Yang selalu jengok

Friday, July 31, 2009

Mula Tukar Nama


Earlier, the blackberry producer introduce Redberry and it came with mild storm with target market for professional. Yet it could not gave an impact to phone market as they expected. After the change the name from 'Redberry' to "Blackberry", it hit the market like never done before. Why????????Red always represent young, eager, never think consequences, and this not appealling to professional. Then, Black came to picture.....phush....Black is beauty, professional, mature, elegant etc. Name does make different.

Pada awalnya, pengusaha Blackberry memperkenalkan produk telefon tangan berjenama Redberry dan masuk ke pasaran untuk penguna professional.  Tetapi tiada impak berlaku pada pasaran, Mereka mengkaji dan menukar nama "Redberry' kepada "Blackberry".  Pasaran berubah dan orang mula menukar dari telefon2 lain kepada Blackberry. Hitam rupa2 menggambarkan elit, kemewahan dan professional.  Ini adalah keputusan menarik dan pengguna professional melihat ini sesuatu yang boleh dimegahkan bila digunakan.  Tukar nama boleh menukar pasaran dengan mudah.

H1N1 bukan B1N1


Diumumkan pada subuh tadi, sekolah Menengah kat Kg Melayu Subang (dekat PKNS) di tutup kerana disyaki ada wabak penularan H1N1. Solat hajat selepas solah Jumaat akan diadakan di masjid An Nur, Kg Melayu Subang dan diimamkan oleh Ustaz Ruslan Muhammad. Semua masjid kena buat hari la, lepas solat Jumaat, penyakit babi selsema ni tak kenal agama beb, semua boleh kena. Batuk berterusan, selsema, sesak nafas - bunyi macam demam biasa je.

Durian Runtuh - Stimulus nak sampai


Diumumkan bahawa Datuk Hamdan Abdul Rahman, Adun Permatang Pasir telah meninggal dunia di IJN pagi ini kerana sakit jantung. Bersedialah untuk berpilihan raya kecil kali ke 3 selepas PRU 12 di Parlimen Permatang Pauh. Mana2 adik2 yang tak de basikal, jalanraya yang lubang2, nak jambatan, nak toilet besar, nak geran tanah - masa ni kerana agresif sikit. Penjual mee rebus kena sedia banyak sikit, ramai orang nak turun ni

Thursday, July 30, 2009

Kursus

Satu kursus pengurusan jenazah akan diadakan di Masjid An Nur Kg Melayu Subang pada 08/08/2009 atau 17 Syaaban 1430. Ia dianjurkan oleh pihak masjid sendiri dan pihak Malaysiairlines Engineering Training Centre. Bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 4 petang.

OPR


BNM menegaskan akan mengekalkan kadar asas semalaman kepada bank sebanyak 2% dan menurut pakar2 ekonomi kadar OPR ini akan kekal sehingga penghujung tahun 2010. PIDM pulak akan melepaskan syarat menanggung 100% pendeposit dalam Bank pada 2010. Confident tak

Wednesday, July 29, 2009

This is a BAD sign

3 kematian H1N1 dan akhir semalam dari local transmission. Mengikut statistik, local transmission sekarang lebih tinggi dari kes import. (53%). Mengikut Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri kesihatan berkata "All three victims died in the hospitals and now we've found out that the treatment came to them very late." So kalau ada simpton2 H1N1 lebih kurang demam, batuk dan sesak nafas. Jangan tunggu lama2. This is BAD after that HISTORY - Micheal Jackson.

