Yang selalu jengok

Friday, August 28, 2009

ATDI


Satu reunion untuk bekas pelajar2 Asrama Tun Dr Ismail dibuat di ATDI Kg Pandan pada 08/08/09. Batch yang datang pada hari itu adalah dari 85', - 89'. Satu inisiatif yang bagus. Setelah lebih dari 20 tahun tidak berjumpa keadaan fizikal masing2 sudah berbeza - BOTAK, BUNCIT, GEMUK, HITAM
KUDOS

BanGun Tidur




What a transformational? Mbah Surip penyanyi reggae di Indonesia yang terkenal dengan lagu..."Bangun Tidur" dan "Tak Gendong" meninggal dunia pada bulan July 2009 ketika populariti sedang naik. Berumur 60 tahun. Ditanam di sebelah kawan rapatnya Wahyu Sulaiman Rendra (WS Rendra) yang meninggal seminggu selepas MBAH SURIP.

Thursday, August 27, 2009

MakaNan


Nampak benda ni memang kena pakai straw. Gear Box. Phergh memang mengashikkan. Lelaki mesti kena Sup Gear Box ni.

Wednesday, August 26, 2009

100% bukan ANAK emas


100% Menang - Straight As' student - ANAK EMAS masih dicari - Calon - Nampak Ok, Cakap Ok tapi bukan sesuai. Undi dapat dikurang - peratus keluar undi pun kurang. Majoriti turun - % memilih naik? TAHNIAH

Tuesday, August 25, 2009

PoPiah basah


Baru 3 hari berbuka, menu yang paling kerap disaji (2 x) adalah popiah basah. Hari pertama berbuka pada Sabtu 22/08/09, popiah basah di Stadium Shah Alam sebagai pembuka selera untuk 1 Ramadhan 1430. Semalam 24/08/09 masih lagi dengan popiah basah. Macam2 inti yang boleh dilihat dalam popiah yang disediakan. Taugeh, telur, kacang tumbuk, sos pedas, kobis dll. Harga sekarang dah meningkat dari RM0.40 kepada RM0.70 ada tempat2 yang masih menjual 3 seringgit tetapi kecil.

NganTuk


Dalam peperangan Badar, Allah memberi nikmat ngantuk kepada tentera di bawah Rasullullah SAW seramai 313 orang. Nikmat ini telah memberi kekuatan untuk tentera bertempur selepas ngantuk itu dilayan. Tetapi sekarang kita mengantuk waktu khatib tengah berkhutbah, masa solat terawih, masa dengar ceramah. Tapi apa pun nikmat ngantuk Allah kurniakan pada kita.

Alien @ Orang CaCat @ Pelik


Orang mengatakan berbagai gelaran pada dia. Macam alien. Bukan manusia. Pelik dan Cacat. 2 rekod dunia dipadam di Berlin (Kejohanan Dunia) 100 m dan 200 m. Dan cara dia meraikan kejayaan. Superb dan sepanjang masa setia dengan cara yang sama. Tinggi 6' 5" (1.96 m). Macam2 panggilan untuk 'Bolt' tapi tiada satu pun memanggil dia PENIPU.

Monday, August 24, 2009

BirThday



Hari ni adalah hari Ulangtahun ke 4. Muhammad Aliff Nabil - 24/08/2009. Dia lahir pada pukul 10.30 am di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kos kelahiran tak lebih RM200. Seorang yang aktif dan berat badan semalam adalah 14.5 kilo (normal).

Baju BaRU

Baju baru kurung untuk anak perempuan sudah mahal. Harga tempah adalah RM25 tidak termasuk harga kain lagi. Tempah 3 bulan lepas baru dapat tapi berat badan anak dah naik 3 kilo. Nampak sendat dan SEXY.....

Macam BerJanJi




Bukan berzanji tapi berjanji. Muka YB Mohd Radzhi ni lebih kurang je dengan Adun Behrang, Jamaludin Mohd Radzi. Mungkin anak beranak. Radzhi dan Radzi. Lunas adalah tempat bermulanya kebangkitan Barisan Alternatif dibawah calon Saifudin Nusation dahulu. Sekarang nampak macam main2 je. PKR kena serious pilih calon.

BuLan MeRdeka


Bulan August setiap tahun adalah bulan Kemerdekaan kepada Malaysia. Apakah moto kemerdekan tahun 2009? Hadiah yang akan diberikan adalah melancong sambil belajar di sekitar Kuala Lumpur.

