Kolam Renang di Gurney Hotel & Residence Hotel |
Bank menaikkan masa pinjaman rumah dari 20 tahun kepada 30 tahun bila melihat peluang untuk membuat duit hanya berlaku bila orang mengambil pinjaman lebih lama. Pinjaman lebih lama ini memberikan pandangan yang berbagai2.
Satu sudut yang selalu orang buat adalah menyelesaikan hutang apabila pencen dan duit dari KWSP digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang - rumah kereta atau persendirian. Kajian dibuat memberitahu bahawa dengan membuat penyelesaian hutang ini, duit KWSP yang beratus ribu akan selesai tidak sampai 2 tahun. Selepas itu, sesorang itu mengalami masalah yang lain pula dimana masih perlu bekerja untuk menghabiskan sisa2 hidup. Dan mengikut kajian kesihatan pula, tahap hidup orang Malaysia sudah meningkat dan kehidupan menjadi lebih susah dan keterpaksan untuk tidak berhenti bekerja. Kesihatan mesti berada dalam tahap paling tinggi.
Sudut ke2 adalah pinjaman sehingga umur 65 atau 70 tahun yang diberikan bank. Adakah kita pasti akan hidup sehingga masa itu. Jangan bertanya lagi kerana bank membuka peluang ini untuk menambah keuntungan mereka dan mereka pasti pihak insurance akan menjaga mereka dengan memaksa pelanggan mengambil insuran seperti MRTA atau jika peminjam meninggal semasa pinjaman masih ada maka insurance akan tolong selesaikan.
Sudut ke 3 Ada orang boleh mengambil pinjaman kereta yang hanya paling maksima 9 tahun berbeza dengan hutang rumah yang boleh pergi sehingga 35 tahun. Kereta seperti Vellfire, Mercedes Benz atau Audi yang mewah boleh diselesaikan dengan kerangka masa yang singkat. Tetapi rumah yang kadang2 sekitar harga kenderaan memerlukan masa yang lebih panjang.
Aku bersembang semalam dengan seorang yang baru pencen dan dikelilingi oleh penasihat2 yang lebih banyak makan garam. Macam2 yang disumbat ke kepala si pencen. Habiskan hutang dan berehat. Jual rumah dan balik ke kampung. Jangan bantu anak2 yang masih belum bersedia dengan duit untuk kahwin. Bantu anak2 untuk kahwin. Dan perbincangan lebih kepada rumah yang masih dalam hutang.
Hutang rumah masih ada 10 tahun sekitar dan hutang sekitar RM100,000. Duit KWSP ada di tangan RM300,000 Aku mencadangkan bahawa hutang ini boleh diselesaikan dengan bayaran bulanan seperti waktu kita bekerja dahulu. Ada yang bagi pandangan supaya duit dari KWSP itu terus sampai ke bank keseluruhannya. Ia akan memberikan ketenangan yang luar biasa. Aku masih percaya bahawa kaedah membayar semua sekali gus hanya akan menambah peratus orang yang habis duit KWSP dalam masa 2 tahun. Badan sudah tidak kuat untuk bekerja tapi duit sudah habis. Tapi itu pandangan aku.