. Cerita politik di kedai kopi. Melepas batuk di tangga. Tegang urat. Bergolok bergadai. Orang Melayu terus bertingkah kata. Ular menyusur akar takkan hilang bisa. Bijak Melayu kena tipu. Pak Kaduk, pak pandir, Hang Nadim dan Tun Perak. Pagi Isnin yang gelap nak hujan.

Nak berpadu atau Tidak

Agensi Bukan Kerajaan (NGO) Melayu diminta buat keputusan penting. Dr Awang Adek Hussein mengesa perpaduan mestilah bermula dengan ulama, universiti dan pertubuhan. Dr Awang Adek memang lelaki Melayu tulen, terus mencabar untuk pertubuhan2 Melayu membuat kata putus. Apa ke hal ni, bila rasa nak goyang baru berpadu. Melayu akan terpinggir la, ditindas, diperkotak katik, dipermainkan dan hatta dirogol aslinya. Betul ke dia ini pejuang Melayu? Apa yang paling diperlukan untuk menjadi Melayu dan bagus perihal jadi Melayu.

Ni jiao shemme mingzi


Pagi2 berlatih Mandarin memberi satu lonjakan lain macam kerana semua masih tidur. Selepas solat Subuh, cuba2 bercakap dengan cermin dan berlatih. Tak perasan bahawa anak yang berumur 5 tahun ada di belakang mendengar kita berlatih. Khusuk mendengar lama, anak kecil bertanya,"Macam bunyi orang China je". Hati bersorak senyum melebar. Aku sudah menyebut dengan fonem yang betul bersama itonasi. Dan yang paling pasti, anak aku dapat bezakan antara English, Bahasa Melayu dan sekarang Bahasa Mandarin. Yariba yabedabedu.

Saturday, July 24, 2010

The Karate Kid


Cerita kitar semula kadang2 boleh memberi pulangan yang besar kalau kena dengan cara pemasaran. Sebagai producer, Will Smith menggunakan Jackie Chan untuk pasaran Asia dan namanya untuk pasaran dunia. Aksi anak Will Smith dalama filem ini boleh dibanggakan kerana memerlukan aksi bergaduh dan adegan lelehan air mata apabila dipukul. Cerita yang terus dibawa ke Negara China memberikan kelainan untuk versi Will Smith ini. Menonton bersama anak di One Utama memberi tenaga baru untuk anak berlatih bergaduh dengan ayahnya. Seronok untuk ditonton.

The Lovely Bones


Menonton filem ini memang menjadi gangguan kepada yang bergelar bapa. Anak perempuan intan payung kita hilang begitu sahaja. Di bunuh dan disimpan dalam kotak besi bawah rumah. Arahan Peter Jackson yang membawa kita trilogi yang menggemparkan dunia filem beberapa tahun dahulu (Lord of the Ring). Pengembaraan roh yang dibunuh di alam lain memang menarik suasana. Stanley Tucci sebagai pembunuh bersiri memang layak untuk dinobatkan salah seorang calon pelakon terbaik dalam Acedemy Award tahun 2009 awal tahun ini. Menonton untuk melihat diri kita sebagai bapa atau ibu.

Friday, July 23, 2010

Sarang Tebuan dijolok


Jolok perkataan Melayu yang selalu nampak buruk. Apa2 yang kena jolok sebenarnya pasti sakit. Di mana tempat paling sakit kalau dijolok? Paling sedap dijolok. Buah dijolok baru jatuh. Jolok dengan jari, tangan, galah, kayu atau tombak. Orang yang menjolok sarang tebuan pulak mesti ada penangkis. Tebuan suka serang orang yang menjolok. Hari ini aku menjolok. Mungkin orang yang kena jolok akan membalas. Yang pasti aku tidak ada penangkis hanya aku suka MENJOLOK.

Thursday, July 22, 2010

Ramalan Tepat


MACC mengumumkan tiada kes untuk 3 kes yang melibatkan 3 ahli politik. Kalau diimbas kembali kes2 ini adalah yang berprofil tinggi sedikit masa lalu. Ramalan ku benar belaka nyanyian Axls boleh diambil sebagai cogan lagu untuk kali ini. Hidup 1Malaysia

Salah Pejabat


Semalam polis menyerbu ibupejabat PKR di Petaling Jaya untuk menangkap seorang komputer bernama Al Blog Chegubard. Tetapi semasa serbuan seekor peguam @ pegawai komunikasi PKR menerangkan bahawa seorang komputer itu boleh terdapat di mana2. Tambahan pulak Al Blog Chegubard telah dimuatturun di tempat polis. Maka pencarian komputer Al Blog. Chegubard dibatalkan. Kemungkinan komputer ini telah melarikan diri sebelum polis sampai.

