CCRIS bukan seperti CTOS yang dijalankan oleh sebuah syarikat yang ditubuhkan secara sah melalui SSM (Syarikat Suruhanjaya Malaysia). CTOS memang sebuah syarikat yang mencari untung. Tetapi bukan seperti CCRIS. CCRIS ini dikelolakan oleh Biro Kredit BNM untuk mengawal selia semua kredit2 yang dibuat di dalam Malaysia. Biro Kredit ini ditubuhkan sekitar tahun 1982 lagi. PTPTN pula adalah pinjaman pendidikan yang diberikan kepada hampir semua pelajar2 yang dapat kemasukan untuk belajar selepas SPM hatta di kolej2 yang diberikan peluang untuk mendapat PTPTN. Ini adalah benda yang bagus pada satu hal tetapi sebenarnya peluang untuk belajar yang diberikan boleh juga membuat duit untuk sebuah kolej untuk terus hidup tanpa takut pelajar tidak boleh membayar yuran. Kolej yang tidak berkualiti juga tumbuh macam cendawan lepas hujan kerana PTPTN memastikan mereka terus hidup.
Bila Idris Jusuh menyarankan cerita tentang jika tidak membayar balik duit PTPTN akan dimasukkan kedalam CCRIS, semua orang marah. Jangan marah dulu.
CCRIS ini sebenarnya membantu negara dalam mengawal kredit persendirian yang kalau tidak dikawal kemungkinan perbelanjaan seseorang melebihi apa yang dia dapat. Semua bank akan membuat rekod ini dan dihantar pada BNM setiap bulan. Rekod2 ini menunjukkan semua kredit 2 yang di ambil didalam Malaysia dan kedudukan bayaran bulan pinjaman2 tersebut. Bila data2 ini dilihat maka bank2 boleh membuat keputusan secara cepat memberitahu bahawa pinjaman seterusnya boleh diberi atau tidak. Kalau ini dikira sebagai sesuatu paling terkini di dalam CCRIS maka peluang mendapat keputusan pinjaman boleh dilakukan dengan sekali klik sahaja di dalam CCRIS. Ini adalah status negara maju, dimana keputusan pinjaman tidak perlu tunggu lama2.
Balik kepada cerita awal tentang PTPTN dalam CCRIS. Seorang bekas pelajar penerima PTPTN yang diperlukan membayar hutang PTPTN perlu menunjukkan paten yang bagus dalam perbayaran untuk memberi ruang senang pada bank untuk membuat keputusan. Penbayaran yang tidak bagus boleh memberikan impak negatif kepada peluang pinjaman. Ini adalah idea asal tentang ekonomi. Iaitu tidak boleh berbelanja lebih dari gaji yang diterima. Gaji RM1,500 - bayar kereta, bayar sewa dan PTPTN tidak termasuk makan, minum, tengok wayang, telefon maka seseorang itu sudah melebihi dari apa yang diterima. Bekas pelajar itu kena bersabar untuk dapat semua aset2 - gunakan kenderaan awam dahulu, duduk dengan mak bapak dan kumpul duit untuk beli sesuatu bukan menggunakan kad kredit yang pasti lebih dari gaji sebulan.
Dan sepenuhnya cerita PTPTN ini adalah pembangkang mencadangkan dihapuskan dan rakyat sudah buat pilihan untuk menerima seadanya. Kita jangan marah, kerana kita bersetuju bahawa PTPTN adalah duit pinjaman dan pinjaman ini perlu dibayar balik. Bila bayar balik kenalah berhemah dan bayar ikut waktu.
Kami semua tiada masalah PTPTN |
Saya setuju dgn comment yg diberi tu... Cumenye untuk pendidikkan pada asasnya adalah tanggungjawab kerajaan untuk memberikan perkhidmatan tersebut. oleh yang demikian adalah tdk wajar seseorng yng belum habis belajar sudah ada bebanan hutang... dimana hak keistemewaan rakyat peribumi yang masih jauh ketinggalan... Jika hutang untuk kepetingan peribadi sewajibnya di guna pakai konsep rekod hutang tersebut... waulahuallam..
ReplyDeleteBetul sangat.
Delete