Yang selalu jengok

Monday, February 4, 2013

The Impossible

Peristiwa Tsunami 2004 masih menjadi cerita sejarah paling trajis untuk diceritakan.  Indonesia mengeluarkan cerita drama tentang Tsunami dalam bentuk drama dan aku ikut teringat cerita tahun 2004.  Kali ini cerita tsunami benar berlaku yang diambil dari peristiwa keluarga Sepanyol yang bercuti di Phuket - kampung Kualat tepi pantai.  Gambar2 yang diambil adalah apa yang benar2 berlaku di Thailand 9 tahun dahulu.  Efek yang dibuat boleh menyebabkan kita kembali ingat peristiwa Tsunami dahulu.  Ketua keluarga Ewan Mcgregor dan isteri Naomi Watt bersama 3 orang anak lelaki.  Keluarga itu berpisah menjadi 3 kumpulan.  Si isteri dengan anak lelaki paling tua, si suami yang tidak pernah putus asa untuk mencari dan 2 orang anak kecil yang diasingkan.  Mereka bertemu dan berkumpul semula setelah sedih rana putus asa dan nampak kematian telah hampir.  Kredit untuk pelakon kanak2 yang bersama Naomi Watt kerana lakonan yang menjiwa watak sehingga kita rasa benar2 dia yang menghadapi peristiwa ini.

No comments:

Post a Comment