Sayang
Tahun 2014 ini bukan seperti tahun2 dahulu. Tahun ini menjanjikan satu cerita besar. Masa berjalan pun pantas seperti kita tak mengira kalendar. Anak2 membesar di depan mata - disitu kita mencurah kasih. Kita bukan tidak di duga. Berbagai dugaan sedih dan gembira. Kita perlu beriman dengan
Al Quran surah Al Baqarah ayat 286 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" maka manusia itu diuji mengikut kemampuan masing2. Kita wajib bersyukur kepada Allah setiap masa. Kita duduk di dunia yang diberikan percuma oleh Allah - udara yang disedut, nikmat kesihatan yang baik, makan masih dicari, menelan sedap makanan, minum dari segalanya dan tidur tidak tidur selamanya. Kita wajib bersyukur masih bernyawa hingga hari ini.
Sayang
Tahun 1999 kita hidup bersama. Baru kita kenal rasa. Kita diduga tanpa anak selama 6 tahun. Bukan sikit yang bertanya - hampir kesemua yang kenal. Mana hospital yang kita tak pergi untuk berubat. Kita diduga. Alhamdullilah kita setia berkawan, berkongsi cerita dan tersenyum bersama. Bukan kita yang menentukan tetapi Allah dan kita beriman dengan Qada' dan Qadar. Kita berusaha dan melabur duit tanpa berkira. Kita sedih bersama dan gembira berdua. Bukan senang menerangkan pada kawan2 dan saudara. Tetapi kita tidak takut berdepan dengan tanya yang hanya Allah tahu. Mungkin mereka berdoa sama untuk kita.
وَقَالَ
رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ
عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".
(QS: Al-Mu'min Ayat: 60)
Sayang
Tahun 2000 kita sudah keluar berdikari rumah sendiri. Bukan diatas tanah tetapi berlantaikan siling orang dan berdindingkan rumah orang. Dan juga siling menjadi lantai orang. Duduk di Apartment Kota Damansara seperti dapat mengurangkan tanya orang. Kita masih tidak takut bertemu sesiapa. Kita redho kerana kita tawakal dan percaya kejadian Allah. Kerja kita tidak digangu. Sebagai suami mencari jalan keluar dengan belajar sebagai jalan keluar dan sebagai isteri - paling dihormati kerana pandai menghibur diri sendiri. Mungkin melihat suami penat itu jadi hiburan atau hiburan membaca menampung tutup cerita sedih.
Sayang
Tahun 2001 - 2004 bukan tidak banyak ujian pada kita. Isteri mengandung dan keguguran. D&C dibuat dan suami yang kelam kabut baru teringat bahawa duit dikocek tidak ada. Isteri tidak dibenarkan keluar jika pembayaran tidak dibuat. Pening si suami tetapi duit boleh dicari. Ingat tak lagi selepas 10 hari dari itu, sayang masuk kembali ke hospital yang sama kerana masih mengandung dan kali ini diluar rahim. Dan berbincanglah si suami dengan doktor. Doktor memberitahu bahawa salah satu tiub filopian mesti dibuang disebabkan itu. Dan terpancarlah cerita isteri sayang ku ini disiang seperti ikan. Apa akibatnya - bila kami bertemu dengan doktor pakar mereka mengatakan bahawa sayang hanya ada 50% jaminan untuk mengandung.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal
belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku
kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya)
pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (
Al-Baqarah: 214)
Sayang
Dan doa kita dikabulkan dan pada tahun 2005 kita dianugerah cahaya mata, Muhammad Aliff Nabil. Bagaimana nama ini timbul. Ketika itu suami sedang belajar Syariah di Universiti Malaya. Si suami bertanya dengan beberapa ilmuan pandai Islam tentang nama dan nama ini menjadi pilihan mereka setelah 3 nama diberikan. Si isteri setuju dan anak ini lahir dengan dugaan yang amat menakutkan. Anak pertama dan berada di tingkat 4 Apartment tiada lif dan isteri kesakitan kerana air dalam badan yang kita tidak tahu keluar melempah2 di atas katil. Hospital telah ditempah turut takut dan memohon si suami membawa sendiri isteri ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Masyaallah - Allah membantu dan kita mendapat Muhammad Aliff Nabil - kawan yang bijak. Mungkin si isteri tidak tahu sang suami tidur di depan hospital berteman nyamuk berdendang sepanjang malam.
