Yang selalu jengok

Saturday, July 11, 2009

Ceramah Kepimpinan


Semalam 10/07/09 dengar forum perdana di Masjid Subang Perdana tentang kepimpinan oleh panel Tuan Ibrahim Tuan Mat dan Bekas Mufti Wilayah, Hashim Yahya. Salah satu cerita tentang Amirul Mukminin Umar AL khatab semasa berjalan2 bersama pengawal ditegur oleh seorang perempuan tua...dan berkata "Aku kenal kau semenjak kecil lagi di Mekah, kau seorang pemarah, kau seorang pembengis dan sekarang engkau seorang Khalifah, takutlah dengan Allah" Pengawal membawa perempuan tua itu ketepi dan bertanya "Adakah awak kenal dengan siapa kamu bercakap ini" Umar rapat kepada pengawal dan berkata "Jangan kamu tanya kalau2 dia kenal aku, tetapi tanya kamu kenal tak dengan perempuan ini." Perempuan tua itu adalah Naurah dan Umar berkata "Bisikannya pun Allah dengar". Maka pemimpin boleh ditegur.

No comments:

Post a Comment