Perjalanan dari rumah Taman Bukit Subang ke Frasiers Hill lebih kurang 2 jam memang dinantikan. Percutian menyambut tahun baru dan berkumpul semua ahli keluarga semacam di rancang kerana semua dapat menghadirikan diri kecuali adik ipar yang mungkin sibuk. Perjalanan yang bersimpang siur jalan memeningkan kepala anak2. Kedua2nya telah muntah dalam perjalanan. Suasana masih seperti dulu kecuali bangunan di sekitar Pusat Bandar telah diperbaharui. Tidur semalam di Pine Resort (apartment) memang menyeronokkan kerana apartment itu menyediakan segala perkakas kelengkapan seperti cukup untuk bersuka ria. Peti ais, tv astro, perkakas memasak dll. Dan yang paling penting adalah keluarga berkumpul dan berehat walaupun banyak masa dihabiskan untuk makan dan makan.
Bro... berapa rate kat situ? Apa attraction yang ada kat sana ek?
ReplyDeleteAku rasa rate tak lebih RM150. Tapi yang aku pegi ni company punya. Attraction sejuk je la, tempat kuda dan arnab, ada air terjun dalam perjalanan. Bagus untuk mengawan.
ReplyDelete