Gila. Tak masuk akal. Banyak sangat duit. Salah nasihat. Ini adalah rekod jualan tertinggi setelah RM2000 sekaki pada December 2009. Datuk Lim Siew Choon membayar RM210 juta untuk 29,127 kaki tanah di Jalan Bukit Bintang. Semua ahli perniagaan mengeleng kepala kepada Datuk seorang ini. Tetapi jika dilihat dari kuasa yang ada sekarang iaitu menguasai pasaraya Pavilion dan Farenhait di Bukit Bintang, tak pelik perbuatan Datuk ini. Siapa dia Datuk ini? Namanya keluar bila Sungai Besi Airbase hendak dikomersialkan. Isu yang kita akan lihat dimana kita dah tak mampu tinggal di tengah2 Bandaraya lagi. Espatrait @ office sahaja boleh duduk kat KL. Kita datang habiskan duit dan buat buih bila hari Merdeka je.
No comments:
Post a Comment