Yang selalu jengok

Friday, March 19, 2010

Bank yang Pening

EON Capital terus memeningkan. Setelah tidak berjaya berbincang dengan Hong Leong untuk pengambilalihan mereka seperti orang yang gila talak baru2 ini. Mereka pengarah2 terus bergaduh dan semalam 4 orang termasuk Chairman Tan Sri Syed Anwar Jamalullail pula letak jawatan sebelum perlantikan baru atau BNM membenarkan nama2 itu diluluskan untuk lantikan. Ini mengejutkan dunia bank. Sekarang hanya 2 orang pengarah yang tinggal di EON Cap. Lebih dari 2 tahun dulu dibeli oleh sebuah syarikat Hong kong - Primus Limited, EON Capital terus menunjukan prestasi menarik dan membangga sebelum dari DRB Hicom dahulu. Transformasi nampak berjaya dan kadang-kadang membuatkan orang tidak tahan dengan kelajuan perubahan yang dimahukan. Resign atau letak jawatan atau bersama-sama BERUBAH.

From Paris with Love


Bukan love story apatah lagi tentang Eifel Tower yang dimegahkan sangat tu. Fast pace movie with great action and big bang. John Travolta tidak pernah menjemukan. Selepas menonton filem dia remake "The Taking Pelham of 123" kesinambungan sebagai lelaki egois terus dimainkan. Watak-watak kegemaran John Travolta kot. Baru habis menonton dan pertama kali tengok Johnathan Rhys Meyers berlakon. Commendable acting dan boleh ditonton 2/3 kali. Cerita ditulis oleh Luc Besson yang membawa beberapa filem Perancis yang membanggakan seperti filem siri Taxi.

The Informant


Steven Soderbergh pengarah filem yang sentiasa membawa cerita-cerita aksi dan beberapa cerita benar ke layar perak seperti "The Insider" dan "A Beautiful Mind". Kali ini cerita tentang penyakit bipolar oleh Matt Damon yang sentiasa merasakan menipu itu perkara yang lebih baik berlaku. Dia membantu FBI untuk menumbangkan gergasi perniagaan di dalam penetapan harga barangan. Cerita panjang selama 154 minit boleh menjemukan tanpa aksi tetapi lakonan Matt Damon tetap hebat.

Thursday, March 18, 2010

Law Abiding Citizen


Banyak kali dah cerita mengambil tindakan sendiri seperti "Law Abiding Citizen" lakonan Gerard Butler dan Jamie Foxx. Boleh tonton walaupun lakonan Jamie Foxx tidak seperti cerita "Ray" yang memberikan dia Oscar beberapa tahun lepas. Action movie dan memberikan pandangan lain untuk menghadapi undang-undang pelik. Cerita tentang isteri dan anak Gerard Butler dibunuh didepan matanya dan Jamie Foxx sebagai peguam cara Gerard Butler cuba menyelesaikan isu dengan cara undang-undang.

Taken


Perbandingan "Edge of Darkness" Mel Gibson dan Taken Liam Neeson. Fast pack movie with action thrill. Macam siri movie Bourne Identity. Happy ending story with good end closing. Laju dan tak perasan cerita panjang. Boleh layan cerita ni 2/3 kali. Tak membosankan. Cerita tentang perdagangan manusia di Perancis dan melibatkan orang-orang Timur Tengah.

Edge of Darkness


Parenting matter.Lakonan Mel Gibson dan filem yang agak panjang. bermula dengan satu ledakan - anak dibunuh depan mata dan akhirnya terus meleret-leret membosankan. Buang masa lebih 2 jam hari ini. Mel Gibson mungkin mabuk kot masa terima berlakon ni.

Wednesday, March 17, 2010

AVatAR


Baru je habis menonton film "AVATAR" great movie with high budget by James Cameron. Panjang cerita sehingga 162 minit atau 2 jam 42 minit. Peperangan dengan native di sebuah tenpat tiada oksigen. Penaklukan barat cara baru dengan memberi pembangunan yang tidak elok kepada native. Kena fikir kalau ia berlaku kat kita. Sebenarnya perkara ini sudah berlaku dan kita tidak memikirkannya.

Julie @ Julia - cerita blogging


Semalam menonton Julie @ Julia. 2 cerita benar dan di satukan dalam sebuah filem. Cerita tentang memasak dan blogging. Kaitan dari tahun 1940an sehingga 2002. Lakonan Meryl Streep dan Amy Adams sungguh berkesan sehingga Meryl Streep dicalonkan untuk Academy Award 2009. Julia Child tukang masak dan Julie sekarang adalah seorang penulis yang telah berjaya menjadikan buku dia sebuah filem. Dia berjanji untuk membuat semua resepi 500+ dalam buku "Mastering of French Cooking" selama 365 hari dan setiap hari dia blogging. One of interesting film to watch.

Monday, March 15, 2010

Sherlock Holmes


Dah banyak kali cerita Sherlok Holmes dibuat filem. Tapi filem oleh Guy Richie dan dilakonkan oleh Robert Downey Jr dan Jude Law tidak boleh diambil tak kisah. Fast moving seperti cerita2 lain oleh Guy Ritchie. Tidak memboringkan dan Robert Downey Jr dicalonkan untuk pelakon terbaik di Academy Award baru2 ini tapi kalah.

Sunday, March 14, 2010

Isteriku menunaikan Umrah

Hari ini isteriku, Azlina Md Shariff akan bertolak ke Mekah dan Madinah. Penerbangan pukul 12.30 tengahari nanti. Menggunakan pernerbangan Yemenia dan akan singgah ke Sanahah Yaman untuk transit dan berlepas ke Jeddah pada pukul 2.40 pm. Umrah dan ziarah ini bermula pada 14 Mac sehingga 28 Mac. Semoga mendapat Umrah yang mabrurar.

Wednesday, March 10, 2010

The Hurt Locker - Best Picture with 6 oscars win


Menonton The Hurt Locker seperti kata2 azimat dimana pilihan yang tidak banyak lebih senang dan santai dari banyak pilihan dan kadand2 memeningkan. Di akhir ceritanya, hero membuat pilihan di pasaraya hanya untuk membeli makanan budak cukup mengelirukan sedangkan bila di Baghdad pilihan mereka hanya hidup atau mati. Ini berterusan sehingga kini. Pada malam ahad lalu, the Hurt Locker dianugerahkan sebagai filem terbaik 2009 Academy Award termasuk 5 anugerah lain. Cuba tonton dan faham. Banyak pilihan boleh buat orang pening.