Lama tak menulis. Bukan apa, aku meraikan PRU 13 dengan sepenuh jiwa. Hari2 melihat bendera yang berbagai dan disusun cantik sepanjang jalan. Dipasang malam atau dilerai siang oleh pihak majlis. Hari undi pada 05/05/2013 adalah detik bersejarah. Dakwat hitam kali pertama akan digunakan. Sehari sebelum itu aku menonton cerita India (tamil nadu) yang menceritakan tentang pengundian menggunakan dakwat hitam. Nampak macam idea mengundur sahaja. Disebabkan itu aku selitkan video yang bagi aku akan menjadi lagenda satu masa nanti dari MIC untuk rakyat Malaysia.
Semua parti berceramah hampir setiap malam bermula pada 22/04/2013 dan aku juga tidak ketinggalan mendengar 2 kali ceramah memperkenalkan calon sekitar tempat aku mengundi. Aku tidak pergi yang dibuat oleh pihak BN sebab tidak dibuat berdekatan dengan tempat tinggal aku dan mungkin saluran maklumat yang banyak di TV sudah memadai untuk aku tahu calon BN. Pertama yang aku dengar di Denai Alam Recreational Center, Denai Alam - Yaakob Sapari, Rodziah dan Ir Khalid Samad. Mereka adalah pemegang kerusi politik untuk Dun Batu 3, Kota Anggerik dan Parlimen Shah Alam. Di belah BN pula calon yang terpilih adalah untuk kota Anggerik iaitu Othman Din (ini aku tak berapa kenal), Nawawi (bekas YB Batu3 dulu) dan Zulkifli Nordin (YB Kulim) untuk parlimen Shah Alam. Video tentang keyakinan beliau tersebar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Ceramah ke 2 yang aku dengar adalah di Taman Bukit Subang oleh Ir Khalid Samad ketika 2 hari sebelum hari mengundi. Masa yang sama Hairie Othman (pelakon) juga berceramah memberikan maklumat politik. Hairie Othman bercerita tentang penggunaan kamera untuk menipu dan cara berpolitik sekarang. Aku juga mendengar tentang Setiausaha Agung PAS yang sudah ada video lucah tersendiri seminggu sebelum hari percalonan. Aku tidak mencari dan sepatutnya tidak dikeluarkan cerita sebegini untuk mensensasikan PRU 13. Aku cuma terpegun dengan kebangkitan video2 yang agak classy dari berbagai pihak. Antara yang bagus adalah dari kumpulan Bangsar Berani Langgar
.
.
No comments:
Post a Comment