Yang selalu jengok

Thursday, December 26, 2013

2014 Cerita TOL

Tol akan naik bermula pada hari pertama 2014. Cerita tentang kenaikan ini sudah berlanjutan sehingga 2 bulan dan di laman2 sosial penyokong kerajaan seolah2 sudah tidak tahu untuk memberi komen.  Pada PRU13 dahulu, dijanjikan oleh manifesto Barisan Nasional adalah menurunkan tol secara berperingkat2 dalam masa 5 tahun menjadi janji tidak ditepati.  Minyak sudah naik kepada RM2.10 2 bulan lepas.  Penduduk Malaysia menelan pahit tapi hidup perlu diteruskan.  Yang berkereta sudah merasa kesakitan dan sekarang tol pula akan dinaikkan.

Teori domino pun akan bermula.  Van kenderaan dan bas sekolah sudah mula menghantar memo kepada kerajaan untuk menaikkan yuran mereka.  Ini sama juga berlaku kepada bas2 dan lori2 besar yang menghantar barangan ke pasaraya2 atau yang membawa muatan besar.  Domino ini akan bergerak walaupun diumumkan kenaikan tol tidak akan melibatkan barangan lain.

Beberapa para ilmuan agama dan pakar motivasi mengulas - Kenaikan harga itu adalah ketetapan Allah SWT atau penduduk Malaysia kena pandai bersyukur atau jalan alternatif diberikan memberikan peluang memilih. 

Aku mula berfikir bahawa kerajaan ini tidak berfikir susah kepada rakyat.  Memang kenaikan itu sekitar RM0.50 kepada RM3.00 sahaja tetapi ia membebankan.  Berapa ramai orang yang menggunakan jalan bertol untuk sampai ke tempat kerja.  Dari Klang ke Kuala Lumpur atau dari Seremban ke Kuala Lumpur dan penggunaan jalan alternatif kebanyakan tidak membantu kehidupan mereka dan yang pasti jalan2 bertol ini juga sesak pada sesuatu masa.

Aku bertanya pada seorang penjual Yong Tau Foo pasar malam.  "Berapa semalam dapat bang".  Dia menjawab "Dalam RM150 ke RM200 semalam, tapi kalau kira Profit tu dalam RM30 ke RM50 je" Aku mendengar keluh dia "Satu meja je kena bayar RM4, abang pakai 4 meja semalam dah RM16 kali dengan 30 malam dah RM480".  "Itu belum kira hari hujan lagi, kadang2 nak dapat RM50 pun susah". Minyak kenderaan bergerak maka kos mereka sudah naik dan sekarang tol pula.  Mereka bergerak dan pasti menempoh tol ini. 

Aku juga bersembang dengan penyokong kerajaan.  Tol nak naik ni kata aku. Dia senyum dan berkata "Mana ada barang turun - kau bagi aku contoh barang dulu yang sampai sekarang sama harganya" Aku tak ingat satu pun dia menambah.  "Ala cerita naik tol ni semua orang dah tahu.  Yang nak marah pun mana ada, ni semua pembangkang punya cerita.  Kita nak jalan OK, bayarlah tol"

Aku tanya lagi "Kalau hari2 pulang balik lalu kat tol teruk juga Bang".  "Masalah dorang yang cari, guna jalan alternatif kan boleh, Confirm tak kena tol".  Dia menambah lagi "Tol nak naik tu untuk tolong rakyat gak.  Itu janji PM tau.  Syaikat Konsesi tol akan kena cukai berdasarkan keuntungan mereka, duit cukai tu balik kat rakyat". "Kalau boleh tukar cara hidup"  Dia nampak bersemangat seolah2 baru pulang dari mendengar taklimat terus dari PM.

Aku pun mengundur diri.  Menjengok2 kancil yang dibawanya - road tax pun dah sebulan mati.  Dengar cerita kereta sorok bawah selimut dan sekarang bawa motor.  Mungkin inilah cara dia menukar cara hidup.




Thursday, November 7, 2013

The Ghostwriter

Siapa penulis hantu yang dimaksudkan.  Filem yang diarahkan oleh Roman Polanski ini memang aku suka.  Pelakon2 yang berkaliber seperti Ewan Mcgregor dan Pierce Brosnan nampak kena sangat dengan watak masing2.  Ewan sebagai penulis upahan dan Pierce Brosnan bekas Perdana Menteri Britain.  Penulis hantu adalah penulis upahan dalam membuat satu2 biografi seseorang.  Buku itu akan keluar dengan nama biografi itu sendiri seperti Khir Toyo tulis tentang diri dia, walaupun yang menulis itu orang lain.  

Cerita ini lebih politik dari biasa kerana ada unsur2 perkhianatan dalam negara bila CIA Amerika dapat lolos didalam pentadbiran Pierce Brosnan. Semua keputusan penting berpihak kepada Amerika semasa bekas PM ini berkuasa.  Siasatan dilakukan kerana bekas PM itu ketika berkuasa telah melepaskan 3 orang pengganas (terrorist) kepada Amerika walaupun ditangkap di Britain.  Ini adalah kesalahan antarabangsa dan perlu dibawa ke mahkamah dunia.  Semua ini berlaku ketika biografi bekas PM ini mahu dibuat.  Penulis upahan pertama telah dibunuh dan Ewan Mcgregor telah diganti dan telah meneruskan siasatan dan membongkar cerita.  

Cerita yang luas biasa dari Roman Polanski memang boleh ditonton untuk mengetahui penglibatan CIA dalam sesuatu negara.  Jangan terkejut jika pimpinan Malaysia juga boleh dimasuki oleh CIA tanpa kita ketahui.

Monday, November 4, 2013

Perjalanan ke Saigon, Vietnam

Pada 1 November 2013, aku telah berangkat ke Ho Chin Minh, Vietnam.  Bukan untuk berniaga tetapi untuk melihat tempat orang.  Tiket melalui penerbangan MAS berharga RM596 dan hotel berharga RM304 Kingston Hotel di Vietnam. Ini semua tidak dirancang kerana perjalanan paling murah masih boleh didapati melalui Airasia atau Vietnam Air.  Kalau rajin merancang dan tahu bila nak cuti perjalanan 1 jam 50 minit dari KLIA lebih murah boleh didapati.
Ben Thant Market waktu malam

1 November 2013 adalah hari Jumaat dan kapal terbang akan berlepas pada pukul 2.40 pm.  Solat Jumaat memang terlepas dan sebelum berangkat, solat jamak takdim dilakukan di KLIA.  Disebabkan menaiki pesawat MAS, perjalanan naik keretapi ke bangunan yang jauh tidak berlaku.  Masa yang awal 11 pagi berada di KLIA membolehkan kami bergerak juga ke bangunan satu lagi untuk berjalan2. 

Saigon atau nama barunya iaitu Ho Chi Minh City terletak di District 1 di dalam Vietnam.  District 1 ini adalah bandar terbesar dalam Vietnam.  Airport antarabangsa Vietnam adalah Tan Soo Nhat di Ho Chin Minh City.  Dalam masa 1 jam 50 minit kami tiba di airport tersebut.  Waktu tempatan pada masa itu 3.40 pm.  Perjalanan menjadi lebih mudah kerana teksi khas untuk ke hotel Kingston memang sudah menanti kedatangan kami ke Vietnam.
Pandangan Notre Dome Cathideral dari Daimond Plaza
Vietnam berada dalam koloni Perancis dan disebabkan itu bangunan2 lama mereka masih terlihat corak2 Perancis.  Bukan bangunan sahaja tetapi gadis2 yang sudah 6 generasi lama selepas koloni Perancis masih ada nilai2 Perancis seperti hidung mancung dan putih yang berlainan.  Apa yang selalu bermain di minda orang yang hendak pergi adalah sistem pengangkutan.  Di Vietnam, kenderaan paling popular adalah motorsikal.  Terlalu banyak dan tidak mematuhi sistem normal perjalanan.  Hon2 akan berbunyi ketika kita melintas dan susah hendak nampak mereka berlanggar sesama sendiri.
Ni tengah berhenti
Cukup sejam berjalan dengan ketakutan melintas, jiwa muda berani muncul dan aku sudah tidak takut melintas dalam keadaan motor bersimpar siur.  Apa yang ada di Vietnam ini barangan wanita Islam seperti baju kurung, telekung cantik2 dan tudung2 yang mahal di Malaysia.  Dan yang aku perasan, bila berjalan disini hampir 85% orang Malaysia yang pasti suka bershopping.  Vietnam ini dikategorikan nombor 132 paling mahal untuk diduduki kerana mahal kehidupan disini.  Salah satu kedai yang aku masuk dan bertanya sewa di Ho Chin Minh ini bagi kedai dikenakan sekitar USD2 ribu sehingga USD 10 ribu.  Banyak tu.

