Yang selalu jengok

Tuesday, November 25, 2014

Umrah Musim Haji


Nak buat umrah sunat pada waktu2 musim haji memang tak digalakkan oleh Tabung Haji (TH). Bukan sebab tak bagi tetapi memberitahu bahawa perkara rukun haji atau wajib Haji lebih utama pada ketika musim haji.  Tetapi ini tidak boleh dikategorikan sebagai satu arahan wajib.  Bakal2 haji masih boleh mengerjakan umrah sunat sementara menunggu waktu wukuf nanti.  Selepas berjaya mengerjakan haji juga boleh melakukan umrah sementara menunggu waktu untuk ke Madinah Al Munawwarah.

Bakal2 Haji aku galakkan untuk bertekad dan bercita-cita untuk membuat umrah sunat ketika menunggu waktu wukuf.  Kalau ada yang dah biasa pergi umrah mungkin pasti tahu bahawa dalam waktu yang singkat bermusafir sekitar 8 hingga 12 hari di Madinah dan Mekah, musafir ini akan berjaya membuat umrah sekitar 3 atau 5 kali.  Pertama adalah Umrah wajib iaitu ketika sampai dan selepas itu berniat di miqat Tanaem, berniat miqat di Hudaibiah dan akhirnya selalu di Ja'ranah.  Ini biasa dan kebanyakan orang yang pergi umrah faham.  Berapa lama satu umrah selalunya orang lakukan?  Ada yang berkata selama 2 jam, ada yang beritahu 4 jam dan ada yang pernah membuat sehingga 6 jam.
Di perkarangan Masjid Aishah, Tanaem
Isunya kenapa ketika umrah bukan dalam musim haji proses ini dikatakan mudah dan yang pergi mencari peluang dan ada masa pasti dipenuhkan.  Sebab utama adalah mudahnya umrah itu. Perbezaan antara umrah dan haji pada rukun adalah Tiada Wukuf di Arafah.  Wajib Haji juga seperti bermalam di Muzdhalifah, Mabit di Mina dan melontar ketiga2 jamrah juga tidak ada.  Maka selesai bersaie, mereka bertahlul dengan mengunting atau mencukur rambut maka satu umrah telah mereka dapat.


Aku akan berada di Mekah lebih kurang 35 hari dan tolak 6 hari ke Arafah/Muzdhalifah dan Mina mungkin aku akan ada lebih kurang 29 hari.  Lama dan tekad mesti dibuat dalam hati.  Berapa kali umrah boleh dilakukan sepanjang waktu itu.  Aku duduk berkawan dengan rakan sebilik dan aku mahu semua rakan2 sebilik dapat bersama aku untuk mengerjakan umrah sunat.   Aku bercerita tentang berniat di Ja'ranah, tentang Masjid Aishah dan juga di Hudaibiah.  Ini semua adalah tempat2 miqat di luar Mekah.  Yang paling dekat adalah Tanaem dan paling jauh adalah di Ja'ranah.  Kalau yang datang dari Madinah maka di Bir Ali mereka akan berniat umrah. 

Kenapa TH tak menggalakkan mengerjakan umrah sebelum waktu wukuf disebabkan bagi aku beberapa perkara:-

1. Kesihatan bakal2 haji perlu dijaga kerana kebanyakan yang datang Haji ini tekadnya adalah Haji.  Umrah atau haji memerlukan kederat seperti bertawaf 7 pusing Kaabaha, melakukan saie 7 dari Safa ke Marwah dan ini melibatkan sekitar 7 km sekali umrah.  Ini juga tertakluk dengan bertawaf di tingkat satu, dataran atau di tingkat paling atas sekitar 800 meter satu pusing 800 x 7 = 5.6 km

2. Kehadiran bakal2 haji yang meningkat juga boleh menyebabkan penyakit senang tersebar.  Bakal2 haji kena memastikan kesihatan berada pada tahap yang tertinggi untuk berwukuf nanti.

