Yang selalu jengok

Monday, December 26, 2011

Jurucakap Bertunang

Menjadi jurucakap menerima rombongan tunangan atau meminang orang mesti seorang yang bijak bermain kata. Bukan senang menghadapi adat meminang seseorang kalau tidak diterima apatah lagi menunggu untuk menolak.  Berbagai bentuk rombongan perlu diterima.  Ada yang datang bawa duit hantaran separuh untuk meminang, ada yang datang bawa cincin sahaja, ada yang bawa telefon pintar sahaja, ada yang rombongan kecil, ada yang datang satu bas.
Anak itik terenang-renang,
Anak ayam mencari padi;
Hari ini kita bertunang,
Tahun hadapan suami isteri
Semalam 25/12/2011 Pak Ndak aku membuat majlis meminang dan bertunang.  Sepatutnya berlaku di Perak tetapi Pak Ndak aku bijak membuat percaturan untuk mengurangkan kos pihak lelaki dari pontian Johor dengan membuat dirumah anaknya di Port Dickson.  Bercutilah kami sambil majlis pertunangan.  Pak Ndak aku juga sudah menyewa satu apartment untuk beberapa keluarga kami.  Mengikut Pak Ndak, adik ipar dia akan menerima rombongan dan peminangan dan latihan pun sudah dibuat semalam.

Rombongan pun sampai.  Berarak lah mereka menuju rumah dan majlis akan bermula bila2 masa.  Pak Ndak aku sudah masuk ke dalam memanggil semua lelaki masuk. "Awak la cakap" berbisik adik ipar dia pada saya. "Eh, kata semalam dah berlatih". Dia menyambung lagi "Aku bujang, kau la cakap".  Alamak hati2 berdebar sambil bergerak ke dalam rumah.  Pak Jang aku juga tidak bersedia untuk bercakap.  Semua pandang2 sesama sendiri sambil senyum.  Aku duduk diam senyum juga tapi kelat.

Rombongan lelaki pun mula memberi salam.  Orang muda juga yang bercakap.  Sambil tersenyum2 berkata mereka pun bidan terjun.  Dan meringkaskan segalanya sambil 2 orang rombongan berkata serentak.  Dan majlis berjalan lancar kerana rasa2 pihak kami lebih bersedia.  Jangan susahkan masa rundingan bertunang.  Orang yang hendak berkahwin sudah lama kenal mengenal - baik diri sendiri dan ibubapa mereka.  Jangan letakkan syarat berbagai kerana majlis ini majlis mereka - biarlah lancar tanpa pantun memantun.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Pak Ndak - Jaafar Mat



15 comments: