Yang selalu jengok

Monday, December 24, 2012

The Bourne Legacy

Cerita yang bersambung dan bersiri2 perlu diikuti kalau tidak kemungkinan tidak faham.  Cerita Bourne sudah masuk siri ke empat setelah Identity, Supremacy dan Ultimatum.  Cerita legasi ini atau susur galur legasi ini lebih menampakkan kesenimbungan cerita tentang Treadstone dan Blackbriar.  Cuma kali ini, Jason Bourne hanya tempelan dalam filem sahaja.  Lakonan pelakon yang selalu berada dalam filem2 aksi besar seperti The Hurt Locker dan Mission Impossible ini tidak perlu dikomen aksinya.  Cuma cerita ini seperti ulangan kepada cerita permulaan iaitu The Bourne Identity.  Kalau cari persamaan maka permulaan cerita sahaja terdampar di air cukup nampak persamanya.   Kali ini cerita tentang Treadstone dipanjangkan ketika di Britain seorang wartawan The Guardian telah dibunuh kerana mengupas cerita Treadstone di akhbar mereka.  CIA cuba mencari pembocor rahsia dan kupasan cerita tentang bagaimana mencipta manusia pembunuh di Treadstone dirungkai didalam cerita ini.  Pengakhiran cerita juga lebih kurang dengan cerita Identity dimana terlalu nampak seperti cerita akan disambung kembali.
 

Sunday, December 23, 2012

Sebuah Piala Seekor Kambing

Cerita bermula dengan pergaduhan antara dua kampung iaitu Bendang Kweng dan Pantai Cherang Nipah yang bersebelahan.  Pergaduhan kecil bermula apabila Jani dari Pantai Cherang Nipah cuba mengurat Shima dari Bendang Kweng.  Sepupu Shima iaitu Dollah marah dan berlakulah pergaduhan.  Penggawa iaitu ketua untuk penghulu yang baru dilantik disitu mencadangkan satu sukan untuk mendamaikan kedua2 kampung.  Maka bola dipilih dan sebuah piala dan seekor kambing sebagai hadiah.  Perjalanan seminggu ke hari perlawanan adalah intipati cerita tentang kawasan di Kelantan ini.  Sabri Yunus sebagai pengarah tidak pernah mengecewakan.  Dia pernah mengarahkan beberapa drama seperti Sorok bau Budu dan Sanggul Beracun dan drama2 ini selalu diperkatakan. Beberapa moral cerita yang baik boleh didapati dalam drama kecil ini.  Penggawa yang selalu diampu oleh ketua2 kampung dan selalu merasakan idea dia adalah terbaik dari semua.  Hasad dengki dan bomoh juga menjadi ulam pada orang Melayu diselit dalam drama sebabak ini.  Entah kenapa aku sangat suka menonton kisah2 begitu traditional Kelantan.  Benda2 ini tidak baru kerana dahulu aku juga suka dengan sebuah kisah guru dalam drama 'Cikgu Limau Purut'.  Kelantan yang satu ini akan menghiburkan dengan selah seli dikir barat oleh Dikir Warrior.  Drama yang sangat menghiburkan.

Friday, December 7, 2012

Pasukan Bola Thailand

Di tanyalah wartawan pada beberapa orang tentang pasukan bolasepak Thailand yang akan melawan pasukan Malaysia esok sempena Piala AFF Suzuki di Bukit Jalil -'Satu perkataan bagi menunjukkan pasukan Thailand ini?'

Seorang pemuda - 'Tomyam'  - wartawan faham ini menunjukkan bahawa mereka akan menjadi lauk pada malam ini.

Seorang pemudi - 'Swadeekap' - wartawan faham mungkin perempuan seorang ini datang dari Thailand dan kerja sebagai tukang urut yang sah di Malaysia.

Seorang lelaki tua - 'Danok' - wartawan faham mungkin lelaki ini hanya teringat satu2 nama tempat di Thailand sahaja.

Seorang mak cik tua - 'Comforter' - wartawan senyum sahaja.
 