Teori Berniaga



As Syahid Hasan Al Bana menulis di dalam Fiqh Muamalat - 3 kreteria mesti ada untuk berjaya dalam ekonomi dan dia mengatakan menegakkan ekonomi Islam adalah jihad.
1. Mesti ada KECERDIKAN
2. Mesti pandai MEREBUT PELUANG
3. Mesti ada KESUNGGUHAN

Betul la apa yang di kata oleh As Syahid ni, kadang2 orang ada kesungguhan tapi tak pandai pulak. Kerja kuat sampai malam tapi ekonomi masih tahap biasa je. Ada kecerdikan tapi tak ada kesungguhan pulak. Pandai merebut peluang tapi tak de kesungguhan. Ni adalah sedikit ilmu dapat semalam selepas mendengar kuliah 'Bicara Korperat bersama Dato' Sulaiman Tonek'

Thursday, July 23, 2009

Masjid Quba'





Masjid Quba' di Madinah adalah masjid yang pertama didirikan di dunia. Ia didirikan oleh sahabat2 dan Rasullullah SAW selepas sampai di Madinah pada 1 Hijrah.

Naik Keretapi


BERGEMBIRA BERSAMA2

Wednesday, July 22, 2009

Salahsilah Diri


Sekarang dalam web pun kita boleh simpan segala ras keturunan kita dan menjemput sedara mara untuk join update salahsila kita. Sila masuk dalam http://www.geni.com

Tuesday, July 21, 2009

Masjid Quba Madinah



Papan tanda di depan Masjid Quba' Madinah. Rasullullah SAW bersabda "Jika sesiapa mengambil wuduk di rumah lalu berjalan ke masjid Quba' dan bersolah 2 rakaat maka mendapat pahala seolah mengerjakan umrah"

Change Again

Change Management Process
CHANGE OR BE CHANGED


Change Process


Change Agents to one big corporation will be an impact or catalyst to his community. Duty that put to their shoulders will be translate the vision, mission and the objective of the company. They will open link for hierarchical boundaries and establish change for grow. Arrrgggggggghhh

Surat Rafidah Pulak

Terimakasih je la. Saya masih aktif dalam politik and I'm sure be'll back. Jangan tulis pasal saya dan saya belum retire lagi. Masih aktif dalam UMNO dan sekarang saya tengah diet kuruskan badan. Saya pasti akan kembali dengan pinggang ramping, kulit tegang dan cute. Dan jika saya dipanggil, bila2 masa saya akan turun KL.

Surat Shahrizat



Saya dengan ini menjemput Puan untuk ke majlis mengenang budi yang akan diadakan dengan meriahnya. Beberapa kumpulan nasyid akan dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. Mungkin Puan rasa terkilan kerana majlis ni lambat dibuat, tapi kami yakin kalau Puan hadir ke majlis ni, Puan akan rasa untuk terus duduk di rumah dan melayan cucu2. Kami kenang budi Puan.

Friday, July 17, 2009

Masalam


Bangunan Masalam ni tiba2 popular je semalam. Bangunan ni dah bertukar penyewa beberapa kali dan nampak macam hidup tak hidup je. Walaupun sekeliling kawasan Sec 9, Shah Alam dikenali sebagai kawasan perniagaan. Dan ia popular dengan tak semena2 kerana ada orang mati terkejut di sini. Rujuk pada paparan media semasa pada tarikh 17/07/09.

Thursday, July 16, 2009

Berhemah

Tengok troley ni je dah tahu duit nak keluar banyak. Sekali troley ni ditolak sekurang2nya RM150-RM200 akan keluar dari poket. Cost of living very high - tak de barang yang murah. Susu hanya bertahan seminggu untuk 1 kg harga RM18 - RM21. Barangan dapur pulak naik - ikan, ayam, udang, ketam. Kadang2 lebih baik makan kat luar. Diberitahu oleh kawan2 di UK dan USA, barangan dapur tak semahal kita kalau kita compare Apple to Apple @ RM1 = USD1. Sebulan hanya berbelanja USD250 - USD300 untuk barangan dapor. Gaji lebih kurang RM1500 @ USD1500 untuk buruh kasar. Susu murah dan berkualiti - persatuan pengguna dorang cukup hebat. Berbelanja apa yang mampu dan tidak boros

Bandung


Insyaallah pada 6 - 9 August nanti akan ke Bandung kali ke 6. 3 kali 2007, 2 kali 2008.....dan sekarang. Free sapa tak nak!!!!!