3. Dan bagi aku juga kehadiran yang semakin meningkat sehingga hari wukuf juga perlu dilihat sebagai memberi peluang kepada yang hadir untuk mengerjakan tawaf dan saie jika mengerjakan Haji Tamattuk.  Tawaaf qudum untuk selamat datang juga boleh menyebabkan Masjidil Haram penuh dengan orang.  Memberi peluang ini adalah moral dan sifat baik mesti ada dalam hati bakal2 haji.  Aku adalah dari KT 34 dan selepas aku ada 30 kumpulan lagi yang akan masuk.  Semua kena bertawaf ketika masuk dan aku hanya bercerita tentang bakal2 haji dari Malaysia sahaja.  Kalau dicampur dengan bakal2 haji dari seluruh dunia maka moral memberi laluan ini perlu sangat.

Beberapa perkara perlu dibincang sebelum melakukan umrah ketika musim haji ini.  Perkara2 tersebut adalah bermiqat di mana, masa melakukan dan berapa orang yang terlibat?

Ketika awal sampai iaitu 10/9/2014 iaitu ada 22 hari lagi untuk berwukuf, aku sudah berkira2 untuk melakukan umrah sunat bersama2 dengan sahabat2 sebilik.  Kami berjaya bersama untuk melakukan umrah sunat melalui miqat di Tanaem dan Jaa'ranah.

Masa yang paling sesuai ketika musim haji adalah sebelum Subuh berniat di Miqat.  Bila sampai di Masjidil Haram, kita sudah boleh melakukan tawaf sementara menunggu Subuh dan kalau lebih awal boleh melakukan saie dan bila subuh sampai, umrah kita sudah selesai.  Masa yang sesuai juga adalah pada waktu tengah malam.  Pergerakan di Tanaem juga dilakukan sekitar pukul 9 malam dan van2 disediakan di Hotel Abraj untuk sesiapa yang mahu melakukan umrah.  Pembayaran adalah SR10 untuk perjalanan pergi balik Masjid Aishah ke Masjidil Haram.

Jemaah umrah juga penting untuk memastikan van yang menunggu terus berjalan kerana pemandu2 van Arab ini selalunya tidak akan bergerak kalau van tidak penuh.  Dan proses menunggu ini boleh menyebabkan kadang2 terlewat lebih dari 30 minit.  Jalan ke Tanaem sekitar 10 km juga kadang2 boleh sesak dan melewatkan.

Bermiqat di Ja'aranah dan Hudaibiah diselenggarakan dengan hari melawat2 sekitar Mekah.  Bakal2 Haji dikenakan bayaran SR25 untuk lawatan ini dan digalakkan untuk memakai ihram terus dari Hotel dan selalunya selesai melawat waktu sudah menunjuk waktu Zohor sudah hampir.  Yang mahu membuat umrah kadang2 menunda untuk bertawaf kerana terlalu panas.  Umrah yang tertunda ini dilakukan kemudian pada waktu selepas Asar nanti.

Pintu Masjidil Haram di King Abdul Aziz
Dan yang paling penting bagi aku bila van menghantar dari Masjid Aishah Tanaem ini mesti terus ke pintu King Abdul Aziz kerana dari situ, perjalanan ke dataran Kaabah sudah hampir dan membantu mengurangkan masa perjalanan.  Aku akan cuba berbaik dengan pemandu van dan bercakap Arab semampu boleh untuk mereka membawa aku ke pintu ini.

