Yang selalu jengok

Wednesday, October 14, 2015

Tol Naik

Tol pun naik hari ini 15/10/2015 tanpa bantahan.  Bantahan yang diketahui di buat oleh Parti PAS berlaku di section 13 semalam tidak mendapat sambutan yang sepatutnya untuk mengagalkan Highway Gutrie untuk mengekalkan tol RM1.40 kepada RM1.90.  Kenaikan sebanyak 35.7% tinggi tapi entah mengapa bantahan sedikit yang di buat.  Hanya sembang2 kosong di Whatapp dan FB untuk seronok di baca.  


Tol yang dinaikkan bukan hanya di Highway Gutrie tetapi di setiap highway kecuali PLUS. Kenaikan tol sebanyak 20% ke 40% seolah menyambut kedatangan Awal Muharram 1437. Kenaikan tidak dapat dielakkan oleh Konsesi selepas ditolak beberapa kali oleh Kerajaan (ini diberitahu oleh Menteri di JPM) dan kata2 akhir yang paling klasik dan akan diingati sampai bila2 adalah seperti poster di bawah.

Menggunakan jalan biasa adalah untuk mengelak dari jalan bertol.  Guna google maps dan ia akan beritahu jalan ini bertol atau tidak.  Selalunya jalan biasa lebih jauh dan kesesakan tidak dapat dielakkan.  Disinilah proses ekonomi berlaku dan jarang sangat kita perhatikan.  Betul tiada bertol tetapi disebabkan jem maka kos minyak akan meningkat menyebabkan duit lebih dikeluarkan untuk menampung minyak.  Adakah minyak turun harga? Minyak yang diapungkan mengikut pasaran bertukar setiap bulan dan pengguna yang prihatin dengan kenaikan pasti akan beratur panjang untuk mendapatkan minyak pada setiap hujung bulan malam.

Minyak yang hilang semasa kesesakan adalah kebocoran ekonomi yang tidak dikira oleh manusia. Kalau selitar minyak boleh pergi 20 kilometer maka kehilangan beberapa liter semasa kesesakan juga menyebabkan kita kehilangan kepantasan beberapa kilometer. Ini adalah ekonomi yang tidak dikira dan kebocoran ini menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi dan tiada pengiraan ekonomi dibuat.

Rakyat sekarang masih hanya bercerita tentang GST, kenaikan harga minyak dan barang, tol yang dinaikan tetapi hanya berakhir di sembang2 whatapp atau FB. Kemungkinan naik ini tidak sampai kemarahan rakyat untuk memuncak.  Semua ditelan secara perlahan dan lenyap masuk dalam badan dan keluar menjadi tahi.  Esok datang lagi, telan semahunya perlahan dan pusingan tahi itu bermula.  

Kemungkinan rakyat sedang menjaga kesihatan.  Mengelakkan darah tinggi dari kemarahan yang melampau. Atau kemungkinan ekonomi sendiri tidak jejas dengan kenaikan tol.  




Sunday, October 11, 2015

Cerita Polis Evo

Ini adalah kali pertama aku sekeluarga menonton cerita Melayu di pawagam.  Bukan sebab apa tetapi desakan dari anak2 untuk menonton cerita tentang aksi Melayu.  Filem aksi Melayu di pawagam terlalu dibuat2 menyebabkan aku bosan dan selalu menolak sebelum bercerita untuk pergi pun.  Kali ini tidak boleh ditolak lagi.  Anak2 sudah pandai bernyanyi lagu filem tersebut dan video tentang cerita ini sudah beberapa kali mereka dengar dan bernyanyi.  Ke kiri Ke Kanan, hati2 bila di jalanan. Ayat ini semacam air keluar dari mulut anak yang paling tua dan perlahan2 dari anak aku yang berusia 2 tahun. Ia seperti tidak boleh ditolak lagi.

Filem Polis Evo adalah arahan Ghaz Abu Bakar.  Seorang pengarah yang bagus sinematografi.  Filem2 sebelum ini adalah Cicakman 3, Hantu Kapcai dan Tokan.  Filem aksi bagi aku mesti ada tembak2 tumbuk2 dan pecah sana pecah sini. Ghaz Abu Bakar juga selalu membuat video untuk lagu.  

Cerita polis evo ini bermula dengan pembunuhan seorang guru lakunan Wan Hanafisu di Terengganu dan ketika mayat dijumpai ditemui juga syabu yang berwarna merah.  Syabu yang dikenali dengan Syabu Naga menjadi syabu yang paling dikehendaki di pasaran dadah kerana pekat dan peningnya orang yang menggunakan syabu ini.  Zizan Razak seorang inspektor polis di Terengganu akan bergabung dengan seorang polis yang di panggil 'super cop' Syaheizy Sam dari Kuala Lumpur untuk menyelesaikan kes bunuh guru tersebut.

Cerita ini bagi aku seperti cerita post (akan datang) untuk drama TV Breaking Bad.  Cerita drama TV yang dilakunkan oleh Brian Crankston sebagai pensyarah menjadi pembuat dadah atau 'methamephin' paling popular di sempadan Amerika dan Mexico.  Tetapi cerita polis evo ini cerita tentang bahagian polis pula dan pembuat dadah sudah mati di awal cerita.  Kalau sesiapa perasan, gambar Walter White di dalam cerita Breaking Bad ada ketika polis menyerbu masuk ke makmal dadah dan berlaku letupan.  Gambar Walter White secara animasi di tampal di dinding makmal tepi sungai tersebut.


Dari mana perkataan polis evo ini datang tidak diterangkan.  Mungkin evolusi tentang polis diberi nafas baru melalui filem. Atau hanya dari kereta polis - Mitsubishi evo. Tetapi cerita ini seperti mengundang sekuel bagi aku.  Cerita tentang Wan Hanafisu yang mati di awal dan bagaimana pengedaran dadah syabu itu berlaku dan di dalam filem seolah2 hanya Thailand tempat dadah itu akan pergi.

Plot cerita disusun baik untuk ditonton sepanjang 2 jam filem itu.  Tidak bercampur berat dengan plot2 lain seperti bercinta, menyanyi bagai dan berbincang di jalan2 dalam pejabat polis tanpa tujuan. Polis tidak digambarkan terlalu kaya tetapi nampak berhemah dan beberapa watak timbul sebentar tetapi berat seperti Wan Hanafisu, mak super cop dan pegawai polis Rosalinda.

Filem ini juga adalah tribute untuk Harun Salim Bachik yang menjadi ketua di balai polis Terengganu.  Harun Salim Bachik sudah meninggal dunia pada 08/03/2015 ketika filem ini mahu ditayangkan pada September 2015.

Filem ini memang penuh aksi dan humor bertapis.  Aku sekeluarga terhibur dengan tembakan dan letupan di dalam cerita ini.