Renovation


Ini belakang rumah saya, baru mula renovation pada 11/07/09. Dalam masa 1-2 bulan mungkin baru siap. Kos RM45,000 - RM50,000. Pecah dapur dan besarkan bilik atas. Rumahku Syurgaku

Wednesday, July 15, 2009

Raja Buah

Tak tahan baca cerita dan dengar tentang makan durian kat SS2/65. Kawan2 jom ke sana. Free colestrol provided to all.

65


Dan penduduk Manek Urai telah membuat keputusan memberi PAS kemenangan yang kesekian kalinya. Keputusan yang agak menurun dari sebelumnya pada PRU12 lebih dari 1,000 majoriti. PAS perlu membuat kajian penuh untuk melihat cara berkempen lebih teratur dan keperluan PAS dalam meneraju sesebuah tempat

Tuesday, July 14, 2009

Somalia Lagend

Being one of the pirates of Somalian will be lagend. At the age of 10, they're being offer to be one. They know how to use various killing machine i.e pistols. Yet, still in mixed feeling, when they could spent all the money they rob.

Only in duniafirdaus.

Berkasih



Bercinta bagai nak rak. Tapi lepas berkahwin baru tahu belang lelaki dan perempuan. Bersedia untuk menjadi suami, isteri dan menerima segala yang kurang.

Mari Mengundi

Hari ini 12,293 penduduk Manek Urai akan memilih dari dua (2) calon yang dari PAS dan UMNO. Tuan Guru Dato' Nik Aziz telah memberikan cuti untuk memberikan peluang pada penduduk Manek Urai untuk mengundi. Dalam Star 14/07/09 , Tuan Guru menyata "We have to correct EC's mistake in choosing wrong day". Hari cuti di Kelantan adalah pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.

Monday, July 13, 2009

Bank Lain


Ini adalah outlook design untuk Bank Mualamat di Indonesia. Setiap outlet tak memerlukan banyak kakitangan seperti di Malaysia tapi cukup canggih untuk melayan semua pelanggan. Tiada kerani diperlukan seperti dulu2 untuk bagi password la, nak kena overight kena panggil pegawai la. Sekarang kat depan teller tu semua pegawai. Di Malaysia dah ada yang buat - bank Al-Rajhi.
Hanya terdapat di duniafirdaus sahaja

Golf Lagi


Hari Ahad 19/07/2009 ni ada tournament di Glenmarie - Muamalat Close. Dah lama tak main. Best score - 90 stroke dalam tahun ni. 1 Birdie 5 par di KGSAAS.
Di duniafirdaus sahaja

Belum Keluar lagi

Cerita ni bukan seram tapi love story. Dracula yang tak hisap darah orang tapi bercinta. Kena tunggu belum keluar lagi.
Hanya terdapat di duniafirdaus sahaja.

Saturday, July 11, 2009

Awaiting New Moon


Baru lepas tengok sekian kalinya cerita ni. Wife tak jemu2 tengok dan dah beli buku cost RM188 untuk semua sekual cerita ni.

Virus Cycle


Ni cerita selsema babi lebih kurang. Demam macam biasa je. Batuk yang tak berhenti, sakit badan dan sesak nafas.

Babi lagi


Tambahan sekolah kena tutup lagi di Malaysia. Setiap hari ada je tambahan orang tempatan (local transmission) kena dan penularan H1N1 ni susah nak bendung kalau orang tempatan dah kena. Kuarantin yang dibuat mungkin orang tak tahu iaitu bukan tak kena pergi sekolah je, tak boleh jumpa orang (penjara kat rumah), kalau jumpa kena rekod sendiri. Bila kandang babi nak kena tutup ni.

SARS


Beberapa tahun dulu masa SARS virus (selsema burung) menular habis ayam kat kampung, kena bakar la, kena racun la. Kat Hong Kong tempat bela ayam dan sembelih habis kena sembur racun dan semua ayam mati sekarang selsema babi layanan kepada Babi tak macam ayam. Kenapa?

