Yang selalu jengok

Monday, November 29, 2010

Menjadi Muda


Muda memang menggembirakan. Berjumpa dengan kawan2 lama yang tidak seliar anak muda, nampak sangat mereka kerugian zaman muda. Tiada cerita yang hendak diceritakan pada sesiapa. Terpaksa meminjam cerita orang untuk bercerita dan kadang2 menokok tambah bagi cerita menarik. Anak muda bebaskan minda dan membuat revolusi. Bukan melawan tapi berkreatif.

Sunday, November 28, 2010

Jual Beli Pekerja - Bank 2


CEO yang berpandangan jauh dan tahu tentang berniaga, sepatutnya melihat peluang mencipta duit senang ini sebagai business baru. Jangan cuba berlawan harga dengan bank2 luar negara. Mereka datang dengan keadaan kosong tanpa kerugian dan duit tukaran yang tinggi tidak memberi masalah kepada mereka. Latih pengurus2 yang senior sekarang supaya berdaya saing dan boleh dipasarkan. Selalunya CEO akan marah2. Fikirlah seperti Alex Ferguson atau Asene Wenger menjual untuk membeli pemain2 baru yang boleh dilatih. Jual mahal dan beli murah.

Jual Beli Pekerja - Bank 1


Bank2 baru mungkin akan beroperasi di Malaysia bermula pada 2011 nanti. Permintaan tinggi pekerja yang mahir akan berlaku. Perpindahan dan permintaan ini menyebabkan bank2 yang sedang beroperasi akan mengalami kejutan kehilangan pekerja2 mahir. Pengurus2 yang berpengalaman dicari dan diberi peluang kenaikan gaji lebih 40%. Ini akan menyebabkan perpindahan akan berlaku. Kebanyakan bank2 ini akan beroperasi secara Islamic - National Bank of Abu dhabi, Al Baraqa group, Mizuho, Mandiri, Sumitomo Mitsui dan BNP Paribas. Apa yang sepatutnya CEO bank2 di Malaysia buat adalah seperti EPL - menjual pekerja yang telah mahir kepada bank2 baru ini. Perpindahan yang berstructur akan membolehkan mencipta duit senang. Kenapa perlu marah2 apabila pekerja kita digoda dengan kenaikan gaji yang kita tak mampu nak tanggung. Sekarang apabila pekerja sendiri berhenti, dia mestilah memberi notis sebulan aatau 3 bulan. Kadang2 bank2 baru ini sanggup membayar segala kos untuk mendapat pekerja2 ini. CEO yang bijak cuma perlu memendekkan notis itu dan berurusan dengan bank yang mahu pekerja itu membayar. Dalam undang2 sekarang "Pitching" - bank yang mengambil pekerja mesti membayar kos pembelajaran selama 2 tahun dan gaji sepanjang notis berhenti jika mahu pekerja itu masuk secepat mungkin. Mungkin pekerja bank sekarang boleh dilayan seperti pemain bola professional.

Friday, November 26, 2010

BANK di Ireland


Pegangan Kerajaan Ireland di dalam bank2 di sana terpaksa dinaikkan kerana bank2 disana tidak mampu untuk bergerak tanpa duit baru. Pegangan yang dahulunya sebanyak 35% dinaikkan kepada lebih 80%. Sessi menyelamatkan ini akan menyebabkan bank2 terpaksa mengikut kata2 Kerajaan seperti kurangkan mengeluarkan pinjaman, banyakkan simpanan, ketatkan pengeluaran pinjaman, kuat kuasa bayaran pinjaman. Ekonomi seperti ini adalah yang dilihat oleh IMF sebagai penyelamat paling cepat iaitu Bank dipaksa ikut kata. Ia juga dapat menyelamatkan pekerja2 bank dari dibuang. Cerita2 begini adalah ulangan sebahagian dari ekonomi terdahulu. Bank2 Malaysia juga membuat perkara yang sama cuma pegangan kerajaan tidak dinaikkan.

Wednesday, November 24, 2010

'Bailout' tak Ketahuan


November 2008 dulu, Iceland terjerumus dalam posisi keadaan negara tergadai. Terpaksa menerima injeksion dari luar untuk menyelamatkan ekonomi yang berhutang. Pada November 2010 ini, Ireland menghadapi masalah yang sama. Duit tiada dipasaran untuk membeli belah. Banyak projek perumahan terbengkalai dimana Bank2 tidak mahu mengeluarkan duit lagi - takut2 orang tak mahu beli. Kita di Malaysia nampak macam tidak terkena biasan. Pesta membeli belah juga akan terus bermula. Stimulus pertama sebanyak RM7 bilion dan stimulus kedua dulu RM60 bilion untuk 2009 dan 2010 sudah masuk pasaran. Tapi harga barang tidak turun seperti diharapkan. Untuk peringatan tunjang kedua stimulus adalah mengurangkan masalah kenaikan harga barangan.

