Pencen atau tidak lagi bekerja melibatkan beberapa dilemma kepada seseorang. Tidak lagi menerima duit gaji dan masih menanggung hutang yang banyak antara dilemma paling berat. Tetapi banyak orang yang memikirkan tentang bagaimana mahu pencen awal atau berhenti kerja awal. Hutang sudah tiada dan duit sudah banyak dalam simpanan adalah salah satu kemestian untuk pencen awal.
Kajian dibuat pada orang2 yang pencen sudah muak diketahui. Orang pencen tidak tahu menjaga duit simpanan kerana masih berhutang, orng pencen terus bekerja kerana masih menanggung hutang dan duit pencen yang mereka dapat tidak cukup. Cerita itu habis begitu dan pendakwah kita mengharapkan mereka selalu ke masjid apabila pencen. Banyak orang faham cerita yang begini dan walaupun sudah dicanai semahunya masalah orang pencen masih terus terjadi.
Kajian tentang pencen awal pula dan tidak perlu kerja juga pernah dibuat pada beberapa orang. Ada yang pencen seawal 30 an lagi. Dan kajian ini mengambil kira orang yang pencen awal di bawah 45 tahun. Jangan terkejut kerana mereka ini adalah jutawan ciptaan teknologi yang tiba2 kaya. Mereka mencipta applikasi dan menjual pada Google dengan harga yang tidak masuk akal. Tiba2 dalam akaun mereka ada berjuta duit. Beberapa orang ini tiba2 merasakan ini masa untuk pencen awal. Maka kajian ini memberitahu beberapa cerita tentang pencen awal.
Orang yang pencen awal akan mengalami beberapa revolusi dalam kehidupan mereka, Peringkat satu - 6 bulan pertama mereka akan kehilangan rakan2 perniagaan mereka. Mereka tidak pandai bersosial dan hanya menggunakan applikasi di tangan untuk bercakap. Peringkat ke 2 selepas itu diantara 6 - setahun setengah, mereka sudah tidak pandai bersosial dan tidak boleh bercakap di khalayak ramai. Peringkat ini menyebabkan mereka terasa terlalu jauh dari orang dan mula mendekati orang2 dengan cuba kembali bekerja. Dan kerja yang mampu mereka pilih adalah kedai 24 jam atau restaurant makanan segera. Mereka bekerja bukan mahu mendapat duit kerana mereka masih banyak duit tetapi mereka cuma mahu bersosial. - ini tidak berlaku di Malaysia
No comments:
Post a Comment