Yang selalu jengok

Monday, June 19, 2017

Puasa di Asrama


Berpuasa di asrama selama 5 tahun memberikan konsep berbuka yang berbeza dari di rumah. Di rumah mungkin lauk yang banyak dan kuih-muih yang berbeza tetapi di asrama berbeza. Makanan yang disediakan adalah sama untuk semua yang ada lebih kurang 300 orang pelajar. Makanan disediakan oleh pihak asrama dimasak di asrama sendiri oleh tukang2 masak yang kami tidak pernah ambil tahu. Yang kami tahu hanya untuk beratur dan mendapatkan makanan setiap waktu berbuka dan memastikan makanan tersedia atas meja untuk kami.

Kami pelajar Yayasan Selangor berasrama di Asrama Tun Dr Ismail, Jalan Nakhoda Yusuf 1, Kg Pandan terpilih dari segala cerok tempat di Selangor dan disatukan di sebuah asrama di pinggir Kuala Lumpur. Kampung Pandan. Dahulunya sekitar 1983 Kampung Pandan dikira jauh dari Kuala Lumpur tetapi sekarang tidak lagi. 

Setiap kali bersahur, loceng akan dibunyikan untuk pelajar turun mengambil makanan. Makanan itu perlu dimakan hanya di dalam dewan makan sahaja. Tetapi kami yang senior selalu melanggar pantang yang satu ini. Kadang2 makan di bilik dan menghantar bekas yang sudah di makan di dewan makan. Makanan sahur ini selalunya makanan yang digantikan dengan makan tengahari dan makanan yang sediakan adalah nasi seperti makan tengahari. Anak2 yang tengah naik macam kami tidak menghiraukan semua itu. Kalau lapar kami akan makan apa sahaja. Kalau kenyang kami akan berhenti makan. Makanan disediakan dalam masa sejam sebelum waktu Imsak dan memberi pilihan untuk makan atau tidak.

Bila berbuka lain pula cerita. Pelajar asrama pasti akan memenuhkan dewan makan kira2 30 minit sebelum waktu berbuka. Semua akan bersembang cerita seharian atau mendengar celoteh kawan2. Bingit pelajar2 bersembang kadang2 ditegur keras oleh warden asrama yang selalunya akan berbuka sama dengan kami. Yang menariknya berbuka ini selalunya disediakan pada pelajar bubur dan kuih-muih sebelum makanan utama. Pelajar2 akan bersolat Maghrib dahulu sebelum beratur untuk makan pula.

Yang paling diingati bila berbuka di asrama bila ada pegawai Tinggi dari pihak Yayasan Selangor yang hadir berbuka sama.  Maka makanan yang disediakan pasti istimewa. Yang tak berapa aku suka bila ada pegawai ini hadir maka pakaian yang perlu dipakai adalah seragam putih dan bersongkok. Kalau tak ada pandai2 yang menyorokkan diri kerana akan ditegur oleh Penguasa Asrama atau warden.


Thursday, June 15, 2017

Puasa dan Berlanggar


Bulan puasa tahun itu memang memenatkan. Aku baru sahaja mendaftar belajar di ITM untuk mengambil Advance Diploma in Accountancy atau ADIA. Tahun 1994 itu adalah semester kedua untuk aku. Bekerja sambil belajar memenatkan dan apabila bertembung dengan Ramadhan, penatnya menjadi 2 kali ganda.  Bekerja di Kuala Lumpur dan belajar malam di Shah Alam.  Kelas bermula 6 hingga 10 malam untuk 2 mata pelajaran.  

Aku mengambil pinjaman kenderaan pertama aku hanya untuk pergi belajar.  Dan kenderaan satu itu dipenuhkan dengan kawan2 sekelas aku. Setiap petang aku akan menunggu mereka di Medan Tuanku, Kuala Lumpur dan terus ke Shah Alam melalui Federal Highway.  Ada kawan aku, Abdul Fatah yang dari BSN Jalan Ampang akan berjalan kaki menuju ke Medan Tuanku untuk menumpang. Di dalam kereta, aku akan bersama seorang lelaki dan 2 orang perempuan (kawan Maybank iaitu Naizatul Khush dan Rohana)  

Bila puasa itu, semua penat dan aku selalunya memberi amaran jika sesiapa tidur dalam kereta aku, aku akan memberhentikan kereta dan sama2 tidur.  Dan amaran ini hanya tinggal amaran.  Mereka selalunya akan terus tidur bila kereta mula bergerak.  Dan pernah sekali itu aku betul2 berhenti di tepi jalan dan tidur hanya untuk membalas dendam.  Pengalaman memandu ketika bersesak2 balik memang memeritkan.

