Yang selalu jengok

Thursday, September 30, 2010

Kuasa BNM


Diumumkan beberapa hari lalu, perlantikan semula Ng Wing Fai sebagai Pengarah di EON Capital Berhad ditolak oleh BNM. Kuasa ini telah digunakan secara autokrat dalam beberapa insiden walaupun pemegang saham majoriti mahu memilih sendiri. Polisi ini terdapat di dalam BAFIA 1989. Keputusan menolak dibuat kerana pergaduhan dalaman yang mendapat liputan meluas pada tahun 2010.

Sir Edmund Hillary


Edmund Hillary berjaya menawan Gunung Everest pada tahun 1953. Tahun sebelum itu, 1952 dia gagal menawan Gunung Everest dan telah dipanggil dalam satu konvensyen. Semasa dia naik ke pentas, semua orang bertepuk tangan gemuruh pada hujung tahun 1952. Dia memulakan ucapan "Saya gagal menawan gunung Everest tahun ini. Saya pasti akan menawan suatu hari kerana gunung itu tidak lagi boleh membesar tetapi saya akan terus membesar" - it's has grown enough but I still growing.

Orang Muda Lagi

Pada suatu masa ketika Khalifah Umar Abdul Aziz dilantik sebagai Khalifah. Berduyun2 orang datang mengucapkan tahniah. Datang berseorangan atau berkumpulan. Kalau berkumpulan, wakil dilantik untuk berucap. Salah satu kumpulan atau wakil kaum, wakil dilantik hanya seorang budak. Lalu Khalifah Umar Abdul Aziz bertanya jika ada orang yang lebih berusia untuk ditukar dengan budak tersebut. Budak lelaki itu berkata "Ya Amirul Mukminin, jika usia lah menjadi ukuran, maka tempat duduk kamu sekarang sepatutnya orang lebih tua menjadi Khalifah". Budak lelaki itu dibenarkan berucap menjadi wakil kaum itu.

Wednesday, September 29, 2010

SALUTE kepada Orang Muda


Pada suatu ketika Imam Abu Hanifah bercakap pada seorang budak kecil "Baik2 jalan, jangan terjatuh dalam lumpur nanti kotor". Budak itu berpaling lalu berkata "Ya Imam, Baik2 membawa diri jangan sampai terjatuh ke lubang batil, akan runtuh Islam". Terdengar kata budak kecil itu, Imam Abu Hanifah bermuhasabah sendiri. Disebabkan perkara itu, Imam Abu Hanifah tidak pernah mengeluarkan fatwa sendiri tanpa berbincang dengan murid2nya. Hormat orang MUDA.

Tuesday, September 28, 2010

DUN Galas


Semua kena siap sedia. Duit banyak akan ditabur di Dun Galas. Janji jangan cerita lebih banyak dari biasa. Kedai jual basikal boleh tumbuh macam cendawan lepas hujan. Rumah untuk disewa dah boleh tampal iklan kat masjid. Ikan belut nak buat sup kena sedia. Kat situ mungkin sesuai untuk pacak buat jambatan baru. Semua orang kena turun. Perkasa atau tidak. Popular atau tidak. Calon perempuan bebas hari itu kena panggil balik. Suruh dia berhenti jual kain kat kampung dia. Meriah macam sarkis.

Kebocoran


Semalam hujan terlalu lebat. Kesesakan lalulintas berlaku luar biasa. Perjalanan 5 minit menjadi 1 jam. Yang dekat terasa jauh. Dalam ekonomi kehilangan minyak yang tidak terkira boleh dikatogerikan sebagai kebocoran ekonomi. Kalau dikira dengan jumlah kenderaan di jalanraya pada masa kesesakan di Kuala Lumpur dan kehilangan minyak semasa kesesakan mungkin lebih dari RM10 juta lesap. Syarikat minyak mendapat duit mereka tetapi pusingan ekonomi terhenti kerana kesesakan tanpa menyuburkan peredaran ekonomi. Minyak lesap ekonomi tak berjalan macam jalan sesak juga.

Monday, September 27, 2010

Malaysia Boleh


Datuk Mazlan (bukan lelaki) adalah orang pertama mungkin dapat bercakap dengan mahluk asing (alien). Apa kita sebagai rakyat Malaysia nak tolong pesan kat alien ni. Korang punya kereta kita dah cipta kat sini namanya "Juara". Kami ada mufti lebih dari 10 orang. Kami ada raja lebih dari 5 orang. Kita banyak buang bayi. Kalau hari raya, kat Malaysia lebih bahaya dari Baghdad yang sedang perang. Wow Malaysia boleh.

Budak Jahat zaman sekarang


KPN Baru, Tan Sri Ismail Omar mengeluh perangai budak2 sekarang. Seorang bijak pandai agama mengatakan "Kita hendaklah berfikir seperti anak2 zaman sekarang". Maksudnya apabila naik umur kita, kita mesti berfikir macam anak2 yang meningkat naik. Jahat dulu tak macam nakal sekarang. Kaki perempuan dulu tak macam sosial sekarang. Disco dulu tak ada ectascy macam sekarang. Tan Sri kena jadi budak2 kalau nak fikir apa budak2 nak buat. Kita adalah cermin masa depan anak2 ? Boleh pakai lagi tak ayat ni?

RM7,209.80 untuk 1 kaki tanah


Gila. Tak masuk akal. Banyak sangat duit. Salah nasihat. Ini adalah rekod jualan tertinggi setelah RM2000 sekaki pada December 2009. Datuk Lim Siew Choon membayar RM210 juta untuk 29,127 kaki tanah di Jalan Bukit Bintang. Semua ahli perniagaan mengeleng kepala kepada Datuk seorang ini. Tetapi jika dilihat dari kuasa yang ada sekarang iaitu menguasai pasaraya Pavilion dan Farenhait di Bukit Bintang, tak pelik perbuatan Datuk ini. Siapa dia Datuk ini? Namanya keluar bila Sungai Besi Airbase hendak dikomersialkan. Isu yang kita akan lihat dimana kita dah tak mampu tinggal di tengah2 Bandaraya lagi. Espatrait @ office sahaja boleh duduk kat KL. Kita datang habiskan duit dan buat buih bila hari Merdeka je.

Monday, September 20, 2010

Suicide @ Bunuh diri


Dalam satu hadis Qudsi, Allah berfirman bahawa orang yang bunuh diri tidak akan masuk syurga. Bunuh diri adalah salah satu dosa besar. Mengambil nyawa tanpa hak. Mendahului Allah SWT. Manusia diuji - gaduh dengan bini, kena cekup dengan bini, gagal bercinta, kena buang kerja, anak sakit tak berhenti2, kita sakit, semua keluarga mati serentak, jalan jem, kena tangkap dengan polis, tak dapat nak tutup cerita kawin dua. Manusia hanya perlu bertaubat dan jangan putus asa dengan rahmat Allah.

Sunday, September 19, 2010

Lepas Solah Subuh


Semua orang akan berdiri dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sambil bersalam. Orang yang lebih kurang 20 orang akan bersalaman. Habis semua bersalaman maka jadilah sebuah bulatan dan semua bertentangan mata. Lalu imam akan bertanya "Apa khabar tuan2 hari ini" dan jamaah akan menjawab "baik". Rutin ini telah dibuat bertahun2 semenjak imam tua lagi. Berlaku satu jenaka ketika imam itu sakit satu masa dulu. Imam ke 2 mengambil tempat imam tua dan perkataan pertama keluar dari imam ke 2 adalah "Apa khabar tak de hari ini" dan semua jamaah ketawa.

Saturday, September 18, 2010

Pelaburan dalam Islam


Satu ketika Rasulullah SAW bersabda "Tahukah kamu apa itu orang muflis". Lalu sahabat menjawab "Orang yang tiada emas dan dinar". Rasulullah menjawab "Orang yang muflis di akhirat nanti adalah apabila kamu berbuat jahat pada seseorang, nanti di akhirat pasti orang itu akan menuntut. Lalu segala pahala yang ada akan diberi pada orang yang teranaiya dan jika pahala habis, maka dosa orang itu pula kita ambil. Ini adalah muflis disisi Islam."