Super Gathering ATDIAN


Satu gathering diadakan di Asrama Tun Dr Ismail, Kg Pandan pada 08/08/2009. Perlawanan bola antara 40 kebawah melawan 40 ke atas.

Friday, August 21, 2009

Esok 1 RamaDhan


Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1430 @ 22/08/2009. Semoga ia akan menjadi Ramadhan paling hebat dalam hidup kita. INSYAALLAH

CapitalisM



Dalam The Economist edisi, "Capitalism melt downed". Betul ke?????Pengedaran duit di sesuatu tempat selalunya terus kekal seperti biasa kecuali ada komplot cuba menyorokan duit untuk simpanan sendiri. Tapi untuk apa....Contoh: jika dalam pasaran ada 50 billion duit beredar di dalam tangan pengguna dan 40 billion dari itu berada dalam tangan taikun2 kaya, adakah duit para marhain yang 10 billion akan bertambah jika mereka berbelanja sekarang. Taikun2 kaya pasti mengumpul duit tersebut untuk dilaburkan di tempat lain. 10 biliion akan berkurangan dan taikun2 kaya terus kaya. Dan ini cerita bukan lagenda sampai sekarang.

H1N1 bukan B1N1 (siri2)


Malaysia telah merekodkan kadar tertinggi penyularan H1N1 pada hari Khamis 20/08/09 lebih dari 550 orang dalam sehari. Kadar tinggi ini sepatutnya menakutkan. Tetapi tindakan bena tak bena menyebabkan pengetahuan tentang H1N1 sekadar mengira sahaja dengan andaian kita tak kena. Cadangan : Hari Jumaat sepatutnya sebelum masuk Masjid, ahli jamaah hendaklah dipastikan tidak panas sehingga 38 Celcius, memakai topeng mulut, memgambil air sembahyang dimasjid (walaupun sunat mengambil di rumah dan solat sunat di masjid). Perhimpunan mingguan yang besar ini paling senang untuk merebaknya H1N1.

Teori Pembayaran Minimum


Satu penyelidikan dibuat oleh Neil Stewart dari Universiti Warwick tentang obsess kepada nombor. Dia berkata "Being exposed to numbers, it could affect people decision." Bermaksud melihat terlalu obsess dengan nombor, ia akan menyebabkan keputusan berubah.

413 orang telah diuji dengan pilihan untuk makan malam di 2 buah restaurant yang menggunakan nama sama kecuali nombor "Cafe 17" dan "Cafe 97". Result menunjukkan orang lebih banyak berbelanja di Cafe 97 dari 17. Kenapa? Kerana nombor!  Nombor yang lebih besar kemungkinan lebih sedap dari nombor yang rendah.  Nombor menukar keputusan hati kita.

Respondent juga diberi satu statement credit card berjumlah 435.76 dan bertanya berapa yang mereka akan bayar?. Jawapan yang diterima agak pelik. 40% hendak membayar separuh dari hutang. 42% hendak membayar pembayaran minima yag tertulis dan lebihan 18% cuba mengira berapa minimum payment dan hanya mahu membayar hutang tersebut. Maka sebagai banker anda....JANGAN LIHAT MINIMUM PAYMENT LAGI, bayar ikut kemampuan. Nombor kadang2 menjadi penunjuk arah kita.  

Maka sebenarnya bank2 tidak perlu meletakkan pembayaran minima di penyata bank itu.  Hanya perlu meletakkan satu nombor dan pasti cuma beberapa peratus sahaja akan mengira tepat dan membayar.  Selain dari itu akan membayar lebih dan membayar apa yang tertulis.  Ini boleh menyelamatkan hutang kredit di Malaysia. 


JanGan Sedih


Kanak2 memang sedih kalau tidak dapat apa yang mereka mahu. Kemurungan adalah perkara normal berlaku pada kanak2. Tetapi jangan biarkan kemurungan mereka tidak dilayan. Mereka mahu dimanjakan lebih dari orang lain hatta adik beradik mereka. (sources : STAR 19/08/2009)

Wednesday, August 19, 2009

Dapat basikal di Permatang Pasir

Gembira sungguh anak2 kecil ni kerana akan mendapat basikal baru. TPM janji akan jadikan Permatang Pasir "anak emas ke2" selepas Dun Manek Urai "anak emas 1st". Hip Hip Horee.

