Yang selalu jengok

Tuesday, November 16, 2010

Wall Street - Money Never Sleep


Michael Douglas pernah menang anugerah oskar sebagai pelakon terbaik untuk filem Wall Street yang pertama. Sekuel ini hanya keluar setelah lebih 20 tahun (1987). Cerita lama dulu lebih berat dan gelap keadaan Gordan Gerko - watak utama Wall Street. Insider trading menjadi tunjang utama cerita lama dulu dan sekuel baru ini menceritakan tentang keadaan ekonomi Amerika ketika tunggang langgang 2 tahun lepas. Tidak memberikan impak besar jika ingin mengetahui tentang dunia spekulasi atau pencipta2 rumours ekonomi. Aksi pelakon utama Micheal Douglas seperti apabila dia diketahui ada kanser. Tak menyeronokkan.

Sunday, November 14, 2010

Jam Besar Mekah


Boleh dilihat dari jarak 30 km. Berada di Abraj Al Bait Towers. Berat 23 tan dengan jarum jam seberat 7 tan dan jarum minit seberat 9 tan. Berdiameter 43 meter dan mercu tanda baru ini baru bermula pada Ramadhan tahun ini 1431. Keseluruhan kos USD800 juta. Berada di puncak tertinggi di Mekah dan boleh dikira sebagai jam terberat dan tertinggi di dunia.

Social Network


Cerita benar berdasarkan tentang Facebook dan Mark Zukerberg. Cerita bermula pada tahun 2003 sehingga Facebook dilahirkan pada 2004. Sekarang Facebook sudah merekodkan lebih dari 500 juta pengguna dan kadang2 kita tak mengerti mengapa pergerakan kawan2 kita mahu diketahui dan pergerakan kita terus sampai secepat mungkin sebagai maklumat. Filem yang berdasarkan sebuah buku "The Accidental Billionier". Boleh ditonton jika ingin mengetahui bagaimana sejarah Facebook bermula dan berkembang bermula dari Harvard University. Filem2 dari pengarah David Fincher yang membawa kita "Fight Club" dan "The Seven" memang ditunggu.

The American


Lakunan George Clooney memang tidak boleh dipertikaikan. Tapi cerita ini mungkin terlalu melembapkan. Cerita tentang pembunuh upahan yang cuba lari dari kerja itu. 95% filem berlaku di Itali dan George Clooney lebih banyak berlakun sendiri dari bersama orang lain. Cerita yang terlalu perlahan kadang2 menjemukan. Bahagian akhir cerita sahaja boleh dikirakan sebagai aksi. Tidak digalakkan menonton bersama anak2 kerana banyak aksi di dalam kamar yang Goorge Clooney berlabun dengan perempuan.

Saturday, November 13, 2010

BOGUS


Ini bukan perkataan terbaik, menjadi contoh atau juara. Tetapi TIPU. Beberapa hari lalu, di BBC terkeluar cerita tentang Fazley International College di Malaysia buat program berkembar dengan university of Wales. Universiti tersebut telah menafikan penglibatan mereka dengan kolej di Malaysia dan Thailand. Dalam repot itu juga, BBC mengeluarkan perkataan tentang Fazley Yaakub yang menjadi 'founder' untuk kolej itu sebagai seorang yang mendapat 'bogus' master dan 'bogus' PHD. Kalau salah baca nampak macam bagus je. Sesiapa yang pernah mendengar nasihat dalam Astro Awani "Diari Siswa" atau dari RTM1 tentang nasihat2 "Siswa" pasti kecewa. Sekarang dia dah dapat title Datuk. Fazley juga Belia Cemerlang Negara dan Duta Belia Negara 2004. Tak terundur dek masa.

Tuesday, November 9, 2010

Jemaah Haji terakhir 1431


Pagi tadi singgah di Tabung Haji Kelana Jaya untuk memasukkan duit. Bersamaan tarikh yang sama pagi tadi adalah penerbangan terakhir MAS untuk membawa jemaah haji yang terakhir. Beza waktu antara Malaysia dan Arab Saudi adalah lima (5) jam lebih awal. Yang peliknya apabila Aidil Adha tahun ini kemungkinan Arab Saudi dapat 10 Zulhijjah lebih awal atau raya lebih awal se hari iaitu 16/11/2010. Kita beraya pada 17/11/2010 atau hari Rabu dan berikutan dengan 3 hari Thasriq sehingga Sabtu 20/11/2010. (Gambar di atas adalah kekasih sewaktu mengerjakan umrah dahulu)

Adele - Rise of the Mummy


Cerita yang bergenre begini memang mempunyai jalan cerita yang sama. Orang Arab yang jahat, padang pasir, dalam gua, berlari dari masalah dan hero yang sentiasa selamat dari apa sahaja. Tetapi filem ini memberikan gadis sebagai pelakon utama. Filem berbahasa Perancis dan pengarah oleh Luc Besson yang terkenal membawa filem aksi Taxi memang menghiburkan dengan kemasukan cerita tentang burung zaman dinasour sebagai subjek penting. Mummy sebenarnya hanya keluar setelah burung dinasour yang lebih penting keluar di awal filem sememangnya membunuh tajuk yang besar iaitu rise of the mummy. Boleh ditonton bersama anak2 walaupun rating adalah PG13.

