Apa yang bank lakukan sekarang untuk menguji kadar kemampuan orang yang mahu meminjam. Pengunaan CCRIS atau maklumat kredit yang ada di BNM sudah cukup memberikan trend atau pattern orang yang akan meminjam. Beri nombor kad pengenalan dan maklumat sudah ada di CCRIS.
Beberapa hari lalu, seorang pekerja aku bertanya 'Kenapa pinjaman peribadinya ditolak' walaupun dia tidak mempunyai komitmen lain. Gaji sekitar RM3000 dan permohonan meminjam hanya RM10,000 dengan bayaran sekitar RM225 sebulan. Aku bertanya dan dia memberitahu, hutang yang bermasalah dahulu sudah diselesaikan pada bulan Januari 2016. Pada masa itu, dia mempunyai kendaraan yang sentiasa tertunggak selama 3 bulan. Tetapi menurut yang bertanya, pinjaman kenderaan itu sudah diselesaikan apabila kereta itu dijual kepada orang lain.
Maklumat di dalam CCRIS memberitahu trend atau pattern untuk setahun. Maka maklumat yang baharu sekitar 7 bulan, masih terdapat di dalam rekod CCRIS. Dan trend atau pattern ini hanya akan hilang apabila putaran ke 12 bulan sampai. Bermaksud hanya pada Januari 2016, trend atau pattern itu akan hilang. Rekod di dalam CCRIS disimpan selama 12 bulan untuk tatapan pemberi pinjaman dan orang biasa boleh mendapatkan maklumat perihal diri dari BNM melalui CCRIS ini.
Semua hutang yang diambil di dalam negara akan dilaporkan di dalam CCRIS. PTPTN - pinjaman pendidikan juga dilapurkan disini. Sebelum aku berhenti dahulu dari Bank sekitar 2010, terdengar cerita tentang hutang di Aeon, Court Marmorth atau bil telefon juga akan dilaporkan di dalam CCRIS. Perlaksanaan cerita kredit ini akan memberikan kesenangan kepada bank untuk meluluskan pinjaman atau menolak permohonan pinjaman.
CCRIS yang membariskan hutang kredit seseorang memberikan maklumat kepada bank untuk melihat lebihan duit di tangan peminjam dan memberikan jawapan untuk lulus atau tidak sesebuah pinjaman. Maka pengetahuan kredit ini memberikan maklumat sumber pertama kepada bank untuk meneruskan pemeriksaan atau terus ditolak.
Sesiapa yang ada cerita buruk dahulu, bersabarlah sehingga 12 bulan untuk memberikan kecantikan pada CCRIS sendiri.