Ketika sampai 10/9/2014 kami disambut oleh Pengurus Maktab 83 dan 86 iaitu Tn Hj Ahmad Sohaimi dan Tn Hj Haikal . Bila2 waktu sahaja solat Asar akan masuk ketika kami mencecah kaki di tingkat P, Hotel Abraj Janadriyah. Bakal2 haji dari KT1, KT 4 sudah berada di hotel dan mereka sedang menunggu azan Asar pada petang itu. Mereka adalah jemaah Haji yang mula2 sampai melalui Madinah. Aku terus mencari bilik air untuk mengambil air sembahyang dan akan bersama jemaah lain untuk solat Asar di Hotel Abraj untuk kali pertama tiba di Mekah. Selepas itu aku terus ke tingkat 5 bersama isteri kerana ketika di Kelana Jaya lagi bakal2 haji sudah mengetahui tingkat dimana dan bilik dimana?
Hotel Abraj Janadriyah berada dalam kawasan Sheib Amir. Ini adalah berdasarkan sembang aku dengan teksi yang membawa aku ke Al Bayt (berdekatan dengan ZamZam Tower) selepas seminggu berada di Hotel Abraj. Hotel ini berada kira2 800 meter dari Masjidil Haram. Dari hotel aku boleh lihat Masjidil Haram yang sedang sibuk membesar. Pembinaan disana sini.
Masjidil Haram di lihat dari pandangan jauh tingkat 15 Hotel Abraj Janadriyah |
Hotel Abraj Janadriyah berada dalam kawasan Sheib Amir. Ini adalah berdasarkan sembang aku dengan teksi yang membawa aku ke Al Bayt (berdekatan dengan ZamZam Tower) selepas seminggu berada di Hotel Abraj. Hotel ini berada kira2 800 meter dari Masjidil Haram. Dari hotel aku boleh lihat Masjidil Haram yang sedang sibuk membesar. Pembinaan disana sini.
Aku memandang pintu bilik dan almari di sebelah kiri |
Kawan sebilik aku : Wan Ikhwan - Dia adalah bakal Haji paling muda dalam bilik aku berada di bawah TV dan paling hampir dengan tandas. Azman Ali berada di sebelah beliau - cikgu dari Sabak Bernam. Kaki Cikgu Azman bertembung dengan kaki Alzari Sulaiman. Mereka nampak sesuai kerana mungkin sebaya. Di kepala Alzari pula Ab Aziz Yahaya- dipanggil Imam Aziz di Malaysia. Selepas itu Abdol Hamid Darus yang paling berumur dan berakhir dengan aku di sudut sebelum almari seperti di gambar.
Alzari, Ab Aziz dan Abd Hamid |
Di tengah2 bilik terdapat 2 meja kecil dan selalulah dimeja ini dipenuhi dengan makanan, ubat2, cawan dan air zam zam. Peti sejuk juga dibekal di setiap bilik bersama pemanas air. Di atas katil juga disediakan sekotak bahan2 untuk minum seperti teh uncang, kopi, gula dan 'creamer'. Di sini tidak ada ketua bilik atau yang mahu menjadi ketua. Kami bermula bercakap dengan melemparkan senyuman. Senyum itu sedekah.
Semua menjaga tutur kata di sini. Takut untuk membicara benda2 lagho. Bicara hanya sekitar ibadat, pekerjaan haji dan solat2 sunat. Kami bercerita juga tentang tawaran haji dan bila mendaftar. Dan selain itu semua sibuk dengan hal sendiri. Membaca Al Quran, makan apa yang ada sambil terus tersenyum bila terpandang. Hari pertama di sini sebelum berumrah wajib lagi.
TH membuat arahan kepada kami untuk bersiap selepas waktu Isyak sekitar 8 pm. Isyak di sini pada pukul 7.30 malam. Kami perlu berada di tingkat masing2 bersama dengan pasangan. Kami diberikan tag berwarna oren untuk membezakan bakal2 haji yang baru tiba untuk berumrah wajib dengan bakal2 haji yang sudah ada di Mekah ketika itu. Di tingkat 5, selepas tag diberi, bakal2 haji pun bertalbiah untuk menyempurnakan Umrah wajib bagi yang membuat Haji Tamattuk untuk Haji 1435.
Mutawif yang membawa kami berbangsa Arab dan berbahasa Arab. Mengikut TH, mutawif ini sahaja yang dibenarkan membawa bakal2 haji untuk mengerjakan Tawaf dan Saie. Mutawif memberi arahan tempat berniat untuk bertawaf dan memastikan semua bakal2 Haji KT34 mengikut arahan tersebut.
Kami pun bergerak ke Dataran Kaabah dan memulakan tawaf setelah berniat. Hati aku tertumpu pada ibadat tawaf ini terus bergerak bersama isteri dan selanjutnya sehingga habis 7 pusingan. Ada masa di antara tawaf, air mata mengalir sendiri. Aku sudah mengerjakan Umrah 2 kali dan isteri aku pun 2 kali tetapi kami pergi berasingan masa. Ini adalah kali pertama kami tawaf bersama. MasyaAllah rezeki ini Allah yang beri.
