Tol akan naik bermula pada hari pertama 2014. Cerita tentang kenaikan ini sudah berlanjutan sehingga 2 bulan dan di laman2 sosial penyokong kerajaan seolah2 sudah tidak tahu untuk memberi komen. Pada PRU13 dahulu, dijanjikan oleh manifesto Barisan Nasional adalah menurunkan tol secara berperingkat2 dalam masa 5 tahun menjadi janji tidak ditepati. Minyak sudah naik kepada RM2.10 2 bulan lepas. Penduduk Malaysia menelan pahit tapi hidup perlu diteruskan. Yang berkereta sudah merasa kesakitan dan sekarang tol pula akan dinaikkan.
Teori domino pun akan bermula. Van kenderaan dan bas sekolah sudah mula menghantar memo kepada kerajaan untuk menaikkan yuran mereka. Ini sama juga berlaku kepada bas2 dan lori2 besar yang menghantar barangan ke pasaraya2 atau yang membawa muatan besar. Domino ini akan bergerak walaupun diumumkan kenaikan tol tidak akan melibatkan barangan lain.
Beberapa para ilmuan agama dan pakar motivasi mengulas - Kenaikan harga itu adalah ketetapan Allah SWT atau penduduk Malaysia kena pandai bersyukur atau jalan alternatif diberikan memberikan peluang memilih.
Aku mula berfikir bahawa kerajaan ini tidak berfikir susah kepada rakyat. Memang kenaikan itu sekitar RM0.50 kepada RM3.00 sahaja tetapi ia membebankan. Berapa ramai orang yang menggunakan jalan bertol untuk sampai ke tempat kerja. Dari Klang ke Kuala Lumpur atau dari Seremban ke Kuala Lumpur dan penggunaan jalan alternatif kebanyakan tidak membantu kehidupan mereka dan yang pasti jalan2 bertol ini juga sesak pada sesuatu masa.
Aku bertanya pada seorang penjual Yong Tau Foo pasar malam. "Berapa semalam dapat bang". Dia menjawab "Dalam RM150 ke RM200 semalam, tapi kalau kira Profit tu dalam RM30 ke RM50 je" Aku mendengar keluh dia "Satu meja je kena bayar RM4, abang pakai 4 meja semalam dah RM16 kali dengan 30 malam dah RM480". "Itu belum kira hari hujan lagi, kadang2 nak dapat RM50 pun susah". Minyak kenderaan bergerak maka kos mereka sudah naik dan sekarang tol pula. Mereka bergerak dan pasti menempoh tol ini.
Aku juga bersembang dengan penyokong kerajaan. Tol nak naik ni kata aku. Dia senyum dan berkata "Mana ada barang turun - kau bagi aku contoh barang dulu yang sampai sekarang sama harganya" Aku tak ingat satu pun dia menambah. "Ala cerita naik tol ni semua orang dah tahu. Yang nak marah pun mana ada, ni semua pembangkang punya cerita. Kita nak jalan OK, bayarlah tol"
Aku tanya lagi "Kalau hari2 pulang balik lalu kat tol teruk juga Bang". "Masalah dorang yang cari, guna jalan alternatif kan boleh, Confirm tak kena tol". Dia menambah lagi "Tol nak naik tu untuk tolong rakyat gak. Itu janji PM tau. Syaikat Konsesi tol akan kena cukai berdasarkan keuntungan mereka, duit cukai tu balik kat rakyat". "Kalau boleh tukar cara hidup" Dia nampak bersemangat seolah2 baru pulang dari mendengar taklimat terus dari PM.
Aku pun mengundur diri. Menjengok2 kancil yang dibawanya - road tax pun dah sebulan mati. Dengar cerita kereta sorok bawah selimut dan sekarang bawa motor. Mungkin inilah cara dia menukar cara hidup.