FeaR

Baru tahu dan boleh berkongsi dengan isteri tentang ketakutan yang sama. Johnny Depp rupanya takut dengan clown. Kenapa phobia ini terjadi. Ada yang takut lipas, takut tinggi, takut kotor, takut air. Mungkin masa kecil2 dulu ada insiden yang melibatkan benda2 phobia ini. Isteriku masih meRahsiakan segalanya.
Fear of clowns - Coulrophobia (sources phobialist.com)

aMah Pembantu Rumah

Mengaku salah menyerang majikan dengan kerusi, pisau dapur dan mortar. Di penjara 4 tahun dan 8 bulan. Berasal dari Indonesia. Siapa yang benar? Isu masih jadi isu.

Kena SeBat


Seorang part time model akan disebat sebanyak 6 kali bermula pada 24/08/09 kerana minum air beralkohol di sebuat hotel di Cherating, Pahang. Dia akan dirotan oleh seorang perempuan jugak. Hukuman rotan ini adalah yang pertama dijatuhkan hukum oleh mahkamah Syariah.
Dalam hukum Syariah @ takzir, rotan hendaklah ditarik tidak tinggi seolah2 ada buku di celah ketiak kalau diangkat akan jatuh dan tidak melebihi bahu. Buku tu hendaklah kekal di celah ketiak. Siapa yang mahir dalam merotan orang macam ni? Insyaallah ini akan menjadi pelajaran yang baik untuk kita di masa hadapan.

ViRus Babi

Semalam 18/08/2009 di Malaysia. Penyakit yang pelik ni mungkin sama macam di Sepanyol dulu pada tahun 1930an (Spanish Flu) yang meragut lebih dari 100 juta manusia. Cuma pada masa dulu tidak ada internet, maklumat lambat, Malaysia tak merdeka lagi, UMNO tak de, PAS pun tak de. Kenapa peningkatan ini terus-terusan naik dan tidak dilapurkan dimana mereka berada - alamat - untuk kita semua buat pemeriksaan.

Penyeri Padang


Kalau main Golf, ada bebudak ni permainan golf boleh jadi Ok atau teruk. Kadang2 kita menjadi lebih hebat kerana bebudak ni. Kadang2 kita bertambah miang lepas main golf mungkin dari baik ke tak baik. Tetapi yang pasti mereka cari makan walau apa pun yang orang kata. Ayuni dan Tina adalah caddy di mountain View Bandung yang sempat berborak.

Monday, August 17, 2009

JanGan Rasa Tiada



Saya merasakan kepadatan penduduk di Indonesia dan India malah China akan memberi gelombang ke2 paling besar dalam influenza A (H1N1). Kadar rendah semasa di Indonesia dan India bukan indicatif bahawa kadar H1N1 tidak masuk ke dalam negara mereka. Penyularan tempatan mungkin tidak ada lagi tetapi jika kurang prihatin untuk kuarantin dari negara2 yang dikira sebagai pandemic maka local transmission lebih susah nak kontrol. SILA AMBIL PERHATIAN

pRomoSi



Kami masih memberi kadar keuntungan terendah di pasaran untuk AITAB (Al Ijarah Thumma Al Bai) sewa pembelian kenderaan. Sila telefon kami cawangan Klang 603-33447215. Kadar keuntungan adalah dari 2.85% sehingga 7 tahun

PanDemic


Rasanya kita dah kena pakai macam ni. Simptom penyakit pelik sudah melampaui fikiran. Mengikut statistic kadar kematian kerana penyakit ni akan melebihi kadar demam denggi dalam masa 4 bulan berbanding denggi statistic setahun 69 kematian. Bersedia untuk tutup muka

Sunday, August 16, 2009

JaM



Kadang2 untung main golf ni. Masa main di Bandung pada 07/08/09 dulu dapat hadiah jam - Polo Club Britania. Goodies kata golf player. Isteri pun kadang2 suka suami dapat hadiah voucher di Sogo, Jaya Jusco dll. Kadang2 golf kena associates dengan shopping for wife pleasure dan akhirnya isteri suka suami main golf.

Main2


Semalam join tournament di Glenmarie dengan Army BPA. Main stable ford 36 concept dan dapat stroke score 44 1st nine dan 46 2nd nine. 4 par. Point mungkin dalam 34 - 36. Tapi tak dapat hadiah sebab Bank Muamalat belanja Army. Biasalah business call.

