Cerita Korea selalunya hanya isteri aku yang layan. Dia akan mengoogle, mencari dalam facebook atau bersembang dengan kaki2 cerita Korea untuk mendapat cerita bersiri yang terbaik. Cerita tentang vampire yang menyiasat, pemain piano yang mengoda atau pasangan romantik menjual produk muka. Aku selalunya tidak boleh menonton cerita yang terlalu panjang meleret kerana bagi aku sesebuah cerita itu akan ditamatkan dengan suatu situasi. Kalau mahu yang panjang rasa2 sinetron Indonesia boleh menjuarai cerita2 bersiri ini. Cerita 'The Thieves' ini adalah salah satu cerita besar Korea yang dilakunkan beberapa orang pelakon Hong Kong juga. Cerita ini boleh didapati banyak dalam filem2 Amerika seperti contoh Heist atau siri Ocean Eleven. Rekaan untuk mencuri ini bijak tetapi tidak melampaui cara berfikir normal aku. Kerana mungkin aku sudah terbiasa dengan filem2 genre sebegini. Ia bermula apabila seorang pencuri lama mengumpulkan geng curi dari dua negara iaitu Hong Kong dan Korea lalu merancang untuk mencuri loket yang berharga USD30 juta dari sebuah kasino. Rancangan mereka digagalkan dengan kematian beberapa kawan tetapi loket itu berjaya dicuri dan kumpulan itu merasai mereka telah digagalkan oleh ketua yang mengumpul kedua2 kumpulan itu. Filem terakhir Korea yang aku tonton adalah cerita 'The Host' yang bagi aku masih kekal teringat cerita aksi itu. Filem The Thieves ini boleh ditonton dan cukup juga menghiburkan.
No comments:
Post a Comment