Sehari selebar benang, lama-lama menjadi kain. Sehari satu cerita diceritakan, pasti hidup lebih bererti.
Dalam kehidupan sekarang, maklumat terdapat di dalam internet. Sesorang hanya perlu buka dan taip benda yang mereka mahu tahu. Perlukah buku kalau internet ini sudah menjadi satu benda rujukan.
Al Quran juga sudah menjadi bahan di andriodkan. Kitab ini akan menjadi pengajar kepada kita hatta untuk menyebut atau mengajar cara mahraj yang betul. Betulkah buku ini tidak diperlukan.
Bukan mudahnya mereka yang hi-tech (seorang yang terlalu menggunakan teknologi) mahu membaca. Surat khabar tidak diperlukan lagi, berita hanya berada di tangan dan maklumat lebih cepat dari buletin utama.
Kenapa perlu ada buku ini? Mengikut Tengku Saharom pensyarah UiTM dalam buku kekasih - sesuatu yang tidak pernah merajuk dan sentiasa setia pada tuannya. Orang yang membaca pasti tahu bagaimana untuk bercerita. Bukan cerita yang dikutip dari drama2 Sepanyol atau cerekarama untuk diceritakan,
Cerita dalam buku ini digarap dari berbagai sudut. Dikutip dari cerita kanak2, pengalaman penulis, diceritakan pada penulis dan terdapat setiap hari tetapi tidak dipedulikan.
Cerita tentang ikan, kereta buruk, tentang kematian boleh diberitahu pada anak2 dan kawan2 untuk menghadapi hari2 mendatang.
No comments:
Post a Comment