Yang selalu jengok

Monday, June 30, 2014

Revolusi Beratur di Bank

Aku mula beratur bila mak aku mengandungkan aku.  Mungkin mak aku kena beratur untuk diperiksa di klinik kerajaan dulu.  Aku terus beratur hampir ke mana2.  Ini adalah peradaban yang dituntut dan ia nampak baik pada bila2 masa.  Beratur ketika menunggu bas, beratur untuk mendapatkan sesuatu bantuan atau beratur kerana kesesakan jalanraya.

Selama 20 tahun aku bekerja bank, revolusi beratur juga mengalami perubahan dan anjakan paradigm tersendiri.

1989 - Sistem beratur adalah beratur selagi cukup tanah bagi aku.  Orang2 akan beratur sehingga keluar dari pejabat bank walaupun kadang2 bank belum buka lagi.  Dan sistem ini nampak ikhlas pada waktu itu kerana semua orang akan nampak siapa yang lambat dan ramai2 menegur atau biasanya marah. Bila pintu dibuka dikaunter2 yang berkenaan akan penuh orang beratur.  Kebanyakan kaunter untuk mengeluarkan duit adalah paling panjang beraturnya.  Mungkin adik2 pelik - pada masa itu sistem ATM adalah terlalu pelik bagi orang ramai.  Dan tidak pelik kerana sistem ini digunapakai sehingga sekarang.  Di klinik2 kerajaan yang aku lihat sehingga sekarang masih beratur hatta sebelum klinik dibuka.

1991 -  Pada ketika ini sistem beratur ditukar kepada satu sahaja.  Dimana hanya ada satu barisan dan apabila sudah selesai, juruwang akan memanggil secara manual untuk ke kaunter mereka.  Ketika ini semua transaksi boleh dilakukan pada mana2 kaunter.  Tak pelik sehingga sekarang sistem yang sama ini diguna pakai sekarang seperti ketika membeli tiket wayang di mana2 tempat canggih di Malaysia.

 1992 -  Ketika ini kerusi diperkenalkan dibank2.  Pelanggan2 akan hanya beratur di kaunter 1 untuk mendapat nombor dan boleh terus duduk.  Nombor akan dipanggil untuk dilayan.  Ketika ini kita akan melihat kebanyakan orang boleh tertidur dikerusi kerana layanan agak manual dan lama menanti boleh membosankan.  Sistem ini paling banyak digunakan sekarang tetapi lebih praktikal.

1995 - Sistem telah dinaiktaraf.  Pengawal menguasai sistem tiket pula.  Pengawal akan memberikan nombor kepada pelanggan2 mengikut apa yang dihajatinya.  Pengawal sendiri ada tempat duduk khas hanya untuk memberi tiket sambil menjaga keselamatan.  Kebanyakan pengawal2 ini berumur lebih dari 60 tahun.  

1997 - Pelangan2 tidak lagi beratur di kaunter tetapi beratur dimesin2 mengeluarkan nombor untuk dilayan.  Mesin ini hanya perlu ditekan nombor dan duduk untuk dipanggil ke kaunter berkenaan.  Sehingga sekarang beberapa bank menggunakan konsep yang sama dan kekal sebagai satu alat beratur.

2000 - Sistem tiket sudah bertukar kepada kaunter layanan mesra dimana pegawai diletakkan disitu untuk melayan dan memberikan nombor.  Tetapi konsep ini kadang2 menyebabkan orang beratur lama di situ kerana soalan2 yang tidak mampu dijawab oleh pegawai mesra itu.

2005 -  Mesin canggih tiket sudah bertukar.  Pelangan hanya perlu meletakkan kad pengenalan mereka di mesin itu dan kaunter2 akan memanggil nama pelangan dan bukan nombor lagi seperti dulu2.  Bank yang pertama aku jumpa adalah di Shah Alam, Bank Islam.  Terkejut juga aku pada waktu itu kerana rasa2 tak selalu masuk Bank Islam tetapi bank itu sudah memanggil nama aku untuk ke kaunter.  Pada ketika yang sama diberitahu juga CitiBank juga menggunakan konsep yang sama.

Dan seterusnya pengerakan revolusi beratur tidak bergerak pantas seperti dulu.  Mana2 bank hanya terlekat pada satu2 konsep kerana revolusi permodenan bank berlaku seperti internet banking dan sistem ATM yang banyak membantu mengurangkan sistem beratur ini.  Cerita ini ditulis untuk mengingatkan aku sendiri bahawa beratur itu memenatkan.


Sunday, June 29, 2014

Kursus Asas Haji Kelana Jaya

Kursus ini dibuat khas setiap tahun untuk bakal2 haji yang terpilih untuk menunaikan Haji pada setiap tahun.  Aku diberitahu untuk menghadiri Kursus Asas Haji ini di Masjid Raja Tun Uda, Klang. Tapi disebabkan lokasi masjid agak jauh, aku memilih untuk ke Kelana Jaya yang kurang dari 15 kilometer dari Masjid di Klang itu.  Kursus diadakan pada hari Ahad bermula pada pukul 9 dan berakhir pada 11.30 am.



