Sekarang dalam budaya Cina di Malaysia, mati adalah mahal selain perkahwinan. Bercakap dengan seorang pensyarah di UiTM tentang kematian yang komersial sekarang memang memeritkan. Dia yang berketurunan Cina, minta sangat bapanya yang tua tidak mati pada waktu2 terdekat ini kerana dia mahu kawin. Tanah di Nirvana sudah boleh di'charter' untuk kegunaan orang mati dan harga berubah2 dari RM5 ribu kepada RM1 juta untuk satu lot tanah perkuburan. Mengikut pensyarah itu, sekarang sudah ada macam skim MLM untuk tanah perkuburan iaitu menjual lot tanah perkuburan dan mendapat untung untuk dibahagikan. Sesebuah kematian pada budaya Cina bukan mahal pada tanah sahaja, tetapi meleret kepada buat kenderaan, rumah, buku dan macam2 hatta 'maid' juga terpaksa dikertaskan untuk ditanam bersama mayat. Yang pasti, orang gaji itu tidak akan didera.
No comments:
Post a Comment