Sayang
Tahun 2008 kita diuji lagi dengan kelahiran anak ke 2, Nur Najla Aqilah. Bukan ujian yang biasa tetapi amat berat untuk sayang seorang. Si suami berada di dalam wad yang sama menghibur hati sayang. 4.2 kg bukan cerita senang dan dilahirkan secara normal. Hebat sayang dalam kelembutan. Allah membenarkan doa kita kalau sayang ingat, kita baca doa bersama2 di dalam wad itu ketika doktor belum sampai. Anak kita bersulam cantik - ini ujian dari Allah.
Sayang
Tahun 2009 ingat tak sayang dengan Muhammad Arif Nazree. Anak ini berada 9 bulan dalam perut sayang. Dan dipenghujungnya dia meninggalkan kita - sedih dan bersyukur kita pada Allah. Suami ingat pesan bilal kampung ketika memandikan jenazah anak saudara dahulu "Mungkin Allah nak mengelakkan anak ini derhaka kepada ibubapa mereka bila membesar nanti" Suami tersenyum dan percaya dengan ayat Allah surah
Al Baqarah 216 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu pahadal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amak buruk untuk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". Bukan kita tidak sedih, anak itu 3 hari berdiam diri walau doktor sudah mengesahkan kematian didalam perut sayang. Mungkin si isteri tidak tahu, masjid di Kg Melayu Subang membuat solat hajat untuk kita. Kita bersedih tapi percaya dengan Qada dan Qadar Allah.
Sayang
Tahun 2011dan 2013 kita dikurniakan 2 anak - lelaki dan perempuan. Muhammad Aniq Zaheen 2011 dan Nur Aalia Fakhirah 2013. Terasa sudah cukup semuanya, dugaan yang diterima dan kita bersyukur selalu pada Allah. Dugaan perlu ada untuk kita bertambah kuat menghadapi hidup ini. Perlukah kita berhenti berdoa. Tidak sayang. Berdoalah terus kerana setiap waktu kita diduga diberi ujian untuk menjadi lebih baik, Insha Allah.
Sayang
Kenapa tahun ini penting - kita dipanggil untuk mengerjakan Haji (rukun Islam yang ke5). Pengesahan pada 9/1/2014 seperti terlalu cepat untuk membuat keputusan. Kita membuat keputusan bersama dan kita kena akur bahawa Allah menyusun segalanya untuk kita. Kita kena berlapang dada dan Insha Allah susunan hidup dibuat oleh Allah. Kita tawakkal dan redho dan pasti sabar di dalam hati. Kita pohon pada Allah kerana kita merancang tetapi Allah maha merancang segalanya.
أعوذ بـالله من الشيـطان الرجيم
وَأَتِمُّوا
الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ
مِنَ الْهَدْيِ وَلا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ
مَحِلَّهُ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ
فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ فَإِذَا أَمِنْتُمْ
فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ
الْهَدْيِ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ
وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ
يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَاتَّقُوا اللَّهَ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan
`umrah karena Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau
karena sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah didapat, dan jangan
kamu mencukur kepalamu, sebelum korban sampai di tempat
penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di
kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfidyah, yaitu:
berpuasa atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa)
aman, maka bagi siapa yang ingin mengerjakan `umrah sebelum haji (di
dalam bulan haji), wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat.
Tetapi jika ia tidak menemukan binatang korban atau tidak mampu), maka
wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila
kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian
itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak
berada (di sekitar) Masjidilharam (orang-orang yang bukan penduduk kota
Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat
keras siksaan-Nya.”
الْحَجُّ
أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا
فُسُوقَ وَلا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ
يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّـقْوَى
وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الألْبَـابِ
“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang
menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak
boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa
mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya
Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal
adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.”
(QS. Al Baqarah [2]; ayat: 196-197)
Sayang
Kenapa si suami menulis surat ini dalam keadaan komunikasi yang terus senang dan singkat seperti Facebook, Whatapp, Twitter, dan seharian berjumpa. Biar surat ini menjadi saksi kerana pada 29/01/2014, sayang sudah bertambah setahun lagi. Selamat Ulang Tahun Sayang.