Dan cerita bulan puasa ini sebenarnya berlaku pada tahun 1994 bila aku dapat berbuka puasa di rumah. Selepas berbuka maka aku bergegas untuk ke ITM belajar. Pada masa itu aku memilih untuk menaiki motor dari berkereta. Perjalanan dari Kg Melayu Subang pasti melalui Stadium Shah Alam yang pada masa itu masih dalam pembikinan. TESCO, GIANT atau apartment sekeliling masih tiada, tiada jalan berturap elok dan terlalu gelap, Aku akan melalui jalan seperti yang sama sekarang di stadium dan terus ke bulatan Shah Alam untuk ke ITM.

Entah apa malam itu, sebuah lori berada di hadapan aku yang dibawa tersangat laju, Lori itu membawa barangan yang aku tidak ketahui. Aku seperti mengejar masa dan lori yang berada dihadapan aku. Disebabkan jalan yang masih tidak berturap lori yang membawa muatan yang entah apa2, telah menjatuhkan sesuatu dari lori. Barangan itu telah melantun di jalan dan aku tidak sempat mengelak benda tersebut.

Benda itu mengenai aku dan aku tercampak betul2 di tengah jalan. Suasana yang sunyi dan gelap di Stadium yang masih dalam pembikinan menyebabkan lori itu terus berlalu tanpa menyedari aku sudah terbaring terdiam. Aku seperti bermimpi dan merenung masa depan dalam keadaan terlentang. Sesekali terdengar azan di telinga. Mata tertutup dan berbagai benda terlintas dalam fikiran.  

Aku seperti sudah mati dan bayangan berbagai terus melayang. Tiba2 satu cahaya menyuluh aku. Dalam dengar tak dengar, suluhan lampur itu bersuara "Budak mabuk kot?" Aku perasan mereka tidak turun dari kereta tetapi hanya menyuluh ke arah aku terlentang. Mata aku masih tertutup seperti mimpi. Selawat sekali sekala terdengar dan aku rasa nikmat berbaring terlentang itu. 

Tiba2, sebuah motor pula berhenti. Seorang India tua datang dan memegang kepala aku dan meletakkan jari di hidung aku. Mata yang tertutup aku berkelip. Dia bersama2 penumpang motor mengalihkan aku dari tengah jalan ke tepi. Dilapikkan aku dengan kertas supaya tidak kotor. Mereka mengejutkan aku dari tidur. "Abang, you ok tak?" Aku tidak menjawab dan hanya terkebil2. "Abang, saya tinggalkan awak sini nanti saya call Ambulan" Aku masih diam. Selepas itu aku mendengar mereka bercakap Tamil yang aku tidak faham. Aku terus diam tak mampu bercakap.

Entah lama disitu atau tidak, aku terus diam mendengar kedua lelaki India bersembang. Malam itu tidak banyak kenderaan yang lalu di tempat itu. Aku sudah mula sedar dan minta air. Aku melihat hanya seorang lelaki India bersama aku. Aku masih terbaring terlentang. "Kawan saya telefon rumah awak" Aku tak mampu bertukar cakap dengan lelaki itu kerana masih rasa terawang2. Entah berapa lama, kawan dia sampai dan beritahu sudah menalifon rumah aku. Aku dijaga mereka berdua entah berapa lama.

Hampir 2 jam terbaring sakit, lelaki India pohon untuk mengundurkan diri.  Mereka mahu pergi kerja. Dan mereka telah memastikan aku berada jauh sedikit dari jalan dan ditegakkan kembali motor aku dan meletakkan tanda untuk memastikan pengguna2 jalanraya tahu. Selepas itu aku terus bergelap dan baring terlentang lagi. Aku tertidur dan terjaga dan sesekali terdengar selawat. Selang beberapa minit, sebuah kereta berhenti di sisi jalan dan terus mendapatkan aku.  Jiran sebelah rumah aku datang mengambil aku untuk dibawa ke hospital.  

Bila lalu jalan yang sama di Stadium Shah Alam, aku pasti teringat kisah ini. Kisah India yang membantu dan aku tidak tahu siapa mereka. Terdengar selawat yang sebenarnya datang dari Masjid Negeri Shah Alam. Terdengar juga Azan dari tempat yang sama. Dan selepas itu aku hanya mendapat rawatan pesakit luar di hospital Sungai Buloh dan kaki berbalut. 2 minggu dari situ aku cuti dan terus beraya.