Wednesday, December 5, 2012

Cerita AIR

Keluar semua makcik2 dan pakcik2 dari macam2 celah membuat aduan dan tindakan undang2 kerana mereka tidak mendapat air percuma dari Kerajaan Selangor.  Marah mereka ini bukan dibuat2. Nampak ikhlas dan bukan berlakon.  Sudah ada peguam yang menjadi pembela mereka.  Di setiap media2 semasa TV atau Radio, cerita mereka tidak mendapat air percuma seperti dijanjikan 4 tahun dulu tidak dikotakan oleh Kerajaan Selangor. Diberitahu air percuma ini adalah untuk yang mempunyai meter persendirian tetapi bukan untuk meter yang berkelompok seperti terdapat di rumah2 flat, aparment atau kondo.  Meter di semua tempat ini dikontrol oleh pihak pengurusan flat. 

 Ini adalah bagusnya apabila keterbukaan dalam media dimana janji2 politik boleh dituntut.  Ini adalah permulaan yang bagus kerana diberitahu dalam buku jingga berbagai janji yang akan dikotakan memang akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13).  Perbuatan menuntut janji ini boleh dimulakan sekarang walaupun mereka nampak seolah2 tidak mengetahui apa2 lebih dari 3 1/2 tahun dahulu.  Maka bila PRU13 nampak macam hendak menjelma maka mereka muncul seolah2 diketuk dari tidur.  Air di Selangor memang percuma untuk 20 meter cubic yang pertama iaitu cukup untuk satu keluarga sebulan dan aku sendiri selalu memakai air kurang dari yang diberikan percuma dan bil elektrik selalunya negatif.  Entah kenapa taktik membuat tindakan undang2 ini nampak macam boleh digembar gemborkan seolah2 boleh berjaya.  Aku sokong kerana Pakatan Rakyat menjanjikan minyak turun harga kalau berjaya tawan Putrajaya.  Ini adalah satu benda yang bagus dan perbuatan membawa janji PRU ke mahkamah ini adalah satu bukti bahawa ia boleh dilakukan dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberi apa yang dijanjikan.  dan lebih penting semua rakyat mendapat benda yang bagus.

Monday, December 3, 2012

THE THIEVES

Cerita Korea selalunya hanya isteri aku yang layan.  Dia akan mengoogle, mencari dalam facebook atau bersembang dengan kaki2 cerita Korea untuk mendapat cerita bersiri yang terbaik.  Cerita tentang vampire yang menyiasat, pemain piano yang mengoda atau pasangan romantik menjual produk muka.  Aku selalunya tidak boleh menonton cerita yang terlalu panjang meleret kerana bagi aku sesebuah cerita itu akan ditamatkan dengan suatu situasi.  Kalau mahu yang panjang rasa2 sinetron Indonesia boleh menjuarai cerita2 bersiri ini.  Cerita 'The Thieves' ini adalah salah satu cerita besar Korea yang dilakunkan beberapa orang pelakon Hong Kong juga.  Cerita ini boleh didapati banyak dalam filem2 Amerika seperti contoh Heist atau siri Ocean Eleven.  Rekaan untuk mencuri ini bijak tetapi tidak melampaui cara berfikir normal aku.  Kerana mungkin aku sudah terbiasa dengan filem2 genre sebegini.  Ia bermula apabila seorang pencuri lama mengumpulkan geng curi dari dua negara iaitu Hong Kong dan Korea lalu merancang untuk mencuri loket yang berharga USD30 juta dari sebuah kasino.  Rancangan mereka digagalkan dengan kematian beberapa kawan tetapi loket itu berjaya dicuri dan kumpulan itu merasai mereka telah digagalkan oleh ketua yang mengumpul kedua2 kumpulan itu.  Filem terakhir Korea yang aku tonton adalah cerita 'The Host' yang bagi aku masih kekal teringat cerita aksi itu.  Filem The Thieves ini boleh ditonton dan cukup juga menghiburkan. 
 