Duit yang dipakai terus disini adalah matawang Vietnam sendiri iaitu Vietnam Dong. USD dan duit Ringgit Malaysia.  Mungkin terlalu banyak orang Malaysia yang datang, duit RM digunakan meluas sehinggakan kalau ada duit untuk dipulangkan maka duit RM juga dipulangkan.  Hebat orang kita.
Dalam Ben Thant Market
 Dalam keadaan sekarang perjalanan ke Vietnam masih berbaloi jika pandai membawa peluang perniagaan.  Beli tudung atau telekung yang murah dan menjual di Malaysia.  Keuntungan sangat tinggi kerana produk kain2 di sana masih di terima hangat di Malaysia.

Percutian 3 hari 2 malam berakhir pada 3 November 2013 Ahad dan aku sampai ke KLIA pada pukul 10.15 pm.


Monday, October 28, 2013

Belanjawan 2014

Rakyat menguasai pemerintah
Bajet pun diulas di surat khabar, internet dan dicanai dengan baik oleh pencerita2 ekonomi yang faham.  Fiskal bukan basikal. Tetapi ia adalah kewangan kerajaan dalam mencari duit untuk menampung semua aktiviti dalam belanjawan.  Hartawan adalah kaya dengan harta, dermawan adalah kuat menderma dan belanjawan pula suka sangat berbelanja.  Ditanya oleh kawan2 pada aku tentang Belanjawan 2014 atau Bajet 2014 - AKU NO KOMEN.  Bukan sebab aku tak tahu menilai atau tak tahu ekonomi tetapi memang aku malas nak komen.  Tak ada satu cerita pun dalam bajet ini aku boleh bergembira  sedikit.  BRIM dinaikkan bagus untuk orang lain tapi aku tak.  Umur 21 dan pendapatan kurang RM2000 akan dapat bantuan, aku tak muda lagi dan gaji dah lebih.  BRIM 3.0 dilancarkan pun dengan yakin aku tak dapat.  Bonus kerajaan setengah bulan - aku dengar je la.  Coli khas untuk pesakit kanser payu dara - aku lelaki memang tak dapat.  Gaji RM8000 akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM2000 atau tepatnya pelepasan RM480 pada tahun 2014.  Yuran taska diberikan RM250 untuk pendapatan RM900. Entahlah satu pun tak kena kat aku.

Aku baca lagi dan aku nampak beberapa yang boleh dikenakan kat aku.  Subsidi gula dikurangkan dan harga gula pun akan naik RM2.84 per kilo.  Memang kena kat aku.  Tahun 2015 GST (cukai barangan dan penjualan) akan dimulakan.  Yang ini aku kena.  Nampak macam kurang seperti kalau di hotel dipanggil ++ (plus2) bermaksud 10% cukai perkhidmatan dan 5% cukai jualan.  Kalau makan bufet RM100 ++ maka kita perlu bayar RM115.  Adakah GST ini akan menghapuskan cukai2 yang sebelum ini.  Aku tak habis membaca lagi.  Bantuan RM100 untuk anak2 ke sekolah diteruskan.  Yang ini aku dapat.  

Aku membaca Bajet hanya untuk menilai apa yang aku dapat dan tidak dapat. Bagi cukai persendirian, cukai potongan berjadual (PCB) dikira sebagai muktamad bermaksud kita tidak perlu menghantar borang cukai pada tahun hadapan.  Ini bermaksud cuba kira sendiri cukai dikenakan oleh syarikat pada kita dan perhatikan setiap tahun kita mendapat lebihan atau kekurangan.  Kalau lebihan maka cukai tahun  2014 nanti kena berhati2 untuk buat PCB.  Lagi satu aku akan dapat pelepasan cukai jika terlibat dengan industri hijau - aku nak suruh isteri aku tanam cili banyak2. 

Sebagai kerajaan pula mereka perlu memikirkan tentang pembangunan secara keseluruhan selain diri mereka sendiri.  Aku masih membaca tentang bajet cerita coli khas tu.  Kalau kanser payu dara dapat coli - kanser tulang akan dapat apa?

Thursday, October 24, 2013

BLOOD

Blood bukan macam cerita biasa.  Cerita tentang orang jahat dikalahkan oleh oleh orang baik.  Blood bermula dengan pembunuhan yang tragis.  Seorang anak gadis remaja yang dibunuh kejam dan dilempar di tengah2 kawasan orang ramai.  Gadis yang dikenali dan orang2 yang disyaki juga boleh dikenali oleh pihak polis.  Pihak polis menangkap seorang yang paling disyaki dan soal siasat berlaku.  Kerana tiada bukti lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah dilepaskan.  Dia sekarang bekerja di sebuah gereja.  Polis yang masih tidak puas hati cuba menyoal diluar pada satu malam dan akhirnya telah membunuh lelaki tersebut. Di sorok.  Ini adalah pati cerita yang dikeluarkan filem Blood ini.  Suasana tidak menentu, rasa siasatan sudah cukup, rasa membuat betul terasa dihati dan perbuatan rasa dihalalkan kerana pembunuh sudah diberikan balasan.  Tetapi siasatan dilakukan lebih mendalam oleh pihak polis menyatakan lelaki yang hilang terbunuh bukan pembunuh gadis yang awal tadi.  Ini adalah cerita hati yang dibawa bersama dengan penonton.  Rasa bersalah tapi tidak boleh mengaku.  Hebat pelakon2 didalam filem ini.  Boleh tonton kalau mahu rasa bersama perasaan bersalah.

Risiko Kerja Bank

20 tahun dulu sekitar tahun 1990.  Satu rompakan bersenjata berlaku di Salak Selatan Mayban Finance.  Ketika seorang pegawai bank dan pembantu membawa duit untuk disimpan di Malayan Banking Berhad.  Pegawai itu telah ditembak dan mati ditempat kejadian tetapi berlaku di luar kawasan bank.  Duit yang hilang dipercayai sekitar RM20,000 sahaja. Pihak atasan Mayban Finance Bhd telah membuat keputusan tidak lagi membenarkan pekerja2 mereka menghantar duit ke bank tanpa ada kawalan keselamatan.  Pada masa itu semua duit Mayban Finance Bhd hendaklah disimpan ke Malayan Banking Berhad.  

Pada tahun 1998, Mayban Finance PJ Old Town telah dirompak pada waktu pagi. Beberapa pekerja ditahan pada waktu sebelum bank beroperasi.  Bilik kebal yang mempunyai 2 kombinasi kunci diperlukan untuk dibuka menyebabkan perompak terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk membuka bilik kebal.  Semua hanya selesai dalam masa 10 minit setelah pintu bilik kebal dibuka.  Tiada kecederaan dan pekerja hanya di ikat semasa menunggu 2 pemegang kombinasi pintu masuk kerja.  Duit yang dilaporkan hilang sekitar RM700,000.  

Yang aku beritahu ini bukan ini sahaja tetapi ratusan rompakan yang berlaku hatta memecah masuk mengambil mesin ATM juga sudah berlaku banyak kali.  Kebarangkalian rompakan berlaku tinggi bila hari raya - Raya Cina, Raya Hindu dan raya orang Islam juga.  20 tahun dalam bank dan bertugas hampir ke seluruh ruang kerja di cawangan - memegang duit yang banyak tidak menakutkan tetapi bila rompakan berlaku wang bukan duit kita untuk dipertahankan. Bagi sahaja dan risiko audit untuk menyiasat.

Semalam di AMBank USJ Subang seorang pengawal telah menembak pegawai operasi wanita.  Pengawal ini adalah pengawal bersenjata yang diberikan tugas mengawal pekerja ketika memasukkan duit ke dalam ATM.  Terlalu sadis dan buruk perangai. Bagaimana pekerja2 lain yang bertugas di tempat yang sama ketika ini.  Kerja bukan lagi nombor satu pada mereka. 

Bank adalah lubuk duit yang semua orang tahu.  Selalunya 2 jenis pengawal diperlukan iaitu pengawal statik (tidak bersenjata dan selalunya dah tua) dan pengawal bersenjata untuk mengawal ketika memasukkan duit yang banyak ke dalam ATM. 

