Yang selalu jengok

Tuesday, January 25, 2011

Nabil Cedera 25/01/2011



Pagi2 Hari Selasa yang sibuk, membiarkan anak mandi sendiri memang merbahaya. Anak lelaki aku cuba panjat singki untuk mencapai berus gigi yang terlekat di cermin. Singki pecah dan anak lelaki aku menghempap singki yang pecah. 2 Jari tangan kanan dijahit, luka di tangan kiri, dagu dan di dada. Kos berada di hospital dan pembedahan memang macam biasa-TINGGI (RM2640). Nasihat kepada ibubapa, jaga anak sampai ke tandas.

Tuesday, January 4, 2011

Bila Menang AFF


Bila Malaysia menang Piala Suzuki AFF di Indonesia (perlawanan ke2 akhir dengan agregat 4 - 2) banyak pihak mula bercerita. Surat khabar bercerita sudah lebih dari seminggu hal yang sama. Hadiah diberikan tak henti2. Penjaga gol sudah dapat rumah baru. Tawaran bermain diberi kepada penjaring utama dan hadiah terus melimpah. Urusan untuk bagi pingat pada Jurulatih juga sudah dibincangkan. Tetapi cerita satu ini yang paling kelakar iaitu bila ada NGO minta tukar nama Harimau Malaya kepada benda lain. Dan pasti NGO ini tak menonton pun perlawanan hari itu. Bila kalah guna nama Harimau Malaya tak de siapa pun nak kisah tapi bila menang permintaan untuk tukar dah jadi cerita. Mengikut NGO itu, Malaya hanya merujuk kepada Semenanjung Malaysia sahaja. Tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Apa punya cerita ini. Macam salah satu pasukan dalam premier iaitu Kancil, ia merujuk tentang ketangkasan dan ia adalah species bukan nama tempat. Siapalah Pengerusi NGO ini.

Spam


Ini bukan sperm atau benda lucah tetapi alat pemasaran terbaru. Ia akan muncul di email kita, di handphone dan komputer kita. Muncul tak dijemput dan kadang2 mungkin penipuan. Ada iklan pendidikan, ada iklan gadis dekat sebelah rumah kita, ada percutian yang tak tentu dan ada komputer percuma hatta ada iklan untuk panjangkan anu pun. Seorang yang bernama Daniel Balsam telah membuat satu web site danhatesspam.com dan menyaman semua spam yang asuk dalam komputer dia. Setelah lebih dari setahun buat benda saman ini, dia telah mengumpul lebih dari USD 1.0 million atau RM3.2 juta. Kebanyakan syarikat spam akan berurusan luar mahkamah untuk menyelesaikan saman Daniel ini. Kat Malaysia ini pun boleh tahan dengan spam2 ni dan paling popular dari bank2 besar. Jom saman.

Ada Kuota


Pada tahun 2011 ini, di Beijing kereta baru untuk didaftarkan hanya 20,000 unit sahaja sebulan. Dalam keadaan sekarang lebih dari 4.7 juta kenderaan telah berada di jalanraya Beijing. Kesesakan yang amat sangat ini telah menyebabkan satu undang2 baru dibuat iaitu ada kuota. Kuota ini juga telah menyebabkan jualan kereta pada bulan November dan Disember 2010 meningkat lebih dari 100%. Jika undang2 ini dijalankan maka jualan kenderaan akan menurun sebanyak 70% pada tahun 2011. Survey telah dibuat dengan membandingkan dengan Mexico untuk mencari penyelesaian iaitu 3 benda penting - harga minyak, tahap emosi dan kepadatan kenderaan. Kuala Lumpur juga boleh dikaji kerana sekarang orang yang kerja di KL terpaksa bergerak 2 jam lebih awal untuk ke kerja waktu pagi dan 2 jam untuk sampai rumah bila balik.

Sunday, January 2, 2011

Cuti ke Frasiers Hill


Perjalanan dari rumah Taman Bukit Subang ke Frasiers Hill lebih kurang 2 jam memang dinantikan. Percutian menyambut tahun baru dan berkumpul semua ahli keluarga semacam di rancang kerana semua dapat menghadirikan diri kecuali adik ipar yang mungkin sibuk. Perjalanan yang bersimpang siur jalan memeningkan kepala anak2. Kedua2nya telah muntah dalam perjalanan. Suasana masih seperti dulu kecuali bangunan di sekitar Pusat Bandar telah diperbaharui. Tidur semalam di Pine Resort (apartment) memang menyeronokkan kerana apartment itu menyediakan segala perkakas kelengkapan seperti cukup untuk bersuka ria. Peti ais, tv astro, perkakas memasak dll. Dan yang paling penting adalah keluarga berkumpul dan berehat walaupun banyak masa dihabiskan untuk makan dan makan.