Yang selalu jengok

Tuesday, December 28, 2010

Berpakaian


Cara kita berpakaian akan mencorakkan siapa kita. Kalau memakai jubah itu menunjukkan orang alim. Kalau berpakaian sedikit selekeh, hitam dan berambut panjang, maka dikatogerikan pemuda rock. Ustaz Wan Sohor Bani Leman bercerita tentang berpakaian pada pagi tadi di radio FM Kuala Lumpur....budak2 yang dipakaikan baju superman mungkin boleh terbang dan mengakibatkan cedera. Kita mesti faham bahawa cara berpakaian boleh menimbulkan prasangka buruk atau baik pada kita. Maka teringat aku pada salah satu baju adiwira 'spiderman' dibeli untuk anak pada ketika berumur 2 tahun. Di belakang baju itu tertulis "by wearing this, you cannot fly like spiderman". Anak tidak boleh membaca. Fikirlah.

No comments:

Post a Comment