Bank2 kena pastikan keselamatan pekerja2 di tahap paling penting kerana lubuk duit ini bukan lagi rahsia. Pekerja hendaklah diinsurankan lebih tinggi di tempat menjaga duit orang ini. Kerja menjaga duit orang ini tidak berbaloi jika kita gugur ditengah jalan.  Jika ini berlaku - BAGI dan JANGAN MELAWAN.

Friday, October 18, 2013

The Iceman

Mencari erti keganasan memang menjadi makanan aku.  Bukan untuk menganas di luar sana tetapi aku mencari sebab dan hak untuk menganas.  Aku menonton cerita ganas seolah2 aku berada di dalam filem tersebut.  Menembak orang yang buat aku marah dan kalau boleh terus pecah kepala dia tanpa perlu aku bertolak2 untuk gaduh bercakap dahulu.  Cerita The Iceman adalah tentang pembunuh upahan yang tugas hanya membunuh.  Ini adalah cerita benar dan berlaku di tempat yang mempunyai kebebasan untuk ada senjata mempertahankan diri, Amerika.  Pelakon2 seperti Micheal Shanon dan Wynona Ryder memang tidak boleh diperkecilkan.  Cerita tentang keluarga si pembunuh yang lansung tidak tahu pekerjaan suami atau bapa mereka.  Cerita period yang panjang sehingga 30 tahun membunuh.  Cerita ini diberikan kritik yang baik disebabkan jalan cerita yang bagus dan pelakon2 berkaliber.

Friday, October 4, 2013

Hati Kering

Semalam bermesyuarat di Sphere, One World sebelah TV 3.  Sebuah syarikat dari Labuan OffShore berminat untuk menjual diri pada aku.  Cerita yang berbagai2.  Tentang cukai, tentang duit masuk dan keluar, tentang komisen dan tentang perempuan2 di Labuan.  Bertemu muka dengan beberapa ahli perniagaan yang berjenama Dato dan Tan Sri ini kadang2 memualkan aku.  Di lounge ketika itu berkumandang lagu2 yang tenang tetapi bagi aku tidak senang untuk bercerita. Sekali sekala datang pelayan yang blouse yang dipakai dibelah sehingga paha.  Semua orang Filipino.  Dan aku ashik tersenyum bila mereka hadir kerana yang paling muda di meja ketika itu hanya aku.  Yang lain tua liar seperti baru pertama kali keluar malam.  

Perniagaan yang satu ini seperti meletakkan semua telor dalam satu bakul.  Kalau goyang kuat pecah semuanya kata Warren Buffet.  Duit yang dimahukan mereka sekitar RM10 juta dan akan diniagakan seperti duit mereka sendiri.  Setiap keuntungan akan disalurkan balik ke syarikat aku tanpa masalah dan tiada cukai. Betul ke ini boleh berlaku.  Boleh.

Dan kami berempat hanya benar2 bercerita tentang perniagaan tidak lebih dari 5 minit.  Selain dari itu, hanya berceloteh tentang perempuan yang lebih universal dari yang di Malaysia.  Ini adalah rempah ratus bercerita, mesti pandai bercerita untuk memberi minat orang mendengar.  Bermula dengan politik, ditengah2 cerita perempuan dan di akhirnya cerita keluarga. 

Aku terasa seperti tidak berhati kering seperti mereka.  Ada yang sudah pasang 2 dan ada yang sudah bercerai 2 kali.  Aku hanya beritahu kalau nak tambah satu lagi hati kena kering dan aku tak ada ilmu hendak jadi hati kering.  Contoh yang selalu aku cerita dengan kawan, 2 isteri dan setiap isteri ada anak2.  Isteri telefon suami pada hari bukan giliran "Abang, anak sakit ni!" Si suami dengan tenang "Awak hantar kat klinik la, saya giliran rumah ni pulak".  Kalau aku, anak menangis tengah malam pun aku terjaga dan tolong dodoi anak sampai tidur dan kalau begitu bagaimana nak buat hati kering.

Lounge sudah tenang tanpa nyanyian lagi.  Aku sudah penat dan waktu sudah hampir 12 malam.  Dan aku buat2 menguap dan minta diri.

Wednesday, October 2, 2013

Menangis Korban

Korban kali ini disertai lebih dari 40 orang dengan lebih dari 20 ekor lembu dan 3 ekor kambing.  Mewah semewahnya.  Dan beberapa ahli jamaah masjid satu ini, membuat korban di Kemboja.  Dan hari membantai atau hari sembelih lembu pun bermula.  Pada hari2 Tasrik atau di Mekah sekarang ini sedang orang yang menunaikan haji akan ke Mina untuk melontar jamrah - kita disini boleh lagi berkorban pada hari2 tersebut.  Maka seekor demi seekor tumbang.  Setiap yang berkorban menonton sendiri lembu yang mereka korban dan berlalu sehingga ke akhirnya.  Satu keluarga masih menunggu di sekitar khemah tempat sembelih dan bertanyakan tentang lembu mereka.  Si anak bertanya dengan ustaz surau di mana lembu yang ayah mereka korbankan kerana tiada di panggil sejak pagi tadi.  Ustaz yang agak keletihan kerana seorang sahaja yang bertanggungjawab menyembelih memanggil Tok Siak untuk menyiasat tentang kehilangan lembu yang seekor ini.  

Keluarga yang agak besar dengan 5 orang anak dan cucu2 yang sedang membesar.  Mereka menunggu jawapan dari ustaz surau yang agak pening untuk menjawab persoalan.  Harga lembu kali ini sudah beberapa kali naik dari beberapa tahun - dari RM2,400 sehingga RM3,400 seekor.  Bapa mereka telah membuat korban seekor lembu.  Penantian untuk jawapan hadir apabila persoalan tentang korban terjawab.  Exco pemuda surau membawa senarai korban dan memberitahu bahawa memang bapa mereka berkorban tahun ini tetapi korban yang dibuat adalah di Kemboja.  Maka lembu yang ditunggu memang tiada di surau pada hari Aidil Adha itu.  Semua anak2 terkilan dan termanggu - bapa mereka sudah tiada di surau kerana berjalan perlahan balik ke rumah.

Korban

Ustaz jemputan pun memberikan ceramah pada malam itu tentang korban.  Semua yang hadir menumpu perhatian dan kadang2 diganggu dengan helai ketawa anak2 mereka bermain di luar.   Cerita korban pun dihurai satu persatu dan beberapa ilmu tentang korban mesti kita tahu kena terpahat dalam memori kita.  Buat sesuatu hendaklah dengan ilmu kalau tidak kita dipandu oleh syaitan.  

"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.)

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Hukum Ibadat Korban

Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut;
  1. Muslim
  2. Baligh dan berakal
  3. Bebas/merdeka
  4. Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.
Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kelapangan atau kemampuan sama ada orang badar atau orang kampung/pedalaman, orang dalam musafir atau berada dalam negeri dan termasuklah kepada jamaah haji di Mina.[3] Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu. (Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.)

Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas. Berkata Imam as-Syafi’ie; “Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).


Hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :

1.  Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya : “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”.

2.  Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

3. Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

4. Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Wednesday, September 18, 2013

The Hunt

Menonton cerita2 bergerak perlahan dengan emosi memerlukan kesabaran sambil menikmati keindahan cerita.  Cerita bergerak bersama emosi sesuatu yang bukan boleh dipaksa.  Aku boleh bercerita dengan isteri sehingga dia minat untuk menonton sesuatu cerita tetapi menonton bersama2 mungkin boleh buat isteri aku boring.  Sumber ke 2 bercerita ini adalah sesuatu yang menarik kerana orang yang bercerita meringkaskan cerita merumus dan memberi jawapan hanya sekitar 10 minit untuk seseorang berminat.  Ini adalah peluru jual beli.  The Hunt lakonan Mad Mikkelsen salah seorang pelakon Jerman yang naik namanya di Amerika.  Dia juga berlakon dalam siri Hannibal sebagai Dr Hannibal Lecter.  Kalau menonton cerita Hannibal ia adalah 180% keterbalikan kerana di dalam The Hunt, Mad Mikkelsen adalah guru tadika yang lemah lembut dan disukai kanak2.  

The Hunt bukan cerita pemburuan biasa tetapi tentang suasana ketidakpercayaan orang keliling dan hilang percaya ini hanya berlaku sekelip mata walaupun sudah lama kenal atau berkawan.  Dia dituduh melakukan perkara tidak elok kepada seorang kanank2 perempuan di tadika dan seluruh kampung percaya ini berlaku dan dia dipulaukan secara total sehinggakan untuk membeli barang juga dilarang.  Cerita pemburuan hanya berlaku pada hujung cerita.  

