Yang selalu jengok

Sunday, November 29, 2015

Mari Berwakaf Al Quran


Pada salah satu malam di Taman Bukit Subang, selepas Kuliah Fiqh yang diperdengarkan oleh seorang Ustaz muda, seorang lelaki berdiri mohon laluan.  Dia memberitahu bahawa beliau berasal dari Johor dan mempunyai 8 orang anak.  Dari cara beliau membuka bicara, kami sekariah pasti sudah biasa dengan pemohonan bantuan yang selalu datang ini.  Tetapi kali ini pelik sedikit penerangan yang diberikan oleh lelaki berdiri itu.

Dia memberitahu bahawa beliau mempunyai kesemua anak yang buta.  Subhanallah kuasa Allah SWT tidak kita ketahui hikmah disebaliknya.  Beliau menyambung cerita bahawa kesemua anak2 beliau membaca Al Quran dan salah seorang dari mereka sudah hafiz Al Quran.  MasyaAllah kurnia Allah siapa yang tahu.  Beliau menyambung lagi bahawa sekarang anak yang keempat pula memerlukan Al Quran Braile untuk bacaan harian dan hafalan mereka.  Beliau memohon bantuan dari pihak kariah kami untuk mewakafkan Al Quran Braile untuk anak beliau.  Beliau memberitahu anak2 beliau akan menghafal Al Quran dan pahala itu kembali kepada sesiapa yang mewakafkan untuk anak beliau.

Al Quran Braile itu di letakkan di belakang kawasan umum dengan 6 jilid dan setiap jilid setebal 3 inci dan Al Quran Braile ini pasti untuk orang2 yang buta membaca dan menghafal.  Lelaki berdiri itu menyambung lagi senaskah Al Quran atau 6 jilid Al Quran itu perlu ditempah khas dan kos membuat satu Al Quran Braile adalah RM3,200 (Tiga Ribu Dua ratus Ringgit Sahaja).

Bila bab duit itu disebut aku tersedak perlahan.  Bagaimana kita melayan orang buta Islam yang mahu belajar AL Quran?  Kita yang nampak depan belakang dan Al Quran yang banyak di rumah, surau atau masjid tidak sampai RM100 untuk senaskah Al Quran.  Wakaf Al Quran di Masjid Nabawi yang bertali kuning juga sekitar RM50 sahaja.  Bagaimana orang buta mahu timbul minat untuk membaca jika kos senaskah Al Quran boleh sampai sehingga RM3,200.

Aku tersedak lagi sendiri selepas solat terus melihat Al Quran Braile itu di belakang.  Sambil bersembang dengan lelaki yang mempunyai anak 8 orang, aku pohon nombor akaun bank jika nanti aku boleh bantu.  Melihat AL Quran Braile yang berjilid 6 itu dan perlu dibawa dengan kotak, kemungkinan harga RM3.200 terlalu tinggi untuk orang Malaysia bersimpati kepada orang buta.

Aku mencari2 cerita Al Quran Braile di internet dan membaca di KL Braille Malaysia sedang ada program mewakaf Al Quran Braille dan memberitahu disebabkan kos membuat Al Quran Braille memerlukan masa panjang dan kos yang tinggi maka wakaf diperlukan untuk membuat senaskah Al Quran Braille atau 6 jilid AL Quran adalah RM250.

Aku tersedak perlahan2 mengingatkan lelaki yang berani berdiri di surau memohon bantuan dengan senaskah AL Quran Braille berharga RM3,200.

No comments:

Post a Comment