Ada satu cerita tentang bagaimana idea datang dari orang bawahan. Satu ketika ketika Ajinomoto berbincang tentang bagaimana hendak meningkatkan jualan mereka. Bermacam2 dicadangkan seperti iklan, promosi jalanan dan menambahkan jaringan jualan. Semua itu boleh dilakukan tetapi turut menambahkan kos kepada syarikat. Tiba2 seorang amah yang bekerja disitu menyampuk. Dia berkata "Kenapa tak tambah penggunaan orang ramai terhadap Ajinomoto. Sekarang kalau orang membeli sebotol Ajinomoto, penggunaan mungkin sampai 3 bulan untuk membeli satu lagi. Bekas ajinomoto sekarang menyebabkan penggunaan itu, maka kenapa kita tak menambah lubang pada tudung bekas ajinomoto itu untuk memaksimakan pengeluarannya". Pada masa itu, bekas ajinomoto terdapat hanya 5 lubang di atasnya. Selepas mendengar nasihat amah itu, syarikat itu telah menambah kepada 12 lubang sehingga sekarang. Penggunaan Ajinomoto telah meningkat tanpa orang ramai ketahui.
No comments:
Post a Comment