Bagi aku ini adalah salah satu filem terbaik tahun 2013 yang aku tonton.  Emosi dari seorang yang tenang menjadi baran dan meledak secara perlahan ini dibawa dengan tepat oleh pengarah filem Thomas Vitterberg.  Cerita yang bagi aku filem mesti tonton.

Tuesday, August 27, 2013

Ops Statik macam cerita Perang

Minggu lepas kita dikejutkan dengan cerita sebuah bas terjunam di jalan Genting Highland menyebabkan 37 orang maut.  Dan pelanggaran ini adalah yang paling besar kematian sepanjang orang mula membaca surat khabar di Malaysia.  Semua mencadangkan yang berbagai.  Aku melihat benda2 ini dalam ruang lingkup ekonomi sahaja.  

Perjalanan menggunakan bas awam untuk ke Genting Highland masih dibawah RM10 sahaja.  Dan ini adalah peluang untuk berjimat hatta kepada pelancong2 yang mahu mencuba nasib berjudi atau ingin mendapat suasana sejuk dekat dengan Kuala Lumpur.  Aku mencadangkan bas2 tidak dibenarkan naik lansung ke Genting Highland dan hanya sehingga kereta kabel sahaja untuk mengurangkan tragedi ini berulang.  Berapa kos untuk naik menggunakan kereta kabel tersebut.  Kos untuk turun naik dan bas dari Kuala Lumpur mungkin sudah sampai ke RM20 iaitu naik 100% dari yang asal.  Pengurusan tokeh judi di Genting Highland kena berfikir untuk mengurangkan kos perjalanan ini.

Keduanya, penyelenggaraan kenderaan yang tidak dibuat tidak pernah dikaji sepenuhnya oleh pihak berwajib iaitu polis.  Setiap kali pelanggaran maka disebutkan bahawa pemandu2 adalah cuai, kurang tidur, bawa laju atau penat.  Elemen kos penyelenggaran yang diperlukan untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik tidak pula dikaji sepenuhnya.  

Aku bercerita ini kerana bila aku pulang ke kampung beramai pada hari raya baru ini aku melihat tayar yang dah botak atau keadaan kereta yang tidak boleh bawa jauh masih dipakai untuk sampai ke kampung sekitar 3 atau 4 jam perjalanan.  Jika dipandu laju dalam hujan kemungkinan tayar botak tidak boleh menampung licin jalan dan pelanggaran mungkin berlaku.  Ops sikap atau yang terbaru ops statik masih tidak menyenaraikan kelemahan2 kenderaan yang berlanggar.  Laporan kematian setiap hari melebihi dari yang kena bom di Baghdad.  

Ekonomi sebenarnya tidak memihak kepada pengguna lah menyebabkan penyelenggaraan tidak boleh dibuat lagi pun raya sudah hampir tiba.  Tukar tayar dengan memberi baju raya mana satu pilihan hati.  Tukar tayar dengan membeli kuih raya cukup memberi dilema untuk membuat keputusan.  Kos hidup tinggi boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Aku yakin kerana aku tegur orang tentang tayar botak dia boleh kata begini "Tu la, nak raya bang".

PTPTN Dalam CCRIS

CCRIS bukan seperti CTOS yang dijalankan oleh sebuah syarikat yang ditubuhkan secara sah melalui SSM (Syarikat Suruhanjaya Malaysia).  CTOS memang sebuah syarikat yang mencari untung.  Tetapi bukan seperti CCRIS.  CCRIS ini dikelolakan oleh Biro Kredit BNM untuk mengawal selia semua kredit2 yang dibuat di dalam Malaysia. Biro Kredit ini ditubuhkan sekitar tahun 1982 lagi.  PTPTN pula adalah pinjaman pendidikan yang diberikan kepada hampir semua pelajar2 yang dapat kemasukan untuk belajar selepas SPM hatta di kolej2 yang diberikan peluang untuk mendapat PTPTN.  Ini adalah benda yang bagus pada satu hal tetapi sebenarnya peluang untuk belajar yang diberikan boleh juga membuat duit untuk sebuah kolej untuk terus hidup tanpa takut pelajar tidak boleh membayar yuran.  Kolej yang tidak berkualiti juga tumbuh macam cendawan lepas hujan kerana PTPTN memastikan mereka terus hidup.

Bila Idris Jusuh menyarankan cerita tentang jika tidak membayar balik duit PTPTN akan dimasukkan kedalam CCRIS, semua orang marah.  Jangan marah dulu. 

CCRIS ini sebenarnya membantu negara dalam mengawal kredit persendirian yang kalau tidak dikawal kemungkinan perbelanjaan seseorang melebihi apa yang dia dapat.  Semua bank akan membuat rekod ini dan dihantar pada BNM setiap bulan.  Rekod2 ini menunjukkan semua kredit 2 yang di ambil didalam Malaysia dan kedudukan bayaran bulan pinjaman2 tersebut.  Bila data2 ini dilihat maka bank2 boleh membuat keputusan secara cepat memberitahu bahawa pinjaman seterusnya boleh diberi atau tidak.  Kalau ini dikira sebagai sesuatu paling terkini di dalam CCRIS maka peluang mendapat keputusan pinjaman boleh dilakukan dengan sekali klik sahaja di dalam CCRIS.  Ini adalah status negara maju, dimana keputusan pinjaman tidak perlu tunggu lama2.

Balik kepada cerita awal tentang PTPTN dalam CCRIS.  Seorang bekas pelajar penerima PTPTN yang diperlukan membayar hutang PTPTN perlu menunjukkan paten yang bagus dalam perbayaran untuk memberi ruang senang pada bank untuk membuat keputusan.  Penbayaran yang tidak bagus boleh memberikan impak negatif kepada peluang pinjaman.  Ini adalah idea asal tentang ekonomi.  Iaitu tidak boleh berbelanja lebih dari gaji yang diterima.  Gaji RM1,500 - bayar kereta, bayar sewa dan PTPTN tidak termasuk makan, minum, tengok wayang, telefon maka seseorang itu sudah melebihi dari apa yang diterima.  Bekas pelajar itu kena bersabar untuk dapat semua aset2 - gunakan kenderaan awam dahulu, duduk dengan mak bapak dan kumpul duit untuk beli sesuatu bukan menggunakan kad kredit yang pasti lebih dari gaji sebulan.

Dan sepenuhnya cerita PTPTN ini adalah pembangkang mencadangkan dihapuskan dan rakyat sudah buat pilihan untuk menerima seadanya.  Kita jangan marah, kerana kita bersetuju bahawa PTPTN adalah duit pinjaman dan pinjaman ini perlu dibayar balik.  Bila bayar balik kenalah berhemah dan bayar ikut waktu.
Kami semua tiada masalah PTPTN


Tuesday, July 23, 2013

PRK Kuala Besut 24/7/2013

Esok akan hari raya walaupun Ramadhan masih berada di setengah bulan.  Raya yang satu ini diraikan hanya di Kuala Besut.  Pilihan raya kecil Kuala Besut dibuat kerana Adun yang baru dipilih rakyat meninggal dunia hanya kira2 sebulan setengah menjadi Adun.  PRU dulu pada 05/5/13.  Bila PRK ini berjalan kadang2 aku naik dengki dan berhajat berdoa minta2 Adun aku juga mati.  Banyak benda yang diberikan semasa PRK yang menguntungkan rakyat semahunya.  Ada yang diberikan petrol percuma, basikal percuma dan dengar2 dah ada duit raya separuh hendak dihulurkan pada hari terakhir kempen ini.  Bagus kerana sebagai rakyat memang ia diperlukan.  Berebut lah sesiapa pun jawatan ADUN itu tetapi semasa PRK, rakyat kena pulun betul2 menerima tanpa ragu2 kerana ia berlaku tak selalu.

Dalam keadaan berada di bulan Ramadhan, PRK yang satu ini dikatakan sengit kerana jika PAS menang maka kedudukan kerusi ADUN di Terengganu berada di kiraan 16 : 16 iaitu sama dibelah kerajaan sekarang dan pembangkang.  Situasi ini tidak pernah berlaku dan SPR bercerita tentang akan datang kedudukan ADUN mesti diganjilkan untuk mengelak peristiwa begini terjadi.  Tugas rakyat adalah memilih dan memastikan apa sahaja yang diberikan ketika berkempen diterima dengan hati terbuka.  Jangan teringat sangat peribahasa 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita terima sahaja'. 

Kedudukan UMNO / BN di Kuala Besut dahulu nampak selesa tetapi bila PRK kedudukan agak berbezakerana semua menumpukan perhatian dan kelebihan majoriti yang lebih 2,000 sudah nampak tidak kuat. Orang Kuala Besut yang berada di Terengganu tetapi berbahasa Kelantan pasti sudah rasa beraya yang lain macam.  Hari2 mendengar ceramah dan menikmati gula2 sementara.  Selepas ini kehidupan akan berjalan seperti biasa.  Ingatkan janji2 pemimpin yang bertanding.  Peluang rakyat ini bukan datang selalu - 5 tahun untuk PRU dan kadang2 bila pemimpin sekarang rasa bila mati baru boleh  berkhidmat maka PRK dijalankan. 
 




Thursday, July 18, 2013

Tok Siak Perempuan

Surau di tempat aku tinggal tak sunyi dengan kemeriahan.  Lagi2 dalam bulan Ramadhan ini.  Cukup penuh dengan kuliah selepas subuh, dhoha, kalau cuti sebelum Zohor, malam bertarawikh dan bertazkirah dan ditutup dengan morey yang seadanya.  Aku melihat tentang kemeriahan ini termasuk didalamnya semangat berkawan, berjiran, bertanggungjawab hatta memastikan ilmu Agama sampai pada masyarakat itu dipenuhi.  Di bulan Ramadhan ini, tok siak nya hanya duduk melepak memastikan semua kelengkapan berbuka cukup atau bila bermorey nanti air sejuk dan panas disediakan untuk jamaah yang hadir.  Mereka ini adalah sukarela dan dibulan Ramadhan ini kepenatan menjadi Tok Siak hanya mereka yang tahu.  Aku pernah bersembang dengan Tok Siak tempat lain menyatakan mereka adalah panglima akhir yang disuruh sarah dan kadang2 dimarahi jamaah kerana tandas berbau.  Mereka juga bekerja seperti orang lain dan kerja di surau adalah sukarela dan boleh menaikkan darah.  Apa yang aku nampak sekarang di Taman aku ini, Tok Siak hanya lepak kerana sekarang ada 3 orang pembantu Tok Siak memastikan semua keadaan terancang hebat dan Tok Siak boleh tersenyum sembang dan mendengar kuliah tanpa gangguan untuk minta air untuk  morey.  3 pembantu Indonesia ini digajikan untuk membantu Tok Siak yang seorang itu.  Ini adalah transformasi yang perlu digembur2kan kerana Tok Siak juga orang yang hendak dengar kuliah bukan sahaja kena buat air selepas solat witir.

Monday, July 15, 2013

Sahur Suk

Aku : "Sahur selalu pukul berapa?"
Dia : "Biasa pukul 5 kadang2 terbabas gak tapi sempat minum makan sikit jadi la"
Aku : "Selalu makan apa sahur?"
Dia : "Biasalah lauk semalam, kadang2 panaskan kalau lambat telan je. Kau apa?"
Aku : "Air kosong dan kurma sebijik."
Dia : "Selalu makan tu je"
Aku : "Dah 3 hari macam tu"
Dia : "Ikut sunnah tu, bagus lah"
Aku : "Tak jugak, sebab tak sempat"
Dia : "Bangun pukul berapa?"
Aku : "Pukul 5.30 ke 5.35, Imsak ada lagi tapi tak nak rush"
Dia : "Tak kunci jam ke?"
Aku : "Set kat phone je."
Dia : "Kenapa tak sedar Bro?"
Aku : "Aku tengok bini aku tidur lagi, aku tidur la"
Dia : " Dia tak set alarm?"
Aku : "Dia pun tak dengar kot."
Dia : "Dia selalu makan apa?"
Aku : " Tu yang aku sedih, dia dah masak tiap malam tuk sahur tu tapi terbabas dah 3 hari"
Dia : "Oh ye ke, dia pun minum air kosong dan kurma sebijik"

 


PUASA yang satu ini

Dan anak2 kecil mula berpuasa.  Bangun sahur bersama walau susah dikejutkan.  Anak2 ini digerakkan tenang supaya tidak terkejut bila bangun.  Makan mesti ikut selera mereka.  Air soya dan ayam nugget.  Ayam goreng juga menjadi pilihan.  Tanya : Kenapa kita berpuasa ayah?  Anak pandai bertanya dan ayah sekarang kena selalu mengetahui dan menjawab.  Jawab : Allah wajibkan kita berpuasa seperti bersolat juga.  Cuba baca ayat 183 surah Al Baqarah.
Bermaksud "Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang2 terdahulu, moga2 kamu bertakwa".  Bertakwa itu apa Ayah? Adik kena baca ayat 177 surah Al Baqarah juga untuk tahu apa itu bertakwa? Cuba baca ayat ini
Ohh....Jawab : dan bila kita berpuasa, kita akan merasai apa yang orang miskin rasa dengan makanan tiada dan air tiada untuk diminum.  Tanya : Kalau macam tu orang miskin tak puasa la? Jawab : Eh tak, dorang pun kena puasa.  Tanya : Ayah, bila puasa ni, ayah lagi beli banyak makanan kan?.  Jawab : Ye la, masa bukan bulan puasa semua makanan macam tu tak de pulak.  Tanya : Ayah ingat orang miskin tak bila berpuasa? Jawab : Entahlah, ayah ingat puasa ini kerana Allah suruh dan wajibkan.  Tak ingat pulak orang miskin.  Kadang2 pagi2 lagi mak dan ayah dan berbincang nak makan apa buka nanti.  Orang miskin mungkin tak bincang pasal tu.  Yang bertanya : Jadi puasa ini bukan nak rasa macam orang miskin tapi kena puasa la, Allah suruh. Yang menjawab : Ye la tu.
Penuh satu meja




Sunday, July 7, 2013

Doa yang Mengancam

Berdoalah kerana pasti Allah SWT mengabulkan doa kita.  Cerita ini bermula bila pelakon utama Madrim, di tekan dengan kehidupanya yang miskin, berhutang dan isterinya Leha melarikan diri.  Dia menjadi buntu kehidupan dan bermula pencarian tentang tempat mengadu.  Disarankan oleh kawannya seorang yang selalu berada di masjid supaya mengadu kepada Allah dan berdoa.  Dia berdoa dan berikhtiar dan berdoa terus tetapi kehidupan masih begitu.  Selanjutnya dia telah mencabar Allah dengan berdoa jika tidak dimakbulkan doanya dia akan murtad dan memohon pada syaitan.  Dijadikan cerita dia dipanah petir dan dikurniakan kebolehan mencari orang hilang.  Dia membantu polis dan menangkap banyak orang jahat.  Polis dan orang jahat menggunakan kebolehan Madrim ini dan Madrim mendapat kekayaan dengan kurnia itu. Tetapi hati masih tidak tenang kerana Leha si isteri masih tidak ketemui.  Dan cerita itu dilanjutkan kepada doa yang ke dua dimana dia berkira2 bahawa kebolehan mencari orang hilang itu bukan datang dari Allah maka dia memohon pula dengan syaitan.  Dihempap lampu di disko menyebabkan Madrim pengsan dan tiba2 dia diberikan satu lagi kurnia iaitu boleh mengetahui benda yang berlaku pada masa akan datang. Dan cerita selanjutnya lebih menarik, dia dapat meramalkan kenaikan dan kejatuhan saham tetapi ketenangan hati teringat isteri lebih dari itu.

Cerita yang memerlukan kekuatan diri sendiri untuk faham dan tahu bahawa berdoalah kerana Allah pasti kabulkan.  Kalau bukan sekarang mungkin esok, mungkin minggu depan, tahun depan atau Allah lebih mengetahui bahawa sesuatu tidak baik untuk kamu dan dikurniakan benda yang lain kerana Allah maha mengetahui.



Friday, July 5, 2013

Ta Mim Ra Dal


Dr Morsi, Presiden Mesir hanya setahun selepas Hosni Mobarak digulingkan.  Dr Morsi adalah seorang Hafiz Al Quran dan semua orang tahu - hanya 2 orang pemimpin negara di dunia yang hafal Al Quran iaitu seorang pemimpin Palestin dan Dr Morsi.  Dan pernah ditunjukkan ketika sedang berucap pada satu majlis, waktu solat masuk, Dr Morsi telah mengalunkan azan ketika itu. 

Rakyat membuat satu petition untuk Dr Morsi hanya bermula pada 28/04/2013 - 3 bulan lepas dan mereka cuba mendapat persetujuan rakyat Mesir dan berusaha mengumpul petition sebanyak 30 juta tanda tangan sehingga 30/06/2013.  Dan mereka meminta Dr Morsi meletak jawatan pada 02/07/2013.  Mengikut rekod, jumlah terkumpul sehingga 29/06/2013 adalah 22,134,460.