Pastikan isteri2 juga ikut untuk meraikan umrah sunat bersama kerana belum tentu kita dapat melakukan pada masa2 akan datang bersama.  InshaAllah





Monday, November 24, 2014

Sarapan di Mekah

Sarapan pertama di Makkahatul Mukarramah
Makan penting untuk beribadat. Dan pemakanan paling penting untuk kita adalah sarapan. Jangan tinggal sarapan kerana sarapan menentukan pergerakan diri kita untuk seharian. Tidak ada sarapan memungkinkan kita letih seharian.  Persediaan untuk berwukuf di Arafah juga bukan sekadar batin, fizikal dan mental, yang paling penting juga adalah pemakanan. Aku sudah mula menukar selera makan atau menambah pemakanan kepada yang satu ini. Ia paling cepat dibuat dan paling sedap aku rasa ketika di Mekah. Harga SR3 sebungkus. Mahal tapi keadaan ramai bakal2 haji memungkinkan harga menjadi biasa untuk kami. Bakal2 haji yang bermuassasah dengan Tabung Haji (TH) tidak dibekalkan dengan sarapan. Kadang2 aku jadikan Indo Mie ini sajian pagi aku. Cerita makan Indo Mie berjangkit sehingga kami berada di Madinah juga.  Hendak dapat yang murah pergilah beli di Bin Dawood (pasaraya yang terkenal di Mekah dan Madinah) harga SR2.50


Perangai lama aku juga masih tidak berubah. Aku akan makan sesuatu yang aku suka sehingga aku rasa muak dan mungkin aku tak akan makan lagi. Setiap pagi aku akan ke kedai pakistan di lereng sebelah hotel dan makan roti bertampal telor. Roti telor SR3 ini garing dan aku taburkan madu Yaman sebagai kuah. Kuah tidak disediakan. Kuah dijual dengan kadar SR6 untuk kuah dal atau kuah daging. Orang akan berpusu2 untuk bersarapan dan disebabkan ramai pembeli kenaikan harga yang melampau menjadi tidak pelik. Dan roti telor ini aku berhenti makan rasa2 setelah makan lebih dari 20 hari di Mekah. Selepas itu aku mula makan nasi goreng atau mee hoon goreng untuk sarapan dan diselang-seli dengan Indo Mie.

Ini adalah restoran di tepi Hotel Janadriyah
Di dalam hotel Abraj juga disediakan cafe menjual makanan.  Baik untuk sarapan atau benda2 lain kerana mungkin selera berubah selain makanan yang disedikan oleh TH.  Tempat makan tidak banyak, Kebanyakan bakal2 haji akan sarapan di kawasan duduk di depan farmasi, di bilik atau diluar bilik dengan membentang hamparan yang disponsor oleh TH. Ada pasangan yang sangat romantik akan makan di luar bilik bersama.  

Ini kawasan makan kami di bilik 524, Abraj Janadriyah
Jangan bimbang takut tidak bersarapan.  Ketika musim haji, sarapan pagi berada di mana2. Di sekitar hotel Abraj Janadriyah juga banyak dijual.  Penjual2 dari Selatan Thailand banyak menjual hatta nasi kerabu pun ada.  Suasana pagi juga sangat sibuk dengan jualan sarapan.  Bakal2 haji tidak digalakkan untuk makan makanan yang dijual ditepi2 jalan disebabkan kebersihan yang tidak terjamin.  Tapi aku masih melanggar arus ini, sebab ada makanan2 yang tidak di jual di Cafe di Hotel.  Berdoa selalu supaya tidak sakit perut atau sebagainya.  Alhamdulillah sepanjang pekerjaan haji selama 45 hari, perut aku ini tidak mengganggu ibadat.  Syukur yang amat kepada Allah SWT.



Bukan hanya sarapan ada di waktu pagi - macam2 ada

Sunday, November 23, 2014

Kawan2 sebilik 524 Mekah dan 801 Madinah

Kawan2 sebilik saya di Mekah dan Madinah.  Berada di Mekah Hotel Abraj Janadriyah di Saab Ameir dan Hotel AL Haram, Madinah.


Abdul Aziz Yahaya, duduk di Kg Medan, Petaling Jaya


Alzari Sulaiman, duduk di Puchong Perdana


Azman Ali, duduk di Sabak Bernam


Abdoll Hamid Darus, duduk di Shah Alam


Wan Ikhwan Wan Ismail, duduk di Ara Damansara