Kursus bermula pada 26/01/2014 dan berakhir pada bulan May 2014.  17 siri bermula dengan Sejarah Mekah dan berakhir dengan praktikal mengerjakan Haji.  Penceramah kursus adalah Ustaz Hashim Fikri.  Beliau bersama kami sepanjang kursus kecuali 3 siri iaitu pada siri yang pertama, pada siri bersama dengan Ustazah dan pada siri tentang kesihatan jemaah.  Pada siri yang pertama dia diganti oleh abang beliau iaitu Ustaz Hashim Fahmi (Faham dan fikir adiknya)

Kursus bermula dengan lebih kurang 250 orang tetapi berakhir dengan lebih kurang 700 orang. Alhamdulillah aku tidak pernah cuai untuk hadir bersama isteri walaupun orang memberitahu bahawa mungkin  ada majlis2 yang kita tidak dapat hadiri seperti disebabkan perkahwinan atau sebagainya. Tetapi mungkin selama 4 bulan setengah itu tiada majlis maha penting selain dari Kursus Asas Haji ini.

Tiada sebarang pembayaran diperlukan untuk kursus Asas Haji itu. AJK kursus ketika itu memberitahu bahawa tiada sarapan disediakan dan ini telah membuatkan peserta2 kursus bermurah hati untuk membawa sedikit sebanyak makanan untuk dimakan bersama.  Tabung sedekah juga disediakan ketika mendaftar dan duit2 ini digunakan untuk membeli air minuman untuk sarapan. Jangan ketinggalan bersedekah kerana dengan bersedekah kita akan menjadi lebih sihat.  Aku mengajar diri sendiri untuk bersedekah untuk sentiasa sihat. Kerana kita boleh bertawasul iaitu berdoa ketika membuat kebaikan.  Berdoakan ketika bersedekah InshaAllah Allah SWT kabulkan.


Ada yang membawa nasi lemak, bihun, kueh mueh dan macam2 lagi.  Aku juga beberapa kali membawa air mineral untuk peserta2 kursus.  Kami selalunya akan bersarapan sebelum kursus bermula.  Aku selalunya akan sampai lebih kurang 8.15 - 8.30 pagi.  Waktu awal itu aku akan bersarapan beramai2.

Kehadiran peserta akan direkod dalam satu kertas setiap kursus.  Peserta2 Kursus hanya diberikan buku Kursus Asas Haji setelah 4 kali datang ke kursus.  Ini disebabkan beberapa isu seperti kehadiran pada setiap minggu meningkat dan buku yang diperlukan tidak dihantar dari pihak pengurusan TH. Peserta2 kursus mesti menunjukkan surat penawaran mengerjakan haji untuk tahun 1435 untuk mendapatkan buku kursus itu. 

Susunan kelompok masa mendengar ceramah juga bertukar apabila kehadiran peserta2 meningkat. Pada awalnya semua peserta duduk mengikut hati masing2.  Ada yang bersandar di dinding, ada yang duduk dibelakang dan duduk di luar mendengar dengan santai. Tetapi ini berubah apabila peserta2 meningkat dan AJK mengarahkan peserta2 untuk duduk mengikut saf dan ini membolehkan lebih ramai peserta untuk kedalam masjid.
Suasana di perkarangan masjid juga tidak sunyi.  Selepas kursus, peserta2 kursus boleh membeli barangan haji atau buku2 dan juga pakaian seperti jubah dan tudung.  Aku juga tidak ketinggalan untuk membeli jubah disitu.  Dan mungkin boleh digunakan untuk Hari Raya pada tahun ini.


Pada pengakhiran kursus, satu kursus praktikal di buat di perkarangan masjid seperti bertawaf, bersaie dan melontar jamrah.  Aku diajar cara memakai ihram dan cara mengambil air sembahyang menggunakan spray sahaja. Replika Kaabah untuk bertawaf telah disediakan ketika kami datang dan semua peserta haji membuat aktiviti mengenali cara bertawaf, bersaie di antara Safa dan Marwah dan juga melontar Jamrah.

Aku galakkan sesiapa yang mahu mengetahui tentang umrah dan haji kalau ada kelapangan untuk hadir ke mana2 kursus Asas Haji ini.  Ini amat membantu untuk pengetahuan dan gerak kerja bila kita mengerjakan umrah atau haji nanti. Jadikan 2 jam yang kita duduk mendengar ceramah itu sebagai waktu paling beruntung untuk seminggu yang tiada ilmu kita dapat.

(Gambar2 adalah dari FB Kursus Asas Haji Kelana Jaya - terimakasih AJK)