Dan semua orang tahu pada 04/07/2013, Dr Morsi telah digulingkan oleh tentera. Dan Dataran Tahrir terus tidak sunyi semenjak Hosni Mubarak jatuh.


Kandungan petition yang dibuat pada 28/04/2013.
 
  • We reject you … Because Security has not been recovered so far
  • We reject you… Because the deprived one has still no place to fit
  • We reject you … Because we are still begging loans from the outside
  • We reject you … Because no justice has been brought to the martyrs
  • We reject you. .. Because no dignity was left neither for me nor for my country
  • We reject you… Because the economy has collapsed, and depends only on begging
  • We reject you… Because Egypt is still following the footsteps of the USA 

Tuesday, July 2, 2013

Bagi Anak Berangan

Lawatan sambil belajar
Bila anak2 sudah faham tentang bermimpi, bermimpilah anak2 kerana mimpi percuma dan berangan tidak perlu berbayar.  Aku bercerita tentang cita2 dengan anak2.  Anak2 bertanya berbagai.  Bukan mudah berdepan dengan soalan2 yang tidak tersangka. Cita2 macam bermimpi tetapi dibuat dan diyakini untuk mendapatnya.  Bermimpi indah pasti seronok dan keseronokkan ini bertambah jika kita dapat membuatnya.

Satu hari aku ke kubur membawa anak2, soalan yang ditanya "Ayah punya kubur mana?" Aku menjawab lesu "Ayah belum mati lagi, tak de la kubur".  Ohhhh... itu sahaja keluhan anak2.  Soalan lagi  "Kenapa Tok Wan mati?", "Tok Wan mati sorang2 ke?", "Kenapa Tok Wan tak ajak Opah sekali?".  Aku tersenyum kelat.

Soalan mendesak ini menyebabkan aku bercerita pada mereka tentang bermimpi.  Dalam mimpi semua yang kita tidak boleh buat pasti boleh.  Melompat seperti Spider Man, jadi Ultra Man atau Ben 10 tidak ketinggalan.  Aku mahu mereka berangan menjadi sesuatu.  Yang pasti aku mahu mereka berfikir.  Anak2 ini mesti dilayan mimpi mereka.  Akhirnya semua setuju untuk bermimpi berangan.  Yang paling tua mahu menjadi seperti ayahnya.  Ada kereta, rumah dan bekerja seperti ayahnya.  Yang perempuan berangan menjadi ibunya, bekerja dan pandai masak.  Dan mereka berangan seperti mahu bermimpi malam nanti.

Adik yang ketiga, hanya satu impian dihati ketika ini iaitu menjadi Ultraman.  Membunuh musuh durjana dan menjadi sanjungan orang ramai.  Abang dan kakak ketawa pada adik.  Adik tidak perasan bahawa yang diangankan itu tidak terima akal tetapi semua ketawa termasuk aku maka dirasakan angan itu benar belaka.  Maka semua anak2 gembira kerana ayah mereka sudah memberi kefahaman.  Aku mengunakan angan mereka ini untuk mengerakkan mereka sekarang.  Adik kena buang sampah dalam tong sampah kerana Ultraman tak suka sampah.  Dengan berlari sambil tangan disilang seperti untuk menembak cara Ultraman dan sampah sampai ke tong sampah dengan jayanya. Aku jadi seronok.

Wednesday, June 19, 2013

Revolusi Makan

Bukan cepat sekarang mahu makan.  Setiap kali berada di restoran, si isteri kena check in dahulu.  Kalau biasa kita tahu check in hanya di Hotel2 sahaja.  Bila sudah check in, makanan diminta.  Sebelum makanan sampai permainan memenuhi sekitar perbualan. "Dah level berapa" atau "Games tu dah download".  Minum sampai "Nanti dulu nak Insta dulu".  Senyum dan Instagram merekod.  Makanan pun sampai.  Disusun elok2 dan diminta update status "Kami makan dulu" dalam FB.  Semua makanan tidak boleh diusik sehingga sudah diupload dalam FB.  Disusun menggunakan picture grid.  Sesudah makan 'Ok nak ambil gambar pinggan kosong".  Hantar gambar pada group Whatsapp dan Viber.  Sembang tidak berbunyi hanya sekali2 loceng telefon berbunyi dan berchat sehingga hendak balik.  Bila bayar "Abang bayar la, makan banyak".

Nagabonar

Jika mahu mengetahui hebat filem2 Indonesia, cerita Nagabonar pasti tidak boleh ditinggalkan.  Cerita tentang seorang pencopet yang keluar masuk penjara tetapi akhirnya menjadi seorang Patriot mengangkat senjata melawan penjajah.  Nagabonar adalah satu ciptaan nama yang menjadi hero kepada Indonesia jika filem menjadi ukur tali patriot.  Cerita yang dipenuhi dengan tentang persahabatan, kekasih, kasih ibu dan semangat melawan penjajah.  Deddy Mizwar menjadi pelakon terbaik tahun 1987 untuk filem ini.  Nurul Ariffin ketika ini muda belia digandingkan dengan Deddy Mizwar. Nagabonar digelar Jenderal Nagabonar dan emak Nagabonar tidak terima. Nagabonar tidak takut dengan apa2 kecuali dengan emaknya.  Orang2 penjajah Belanda dipermainkan oleh Nagabonar seperti budak2.  Apa yang paling diingati dalam filem ini adalah "Apa kata Dunia"
 

Sunday, June 16, 2013

Ketika

Filem Ketika menceritakan tentang masa ekonomi meleset dimana beberapa konglomerat yang berjaya sebelum ini dijatuhkan hukuman kebangkrapan (dalam bahasa Indonesia - bankrut).  Deddy Mizwar salah seorang ahli perniagaan yang termasuk menjadi bangkrap.  Adegan lucu didalam cerita ini diceritakan dengan selit2 kepayahan membunuh diri seperti di dalam lif sambil melihat gambar keluarga.  Deddy Mizwar yang berkahwin di dalam cerita ini dengan Lydia Kandau salah seorang pelakon cantik dahulu.  Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang remaja (dia juga adalah anak Deddy Mizwar di luar filem).  Deddy Mizwar tidak sanggup membunuh diri tetapi terus menjadi miskin bersama2 keluarganya. Dia membawa teksi (bajaj - teksi kecil) dan isterinya membuka warung makan.  Bila melihat keakraban Deddy Mizwar mencapuk anaknya dibelakang seolah2 hari Bapa pada cuti baru2 ini terpancar.  Cerita yang mengembirakan walaup pahit untuk ditelan.  Ketika hukum kebagkrapan dilakukan semua barang2 dirampas dijadikan milik negara termasuk pakaian.  Dan menunjukan keterlaluannya, sebelum keluar pegawai2 itu melihat seekor kucing diluar dibincang berapa harga untuk dimilik negarakan.


Tuesday, June 4, 2013

Alangkah Lucunya (negeri ini)

Filem yang diarahkan oleh Deddy Mizwar selalu aku ikut.  Penuh dengan sindiran dan penonton berfikir dan selalu ingat bukan seperti filem2 lain yang ditonton dan dilupakan.  Cerita bermula tentang Muluk yang berpendidikan Sarjana dalam Management gagal mencari kerja.  Dia telah ditemukan dengan sekumpulan budak2 pencopet (pencuri kecil-kecilan) dan menawarkan pendidikan dengan 10% hasil copet dibayar kepada Muluk sebagai gaji.  Niat baik ini dibuat oleh Muluk kerana tidak bekerja dan boleh mendapatkan hasil.  Dia dibantu oleh 2 orang guru yang mengajar membaca dan tentang agama.  Cerita ini tentang Pancasila Indonesia yang dipegang kukuh oleh mereka dan kehidupan anak2 terbiar yang sepatutnya di beri perhatian dilakar baik dalam filem ini.  Bagus sangat untuk ditonton.  Kasar tetapi lembut terasa bila dihadam oleh fikiran.  Kena tonton ketika Muluk ditangkap walaupun anak2 terbiar pencopet ini sudah mahu mengubah nasib sendiri - budak2 mengibarkan bendera Indonesia adalah sindiran keras lembut.