Tutup Kepala


Ada cerita tentang 2 tentera yang sedang mengintai perempuan2 orang asli tengah mandi tanpa berpakaian di sungai. Setiap kali seorang sudah habis mandi, mereka akan naik ke darat dan menutup kepala keseluruhannya. Bahagian tubuh lain tidak ditutup.

Tentera yang mengintai terus menikmati pemandangan yang memberahikan. Tetapi salah seorang tidak puas hati apabila sampai ke 3 orang perempuan asli masih menutup muka tapi tidak menutup tubuh. Lalu dia menerpa ke sungai apabila perempuan asli yang akhir ingin keluar dari sungai. Muka masih ditutup dan berlari terus ke tempat tinggal mereka.

Tentera itu mengejar dan bertanya terus kepada perempuan asli itu. "Kenapa tutup muka ni"......Perempuan yang tidak berpakaian dan bertutup muka lalu menjawab "Muka je lain, bawah semua sama....kalau orang nampak kami malu". 

Begitulah gambar di dalam akhbar bila penjahat dibawa ke mahkamah, kena tangkap dengan majlis perbandaran dan sebagainya. Asal salah dan dibawa ke mahkamah maka penutupan muka terpaksa dibuat.  Tutup dengan baju, surat khabar atau apa sahaja yang boleh. Banyak kita belajar dengan orang asli.

Saturday, November 20, 2010

Kehidupan Bermula


Betul2 pelik. Setelah bekerja lebih dari 20 tahun dalam perbankan di Malaysia, keputusan berhenti kadang2 memerlukan kekuatan luar biasa. Hari ini aku berumur 40 tahun ikut kelendar Al Masih. Sudah 17 hari duduk di rumah menjadi suri rumah sepenuh masa. Menghantar anak ke sekolah, hantar isteri ke tempat kerja, membasuh, memasak, melipat kain dan segala kerja rumah. Dan betul2 kehidupan baru bermula. Menghiburkan.

Tuesday, November 16, 2010

Metro Mekah


Keretapi pertama di Mekah menghubungkan 3 tempat penting Arafah, Muzdalifah dan Mina semasa mengerjakan Haji sudah bermula pada musim haji tahun ini. Keretapi ini disediakan pada tahun ini hanya untuk orang2 Arab dan negara2 teluk sahaja kerana kapasiti baru bermula hanya 35% siap. Perjalanan dahulu yang memakan masa lebih 5 jam dari Arafah ke Muzdalifah berkurangan kepada hanya 20 minit. Kenderaan bas sebanyak 3,000 buah dan kenderaan sendiri tidak dibenarkan masuk ke Arafah seperti tahun2 dahulu memang membantu perjalanan Haji tahun ini. Insyallah perjalanan yang lebih senang ini dapat menambah iman dalam hati dalam beribadat dari seperti selalu jemaah Haji komplen perjalanan yang tersekat2.

Wall Street - Money Never Sleep


Michael Douglas pernah menang anugerah oskar sebagai pelakon terbaik untuk filem Wall Street yang pertama. Sekuel ini hanya keluar setelah lebih 20 tahun (1987). Cerita lama dulu lebih berat dan gelap keadaan Gordan Gerko - watak utama Wall Street. Insider trading menjadi tunjang utama cerita lama dulu dan sekuel baru ini menceritakan tentang keadaan ekonomi Amerika ketika tunggang langgang 2 tahun lepas. Tidak memberikan impak besar jika ingin mengetahui tentang dunia spekulasi atau pencipta2 rumours ekonomi. Aksi pelakon utama Micheal Douglas seperti apabila dia diketahui ada kanser. Tak menyeronokkan.

Sunday, November 14, 2010

Jam Besar Mekah


Boleh dilihat dari jarak 30 km. Berada di Abraj Al Bait Towers. Berat 23 tan dengan jarum jam seberat 7 tan dan jarum minit seberat 9 tan. Berdiameter 43 meter dan mercu tanda baru ini baru bermula pada Ramadhan tahun ini 1431. Keseluruhan kos USD800 juta. Berada di puncak tertinggi di Mekah dan boleh dikira sebagai jam terberat dan tertinggi di dunia.