Friday, August 14, 2009

Kreatif Selling











Pakaian dalam untuk Jualan. Semasa di Bandung di kawasan Jalan Riau. Nak test sila masuk dalam van.

Thursday, August 13, 2009

Teringat Makan


Pecel Lele = Ikan keli
Mungkin ikan keli bakar kot. Sedap hingga menjilat kaki.

BanDung bukan mee



Suasana di Bandung, waktu selepas Subuh. Yang syoknya bila bangkit ni tahu hari tu nak main golf.

NoorDin NgeTop

Dan terbukti bukan teroris Nordin M Top yang diganyang di Temenggung Indonesia tetapi Ibrohim salah seorang yang terlibat dalam meletupkan JW Marriot. Nordin M Top masih di luar sana.

Wednesday, August 12, 2009

GolF di Bandung


Main di Mountain View Bandung. Tee Off pukul 12.00 pm @ 1.00 pm Malaysia. Caddy nama Tina. Suasana panas tapi menjelang petang suasana lebih sejuk. 1st nine 46 2nd nine koyak 59 stroke.

TiuB AnGin


Nampak pekerjaan yang tidak ada di Malaysia. Kalau tayar pancit boleh singgah isi angin di sini. Nampak pada hari pertama di Bandung, Indonesia. Mula2 ingat dorang buat tong NGV tegpi jalan - ada tourist guide beritahu tentang kerjaya ini. HEBAT.

Tuesday, August 11, 2009

NorDin M tOp


Sepanjang malam pada hari Jumaat di Indonesia disiar secara lansung dari Temengung daerah Jawa Timur. Rumah dikepong lebih dari 17 jam dan sekali sekala terdengar ledakan pistol dan senapang dari rumah dan luar rumah. Penembak tepat terus membedil rumah yang disyaki lebih dari 4 orang tetapi drama terus berlaku dengan beberapa wartawan dibenarkan berada disekeliling kawasan rumah sambil membuat ulasan. Pelik dan mungkin terlalu lama, yang disyaki sebagai Nordin M Top tewas ditangan pihak polis. Tetapi pada pagi Sabtu itu 08/08/09 hanya satu keranda yang dikeluarkan dari rumah itu. Penat tunggu. 2 robot digunakan untuk menjadi alat merakam keadaan dalam rumah dan disyaki Nordin M Top hanya dijumpai di dalam bilik air dalam keadaan sudah meninggal. ADAKAH TERRORISM AKAN BERAKHIR?????????

PANDEMIC



Saya baru balik dari Indonesia pada 09/08/09. Membaca akhbar Tempo bertarikh sama memperlihatkan beberapa ketidakseimbangan tentang penyakit pelik ini. Penduduk Indonesia sekarang dalam lingkungan 330 juta orang dan penyakit influenze A (H1N1) yang disyaki hanya lebih kurang 650 dan masih tiada kematian. Bandingkan negara kita yang 26 juta sudah ada lebih 1500 disyaki dan setiap hari sekarang terus ada kematian dan sehingga hari ini sudah ada 32 orang. Penyakit biasa tetapi pencegahan luar biasa.

Monday, August 3, 2009

GAMES

Kanak2 hendaklah dibenarkan main secukupnya. Di padang permainan, di padang bola, di laman rumah dan di mana2 tempat permainan. Banyak perkara yang dipelajari oleh kanak2 di tempat2 begini. Contoh pengetahuan yang akan sampai pada mereka adalah cara bergaduh, cara berkawan, menangis, main bersama2, berkongsi permainan, sabar menanti orang lain, sakit, seronok, berpeluh, jatuh, luka lutut, baju kotor, stamina, penat, malam, siang, ramai orang, sedikit orang, rumput, batu, pokok, plastik, air, aiskrim, Ali, Ah Chong dan Ramasamy. JANGAN TAHAN ANAK DARI BERMAIN.

Tong Gas Meletop


Semalam 02/08/09, di Kg Melayu Subang pada pukul 8 - 9 mlm dekat rumah Wak Sipon, sebuah gudang gas telah meletup dan menyebabkan beberapa rumah terbakar. Satu derma kilat dilancarkan pada Subuh 03/08/09 oleh Tok Nazir, masjid An Nur selama 3 hari. Sesiapa pun boleh menderma duit, pakaian, kain selimut dll. Tolong dan bantu dalam masyarakat amalan terpuji.