Wednesday, July 21, 2010

Pencopet Pramugari


Semalam pramugari Air France ditangkap kerana mencuri duit penumpang ketika penumpang tengah tidur. Habis semua duit dikebas termasuk jam tangan. Kebanyakan perjalanan ke Timur Tengah. Umur penjenayah 47. Moral - jangan tidur mati dalam kapal terbang dan cari Flight yag pramugari muda belia. Yang muda tak payah mencuri dalam penerbangan.

Little Nopoleon


Siapa little Nopoleon yang orang selalu katakan ini. Semalam PM di Universiti Lim KoK Weng mengatakan tak perlu yang little tu tapi cuma perlu inovasi. Macam cerita Singapura dilanggar todak - Hang Nadim ke? Kadang2 kita dikelirukan oleh pendapat bahawa bila kita kecil kita tidak boleh beri pendapat atau jangan terlalu kreatif @ kreatif boleh membunuh.

Tuesday, July 20, 2010

Hujan Lebat di luar


Berhenti di tempat rehat tol Kota Damansara untuk bersolat Asar. Bunyi guruh di luar ketika solat memberi tanda hujan akan turun. Habis solat hujan sudah bermula lebat. Keluar dari bilik sembahyang, lebih dari 20 motosikal sudah tersadai berrteduh. Ada pokok tumbang menjadi perbualan. Aku berkereta juga sibuk bercerita. Bahaya tetapi hujan terus turun. Aku terus berlari ke kereta tanpa menunggu hujan reda. Basah tapi perjalanan yang pasti membawa ke Magrib terpaksa diharung. Yang canggih dalam kesesakan hujan ini adalah aku dapat berblogging.(Hujan 20/7/2010 - 5.45 pm sehingga aku sampai kerumah masih hujan - Allahuakbar)

Bertemu Penulis

Banyak yang dikeluhkan. Terlalu berat kerjanya. Lelah fikiran. Boleh dijual atau tidak. Berapa komisyen yang wajar. Kenapa pengedar mendapat pulangan paling tinggi dari pemikir ini. Hutang piutang masih seperti orang biasa. Tidak boleh terlalu berfakta. Cerita cinta jadi agungan. Persatuan tidak banyak membantu. Royalti atau sekali bayar. Berapa kali boleh berfikir sebulan. Nak berlawan dengan cerita cinta yang keluar 50 judul sebulan. Dan penulis itu terus mengeluh.....

Ni Hao ma.....


Belajar Mandarin memberikan nilai tambah yang amat bagus untuk menghadapi dunia sekarang. Bahasa yang ketiga paling besar digunakan di dunia boleh menaikkan saham si pengguna. Orang China lebih berbudi dengan orang yang berbahasa ibunda mereka. Mereka diberi diskaun, layanan istimewa, senyum sepanjang transaksi dan peluang berkenalan. Mandarin adalah seperti bahasa standard atau baku selain bahasa Cina yang lain seperti Hokkien dan Kantonis. Belajarlah bahasa Mandarin....mana tahu isteri ke2 kita adalah Mei Ling dari China.

Friday, July 16, 2010

Menjadi Orang Baru

Dalam setiap peringkat umur, kita pasti mengalami perubahan fizikal kepada tubuh badan. Badan gemuk, dah bongkok, tengok perempuan pun tak berapa selera, makan pun makin sedikit, pergerakan perlahan, kuat tidur, tak pandai mengorat dah, ketinggalan zaman dan kawan berkurangan. Kita sebenarnya memilih untuk menjadi seperti itu. Perubahan boleh dilakukan tanpa pembedahan atau terapi. Tukar kerja, daftar belajar, tulis blog, potong misai, botak, tukar baju baru, kawan dengan budak2 muda dan cari hobi baru. Kadang2 berubah sedikit akan memberi impak tentang kembali Muda.