Social Network


Cerita benar berdasarkan tentang Facebook dan Mark Zukerberg. Cerita bermula pada tahun 2003 sehingga Facebook dilahirkan pada 2004. Sekarang Facebook sudah merekodkan lebih dari 500 juta pengguna dan kadang2 kita tak mengerti mengapa pergerakan kawan2 kita mahu diketahui dan pergerakan kita terus sampai secepat mungkin sebagai maklumat. Filem yang berdasarkan sebuah buku "The Accidental Billionier". Boleh ditonton jika ingin mengetahui bagaimana sejarah Facebook bermula dan berkembang bermula dari Harvard University. Filem2 dari pengarah David Fincher yang membawa kita "Fight Club" dan "The Seven" memang ditunggu.

The American


Lakunan George Clooney memang tidak boleh dipertikaikan. Tapi cerita ini mungkin terlalu melembapkan. Cerita tentang pembunuh upahan yang cuba lari dari kerja itu. 95% filem berlaku di Itali dan George Clooney lebih banyak berlakun sendiri dari bersama orang lain. Cerita yang terlalu perlahan kadang2 menjemukan. Bahagian akhir cerita sahaja boleh dikirakan sebagai aksi. Tidak digalakkan menonton bersama anak2 kerana banyak aksi di dalam kamar yang Goorge Clooney berlabun dengan perempuan.

Saturday, November 13, 2010

BOGUS


Ini bukan perkataan terbaik, menjadi contoh atau juara. Tetapi TIPU. Beberapa hari lalu, di BBC terkeluar cerita tentang Fazley International College di Malaysia buat program berkembar dengan university of Wales. Universiti tersebut telah menafikan penglibatan mereka dengan kolej di Malaysia dan Thailand. Dalam repot itu juga, BBC mengeluarkan perkataan tentang Fazley Yaakub yang menjadi 'founder' untuk kolej itu sebagai seorang yang mendapat 'bogus' master dan 'bogus' PHD. Kalau salah baca nampak macam bagus je. Sesiapa yang pernah mendengar nasihat dalam Astro Awani "Diari Siswa" atau dari RTM1 tentang nasihat2 "Siswa" pasti kecewa. Sekarang dia dah dapat title Datuk. Fazley juga Belia Cemerlang Negara dan Duta Belia Negara 2004. Tak terundur dek masa.

Tuesday, November 9, 2010

Jemaah Haji terakhir 1431


Pagi tadi singgah di Tabung Haji Kelana Jaya untuk memasukkan duit. Bersamaan tarikh yang sama pagi tadi adalah penerbangan terakhir MAS untuk membawa jemaah haji yang terakhir. Beza waktu antara Malaysia dan Arab Saudi adalah lima (5) jam lebih awal. Yang peliknya apabila Aidil Adha tahun ini kemungkinan Arab Saudi dapat 10 Zulhijjah lebih awal atau raya lebih awal se hari iaitu 16/11/2010. Kita beraya pada 17/11/2010 atau hari Rabu dan berikutan dengan 3 hari Thasriq sehingga Sabtu 20/11/2010. (Gambar di atas adalah kekasih sewaktu mengerjakan umrah dahulu)

Adele - Rise of the Mummy


Cerita yang bergenre begini memang mempunyai jalan cerita yang sama. Orang Arab yang jahat, padang pasir, dalam gua, berlari dari masalah dan hero yang sentiasa selamat dari apa sahaja. Tetapi filem ini memberikan gadis sebagai pelakon utama. Filem berbahasa Perancis dan pengarah oleh Luc Besson yang terkenal membawa filem aksi Taxi memang menghiburkan dengan kemasukan cerita tentang burung zaman dinasour sebagai subjek penting. Mummy sebenarnya hanya keluar setelah burung dinasour yang lebih penting keluar di awal filem sememangnya membunuh tajuk yang besar iaitu rise of the mummy. Boleh ditonton bersama anak2 walaupun rating adalah PG13.

While in Rome


Cerita cinta komedi yang menghiburkan. Beberapa filem pada tahun 2010 ini, Josh Duhamel yang terkenal dengan lakonan aksi seperti The Transformer - bila dia berlakon sepanjang tahun ini kebanyakan cerita lawak seperti "Life as we know it" dan cerita ini. Cerita bermula apabila Krinten Bell yang cantik tidak percaya pada cinta mengambil beberapa syiling dalam kolam air yang selalu orang berniat mencari kekasih. Setiap syiling yang diambil melambangkan seorang lelaki yang akan menyintai dia. Keadaan kelam kabut apabila syiling judi yang selalu dimainkan oleh Josh Duhamel juga disangka sebagai pencari cinta. Komedi yang ringan untuk ditonton.

