Yang selalu jengok

Tuesday, June 5, 2018

Mesyuarat PIBG macam politik

Pasti tahun ini 2018 beraya berbeza dengan tahun2 yang lain. Bagi aku teramat berbeza. Politik lanskap berbeza membuatkan semua berbeza. Tun Mahathir tidak marah bila dicuit dan dia menyindir seperti biasa kepada wartawan bila menjawap. Cerita 1MDB, cerita beg2 mewah, jam2 mewah menjadi sajian dimeja makan pastinya.

Perasaan kekalahan BN seperti sudah terasa bila aku mendatangi mesyuarat Agong PIBG sekolah menengah di Shah Alam pada 31/3/2018. 

Mesyuarat akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Tetapi seperti biasa menungu tunggu tukang perasmi yang datang dari BN selalunya VIP membuatkan aku resah dan geram. Pernah dulu aku suarakan di mesyuarat PIBG, lain kali panggil penulis atau seniman negara sahaja yang rasmi tanpa protokol berlebihan.  Tetapi ini adalah mesyuarat aku yang pertama di sekolah menengah ini. Perangai kena jaga.

Setelah menunggu beberapa waktu di kerusi ibubapa, seorang perempuan menuju ke pentas dan terus berucap."Kami pohon VIP yang rasmi mesyuarat datang ke mesyuarat kerana VIP yang sebenar adalah ibubapa dan guru2 disini. Kami dah tunggu lama". Semua ibubapa bertepuk kuat dibawah pentas. Guru yang diberi tugas sebagai pengerusi majlis memohon maaf dan memberitahu bahawa VIP sudah sampai tapi sedang mengadap sarapan. Untuk makluman juga ibubaga yang hadir diberikan sebotol air mineral, sandwich inti telor sekeping dan kueh seketul.

Dan selepas itu bermulalah si perasmi memberikan kata2 politik BN mereka dan bersetuju untuk memberikan RM5,000 untuk sekolah. Semua ibubapa bertepuk sorak. Yang di Pertua (YDP) sekolah adalah seorang berpangkat Puan Datuk dan berkali2 si perasmi memuji hebat si YDP dan hubungan dia seperti kakak. 

Selepas melafaz Bismillah maka rasmilah mesyuarat dan bermulalah segalanya. Perbentangan mesyuarat, perbentangan kewangan, aktiviti dan lain2.  Dalam setiap perbentangan ada sahaja ibubapa yang menyoal dan terpaksa dijawab oleh AJK lama.  Ini adalah proses biasa didalam mesyuarat.

Akhirnya permilihan untuk PIBG bagi tahun 2018/2019 pun bermula. Bila disebut nama YDP maka nama yang dicalonkan adalah si Datuk...YDP yang sekarang dan tiba2 ada seorang mencalonkan seorang lagi wanita untuk bertanding. Maka ada pemilihan. Pemilihan adalah dengan mengangkat tangan sahaja. 

Angkat tangan yang pertama. Pn Datuk YDP mendapat 53 undi dan Wanita mendapat undi 55. Akibat ketidakpuasan hati seorang lelaki bangun dan meminta pengiraan tangan sekali lagi kerana dia mengatakan bahawa mengikut pengiraan dia Wanita itu mesti berada dibawah dari 50 undi sahaja. Maka diadakan kiraan sekali lagi. Ibubapa ada yang bangun dan cuba menolak kiraan kedua tapi guru2 juga berkeras untuk mengira sekali lagi. Maka jawapan yang kami dapat pada hari itu adalah Pn Datuk YDP mendapat 53 undi dan Wanita itu mendapat 61 undi. Pelik dan tersenyum ibubapa.

Dan seterusnya AJK2 lagi dipilih. Aku juga dipilih sebagai salah seorang AJK. Mesyuarat sudah berlarutan sehingga 2.00 petang. Tiba2 guru penolong kanan mencapai Microphone dan memberitahu bahawa undian untuk YDP perlu dibuat kembali kerana beberapa guru praktikal dan sandaran juga mengangkat tangan sebanyak 8 orang. Tindakan ini telah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan dan mereka bersetuju untuk mengira kembali.

Beberapa ibubapa sudah marah dan memberitahu jawatan yang dikejar ini bukan boleh buat duit dan tidak membawa kemana2 tetapi seolah2 batu loncatan untuk seseorang. Walaupun di marahi kiraan kali ke3 terus dilakukan. Dan aku menjerit2 pada semua untuk mengangkat tangan kali terakhirnya untuk menyingkirkan Pn YDP yang lama itu.

Dan benarnya setelah dikira Pn Datuk YDP untuk ke 3 kalinya beliau mendapat hanya 26 undi dan Wanita yang bertanding mendapat 76 undi. Seorang wanita Sikh sebelah aku memberitahu ini adalah reaksi benar seperti politik dan BN akan kalah pada PRU 14 pada 9/5/2018.

2 comments:

  1. Salam en Firdaus. Sy Ida. Saya mendapat tawaran sbg Retail Sales Advisor di Bank Rakyat. Soalan sy, perlukah kita selalu berjumpa client di luar bank utk dptkan pelanggan? Saya ingin tahu juga job description sebagai retail sales advisor. Harap en dpt membantu. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nour Hidayah. Kenapa bertanya pada post yang berbeza. Retail Sales Advisor perlu keluar untuk mendapat pelanggan. Jika duduk didalam bank sahaja bagaimana hendak mengharap pelanggan datang ke meja kita. Bergerak dan bercakap dengan pelanggan di dalam bank semasa mereka sedang berurusan juga dikira mencari pelanggan untuk ke meja kita. Selamat maju jaya

      Delete