Friday, September 17, 2010

Tak raya......


Sosilawati salah seorang jutawan yang hilang sejak 30 Ogos 2010. Setelah 2 hari raya, Utusan adalah akhbar pertama melaporkan berita dibunuh. Akhbar2 lain masih bercerita tentang kehilangan. Sebelum itu DS Najib berucap menyatakan kreditabiliti sesuatu berita yang terdapat diblog2 atau selain media utama. Hanya media2 utama mempunyai fakta dan ini terbukti apabila akhbar yang mendukung kerajaan iaitu Utusan mendapat berita paling sensasi dan paling cepat melaporkan. Beberapa hari akhbar utusan terus menjadi pilihan dari akhbar2 lain. Taktik mendapat berita mutakhir lebih cepat dari akhbar lain memang hanya terdapat jika ada bantuan. Akhbar2 lain atau media2 lain kena belajar.

Monday, September 13, 2010

Menunggu Subuh

Sebentar lagi akan berkumandang azan tepat 5.53 am di Masjid Baling dan kawasan2 sewaktu dengannya. Tunaikah solah dan keluarkan zakat.

Sunday, September 12, 2010

Sembang Raya


Sosilawati hilang. Penculikan dan khianat. Dan pasti ada yang kenal. Kena saman. JPJ kacau, sekatan jalan, polis mengendap. Siti Nurhaliza. Popular lagi ke, asyik rancangan dia je. Makan. Kueh beli kat mana, buat ke beli. Duit. Beraya sakan, pinjam bank nak raya. Politik. Perkasa, UMNO, PAS. Kita. Duit dah habis dan gaji lambat lagi.

Raya diukur


Tak buat rumah terbuka, orang tak datang. Tak dijemput tak ada yang singgah. Tak hantar 'hamper' tak sambut raya. Tak bagi duit raya lagi tak raya. Tak dijemput tak datang rumah. Dijemput, mengomel bukan rumah terbuka. Hatta, raya sebenar hanya berlaku disekitar saudara mara sahaja. Datang tak payah jemput, lama tak jumpa jadi panduan, setahun sekali paling penting. Kalaulah kita boleh menjadi kanak2 yang hanya perlu beramai2 menyerbu semua rumah pasti ukuran raya berbeza iaitu peket raya membezakan karekter orang dan perbincangan isi peket raya akan berlansung sehingga rumah seterusnya. Dan jangan lupa akan diingat oleh kanak2 sampai tahun2 berikutnya. Ukur raya ikut kemampuan.

EID 1431


Setelah sebulan berpuasa, berperang dengan nafsu, berterawih dan berzakat fitrah, sepatutnya kita kembali ke fitrah sebenar. Bersih dari dosa2 lalu. Hari Raya Aidilfitri disambut dengan bertakbir dan bertahmid. Bulan Ramadhan yang di hari2nya terdapat turunnya ayat yang pertama pada malam 17 Ramadhan dan Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Kemenangan sebenar apabila kita sudah berkursus sebulan dibulan Ramadhan maka kita boleh mengambil pendekatan bagaimana kita berperasaan apabila datang waktu Magrib. Menanti azan tanpa cuba lambat seminit pun. Menunggu Isyak dan terawih di masjid. Mendengar azan subuh membeza waktu sahur dan imsak. Renungkan kembali bagaimana kita pentingkan waktu bulan Ramadhan dan pasti nikmat kemenangan kita akan rasa. Insyaallah.

Monday, September 6, 2010

Rugikah RM9 Bilion?


Kerajaan mengumumkan kerugian disebabkan berlaku kemalangan semasa di bulan perayaan sebanyak RM9 bilion. Semua kenderaan yang berlanggar mempunyai kos, insuran terpaksa dibayar, insuran nyawa terpaksa juga dibayar jika ada, kos menunda kenderaan, kos membetulkan pembahagi jalan, kos kematian khairat, kos membetulkan kenderaan, kos balik saudara mara hendak zairah kematian dan kos2 yang berkaitan. Siapa yang mendapat limpahan ekonomi ini? Rugi RM9 bilion tapi duit di pasaran bertambah RM9 bilion.