Monday, November 8, 2010

Naik terus

Cara yang terbaik untuk mengatasi harga rumah yang melambung naik sekarang telah dicadangkan iaitu rumah ke 3 hanya boleh mendapat pinjaman sebanyak 70% sahaja. Memang benar kejadian melambung naik ini disebabkan oleh spekulator membeli rumah yang belum siap dan apabila hampir siap maka harga rumah akan naik 30 - 40%. Ini dimainkan sekian lama. Tetapi apabila rumah ke 3 diminta pinjaman sehingga 70% maka harga rumah tidak akan naik! Pihak pemaju juga mempunyai rancangan tersendiri dalam menghadapi suasana 70% ini. Maka tidak semena2 harga sekarang dinaikkan kepada satu angka yang boleh memberikan kesenangan pada mereka untuk menjual. Contoh harga sekarang RM200,000 maka pinjaman hanya RM140,000. Apa kata Pemaju menaikan harga rumah tersebut kepada RM280,000 maka pinjaman dibenarkan RM196,000. Pelanggan hanya perlu bayar RM4,000 untuk mendapat rumah tersebut. Ini sebenarnya dapat menyelamatkan harga pada masa sekarang sahaja. Kalau rumah ini hendak dijual maka rumah tersebut pasti berharga lebih dari RM280,000. Maka teori memberikan 70% pinjaman untuk rumah ke 3 kena fikir kembali sebab harga rumah pasti melambung naik untuk jualan ke 2 rumah yang sama.

Thursday, November 4, 2010

Jatuh


Di Amerika, beberapa Presidennya telah dijatuhkan dengan pembongkaran yang tidak senonoh. Perihal perempuan, rasuah, terlibat dengan aktiviti haram, menggunakan duit dari pelobi2 yang menjalankan kerja haram dan dibunuh secara tiba2. Tetapi tidak ada satu kes pun melibatkan ketidakadilan ke atas rakyat menyebabkan rakyat memberontak secara demontrasi. Demontrasi dilakukan secara berhemah dan tidak akan menjatuhkan mereka. Maka boleh dibuat rumusan bab ketidakadilan dapat diatasi oleh Presiden2 mereka dengan pandangan2 kritikal dari Dewan Kongres dan Dewan Senat. Boleh berlaku juga dimana Kerajaan atau executioner Republikan manakala Dewan Senat atau dewan rakyat dikuasai oleh Demokrat. Perbezaan ini dapat mengimbangkan gerak kerja kerajaan. Bagaimana ketidakadilan kepada orang individu hendak buat sebagai senjata. Mahu menjatuhkan sesebuah badan bila melihat ketidakadilan berlaku. Setiap ketidakadilan pasti akan bertembung dengan lawannya. Daya tahan orang yang berlawan akan diuji dan yang ada prinsip akan kekal berlawan. Jatuh jangan rasa kalah dan menang jangan bangga.

Monday, November 1, 2010

RED


Hero2 tua dikumpulkan di dalam filem ini. Morgan Freeman, Bruce Willis, Malkovich dan Helen Mirren memang gah dikumpulkan dalam filem ini. RED atau 'retired extreme dangerous' cerita tentang agen2 CIA yang dah pencen membuka kembali fail2 lama dan cerita yang seperti sudah tahu akhirnya. Semacam meniru cerita SALT atau kumpulan cerita Bourne identity. Memang boleh tonton cerita ini untuk keseronokan dan komedi aksi.

SALT


Angelina Jolie memang terkenal dengan seorang cantik dan andai beraksi di filem. Filem ini seperti mengikut cerita terbaru di Amerika tentang agen yang ada dua identiti. Dan cerita tentang perang dingin cuba dimasukan didalam filem ini. Aksi yang agak baik dan Angelina jolie yang baru beranak sebelum berlakun filem ini memang berlatih untuk beraksi kerana anak yang dilahirkan adalah yang ke3 dan masih menunjukkan bentuk badan yang baik untuk beraksi. Akhir filem membunuh agen yang berpaling tadah paling diingati di dalam filem ini. Tontonlah, memang mengashikkan.