Hari Pertama ke Asrama Tun Dr Ismail, Kg Pandan |
Bagaimana peluang anak2 untuk duduk di asrama yang diyakini keselamatan, pergaulan atau tidak dibuli atau menjadi seorang yang berdikari?
MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) menyediakan 6 bentuk pendidikan didalam MRSM dan setiap cawangan memerlukan pelajar untuk dipenuhi. Konsep pendidikan yang berbeza dari biasa memungkinkan pelajar dapat pendidikan yang lebih dari yang lain. Ulul Albab, Premier, IGCSE, IB, Teknikal atau Usahawan dibuka untuk dipenuhi. MRSM ada lebih dari 30 asrama tersedia untuk pelajar2 tingkatan 1 (satu).
Sekolah Berasrama Penuh (lebih mirip dengan sekolah2 asrama penuh yang elite) seperti MCKK, STAR, Sekolah Sains, Tunku Kursiah dan lain2 juga memerlukan pelajar untuk mengekalkan prestasi dan sekolah mereka.
Selain dari itu ada juga banyak sekolah agama yang menyediakan asrama untuk pelajar2 mereka.
Apabila pelajar sudah menghabiskan pendidikan pada peringkat sekolah rendah maka ibubapa adalah yang paling tepat untuk memandu kemana arah pelajar tersebut. Proses membiarkan arus membawa mereka sebenarnya tidak boleh dibuat seperti dahulu lagi. Guru2 dahulu berbincang dengan ibubapa dan membantu memilih kemana pelajar akan pergi selepas sekolah rendah. Sekarang guru2 sibuk seperti ibubapa lain maka tugas ini perlu diberi perhatian oleh ibubapa pelajar sendiri.
Kalau mahu anak berada dalam suasana pendidikan MRSM maka proses online seperti dalam https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp .
Kalau mahu anak masuk ke sekolah berasrama penuh maka web yang perlu dibuka adalah Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan juga adalah secara dalam talian.
Tetapi disebalik promosi masuk ke asrama ada ibubapa mengambil sikap tidak mahu berpisah dengan anak2 bukan disebabkan mereka jahil komputer atau tidak mengambil tahu. Anak2 bagi mereka perlu dekat untuk diawasi dan diberi kasih sayang. Mereka memilih untuk tidak menghantar anak2 ke sekolah berasrama.
Aku masuk asrama dari tingkatan 1 (satu) sehingga tingkatan 5 (lima). Berada di tengah bandar selama 5 tahun memang mengajar aku untuk menjadi berbeza dari orang kampung (tempat asal aku). Betul berdikari sendiri menyebabkan aku berbeza dari orang yang tidak ke asrama. Ruang berkawan juga luas berbeza dari yang nakal dan baik bercampur aduk untuk dipilih. Jika ruang ini dibuka seluas2nya kemungkinan untuk lari dari tujuan asal mungkin boleh berlaku.
Disebalik ini juga berasrama memberikan satu ilmu berbeza dari orang yang duduk di rumah. Kawan2 menjadi rujukan dan keputusan yang tidak dicampuri dengan pandangan ibubapa. Buat dan hadapi semua dengan diri sendiri. Ketika itu semua adalah peristiwa pertama bagi aku. Tidak ada yang lama buat aku. Semua baru dan perlu dilayan.
Adakah proses ini terdapat di rumah kalau tidak berasrama. Jawapannya Ya. Tetapi cara mungkin berbeza. Mereka mungkin lebih tahu kerana gadget yang dibenarkan dirumah mungkin tak sama dengan asrama. Bebas mereka berbeza dengan budak2 di asrama.
Ibubapa berfikirlah untuk masa hadapan anak2. Zaman ini adalah zaman ibubapa mencorak anak hatta ketika mereka sudah mula berfikir lagi. Jangan biar anak membuat keputusan kerana ibubapa lebih tahu dimana tahap anak2 mereka. Jangan putus asa dengan anak2. Hakimi mereka dengan terbuka. Biasa dengar dengan ungkapan "Tak boleh nak tukar dah, degil betul" pada anak yang baru berusia 12 tahun. Ibubapa teliti dahulu perkataan mereka kerana pada umur 12 tahun itu, siapa mereka untuk tahu itu degil atau itu dengar kata. Kita yang mencorak mereka dan kita perlu hadapi mereka. Jangan ringan tangan memukul atau tidak membuat endah kerana kedua2 tidak memberikan kersejahteraan kepada anak2. Belajar bersabar dan bertanya selalu pada anak2. Jangan Putus Asa.