Terkejut hari ini kerana dapat surat dari Google AdSense. Aku mungkin dapat gaji pertama dari Google AdSense sebab blog ini. Menulis sebenarnya memerlukan ketekunan yang luar biasa. Aku ada berkawan dengan seorang penulis sepenuh masa yang membaca dan menulis adalah kerjaya tetap dia. Aku menulis sekadar hiburan dan memenuhi masa terluang.
Bila aku baca beberapa post terdahulu. Nilai sejarah yang tertulis menjadi sangat mahal pada aku. Aku dikira sebagai seorang yang kuat ingat dan masih mampu berfikir dengan aktif. Cerita tahun 1980an masih kekal segar dalam ingatan aku kerana aku kerap menulis tentang masa itu.
Cerita tentang asrama Tun Dr Ismail di Kampung Pandan tahun 1980an menjadi cerita aku tentang Kuala Lumpur. Cerita tentang bas mini, cerita tentang Benteng, cerita tentang pawagam dan lain2. Aku senyum seorang hari ini dengan surat dari Google AdSense. Gaji pertama aku dalam Dollar USD9.82
No comments:
Post a Comment