Kentut

Cerita sinis menyindir politik.  Bermula apabila pertembungan 2 parti yang besar cuba mengambil hati rakyat di sebuah bandar di Indonesia.  Permulaan cerita seolah2 satu parti memberikan kegembiraan yang bersifat sementara seperti hiburan dangdut dan satu lagi seolah2 memberi harapan untuk akan datang.  Apabila 2 pemimpin parti ini berdebat di TV seolah2 yang memberi harapan akan datang pasti menang.  Selesai perdebatan, ketika keluar dari bangunan, pemimpin akan datang itu telah ditembak di dada sebelah kanannya.  Terus koma dan kelucuan berlaku seterusnya dimana cerita Kentut menjadi maha penting untuk diselesaikan.  Remeh tapi terlalu kuat sindirannya.  Bagus untuk ditonton.  Lakon Deddy Mizwar tidak boleh dipertikaikan lagi.  Aksi menarik apabila kebanyakan urusan di Hospital terpaksa dijawab oleh Pengarah Hospital dan keributan di hospital di pertaruhkan kuat dalam filem ini.

Wednesday, May 29, 2013

Perjalanan Ke Hat Yai, Thailand

2 malam di sini

Pergi ke Thailand menggunakan jalan darat mungkin sudah biasa pada yang biasa.  Bagi aku untuk masuk satu keluarga akan menjadi kali yang ke 3 tetapi melalui Bukit Kayu Hitam adalah yang pertama.  Pada 25/05/2013 kami sekeluarga bertolak dari Taman Bukit Subang sekitar jam 8.30 pagi.  Bukan Hat Yai destinasi pertama tetapi di Penanti, Pulau Pinang memeriahkan majlis perkahwinan adik ipar sepupu.  Sekitar jam 11 kami sudah berada di Masjid Seberang Prai dan menanti 4 buah kenderaan saudara mara untuk pergi tempat yang sama.  Dan makan tengahari yang berbagai memang ditunggu kerana perjalanan lansung tidak berhenti untuk kami.
Sekitar Odeon Shopping Mall, Hat Yai, Thailand

Jam 2.00 selesai makan kami bergerak pula ke Machang Bubuk untuk mencari kedai Kok Joon Tailor yang diberitahu banyak baju yang berjenama dijual dengan harga kilang.  Menggunakan GPS memang mudah kalau sudah mahir.  Kami sebenarnya akan bermalam di rumah abang di Baling Kedah sebelum ke Perlis pada 26/05/2013 untuk satu lagi perkahwinan anak buah seorang doktor dan pasangan doktor juga di Kampung Repoh, Kangar.

Selesai tidur di Baling, sekitar jam 9.30 pagi kami bergerak ke Perlis melalui Jeniang ke Gurun ke Kedah dengan lebuhraya terus ke Kangar.  Sudah nampak dari 'signboard' ke Bukit Kayu Hitam memerlukan hanya 30 km sahaja dari simpang yang masuk ke Kangar.

Selesai makan dan bertemu saudara mara bertanya khabar, kami bergerak jam 1.45 pm terus ke Bukit Kayu Hitam.  Perasaan gelisah kerana cuti sekolah memungkinkan perjalanan sesak atau kaunter imigresen padat dengan orang.  Jam 2.15pm kami sudah sampai ke Bukit Kayu Hitam. Passport kami sudah dicop untuk masuk ke Thailand. 100 meter dari imigresen ada sekatan Polis dan kami di tanya soalan.  

"Encik nak masuk Thailand ke?" Aku tersenyum dan mengiakan.
"Tunjuk geran kereta" Aku mengeluarkan geran asal kenderaan yang menunjukkan sekali dengan passport kami semua.
"Ok, jalan"

Kami terus bergerak ke Imigresen Thailand yang berada 150 meter dari tempat polis Malaysia.  Kereta beratur dan nampak tertulis di tepi 'booth'  itu buka cermin kenderaan untuk penelitian.  Aku dengan berani terus membawa kereta dan bergerak ke booth sambil mengeluarkan passport.  Tiba2, aku dijerit dari jauh, salah seorang imigresen Thailand menyuruh aku bergerak.  Tanpa berlengah aku terus bergerak ke hadapan dan terus masuk ke Thailand tanpa diperiksa.  Kenderaan dan keluarga sudah berada di Danok, Thailand tanpa passport dicop.  Kalau ikut hati muda aku, perjalanan boleh diteruskan tapi kena berani tanggung kalau2 ditangkap di Hat Yai.  
Meraikan Aalia Fakhirah yang 3 bulan

Dan aku masih normal berfikir untuk mendapatkan cop imigresen Thailand supaya perjalanan kami sekeluarga terlindung dari apa2 bahana.  Aku buat pusingan ke belakang dan terus memangkir kenderaan ditempat yang disediakan.  Sekeluarga keluar dan beratur di booth untuk mendapat cop imigresen dan aku dapatkan surat pelepasan untuk bawa kenderaan ke Thailand.  Semua selesai dalam masa 10 - 15 minit dan orang yang disangka ramai tidak ada.  Mungkin hari Ahad petang tetapi orang yang masuk kembali ke Malaysia sudah berhimpit2 baik dari bas, kereta atau kenderaan2 lain.

Dan kami terus ke Hat Yai tanpa perlu takut2 dan perjalanan bergembira bermula pada pukul 2.45 pm bila sampai ke Hat Yai melalui Danok, Sadao dan terus ke Hat Yai (60 km sahaja dari sempadan Malaysia).  Apa yang aku cari adalah rehat minda bersama isteri tersayang dan anak2 dicintai. 


Tuesday, May 21, 2013

Jack Reacher

Cerita tentang pembunuh upahan yang tertangkap selepas membunuh 5 orang secara rambang.  Soal siasat dijalankan pembunuh upahan hanya mahu Jack Reacher masuk dalam penyiasatan tersebut.  Cerita yang tidak terlalu terbelit tetapi kalau tidak mengikuti dari awal kemungkinan boleh tersasar tidak faham.  Tom Cruise sebagai penerbit filem memang menggunakan sepenuhnya kecekapan beliau untuk menggunakan nama baik yang dia ada.  Jack Reacher adalah Tom Cruise yang cekap dan pantas dan selalu tepat menilik kemungkinan.  Cerita yang bagus untuk ditonton.



Kempen pakai Video



Beberapa video dijadikan alat utama untuk memberi maklumat atau menyerang dan bertahan.  BN ketika membentangkan manifesto juga ada terselit lagu untuk dijadikan nyanyian orang ramai.   BN disebabkan menguasai media2 utama, mereka menggunakan berita2 utama, surat khabar untuk memberikan maklumat.  Penggunaan media terus seperti TV hanya melibatkan temuramah dan pendapat2 yang nampak selalu dimenangi oleh pihak BN.  

Dan parti2 lain yang bertanding juga tidak ketinggalan memberikan video masing2 yang bagi aku sudah mendapat taraf boleh diketengahkan.  Salah satu adalah dari PKR.  Disebabkan tidak mendapat tempat (walaupun SPR membenarkan mereka keluar di media utama 10 minit tapi tidak diterima oleh Pakatan Rakyat), video2 ini menjadi vial dan penting untuk dilawati dan dinikmati.

Permainan video ini memberikan berbagai makna dan situasi yang berlainan.  Bagi aku mereka agak cekap dan menangkap perasaan rakyat Malaysia.  Tetapi ini hanya boleh didapati dari Youtube sahaja.  Ada yang lebih terang seperti video ini.
BN juga sebenarnya tidak ketinggalan untuk menerangkan menggunakan video.  Ada muka Mokhtar Dahari dan Rashid Sidek untuk menambah cerita.  Kempen ini lebih sihat dari menunjukkan cerita lucah untuk dipertontonkan pada rakyat marhein.


Mari mengundi 05/05/2013


Lama tak menulis.  Bukan apa, aku meraikan PRU 13 dengan sepenuh jiwa.  Hari2 melihat bendera yang berbagai dan disusun cantik sepanjang jalan.  Dipasang malam atau dilerai siang oleh pihak majlis.  Hari undi pada 05/05/2013 adalah detik bersejarah.  Dakwat hitam kali pertama akan digunakan.  Sehari sebelum itu aku menonton cerita India (tamil nadu) yang menceritakan tentang pengundian menggunakan dakwat hitam.  Nampak macam idea mengundur sahaja. Disebabkan itu aku selitkan video yang bagi aku akan menjadi lagenda satu masa nanti dari MIC untuk rakyat Malaysia.