Subsidi Turun = Minyak Naik


Penduduk kampung pasti tertanya-tanya. Minyak akan naik tak bila subsidi direndahkan. Kalau dulu sudsidi baja mungkin cepat faham, tapi bila diturunkan.....kenapa minyak naik. Jimat subsidi = Sudsidi turun = Minyak naik.

Thursday, July 15, 2010

Tak dengar Tiada Bau


"Doktor, sekarang kentut saya tak ada bau dan berbunyi. Saya takut saya ada masalah kesihatan. Doktor itu tersenyum "Saya bagi ubat dan minggu depan jumpa saya lagi". Minggu depan dia datang sambil tersenyum. "Doktor saya dah dengar kentut saya tapi masih tak ada bau". Doktor tersenyum "Bagus, sekarang pendengaran awak dah ok, saya bagi ubat untuk hidung awak pulak". Kentut bukanlah masalah kita.

Gemuk dan Sihat


Membaca petikan rencana tentang kegemukan dan segala keburukan tentang kegemukan memang menakutkan. Darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, penat, dan macam2 lagi pasti cerita yang tak tertinggal. Tetapi mengikut laporan oleh Harvard School of Public Health yang menguji 115,000 jururawat berumur 30 hingga 55 dan dari yang kurus kepada yang paling gemuk memberikan laporan yang mengelirukan. Kebanyakan orang yang gemuk adalah lebih aktif dan kecergasan lebih tinggi dari yang kurus. Mengikut laporan itu juga, yang gemuk itu mendapat tahap kehidupan 91% lebih bagus. Kehidupan lebih ceria tanpa masalah untuk berlawa, tidak berhutang untuk cantik, tidak terlalu memilih baju dan tidak ada masalah memilih makanan. Kesimpulan yang boleh dibuat - Jadi gemuk jangan takut, terus aktif.

Kembali jadi Normal

Dalam laporan perubatan dan psikologi melaporkan tahap pertemuan dan perbincangan secara fizikal menurun mendadak. Apabila diperkenalkan persahabatan maya seperti Facebook, Friendster, myspace, SMS, Twitter dan lain2, orang sudah tidak bertemu secara fizikal. Mengikut laporan US Pew Research Center dan US Kaiser Family Foundation, lebih dari 50 sms dikeluarkan dari seorang kanak2 setiap hari. Apabila diselidik, mereka lebih banyak bercakap secara maya dari bercakap dengan seorang yang hidup. Perbandingan seperti 1 dan 24. Jika mereka keluar dari tempurung ini hanya menumpu kepada tempat yang tidak di kenali orang seperti Pusat Karoake, pawagam dan tempat permainan video. What a Life?

Kelas pun Bermula


Jadi pelajar kembali memang ditunggu2. Peluang jadi muda ini bukan datang selalu tapi boleh dicipta. Seronok hari pertama datang ke kelas apabila umur sudah nak ke 40 ini memang peluang menjadi orang baru. Daftar kelas mandarin (Hauyu) di UiTM, Shah Alam menjadi agenda tahun 2010 setelah kerja sudah perlahan-lahan kurang. Duduk di sebelah dengan seorang anak dara berumur 18 tahun memang seronok. Kita nampak pandai, muda dan pandai berseloroh. Hari ini adalah hari pertama ke sekolah semula. Sudah terasa semua akan bergerak ke arah berjaya untuk menamatkan pendidikan sampingan ini. Pensyarah yang mengajar kurang lebih separuh umur kita. Dan pastinya semua menjadi menarik untuk hari-hari belajar.

Friday, July 9, 2010

Bad bOy


Konsep bekerja dalam suatu organisasi besar adalah berasaskan keuntungan. Setiap orang yang bekerja mesti memberi nilai tambah atau pulangan yang bagus berasas gaji yang diberi. Tetapi kadang2 pekerja yang tidak mampu bekerja keras atau perwatakan merugikan masih ada dalam organisasi. Perangai tidak baik kadang2 mengganggu perjalanan organisasi. Dan mengikut teori menjadi 'budak jahat' setahun boleh memberi kelebihan apabila ia bertukar menjadi baik untuk tahun2 kemudian.