Ceramah Kepimpinan


Semalam 10/07/09 dengar forum perdana di Masjid Subang Perdana tentang kepimpinan oleh panel Tuan Ibrahim Tuan Mat dan Bekas Mufti Wilayah, Hashim Yahya. Salah satu cerita tentang Amirul Mukminin Umar AL khatab semasa berjalan2 bersama pengawal ditegur oleh seorang perempuan tua...dan berkata "Aku kenal kau semenjak kecil lagi di Mekah, kau seorang pemarah, kau seorang pembengis dan sekarang engkau seorang Khalifah, takutlah dengan Allah" Pengawal membawa perempuan tua itu ketepi dan bertanya "Adakah awak kenal dengan siapa kamu bercakap ini" Umar rapat kepada pengawal dan berkata "Jangan kamu tanya kalau2 dia kenal aku, tetapi tanya kamu kenal tak dengan perempuan ini." Perempuan tua itu adalah Naurah dan Umar berkata "Bisikannya pun Allah dengar". Maka pemimpin boleh ditegur.

Friday, July 10, 2009

Real China - Gergasi Masih Lena



Semalam seorang kawan Cina aku bercerita tentang perjalanan dia ke China. Tah macamana dia bercerita tentang penipuan tahap DEWA kat China. Dia beli Itik pangang yang selalu gantung tepi jalan tu. Nampak berkilat cantik. Beli la dia dan mintak orang tu potong kecik2. Bawak kat hotel, masa nak makan rasa lain macam je....rupa2nya kertas. Pelik gak.

Rupanya bukan nak bawak mati je kertas, benda2 nak jual pun boleh dikertaskan. Dia kena lagi sebelum balik dari China - beli kasut. Masa test OK, tapi bila masuk kotak dan dibuka kat Malaysia - nampak ok tapi hari hujan hari tu baru tau kertas - luntur semacam dan boleh dikoyak2. Industri ni Malaysia belum ceburi. Nampak mengkagumkan dan menghairankan.

Thursday, July 9, 2009

Manek Terburai II


Manek Urai akan kami jadikan ANAK EMAS....................................................sorang akan dapat seketul.

Manek Terburai


Sedih beb, Kak Jat lansung tak tolong kami. Kaum wanita boleh mengoncang dunia.

Wednesday, July 8, 2009

Mixed Feeling II



Baru semalam tegur - performance even je. Hari buat hal lagi. PPSMI bertukar ke bahasa melayu pulak. Penambahan suku kata pada perkataan pasti tidak bertambah. Bila lagi nak dengar :-

1 - 1 = 0 or One push one same to zero

Tuesday, July 7, 2009

Mixed Feeling



Ni satu lagi problem lepas Mat Flip Flop - pengganti dia plak buat hal. Takkan aku nak keluar UMNO lagi. Penat beb. Habis 30% bumiputra equity dan rasuah tak clear gak.

Bukan Rumah David Beckham!!!!!


Memang harga rumah dan tanah kat sini RM3.5 juta je. Sapa berani claim lebih sampai RM24 juta. Memang dorang ni pembankang (aku ketua pembankang kat sini). Aku buat semua ni bukan untuk aku tapi untuk public usage. Untuk orang2 miskin dan tak mampu belajar tentang kehidupan orang2 kaya seperti aku. Semua orang tak senang bila aku kaya. Nanti raya semua orang aku jemput. makan sate ramai2 aku bakar

Monday, July 6, 2009

Cerai Berai

Mengikut kajian Jakim, cerai berai berlaku kepada anak2 muda berkahwin hanya disebabkan beberapa hal kecil yang tak masuk akal. Contoh diberikan adalah suami terlupa bungkuskan makanan, terlupa hari jadi, terlupa tambah gula dalam air, makanan tak berapa masin, terlupa flush toilet, basuh baju suami bercampur dengan kain luntur warna, terlupa tutup kipas, tak tutup TV dan terlupa tutup air....Pening Jakim nak menjawab dengan budak2 muda ni. Khawin tak lama - ada yang sehari kawin, ada yang sebulan, setahun dan kebanyakan kes bawah dari 2 tahun. Orang muda akal pendek.