Semua parti berceramah hampir setiap malam bermula pada 22/04/2013 dan aku juga tidak ketinggalan mendengar 2 kali ceramah memperkenalkan calon sekitar tempat aku mengundi.  Aku tidak pergi yang dibuat oleh pihak BN sebab tidak dibuat berdekatan dengan tempat tinggal aku dan mungkin saluran maklumat yang banyak di TV sudah memadai untuk aku tahu calon BN. Pertama yang aku dengar di Denai Alam Recreational Center, Denai Alam - Yaakob Sapari, Rodziah dan Ir Khalid Samad.  Mereka adalah pemegang kerusi politik untuk Dun Batu 3, Kota Anggerik dan Parlimen Shah Alam.  Di belah BN pula calon yang terpilih adalah untuk kota Anggerik iaitu Othman Din (ini aku tak berapa kenal),  Nawawi (bekas YB Batu3 dulu) dan Zulkifli Nordin (YB Kulim) untuk parlimen Shah Alam.  Video tentang keyakinan beliau tersebar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.


Ceramah ke 2 yang aku dengar adalah di Taman Bukit Subang oleh Ir Khalid Samad ketika 2 hari sebelum hari mengundi.  Masa yang sama Hairie Othman (pelakon) juga berceramah memberikan maklumat politik.   Hairie Othman bercerita tentang penggunaan kamera untuk menipu dan cara berpolitik sekarang.  Aku juga mendengar tentang Setiausaha Agung PAS yang sudah ada video lucah tersendiri seminggu sebelum hari percalonan.  Aku tidak mencari dan sepatutnya tidak dikeluarkan cerita sebegini untuk mensensasikan PRU 13. Aku cuma terpegun dengan kebangkitan video2 yang agak classy dari berbagai pihak.  Antara yang bagus adalah dari kumpulan Bangsar Berani Langgar
.

Wednesday, April 3, 2013

Gangster Squad

Cerita tentang gangsterism salah satu genre yang aku kena ikut.  Bukan sebab aku ganas tetapi aku rasa ada masa aku nak tembak sahaja sesiapa yang buat aku marah.  Cerita lakonan Sean Pean, Ryan Gosling, Josh Brolin dan Nick Nolte ini lansung jauh dari yang aku mahukan.  Kalau sesiapa yang tidak pernah menonton cerita gangster yang lain2 seperti siri God Father, Scarface, Goodfellas atau Mean Street maka cerita begini boleh menambah rasa hendak tonton.  Sean Pean pernah berlakon sebagai peguam untuk seorang gangster dalam filem Carlito's Way. Sean Pean mempunyai satu watak yang ganas di sisi diri dia.  Nampak mudah untuk berlakon kerana dia sendiri memang ganas.  Cerita ini sekitar awal 1920 an di Amerika di mana polis dan gangster adalah berkawan.  Satu kumpulan dilantik secara rahsia oleh Peguam Negara untuk menangani masalah gangster ini dan diketuai oleh James Brolin.  Ryan Gosling yang nampak bagus dalam filem "Drive" juga hanya watak tempelan dan seluruh cerita ini hanya seperti menonton drama di TV. 

Django Unchained

Quentin Tarantino salah seorang pengarah filem2 ganas.  Aku mula seronok dengan cerita Reservoir Dog dia, lepas itu Pulp Fiction, Kill Bill dan Inglourius Basterds.  Semua cerita ini ganas dengan darah macam disimbah2. Dia memang 2 Academy Award sebagai lakon layar terbaik untuk cerita Pulp Fiction dan cerita Django ini.  Cerita sekitar masa penghambaan orang2 Negro di Amerika.  Django adalah seorang negro yang dilepaskan oleh seorang pembunuh upahan lakonan Cristopher Watz - seorang pelakon yang memenangi 2 oskar sebagai pelakon pembantu terbaik untuk Inglarious Basterds dan Django ini.  Sepatutnya Django ini boleh dapat filem terbaik tetapi Academy Oskar yang dikenali sebagai satu anugerah untuk pelobi2 maka cerita lain yang menang. Filem ini tidak lari dari keganasan yang dinantikan oleh aku.  Pecah kepala di tembak, kuda patah ditembak atau kepala dipukul dengan penukul.  Sesiapa yang mahu lihat keganasan dan terhibur, cerita ini kena tengok.  Pelakon2 handalan dikumpulkan dalam filem memang menambah seri dan keganasan yang tidak teratur.  Quentin Tarantino dikenali sebagai pengarah filem pop atau letupan bagi aku.  Jamie Foxx, Leonardo De Caprio, Cristopher Watz dan Samuel L Jackson peneraju utama filem Django ini.

Tuesday, April 2, 2013

Bandar Besar = Pembangkang

Penduduk di bandar2 besar memilih pembangkang sebagai wakil Parlimen mereka.  Pembangunan yang didapati memang canggih dan diteruskan walaupun kerajaan berbeza pendapat dengan mereka.  Di Semenanjung Malaysia cuma tinggal Kangar dan Johor Baharu sahaja masih dipegang oleh Barisan Nasional.  Maklumat yang cepat dan tepat dan kecanggihan alat komunikasi memberikan satu input untuk memilih wakil.  Aku berada di dalam kawasan Subang.  Ini tempat pembangkang setelah menang tahun 2008.  Sebelah kawasan aku, kawasan Shah Alam juga dipegang oleh pembangkang dari Pas (adik Tan Sri Shahril Samad - Shahril Samad pernah menang sebagai pembangkang di Johor Baharu menggunakan lambang kunci).  Di Kuala Lumpur, kawasan Bukit Bintang hampir mustahil Barisan Nasional boleh menang. Barisan Nasional hanya nampak kampung atau bukan bandar besar untuk menang seperti Kuang atau Sabak Bernam.  Maklumat yang diakses oleh penduduk bandar2 mungkin tidak termasuk TV3 atau RTM sebagai panduan.  Bandar besar adalah tempat pembangkang dan Barisan Nasional patut malu dengan peratus tinggi menyokong pembangkang di bandar. 

Sunday, March 17, 2013

Wayang Pacak Aktif kembali

Suasana piliharanraya 13 seolah2 sudah hampir sangat.  Saban waktu dimainkan di media2 utama tentang pembangkang yang tidak buat itu itu, berjanji tak ditepati atau tidak patriotik kepada negara.  Suasana ini hendaklah diraikan sepenuhnya oleh pembangkang kerana pada waktu ini sehingga hari mengundi nanti semua maklumat kena hampir terus kepada orang yang berada di atas pagar tidak menyokong atau tidak peduli.  Wayang pacak adalah salah satu kaedah yang paling efektif untuk menyampaikan maklumat.  Media sosial baru seperti Youtube banyak membantu untuk menyebar maklumat.  Cerita sejarah juga boleh didapati dengan mudah kerana kita jangan selalu sahaja ingat tentang 'Melayu mudah lupa' tetapi kecanggihan sekarang boleh buat kita ingat kembali.  

Aku terlibat bersama dengan PAS Kawasan Subang menaikkan wayang pacang di satu selekoh sebelum ke sekolah untuk mengundi.  Aku terlibat secara memberi buah fikiran tentang video2 yang perlu dipasang untuk setiap malam.  Dan aku yakin bukan semua orang menonton 'Youtube' untuk menafikan apa sahaja yang keluar dari TV1, TV2 atau TV3.  Mungkin sebab tiada masa dan mungkin bukan trend orang2 untuk buka 'Youtube' untuk menjawab.  Tugas aku mencari video2 yang sesuai untuk dimuat turun dan tayang di skrin wayang pacak.  Aku sediakan intisari rancangan bermula dari pukul 9.30 malam sehingga 12.00 malam.  Bermula dengan bacan Al-Quran dan diakhiri dengan menjawab isu2 terkini.

Di tengah2 perjalanan wayang pacak ini aku selitkan iklan2 yang patut sangat rakyat Malaysia tahu tentang Pakatan Rakyat seperti video Demi Rakyat, Video manifesto, Kejayaan Selangor mentadbir dan macam2 yang positif.  Lawak politik juga aku selitkan tentang masalah lembu NFC, rasuah - 'I help you, you help me' dan cara menari sumazau yang betul.  Aku juga selitkan juga beberapa lagu semangat untuk pendengar seperti Yasin - reformasi, lagu Parti Islam Se Malaysia dan lagu janji di capati.  Aku sedar bila aku bersembang dengan beberapa yang berminat menonton mereka sendiri tidak pernah mendengar tentang video2 ini walaupun mereka pengguna tegar komputer.   Mungkin hanya  Facebook menjadi pilihan.  Wayang pacak ini akan menjadi senjata utama sepanjang masa sehingga hari mengundi.  Aku rasa bukan hanya memanggil ramai orang untuk menonton mungkin mengajak sekali Polis atau BN untuk mengganggu.