Yang selalu jengok

Monday, June 19, 2017

Puasa di Asrama


Berpuasa di asrama selama 5 tahun memberikan konsep berbuka yang berbeza dari di rumah. Di rumah mungkin lauk yang banyak dan kuih-muih yang berbeza tetapi di asrama berbeza. Makanan yang disediakan adalah sama untuk semua yang ada lebih kurang 300 orang pelajar. Makanan disediakan oleh pihak asrama dimasak di asrama sendiri oleh tukang2 masak yang kami tidak pernah ambil tahu. Yang kami tahu hanya untuk beratur dan mendapatkan makanan setiap waktu berbuka dan memastikan makanan tersedia atas meja untuk kami.

Kami pelajar Yayasan Selangor berasrama di Asrama Tun Dr Ismail, Jalan Nakhoda Yusuf 1, Kg Pandan terpilih dari segala cerok tempat di Selangor dan disatukan di sebuah asrama di pinggir Kuala Lumpur. Kampung Pandan. Dahulunya sekitar 1983 Kampung Pandan dikira jauh dari Kuala Lumpur tetapi sekarang tidak lagi. 

Setiap kali bersahur, loceng akan dibunyikan untuk pelajar turun mengambil makanan. Makanan itu perlu dimakan hanya di dalam dewan makan sahaja. Tetapi kami yang senior selalu melanggar pantang yang satu ini. Kadang2 makan di bilik dan menghantar bekas yang sudah di makan di dewan makan. Makanan sahur ini selalunya makanan yang digantikan dengan makan tengahari dan makanan yang sediakan adalah nasi seperti makan tengahari. Anak2 yang tengah naik macam kami tidak menghiraukan semua itu. Kalau lapar kami akan makan apa sahaja. Kalau kenyang kami akan berhenti makan. Makanan disediakan dalam masa sejam sebelum waktu Imsak dan memberi pilihan untuk makan atau tidak.

Bila berbuka lain pula cerita. Pelajar asrama pasti akan memenuhkan dewan makan kira2 30 minit sebelum waktu berbuka. Semua akan bersembang cerita seharian atau mendengar celoteh kawan2. Bingit pelajar2 bersembang kadang2 ditegur keras oleh warden asrama yang selalunya akan berbuka sama dengan kami. Yang menariknya berbuka ini selalunya disediakan pada pelajar bubur dan kuih-muih sebelum makanan utama. Pelajar2 akan bersolat Maghrib dahulu sebelum beratur untuk makan pula.

Yang paling diingati bila berbuka di asrama bila ada pegawai Tinggi dari pihak Yayasan Selangor yang hadir berbuka sama.  Maka makanan yang disediakan pasti istimewa. Yang tak berapa aku suka bila ada pegawai ini hadir maka pakaian yang perlu dipakai adalah seragam putih dan bersongkok. Kalau tak ada pandai2 yang menyorokkan diri kerana akan ditegur oleh Penguasa Asrama atau warden.


No comments:

Post a Comment