Habis bertawaf kami bergerak ke bawah Mataf (tempat tawaf lebih atas dan dekat dengan Kaabah). 25 minit diambil untuk bertawaf. Di Dataran Kaabah masih boleh bergerak, Alhamdulillah. Kami solat sunat tawaf di situ dan bergerak ke tempat kami mula2 sampai tadi di dalam Masjidil Haram. Ramai yang bertag oren dan ada yang sudah bergerak ke tingkat lagi satu. Aku dan isteri bergegas mengikuti seorang bakal haji dan terus berkumpul di permulaan Saie di Safa tingkat 1. Setelah habis taklimat oleh seorang mutawif Arab yang berbahasa Inggeris, Saie pun bermula.
Saie tidak ada sunat maka aku amat hormat Mutawif seorang ini yang bersama2 kami bersaie 7 pusingan dan dia akan berlari apabila sampai tempat yang perlu berlari. Berapa jarak Safa ke Marwah - lebih kurang 450 meter dan jika 7 pusingan maka lebih kurang 3.2 kilometer jarak. Maka habislah 7 pusingan Safa ke Marwah. Kami berdoa bersama2 dan beberapa orang dilihat akan bertahlul dengan memotong beberapa helai rambut di Bukit Marwah itu. Aku memberitahu isteri bahawa aku akan terus ke kedai untuk membotakkan kepala dan kami terus ke dataran dari mana kami datang tadi.
Yang aku pelik tidak ada seorang pun yang bersama kami pada masa Saie tadi turun bersama kami dari tingkat 1 itu. Pasti kami telah tersasar berkumpul dengan jemaah lain. Tag oren itu tidak membezakan apa2 kecuali nombor maktab yang kami tidak perasan kerana ini adalah hari pertama kami disini. Patutlah Mutawif yang di Saie tadi boleh berbahasa Inggeris sebab dia adalah berbeza dari mutawif kami di waktu tawaf tadi.
Hari pertama kami di Mekah kami tersasar tetapi Alhamdullillah aku bersyukur aku pernah ke Masjidil Haram maka aku seperti sudah terang dan tahu dimana Hotel Abraj dan amat yakin kami akan sampai ke bilik hari itu dengan selamat. Aku membotakkan kepala sebagai bertahlul dengan SR15. InshaAllah kesihatan sihat diberikan Allah untuk kami mengharung hari2 menuju Wukuf nanti.
TH membuat arahan kepada kami untuk bersiap selepas waktu Isyak sekitar 8 pm. Isyak di sini pada pukul 7.30 malam. Kami perlu berada di tingkat masing2 bersama dengan pasangan. Kami diberikan tag berwarna oren untuk membezakan bakal2 haji yang baru tiba untuk berumrah wajib dengan bakal2 haji yang sudah ada di Mekah ketika itu. Di tingkat 5, selepas tag diberi, bakal2 haji pun bertalbiah untuk menyempurnakan Umrah wajib bagi yang membuat Haji Tamattuk untuk Haji 1435.
Dan kami terus bersama dengan petugas2 TH untuk bergerak ke Masjidil Haram. Kami terus dibawa pintu Babbul Salam iaitu pintu yang menebus ke tempat Saie. Ia berada di tingkat dasar dan dari situ kami di bawa menuju ke Kaabah. Kami dibawa oleh Mutawif Khas orang Arab yang disediakan oleh pihak Muassasah Arab Saudi. Ketika itu hati berdebar dan perasaan pelik timbul pada hati aku. Terharu seolah2 ada yang meninggal, berdebar kerana haji aku akan bermula. Nah dari tempat kami berdiri, Kaabah sudah boleh dilihat,
Mutawif yang membawa kami berbangsa Arab dan berbahasa Arab. Mengikut TH, mutawif ini sahaja yang dibenarkan membawa bakal2 haji untuk mengerjakan Tawaf dan Saie. Mutawif memberi arahan tempat berniat untuk bertawaf dan memastikan semua bakal2 Haji KT34 mengikut arahan tersebut.
Kami pun bergerak ke Dataran Kaabah dan memulakan tawaf setelah berniat. Hati aku tertumpu pada ibadat tawaf ini terus bergerak bersama isteri dan selanjutnya sehingga habis 7 pusingan. Ada masa di antara tawaf, air mata mengalir sendiri. Aku sudah mengerjakan Umrah 2 kali dan isteri aku pun 2 kali tetapi kami pergi berasingan masa. Ini adalah kali pertama kami tawaf bersama. MasyaAllah rezeki ini Allah yang beri.
Habis bertawaf kami bergerak ke bawah Mataf (tempat tawaf lebih atas dan dekat dengan Kaabah). 25 minit diambil untuk bertawaf. Di Dataran Kaabah masih boleh bergerak, Alhamdulillah. Kami solat sunat tawaf di situ dan bergerak ke tempat kami mula2 sampai tadi di dalam Masjidil Haram. Ramai yang bertag oren dan ada yang sudah bergerak ke tingkat lagi satu. Aku dan isteri bergegas mengikuti seorang bakal haji dan terus berkumpul di permulaan Saie di Safa tingkat 1. Setelah habis taklimat oleh seorang mutawif Arab yang berbahasa Inggeris, Saie pun bermula.
Yang aku pelik tidak ada seorang pun yang bersama kami pada masa Saie tadi turun bersama kami dari tingkat 1 itu. Pasti kami telah tersasar berkumpul dengan jemaah lain. Tag oren itu tidak membezakan apa2 kecuali nombor maktab yang kami tidak perasan kerana ini adalah hari pertama kami disini. Patutlah Mutawif yang di Saie tadi boleh berbahasa Inggeris sebab dia adalah berbeza dari mutawif kami di waktu tawaf tadi.
Menunggu aku botak |