SBY


SBY dikatakan akan memegang teruju Indonesia untuk musim ke 2. Walaupun diberi tentangan dari anak Sukarno - Megawati dan Jusuf Kala tetapi SBY nampak gagah untuk kekal sebagai President Indonesia. Jika ini berlaku, SBY adalah pemegang rekod baru iaitu pemegang President musim ke 2 berturut2 selepas semua President gagal memegang lebih dari satu musim selepas Suharto.

Friday, July 3, 2009

Golf Berehat

Mungkin masa tak mengizinkan aku main dalam masa 1 @ 2 bulan ni. Isteri tengah berpantang, anak2 nak kena layan pergi dan balik - nursery. Dalam masa seminggu je, dah 2 invitation aku tolak.....dalam golf ni kalau selalu tolak orang tak ajak lagi lain kali. Beg Golf dah tersadai sepi depan rumah. Kata orang macam tak sayang je. Tapi nak buat macamana masa tak mengizinkan.

Thursday, July 2, 2009

Apa yang Paling Jauh


Mengikut Imam AL Ghazali - Benda yang paling jauh dari manusia adalah masa yang lalu. Betul la, jika kita kembali ke masa lalu, mungkin isteri aku tak mengalami perkara seperti 24 - 27 June 2009 tu. Kalau kita boleh undurkan masa, mungkin dan banyak mungkin boleh berlaku. Jadi kalau ni kata orang jahat mulut.....kalau kalau Babi ada sayap pun dia terbang. Sayangi masa sekarang - sayang ayah,mak, isteri, anak2, abang, kakak, adik, sesama kita kerana masa adalah paling jauh dari kita. Subhanallah

Mati


Ia pasti dan tertulis di Luh Mahfuz

Wednesday, July 1, 2009

Bumi Equity

Mana dia Mubarak, mana dia ketuanan Melayu, mana dia Perkasa, mana dia 3 line, mana dia pemuda UMNO, mana dia NGO2 yang menyalak2 minta ketuanan Melayu. Takkan diam je kot. 30% equity bumiputra akan dihapuskan dalam menggalakkan economik di Malaysia.

Allah Maha Mengetahui





Lama dah update blog. Beberapa hari ni macam2 benda berlaku dan sesungguhnya Allah maha mengetahui tentang semua kejadian dan kita sebagai insan wajib beriman dengan Qada' dan Qadar.

Pada 24/06/09 - Kunci kereta aku pada pukul 4.30 pm jatuh dalam lubang yang mengalir terus ke longkang besar di depan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kereta masih belum berkunci dan aku menalifon isteriku untuk menunggu aku di kereta yang sekarang berada betul2 di depan office dia. Azlina, isteriku tak boleh menunggu kerana dia pening semenjak pagi lagi. Isteriku sekarang 9 bulan mengandung anak ke3.

5.00 : Habis appointment di MBSA. Aku terus telefon adikku di rumah untuk mengambil aku dan terus ke rumah ku mengambil kunci. Sambil otak berfikir untuk membawa isteriku bersama kerana aku ada sebuah kereta lagi di rumah. Anak2 di nursery juga penting untuk diambil sebelum pukul 6.30 pm seperti biasa.

6.30 : Terus ke klinik Alam Medic di Subang Perdana - Anak di dalam kandung kurang berdetik mengikut doktor. Dinasihat terus ke Hospital yang kami refer - Pusrawi. Hantar anak ke rumah mak dan terus ke Pusrawi. Masa sudah menunjukkan pukul 8 pm. Kereta di MBSA masih belum di ambil

10.00 pm - Doktor di Pusrawi mengesahkan anak tiada dengupan jantung dan kami terus bergerak ke Hospital Sg Buluh......

3.30 am : Anak disahkan meninggal dunia di dalam kandungan......

Kita pandai merancang tetapi Allah maha merancang segalanya. AL-Fatihah