While in Rome


Cerita cinta komedi yang menghiburkan. Beberapa filem pada tahun 2010 ini, Josh Duhamel yang terkenal dengan lakonan aksi seperti The Transformer - bila dia berlakon sepanjang tahun ini kebanyakan cerita lawak seperti "Life as we know it" dan cerita ini. Cerita bermula apabila Krinten Bell yang cantik tidak percaya pada cinta mengambil beberapa syiling dalam kolam air yang selalu orang berniat mencari kekasih. Setiap syiling yang diambil melambangkan seorang lelaki yang akan menyintai dia. Keadaan kelam kabut apabila syiling judi yang selalu dimainkan oleh Josh Duhamel juga disangka sebagai pencari cinta. Komedi yang ringan untuk ditonton.

Monday, November 8, 2010

Naik terus

Cara yang terbaik untuk mengatasi harga rumah yang melambung naik sekarang telah dicadangkan iaitu rumah ke 3 hanya boleh mendapat pinjaman sebanyak 70% sahaja. Memang benar kejadian melambung naik ini disebabkan oleh spekulator membeli rumah yang belum siap dan apabila hampir siap maka harga rumah akan naik 30 - 40%. Ini dimainkan sekian lama. Tetapi apabila rumah ke 3 diminta pinjaman sehingga 70% maka harga rumah tidak akan naik! Pihak pemaju juga mempunyai rancangan tersendiri dalam menghadapi suasana 70% ini. Maka tidak semena2 harga sekarang dinaikkan kepada satu angka yang boleh memberikan kesenangan pada mereka untuk menjual. Contoh harga sekarang RM200,000 maka pinjaman hanya RM140,000. Apa kata Pemaju menaikan harga rumah tersebut kepada RM280,000 maka pinjaman dibenarkan RM196,000. Pelanggan hanya perlu bayar RM4,000 untuk mendapat rumah tersebut. Ini sebenarnya dapat menyelamatkan harga pada masa sekarang sahaja. Kalau rumah ini hendak dijual maka rumah tersebut pasti berharga lebih dari RM280,000. Maka teori memberikan 70% pinjaman untuk rumah ke 3 kena fikir kembali sebab harga rumah pasti melambung naik untuk jualan ke 2 rumah yang sama.

Thursday, November 4, 2010

Jatuh


Di Amerika, beberapa Presidennya telah dijatuhkan dengan pembongkaran yang tidak senonoh. Perihal perempuan, rasuah, terlibat dengan aktiviti haram, menggunakan duit dari pelobi2 yang menjalankan kerja haram dan dibunuh secara tiba2. Tetapi tidak ada satu kes pun melibatkan ketidakadilan ke atas rakyat menyebabkan rakyat memberontak secara demontrasi. Demontrasi dilakukan secara berhemah dan tidak akan menjatuhkan mereka. Maka boleh dibuat rumusan bab ketidakadilan dapat diatasi oleh Presiden2 mereka dengan pandangan2 kritikal dari Dewan Kongres dan Dewan Senat. Boleh berlaku juga dimana Kerajaan atau executioner Republikan manakala Dewan Senat atau dewan rakyat dikuasai oleh Demokrat. Perbezaan ini dapat mengimbangkan gerak kerja kerajaan. Bagaimana ketidakadilan kepada orang individu hendak buat sebagai senjata. Mahu menjatuhkan sesebuah badan bila melihat ketidakadilan berlaku. Setiap ketidakadilan pasti akan bertembung dengan lawannya. Daya tahan orang yang berlawan akan diuji dan yang ada prinsip akan kekal berlawan. Jatuh jangan rasa kalah dan menang jangan bangga.

Monday, November 1, 2010

RED


Hero2 tua dikumpulkan di dalam filem ini. Morgan Freeman, Bruce Willis, Malkovich dan Helen Mirren memang gah dikumpulkan dalam filem ini. RED atau 'retired extreme dangerous' cerita tentang agen2 CIA yang dah pencen membuka kembali fail2 lama dan cerita yang seperti sudah tahu akhirnya. Semacam meniru cerita SALT atau kumpulan cerita Bourne identity. Memang boleh tonton cerita ini untuk keseronokan dan komedi aksi.

SALT


Angelina Jolie memang terkenal dengan seorang cantik dan andai beraksi di filem. Filem ini seperti mengikut cerita terbaru di Amerika tentang agen yang ada dua identiti. Dan cerita tentang perang dingin cuba dimasukan didalam filem ini. Aksi yang agak baik dan Angelina jolie yang baru beranak sebelum berlakun filem ini memang berlatih untuk beraksi kerana anak yang dilahirkan adalah yang ke3 dan masih menunjukkan bentuk badan yang baik untuk beraksi. Akhir filem membunuh agen yang berpaling tadah paling diingati di dalam filem ini. Tontonlah, memang mengashikkan.