Budak2 generasi Z adalah yang lahir selepas tahun 2000 akan menguasai dunia pada tahun 2020 nanti. Pada tahun 2000 dahulu, ketika aku masih bekerja dengan bank, ketakutan tentang virus computer 2000 akan menyebabkan computer akan undur ke belakang dimana computer tidak boleh membaca nombor selepas 1999 dan ini adalah mitos pada masa itu seperti nak jadi kuat kena makan muntah hantu.
Budak2 generasi Z ini akan menjadi satu generasi yang macam tahu semua perkara. Ketahuan mereka sebenarnya hanya berkisar tentang benda2 disekitar mereka sahaja. Mereka tahu tentang youtube, instagram, WhatsApp, facebook dan application yang membantu mereka. Mereka sebenarnya tidak tahu tentang surat, anakanda dan ayahanda, mesyuarat, tolong menolong, gotong royong dan hidup bermasyarakat. Hatta sebenarnya guru2 terpaksa menerangkan apa itu mesyuarat kepada budak2 yang berada pada tingkatan 1 - 3. Jika mesyuarat tidak pernah dibuat maka bagaimana mereka berkomunikasi. Mereka akan menjawab mereka menggunakan chat room seperti Instagram group atau WhatsApp group.
Anak2 aku semua berada dalam generasi Z yang terkejut bila aku cerita tentang menggunakan Pos Malaysia untuk menghantar maklumat kepada ibubapa ketika aku berada di asrama dahulu. Jika aku mahu memberitahu ibuayah bila hendak balik ke rumah, maka surat akan medium perantaraan dan perlu dibuat sebulan sebelum hari untuk balik. Surat perlu formal, Bahasa persuratan anakanda dan ayahanda perlu kuat dalam ingatan. Anak2 aku hanya dengar seperti tidak percaya dan buat2 tidak dengar. Cerita itu bagi mereka seperti cerita zaman dinasour.
Anak2 aku bermula dari 2005 sehingga 2013 lahir dalam keadaan telefon pintar ditangan, maklumat boleh dicari dari Google dan permainan yang diminta dari Darjah 1 lagi adalah PS 4 (playstation). Reaksi mereka terhadap sejarah amat memilukan. Semua cerita sukar mereka percaya dan perlukan aku untuk marah sebagai satu tanda cerita itu benar2 terjadi. Mungkin cerita tanpa video seperti YouTube membataskan kepercayaan mereka terhadap cerita2 sejarah.
Anak2 aku yang membesar Bersama Instagram mahu terus popular. Mencari follower yang terbanyak menjadi agenda paling penting. Mencari maklumat menjadi mudah pada mereka. Pendapat ayahibu boleh disangkal jika mereka lebih tahu. Aku bercerita tentang anak aku yang berumur 6 tahun dan bercerita tentang video streaming perihal hamster yang dia jaga.
Aku tidak mahu ketinggalan dalam mendidik mereka. Sesekali aku ke bilik mereka cerita tentang keadaan aku sekitar tahun 1970 an, masa aku kanak2 dahulu. Bagaimana permainan2 aku main dahulu dan bila semua radio dan TV perlu ada lesen. Dan TV hanya hitam putih. Dan mereka mendengar dan tercengang seperti biasa. Aku terus bercerita sehingga hari ini.