Yang selalu jengok

Thursday, April 24, 2014

National Security, 1985 / Bilik Sulit

Korea bagi aku sudah lebih beberapa langkah dari Malaysia dalam bentuk perfileman.  Baru2 ini aku menonton sebuah cerita tentang siksa di bilik sulit.  Malaysia juga mungkin pernah ada bentuk bilik2 sulit ini untuk menyiksa tangkapan2 politik tanpa perlu bicara. Sebuah teater hasil nukilan Hishamudin Rais salah seorang yang pernah mengalami peristiwa cerita bilik sulit menjadi pencerita.

Filem "National Security" ini penuh dengan siksa2 untuk aktivist2 di Korea pada tahun 1985.  Ini adalah cerita benar yang berlaku dimana yang dituduh disiksa sehingga membuat pengakuan.  Pengakuan demi pengakuan yang tidak benar diketahui dan disiksa kembali.  Cerita ini bagi aku boleh mempertawakan cerita cerita2 filem Amerika tentang menyiksa tahanan di Guatanamuo seperti Zero Dark Thirty dan sebagainya.  Siksa menggunakan air dan kain adalah teknik paling popular untuk mendapat maklumat dan ini dilakonkan secara terperinci dan kita sendiri akan tersedak.  Ketika itu Koean Central Intelligence Agency (KCIA) menangkap semua aktivist yang menentang regim pada masa itu 1985.  Demokrasi yang hanya baru boleh ditiru kepada Korea kerana Korea sudah menjadi satu lambang kenaikan ekonomi yang pesat ketika ini.  Yang paling menarik apabila seorang yang dikenali sebagai "The Undertaker" yang memang diketahui oleh polis2 rahsia bahawa siksaannya pasti membuahkan hasil berjanji sekiranya demokrasi dapat kepada Korea, "kamu boleh membuat benda yang sama pada aku".  Dan pada 2004 orang yang disiksanya itu menjadi Menteri Kesihatan berjumpa dengan "The Undertaker" dalam keadaan rasa kemenangan yang mutlak.

Thursday, April 10, 2014

Sang Pencerah

Menonton cerita sirah agama yang hanya kadang2 kita jumpa memang berinspirasi.  Sang Pencerah adalah suatu cerita yang beremosi bermula dari awal hingga akhir.  Cerita zaman kanak2 sebelum 1900 an dahulu dimana perkara mistik dan khurafat masih menjadi amalan di Jogjakarta.  Sang Pencerah adalah cerita tentang KH. Ahcmad Dahlan yang menjadi tonggak utama kumpulan Muhammadiyah - satu pertubuhan Islam terbesar di Indonesia.   Nama asal Kh Ahcmad Dahlan adalah Muhammad Darwis di tukar namanya di Mekah ketika kali pertama pergi ke Mekah.  Tugas pertama Kh, Ahcmad Dahlan adalah menukar arah kiblat ketika itu yang terang2 mengadap ke arah Afrika iaitu sejajar dengan Indonesia.  Pandangannya di tolak oleh golongan2 alim Kyai di Jogjakarta kerana menggunakan alat kafir untuk mencari arah kiblat yang betul.  Cerita menarik ini ditambah lagi dengan tuduhan sebagai kafir oleh golongan elit Kyai kerana dia mengajar sekolah Belanda tentang Islam.  Cara dia berdakwah menggunakan biola juga menimbul perasaan pelik di kalangan umum.  Yang menarik apabila ia diterjah oleh seorang Kyai tentang menggunakan kerusi dan meja untuk belajar kerana umum pada masa itu berasa bahawa penggunaan barangan ini adalah menampakkan kekafiran.  Lalu di jawab oleh Kh Ahcmad Dahlan dengan soalan juga "bagaimana kyai ini datang dari jauh untuk bertanyakan soalan ini".  Jawapan menggunakan ilmu laduni ini tepat dand digunakan juga ketika kali pertama mengajar tentang agama kepada sekolah Belanda dimana seorang pelajar telah kentut dan seluruh orang tertawa.  Banyak perkara menyedihkan berlaku bila tempat dakwahnya di bakar dirobohkan kerana tuduhan mengajar kekafiran.  Diejek oleh orang-orang awam tetapi Kh. Ahcmad Dahlan terus istiqamah.  Dia menubuhkan Muhammadiyah dengan perkataan yang popular "hiduplah dengan menghidupi Muhammadiyah bukan hidup dalam Muhammadiyah.

Tuesday, April 1, 2014

BOMOH

Bila kapal terbang MH370 hilang dari radar pada 8/3/2014 semua pihak bertanggungjawab bergerak ke arah Laut China Selatan sekitar lautan berdekataan Vietnam untuk mencari kawasan tempat terakhir kapal terbang itu hilang dari radar.  Semua pihak berusaha termasuk dengan seorang Bomoh.  Cerita ini sekadar sejarah untuk diingati bahawa seorang bomoh juga turun ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk membantu mencari kapal terbang yang hilang MH370.  

Pada kali pertama 10/03/2014 dia turun dia telah membawa bubu ikan dan 2 batang rotan sebagai teropong.  Habis dia bercerita tentang kapal terbang yang dinaikinya di Tawau terdapat garuda melintas.  Dia juga membawa bubu untuk diteropong dimana kapal terbang MH370 berada.  Dia memberitahu menggunakan kaedah scan bubu untuk diteropong.

Pada hari yang sama juga dia menggunakan beberapa pelancong untuk memegang bubu bagi dia meneropong untuk melihat MH370.  Bagi aku mungkin pelancong2 ini terkesima kerana biasa sambutan yang diterima di setiap negara2 berlain seperti di Hawaii diberikan bunga maka di Malaysia diberikan bubu siapa yang tahu.  Aksi ini telah ditiru pakai oleh sekumpulan sosial media untuk menyindir bomoh itu.

Selang 2 hari selepas itu walaupun telah diasak dengan Ustaz2, media sosial dan dunia tentang penggunaan bahan untuk mencari MH370, kali ini dia kembali turun ke KLIA dengan membawa labu air, kelapa, tikar payung dan bakul rotan. Aksi ini lebih 'internasional' kerana diketahui sehingga orang Jepun dan beberapa kumpulan di UK meniru aksi yang pelik ini.

Aksi ini mendapat liputan meluas sehingga dilapurkan di media Indonesia bahawa presiden Amerika Barack Obama juga menonton aksi bomoh ini.  Mungkin dia terkeliru dengan aksi ini.
Aksi ini juga tak lepas untuk ditiru oleh kumpulan sosial media dan gambar2 mereka boleh didapati di dalam mana2 sosial media.

Ketahuilah anak2 pada tahun 2014 ketika radar digunakan untuk pencarian MH370 ada manusia bernama bomoh menggunakan bahan2 yang biasa untuk mencari.  Sekadar berkongsi ingat dengan pembaca.