Yang selalu jengok

Friday, September 11, 2009

Gaji Capatilism



Berapa gaji yang sesuai untuk saya. Saya marah dengan laporan akhbar yang menyatakan gaji saya sebanyak itu. Pada tahun 2008 saya telah memotong gaji saya kerana saya sedar ini adalah tanggungjawab saya sebagai CEO Bank yang terbesar. Tahun 2007 - RM9.35 juta dan 2008 RM5.13 juta. Banyak turun tu. Tak kan orang tak simpati kat saya.

KemBali BertAut


22 tahun jaga Negeri Sembilan. Dinaikkan ke Persekutuan. Di sesah, dijatuhkan dengan teruk. Saya sudah sedar mana kawan mana lawan. Bagan Pinang tempat pertaruhan baru. Tindakan disiplin yang dikenakan 2 tahun sudah saya rasa. Adakah saya bersalah(memang bersalah - cuma tak kena penjara)? Adakah saya nampak macam penjenayah. Tengok pembangkang masuk penjara pun jadi wakil dan jadi Hero (masuk sebab mempertahankan keadilan). Saya bebas. Saya juga pernah mimpi naik gajah putih dan esoknya saya dituduh bermacam2. Saya kembali dengan semangat baru. Satu Malaysia (dah tahu) atau untuk saya - SATU KALI LAGI.

KehiTaman kacang Peas



Konsert akan berjalan seperti biasa dan ditaja oleh Guiness Beer. Hebat kat Malaysia ni - banyak artis2 antarabangsa diterbangkan khas untuk menghiburkan anak2 tempatan yang kurang pendedahan lagu2 dunia. Ini adalah pembuka minda sepenuhnya. Code pakaian adalah Black party chic. Ni lagi susah. Nak kata macam ayam tak mungkin seksi hitam kot. Buat pulak di tempat air. Guiness Beer sponsor air. Pening nak pikir air apa dorang nak bagi ni. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kes macam Kartika mungkin banyak masa ni. Kali ni mintak sangat JAKIM cuba sebat 40 ke 80 kali.

Wednesday, September 9, 2009

FaSa 2 nak berakhir


10 hari fasa pengampunan. Makin merudum saf-saf di masjid. Sibuk dengan kerja dan rai-rai awal Ramadhan yang penuh satu masjid sudah berkurangan. Nuzul Quran pun sudah berlalu dan disambut dengan mentadburkan ayat2 Al Quran. Semoga Allah memberi kekuatan kepada orang-orang beriman untuk istiqamah dalam beribadat dalam bulan yang mulia ini.

Ke NeRaka



Ni cerita tarian pendet atau kisah ambalat. Malaysia dah hilang Pulau Batu Putih kepada Singapura. Ambalat sesuatu tempat pula jadi rebutan.

PenCuri



Why this could happen to Malaysia......?????

Friday, September 4, 2009

Do I Exit


Kalau semua orang pilih G Palanivel saya confirm bagi pada dia. Saya sama dia boleh kerjasama. Turus sampai 2012. Saya confirm bagi kerusi pada dia. His my right hand. Kalu, saya turus jadi Presiden. Tarak sorang boleh kacau. Sendiri ingat. Sendiri tau. Saya pegang lama punya.

Demo LemBu


Ni bukan orang Kelantan mengejek orang - Demo Lembu. Tapi demonstrasi lembu. 3 kali dah lembu dibawa untuk perarakan. Ke SPRM dan Ke SUK Selangor. Lembu berkait rapat dengan benda2 yang tidak elok - Melayu. Peribahasa dan simpulan bahasa jika ada LemBu maka tak elok. Kenapa?????Dan selepas ni ceriita2 tentang LemBu, dilembukan, melembukan orang dan Kepala LemBu makin banyak. Lembu pun Penat.

Thursday, September 3, 2009

TasikMalaya bukan Malaya dulu2


Satu Gempa berukuran 5.1 skala richter bergegar di lautan Tasikmalaya di Jawa Barat Indonesia (Samudra Indonesia). Ia berlaku pada pukul 8.31 pagi semalam 02/03/09. Dengan gegaran sedalam 10 km di dalam lautan, pakar melaporkan ia tidak akan menimbulkan Tsunami. Semoga kita dapat bersimpati dengan rakyat Indonesia. Di laporkan sebanyak 35 kematian telah direkodkan.

Tuesday, September 1, 2009

Bukan SeBARANGan RON


Apabila minyak dunia mengalami kenaikan pada tahun 2008, harga minyak telah naik sehingga RM2.70 dan menimbulkan ketidakpuasan hati orang Malaysia. Lalu kerajaan mengambil sikap untuk menkaji cara penapisan baru iaitu dari RON 97 dan RON 92 lalu lahirlah RON 95. Mengikut kajian, kenderaan moden sekarang boleh menampung keadaan karbon yang berlebihan tetapi tidak sehingga RON 92. RON 97 yang tidak berplumbum cukup mahal untuk penapisan. Maka kerajaan pada Jan' 09 dahulu bersetuju untuk melahirkan RON95 pada 1 September 2009. Selamat Datang RON 95.

fASA 1 SeleSai


Hari ke 11 berpuasa. Puasa mengajar kita bukan hanya berlapar dahaga tetapi lebih dari itu disiplin masa. Masa sahur jaga. Waktu Magrib sudah menunggu walau bukan di tikar sembahyang. Waktu Isyak dijaga kerana lepas Isyak nak solat Terawih pulak. Fasa pertama Ramadhan sudah meninggalkan kita. Berdoalah supaya kita dapat meneruskan Ramadhan ini dengan lebih sempurna. Fasa ke 2 adalah memohon KEAMPUNAN.

KepAla LemBu



Terima SMS "Asmk, Bantahan Pembinaan Kuil secara Aman. Di Masjid Negeri, Shah Alam slps solat Jumaat. Lokasi Pintu keluar arah Bulatan (Persiaran Masjid) menuju pintu utama SUK. Tak de pulak cerita bawak kepala lembu. Dorang ni betul la syok sorang2. Sepanduk pun pening "Islam untuk Semua, Kuil untuk Rodziah dan Khalid". Hendaklah di pastikan lembu tersebut telah disembelih secara syariat Islam.