Yang selalu jengok

Friday, August 21, 2009

Teori Pembayaran Minimum


Satu penyelidikan dibuat oleh Neil Stewart dari Universiti Warwick tentang obsess kepada nombor. Dia berkata "Being exposed to numbers, it could affect people decision." Bermaksud melihat terlalu obsess dengan nombor, ia akan menyebabkan keputusan berubah.

413 orang telah diuji dengan pilihan untuk makan malam di 2 buah restaurant yang menggunakan nama sama kecuali nombor "Cafe 17" dan "Cafe 97". Result menunjukkan orang lebih banyak berbelanja di Cafe 97 dari 17. Kenapa? Kerana nombor!  Nombor yang lebih besar kemungkinan lebih sedap dari nombor yang rendah.  Nombor menukar keputusan hati kita.

Respondent juga diberi satu statement credit card berjumlah 435.76 dan bertanya berapa yang mereka akan bayar?. Jawapan yang diterima agak pelik. 40% hendak membayar separuh dari hutang. 42% hendak membayar pembayaran minima yag tertulis dan lebihan 18% cuba mengira berapa minimum payment dan hanya mahu membayar hutang tersebut. Maka sebagai banker anda....JANGAN LIHAT MINIMUM PAYMENT LAGI, bayar ikut kemampuan. Nombor kadang2 menjadi penunjuk arah kita.  

Maka sebenarnya bank2 tidak perlu meletakkan pembayaran minima di penyata bank itu.  Hanya perlu meletakkan satu nombor dan pasti cuma beberapa peratus sahaja akan mengira tepat dan membayar.  Selain dari itu akan membayar lebih dan membayar apa yang tertulis.  Ini boleh menyelamatkan hutang kredit di Malaysia. 


No comments:

Post a Comment