Yang selalu jengok

Thursday, February 14, 2013

Kon depan Maybank Sek. 14, Shah Alam

Perjalanan hari2 aku lebih kurang sama.  Bangkit pagi, siapkan anak2, hantar anak ke sekolah dan hantar isteri ke tempat kerja.  Selesai ini aku pula akan ke tempat kerja.  Tetapi hari2 yang sama juga aku nampak benda tidak berapa pandai berlaku depan mata.  Ini memang menyakitkan hati dan kadang2 aku rasa nak maki sahaja.  

Sekitar lampu merah di Seksyen 14 Shah Alam, depan Maybank memandang ke arah MBSA akan di bubuh kon2 untuk mengelakkan orang memakir kereta.  Dan perbuatan ini dilakukan hampir setiap hari tanpa memikirkan bahawa jalan yang di buat adalah untuk membenarkan jalan bukan untuk disekat2.  Pekerja2 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan datang seawal 8.30 am dan membawa kon2 untuk menyekat jalan yang paling kiri kemungkinan untuk mengelakkan orang memakir kereta di situ walaupun tanda tidak boleh memakir telah lama dipasang.

Jalan di situ sebenarnya ada 3 saliran. Yang kiri ditutup maka tinggal 2 jalan.  Arah yang datang untuk ke Maybank itu adalah dari Hotel Bluewave, dari masjid Shah Alam dan dari stesyen bas di belakang Maybank.  Apabila jalan di kiri sekali ditutup maka perjalanan kereta dari stesyen bas akan tersekat2.  Maka MBSA secara ramainya berfikir iaitu jalan terbaik (dari ladang lah ni) adalah menutup jalan itu supaya tiada kereta yang memakir menyekat perjalanan.  

Dan aku yang hari2 lalu disitu untuk menghantar isteri ke kerja akan melihat benda2 yang diulang sebagai tidak pandai.  Kerja yang MBSA buat itu iaitu meletak kon dan mengemas kon pada petangnya adalah kerja tidak pandai.  Kalau mereka terus berfikir secara (dari ladang lagi) penuhkan jalan kiri itu dengan pasu2 bunga atau tutup terus jalan yang paling kiri.

Aku bukan marah kalau orang tidak pandai tetapi kalau ramai2 tidak pandai memang menyusahkan orang ramai. Mereka mungkin letih untuk menyaman kenderaan yang diletak disitu atau idea datang dari orang atasan yang tidak boleh disanggah.  Cuba berfikir sejenak, jalan ini dibina untuk menyenangkan perjalanan bukan satu hari kita terfikir untuk menyekatnya pula.

Monday, February 4, 2013

Taken 2

Aku mengikuti cerita Liam Neeson ini bermula dengan penculikan anak gadis dalam filem Taken.  Cerita senambung kedua ini juga tentang orang2 yang dibunuh oleh Liam Neeson dalam Taken yang dahulu.  Kali ini pula Liam Neeson dan isteri pula ditangkap mereka.  Dia mengunakan taktik yang sama menalifon anak perempuan untuk membantu menyelamatkan mereka.  Ini adalah lawak bagi kebanyakan pengkritik2 filem kerana mungkin akan datang, satu keluarga pula diculik dan Liam Neeson akan menalifon kucing mereka untuk menyelamatkan mereka.  Taken 2 tidak semeriah siri yang pertama, dimana penonton2 masih baru melihat2 kecanggihan Liam Neeson menyusuri anak perempuannya.  Cerita ini bagi aku gagal disebabkan perkara tersebut.
 
  

The Impossible

Peristiwa Tsunami 2004 masih menjadi cerita sejarah paling trajis untuk diceritakan.  Indonesia mengeluarkan cerita drama tentang Tsunami dalam bentuk drama dan aku ikut teringat cerita tahun 2004.  Kali ini cerita tsunami benar berlaku yang diambil dari peristiwa keluarga Sepanyol yang bercuti di Phuket - kampung Kualat tepi pantai.  Gambar2 yang diambil adalah apa yang benar2 berlaku di Thailand 9 tahun dahulu.  Efek yang dibuat boleh menyebabkan kita kembali ingat peristiwa Tsunami dahulu.  Ketua keluarga Ewan Mcgregor dan isteri Naomi Watt bersama 3 orang anak lelaki.  Keluarga itu berpisah menjadi 3 kumpulan.  Si isteri dengan anak lelaki paling tua, si suami yang tidak pernah putus asa untuk mencari dan 2 orang anak kecil yang diasingkan.  Mereka bertemu dan berkumpul semula setelah sedih rana putus asa dan nampak kematian telah hampir.  Kredit untuk pelakon kanak2 yang bersama Naomi Watt kerana lakonan yang menjiwa watak sehingga kita rasa benar2 dia yang menghadapi peristiwa ini.