Sudah beberapa kali report memberitahu bahawa hutang kredit kad telah menyebabkan ramai orang bankrup. Sudah banyak kali juga cerita tentang Ah Long mengganas pada orang yang tidak bayar hutang. Tak terkira banyak pula Bank2 memberi peluang berhutang. Dan terlalu banyak pulak cerita hutang PTPTN memberi resah pada pelajar selepas habis belajar. Masa belajar dulu tidak ditarbiah tentang membayar hutang maka masuk sahaja alam pekerjaan terus menghadapi hutang macam beli kereta hatta macam beli rumah pun ada. Tuntutan hidup yang berat sekarang iaitu wajib membayar hutang memang memeritkan. Aku juga berhutang - rumah, kereta, ASB, kredit kad dan pinjaman peribadi. Awal bulan gaji wajib menyelesaikan hutang dahulu. Maka aliran tunai di tangan hanya sebentar sahaja lalu dan terus hutang didahulukan. Pasang niat lari dari segala hutang. Berdoalah.
No comments:
Post a Comment