Diego Maradona


Personaliti paling menarik sepanjang Piala Dunia 2010 boleh diberikan terus kepada dia. Cara dia meraikan gol seolah2 dia yang menyumbat gol menjadi gambar2 klasik Piala Dunia. Berlari terus kepada penonton dengan dua tangan menunjuk ke arah penonton memang menghiburkan. Personaliti bercahaya sepanjang zaman dengan berbagai cerita begitu mengashikkan. Wartawan bertanya kepada Palermo selepas menyumbat gol apabila baru seminit dua masuk ke padang..."Apa arahan yang diberikan oleh Diego sebelum awak masuk". Dan jawapan yang diberikan hanya jauhari yang kenal manikam. Awak masuk dan bagi kemenangan kepada Argentina. Maradona personaliti yang dikagumi, dicemburui, tidak disukai dan diminati ramai. Bolasepak terus menjadi menarik kerana insan pelik ini terus mewarnai dunia bolasepak.

Thursday, July 8, 2010

Mendengar Celoteh


Tahap kefahaman orang sangat berbeza. Apabila marah, kesenimbungan ayat tidak di peduli. Bila nak memberi arahan, ayat disusun cantik untuk bagi orang faham. Teknik untuk nampak macam faham bila dengar celoteh memang boleh dipelajari. Kadang2 bila orang bercakap, dia mengharapkan pendengar mendengar walaupun topik adalah mari bercucuk tanam ala menteri pertanian. Topik boring dan pasti yang mendengar cuba2 menguap untuk mendapat perhatian. Teknik paling asas adalah main bulat dan pangkah dengan orang sebelah. Kedua, main permainan yang ada di dalam telefon. Ketiga, banyakkan menyoal soalan luar dari tajuk. Bila di marah, jangan marah - senyum.

Bila sotong Berbicara


Banyak kaki judi mengeluh dengan sotong seekor ini. Telahan yang pelik2 pada masa Piala Dunia memang memeranjatkan tepatnya. Kuasa menilik bukan lagi hanya milik manusia dan burung. Telahan tepat ini kadang2 membuat orang kecewa. Semalam ia memberi kemenangan kepada Sepanyol dan pagi tadi keputusan itu betul. Tuan punya sotong adalah orang Jerman dan lawan Sepanyol adalah Jerman. Yang pasti mungkin sotong ini akan dicampur tepung dan digoreng sedap.

Monday, July 5, 2010

Cita2 dan Umur


Semalam bersembang dengan anak lelaki berumur 5 tahun. Bertanya tentang cita2 dan pendidikan. Anak tanpa berselindung terus memberitahu bahawa menjadi batman, superman atau super heroes adalah cita2 paling tinggi. Semangat bercerita sehingga rasa macam dah tak ketahuan. Bertegas untuk menyelamatkan dunia menjadi nombor paling wahid. Nak marah - jangan ini mungkin simbolik sahaja. Nak biarkan, mungkin ini adalah realiti. Super heroes boleh ubah dunia. Terpengaruh dengan TV dan komik kot. Muka serius bercerita sehingga tak jadi nak ketawa.

Peluang Di Tolak


Apabila Ghana dapat peluang menjadi pasukan 16 terbaik di kejohanan Piala dunia 2010. Peluang digunakan sepenuhnya. Dan terus menjadi pasukan 8 terbaik suku akhir melawan Uruguay memang menyakitkan. Gol pada hujung perlawanan separuh pertama menjadi taruhan dan pada minit2 terakhir dalam keadaan 1 : 1, Luiz Suarez menahan bola betul2 di garisan gol. Penalti yang diambil oleh Asamoah Gyan gagal disempurnakan. Bila tambahan masa pun tidak ada keputusan maka penentuan penalti dibuat. Salah seorang pemain Ghana gagal menjaringkan tetapi selepas itu pemain Uruguay juga gagal. Tetapi keputusan berpihak kepada Uruguay. Berapa banyak peluang tapi disia2kan. Begitulah dalam hidup kita, peluang diberi tapi tak dicapai dan kadang2 diulang kembali masih tak dapat. Kerja Allah SWT melebihi segalanya.

Friday, July 2, 2010

Takutkan Orang

Guna kuasa takutkan orang memang satu kesalahan moral. Cipta berbagai ketakutan dalam pekerjaan agak senang berbanding dengan terus memecat. Tetapi masalah yang susah apabila orang dihajati tidak takut. Ugut buang, ugut tak ada kenaikan gaji, ugut tak ada bonus, ugut di tukar jabatan dan sekadar ugut. Tahap berfikir pekerja sudah berbeza dan perlu skil lain untuk ugut pekerja. Cuba bekerja dengan Mafia, ugutan bunuh mungkin diterima.