PREMIUM RUSH

Cerita tentang penghantaran secara pantas bermula beberapa dekad yang lalu.  Bermula dengan merpati, hantar dengan kuda dan sekarang dinamakan 'Courier Services'.  Perkhidmatan ini diperlukan untuk membuat penghantaran paling pantas dari lokasi A ke B atau ke mana sahaja.  Mengunakan POS Malaysia mungkin kita memastikan barangan yang perlu dihantar sampai 24 selepas kita memberi kepada mereka barang yang hendak dihantar.  Ada yang perkhidmatan 3 hari, ada yang 24 jam dan ada yang beberapa jam sahaja.  Filem yang satu ini menceritakan tentang servis yang mengunakan basikal di Manhattan.  Mengikut rekod 1,500 penunggang basikal menjalar disekitar Manhattan dengan tidak mempedulikan undang2 jalanraya kerana untuk memastikan apa yang mereka hantar sampai ke tempat yang dituju tepat pada masa yang dijanjikan.  Perkhidmatan ini memastikan tiada jalan yang menyekat mereka hatta lampu merah sekalipun.  Cerita yang agak ringan tetapi mempunyai maklumat yang bagus untuk dipraktikkan di Malaysia.  Keadaan kesesakan yang melampau di Kuala Lumpur boleh memastikan perkhidmatan ini hidup di tengah2 Kuala Lumpur.  Cuma yang tidak diketahui oleh orang luar, motor2 kapcai kita di Kuala Lumpur boleh melakukan apa yang basikal di Amerika lakukan iaitu mencelok, laju dan tidak mempedulikan lampu merah.  Cerita ini menarik dengan gaya imbas kembali dan fikiran diterjemah dengan gambaran memberi persepsi baru filem aksi.  Aksi bermula apabila satu dokumen yang perlu dihantar ke satu tempat ditahan oleh seorang lelaki yang ditengah2 filem diketahui adalah seorang polis.  Cerita yang sangat menghiburkan sehingga habis tanpa perlu berfikir terlalu jauh.
 

LAWLESS

Cerita tentang gangster, kejam tak berperimanusiaan, potong leher, jari dan kepala memang menjadi makanan aku.  Cerita benar ini berdasarkan tahun2 sebelum jualan arak dibenarkan secara bebas di Amerika.  Cerita ini diadaptasi dari buku tulisan Matt Bondurant iaitu 'The Wettest County in The World".  Cerita tentang adik beradik yang mengusahakan jualan arak ke umum dan diketahui oleh semua orang termasuk polis.  Disebabkan keganasan mereka ini, pihak polis juga berbaik dengan dengan mereka sehingga didatangi oleh penguatkuasa dari Chicago yang sebelum itu diketahui tentang Al Capone yang hebat ditentang di Chicago.  Cerita ini disulami dengan cerita tentang kasih sayang adik beradik yang bagi aku disumbat dengan keganasan.  Adik yang dipukul polis diberi motivasi untuk membalas sendiri tanpa bantuan abang2.  Cerita tentang rasuah dan jahatnya polis di dalam filem ini memberikan peluang kepada gangster dan pengedar arak ini dilihat sebagai hero sehingga ke akhir filem.
 

ARGO

Ben Affleck sudah menjadi pengarah untuk filem ke 3 ini.  Sebelum ini dia mengarahkan filem pertama yang tak berapa laku iaitu 'Gone Baby Gone' dan sebuah filem yang pernah dicalonkan untuk Academy Filem iaitu 'The Town'.  Kesemua filem dari Ben ini aku tonton dan peningkatan pengarahan memang nampak terserlah.  Cerita Argo ini adalah bermula apabila kedutaan Amerika di Iran telah diceroboh ketika revolusi Iran pada tahun 1979.  6 orang Kanada terpaksa lari ke rumah kedutaan dan berlindung dimana penduduk Iran di Tehran ketika itu mahu menahan semua pendatang di Tehran.  Ben Affleck sebagai ajen CIA dan meminta bantuan pengarah filem Hollywood untuk membuat filem dan ia adalah sebagai satu helah untuk masuk ke dalam Iran dan menyelamatkan kesemua 6 orang yang tersepit tidak boleh kemana2.  Cerita yang bagi aku tidak mempunyai plot2 menarik tetapi cerita sejarah yang dibawa masa kini cukup memberi pelajaran tentang taktik penyelamat yang agak baik.  Sebuah filem Argo terpaksa dicipta pada masa itu dengan pengiklanan yang cukup, cerita akhbar, pelakon2, dan ini membuatkan Ben Affleck boleh diterima masuk ke Iran hanya untuk mencari lokasi filem yang sebenarnya menyelamatkan orang Kanada keluar dari Iran.